❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 5, 2014

Bejalan seorang atau berteman?



-Semoga penulisan aku kali ini tidak menemukan butang delete. Amin.-


Assalamualaikum.

Hai. Lama bebenar tidak menitipkan sesuatu di sini. Serius lama. Hmmmm. Malas menceritakan kesibukkan yang kalau di karang sampai sepuluh sebelah perenggan tidak sudah sudah. Cukup dengan menyatakan hidup aku terlalu penuh. Tiada senggang yang bisa membuat kisah tercoret di sini.

Hari ini namanya Sabtu. Di pagi pagi buta, di jam jam sebelum subuh lagi. Aku terjaga dengan satu bunyi notification dari wassap. Mata yang samar samar cuba membaca isi nya. "Miss, im getting divorces" Terpaku seketika. Ya Allah.

Pagi pagi di hujung minggu ini, terus diri dibawa ke sana. Nasib terataknya berdekatan saja. Jadi tidak sukar untuk aku bertemu dengannya.  Mahu mengetahui kisah sebenarnya. Dia perlukan seseorang untuk meluah.

Di parking teluk cempedak, di dalam kereta, telinga ini di tadah mendengar kisahnya. Hampir sejam lebih.  Kisah yang sudah tiga tahun cuba di sorokkan sampai tak nampak langsung cacat cela pada rumah tangga mereka. Sentiasa berusaha untuk nampak bahagia depan semua. Ya Allah.

Satu demi satu ujian yang menimpa dia. Kalau diberi pada aku untuk di pikul, Ya Allah, tak terdaya rasanya. Tapi aku percaya, Allah tidak pernah membebankan sesuatu yang kita tidak terdaya. Tiap yang Allah susun, sama ada indah, atau terlalu payah, semua ada hikmahnya. Dan dengan takdir hidupnya yang sebegitu, pasti ada kisah indah yang akan Allah hadiahkan. Paling tidak pun, akan memberi pengajaran padanya, akan merubah dia menjadi hamba yang redha, yang lebih bertaqwa. Amin.

Kisah dia buat aku jadi takut untuk menyelusuri jalan itu. Semua kisah indah hanya dalam drama. Tapi rialitinya, satu persatu aku lihat dalam alam nyata ini, tidak seindah yang digambarkan, tidak cerah hingga ke petang.

Risau. Itu saja. Bagaimana dengan aku? Kisah aku? Seperti yang mana pula?

Dalam perbualan kami "Miss, saya nak seorang yang dapat membimbing saya, kalau tak ada ilmu pun saya tak kisah, janji sama sama mahu berusaha untuk ke jalan Allah"

Sangat buat aku terfikir, apa yang semua orang cari dalam perkahwinan sebenarnya? Apa yang mereka nak? Niat mereka apa? Tujuan asasnya apa? Nafsu? Keinginan? Kebahgian? Perlindungan? Zuriat? Menutup mulut orang?  Hmmmmm. Itu semua jawapan yang kedua, ketiga, dan seterusnya... Yang aku nampak, utamanya tetap untuk dapat redha Allah. Berkahwin adalah untuk ada teman yang sama-sama membantu ke syurga Allah. Sebab hidup ini adalah perjalanan ke syurga atau ke neraka. Perkahwinan adalah salah satu jalan untuk memudahkan ke syurga Allah. Suami bekerja untuk keluarga, diberi pahala. Isteri memasak untuk suami dan anak-anak, diberi pahala. Hatta merindui suami juga di beri pahala. Tidak mudahkan jalan yang Allah buka itu. Dan aku merasakan ini yang paling asas untuk di niatkan apabila jodoh itu telah tiba. "Berkahwin untuk mendapatkan redha Allah". Bila Allah redha, syurga akan kita terima. Bila Allah redha, kebahgian, zuriat yang soleh dan solehah, rezeki yang melimpah ruah, akan datang pada kita.

Jadi sekarang, yang perlu di cari, bagaimana mahu mendapat redha Allah. Itu usaha yang terletak pada kita. Redha Allah tak beri dengan mudah.

Selamat mendirikan rumah tangga. Selamat berusaha mencari Redha itu bersama-sama.












PdanS : Gembira dan bahagia yang ada debar, yang ada teruja, yang ada bimbang. Nak conclude kan perasaan yang bagaimana tu? Tapi bila ingat, Allah ada, selagi aku pada jalan Dia, bantuan mesti ada.

Tuesday, September 2, 2014