❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 9, 2014

Setahun Yang Lalu...


Hari ini tanggal 10 Februari 2014. Setahun yang lalu, tika tika ini diri sudah berada di KLIA menanti penerbangan ke Jeddah. Pelbagai rasa ujud tika itu. Walau hati terlalu bersyukur gembira kerana di jemput menjadi tetamuNya, tapi jauh di lubuk hati ada rasa bimbang, ada rasa takut. Kerisauan yang entah apa sebabnya. Nasib keyakinan itu kuat. Terus membalut rasa ketakutan yang bersarang dalam jiwa.

Mengingati semua yang ada di Sana, Ya Allah, hati jadi rindu. Mata terus berkaca. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui segala isi hati ini. Hanya Engaku saja yang mampu mengabulkan segala permintaan di hati. 

2012, Setahun yang bersusah payah. Setahun yang penuh hidayah. Setahun yang banyak merubah. Setahun yang pelbagai hikmah. Berlalunya setahun itu, Allah hadiahkan satu kisah. Kisah gembira untuk hati tidak jemu meminta dariNYa. Hati yang selalu yakin pada janjiNYa. 







Duduk bersaja. Hati tiba-tiba terusik. Ada sesuatu menyapa. Tak nampak di mata. Tapi di hati jelas. Tak ada samar.

Sapaan itu buat hati ada teringat. Buat rindu singgah ke jiwa. Buat senyum berpaut ke wajah. Alahai. Bibir menguntum seketika.

Siapa tak rindu andai pernah bertentang mata.

Siapa tak rindu yang ditungguh pernah hadir depan mata.

Siapa tak rindu bila berjumpa dengan penuh teruja dan berpisah dengan air mata.

Siapa? Siapa?

Ya Allah rindunya nak buat Umrah lagi. Nak duduk depan Kaabah. Nak berdoa kepadaNya. Nak luah segalanya. Terasa sangat dekat dan terlalu dekat.

Ya Allah rindunya nak solat dalam Raudah. Nak sujud lama-lama. Terasa sangat dekat dengan Nabi. Semoga bila di Sana nanti peroleh syafaatnya.

Amin. Amin. Amin.









PdanS: Melalui hari hari yang, hmmmm. Entah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

1 comment:

Muhamad Fahmi said...

Indah kata-kata yang hadir dari hati yang ikhlas....
Tak perlu luahkan dengan sebarang janji,cuma suatu pengharapan agar terpilih menjadi tetamu-Nya lagi bersama seperti yang terlintas....
Amiin....