❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 7, 2014

Hai May

Assalamualaikum.

Hai May. Selamat datang. Kembali kamu kali ini dengan penuh harapan. Membawa kembali kisah dulu kala, bagaimana ianya bermula. Satu satu dibuka. Satu satu diteliti baca. Lucu pula terasa. Haha. 

Pejam celik, setahun berlalu dengan pantas. Setahun yang penuh cerita mengujakan. Setahun yang dipenuhi keajaiban. Semua kisah disusun lengkap oleh Pencipta. Dalam itu lengkap semua rasa. Kita hanya mampu menyusurinya, apa apa yang dihidang perlu dijamah sebaiknya. Jika enak yang dirasa, syukurlah padaNya, kalau pahit yang menyinggah, anggap itu ubat untuk jiwa.

Dan bila May datang, masa itu semakin hampir. Pelbagai rasa menjengah, silih berganti di dalam jiwa. Ada gembira, ada suka, ada takut, ada risau. 

Apapun yang di rasa, aku mahu pesan pada diri, pada yang membaca, perkahwinan bukan kemuncak dalam hidup kita. Jangan terlalu bangga bila anda mampu mencapainya dahulu. Ia hanya satu pembuka untuk fasa hidup baru. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dalam kehidupan itu. Banyak hati yang perlu di jaga sepanjang fasa itu. Sabar kena banyak. Toleransi kena selalu. Dan yang paling penting, doa mesti tak putus. Bila hubungan dengan Allah dijaga, insyaAllah hubungan dengan sekelian makhluk akan terjaga.

Bila melalui jalan untuk menuju ke situ, baru nampak apa yang dikatakan adat yang melebihi syarak. Baru tahu, diri ini sebenarnya bagaimana. Mengejar pandangan dari manusia atau Allah. Hurmmmmm. Sudah banyak yang menyimpang. Entah lah. Kadang-kadang, alasan untuk kepuasan diri menutup kesemua pembaziran yang tak diperlukan. Nasib ada yang sentiasa bertanya, sentiasa menasihat agar aku tak terlalai dalam membuat keputusan.

"Simple is better". Itu paling terbaik pada mata aku.

Sekian. Selamat malam.







PdanS : Haishh. Berdebar pulak bila menaip hal hal ini. 

No comments: