❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 23, 2014

Jam 10.30

Jasad sudah dibawa ke tempat baringan. Tidur beramai ramai, bergelimpangan di tengah rumah. Ada anak kecil dalam buaian. Ada 2 kanak kanak sedang bertumbuk bergelak sakan. Ada ibu yang setia menghayun buaian. Ada gadis yang gajet tak lekang di tangan. Dan ada tungangan orang yang sedang menulis sesuatu untuk dibaca di masa hadapan. ^_^

Malam ini malam terahir aku bermalam di tanah tumpah darah ini. Esok malam, tidur bertilamkan emput kusyen kerusi bas. Kemudian, lagi tiga minggu, mungkin ada lagi kisah kisah seperti ini. Semoga Allah murahkan rezeki aku, semoga Allah permudahkan urusan aku. Dapat dijejak tanah ini semula.Balik kali ini tiada apa apa misi. Hanya mahu melihat keadaan di rumah, mahu melepas rindu yang lama hati simpan.

Sekarang, tok adalah dibawah jagaan emak. Sudah sebulan barangkali tok berada di rumah kami. Emak yang menguruskan semuanya. Makan, mandi, kencing berak, semua emak yang laksana. Keadaan tok terlalu uzur, hanya mampu berbaring di atas katil. Tidak ada daya untuk duduk, apatah lagi untuk berjalan berdiri. Yang  mampu hanya mencapai benda di sekitarnya. Itu saja.

3 hari di rumah, aku lihat susah payah mak menjaga tok. Mengangkat dari katil, di usung pula ke bilik air untuk dimandikan. Menyuci kotoran di badan, membersih najis yang tersisa di celahan badan, tanpa rasa sedikit perasaan geli akan semua itu. Mak melakukanya penuh semangat, sambil bibir tersenyum memperkatakan sesuatu kepada tok, walaupun tidak di balas, emak tetap bersuara seperti tok akan menjawabnya.

Setiap kali melihat semua itu berlaku di depan mata, hati kecil ini tidak henti henti berdoa, semoga kekuatan, ketabahan, kesabaran yang emak tunjukkan itu akan tumpah pada aku kelak. Pada masa yang mana emak sudah tidak terdaya melakukan apa apa, aku disuntik kekuatan sepertimana yang emak tunjukkan  sekarang.
Pinta aku, semoga kekuatan dalam diri mak sentiasa menebal. Semoga kemudahan dalam semua hal sentiasa berpihak kepada emak. Dan kesihatan emak juga, semoga baik baik saja...

Serius. Tiap kali melihat mak menguruskan tok, mata aku tidak daya menahan butir kaca yang jatuh gugur. T_T









PdanS : Tak mau balik kuantan.... tamauuuuuu....

No comments: