❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 5, 2014

Bejalan seorang atau berteman?



-Semoga penulisan aku kali ini tidak menemukan butang delete. Amin.-


Assalamualaikum.

Hai. Lama bebenar tidak menitipkan sesuatu di sini. Serius lama. Hmmmm. Malas menceritakan kesibukkan yang kalau di karang sampai sepuluh sebelah perenggan tidak sudah sudah. Cukup dengan menyatakan hidup aku terlalu penuh. Tiada senggang yang bisa membuat kisah tercoret di sini.

Hari ini namanya Sabtu. Di pagi pagi buta, di jam jam sebelum subuh lagi. Aku terjaga dengan satu bunyi notification dari wassap. Mata yang samar samar cuba membaca isi nya. "Miss, im getting divorces" Terpaku seketika. Ya Allah.

Pagi pagi di hujung minggu ini, terus diri dibawa ke sana. Nasib terataknya berdekatan saja. Jadi tidak sukar untuk aku bertemu dengannya.  Mahu mengetahui kisah sebenarnya. Dia perlukan seseorang untuk meluah.

Di parking teluk cempedak, di dalam kereta, telinga ini di tadah mendengar kisahnya. Hampir sejam lebih.  Kisah yang sudah tiga tahun cuba di sorokkan sampai tak nampak langsung cacat cela pada rumah tangga mereka. Sentiasa berusaha untuk nampak bahagia depan semua. Ya Allah.

Satu demi satu ujian yang menimpa dia. Kalau diberi pada aku untuk di pikul, Ya Allah, tak terdaya rasanya. Tapi aku percaya, Allah tidak pernah membebankan sesuatu yang kita tidak terdaya. Tiap yang Allah susun, sama ada indah, atau terlalu payah, semua ada hikmahnya. Dan dengan takdir hidupnya yang sebegitu, pasti ada kisah indah yang akan Allah hadiahkan. Paling tidak pun, akan memberi pengajaran padanya, akan merubah dia menjadi hamba yang redha, yang lebih bertaqwa. Amin.

Kisah dia buat aku jadi takut untuk menyelusuri jalan itu. Semua kisah indah hanya dalam drama. Tapi rialitinya, satu persatu aku lihat dalam alam nyata ini, tidak seindah yang digambarkan, tidak cerah hingga ke petang.

Risau. Itu saja. Bagaimana dengan aku? Kisah aku? Seperti yang mana pula?

Dalam perbualan kami "Miss, saya nak seorang yang dapat membimbing saya, kalau tak ada ilmu pun saya tak kisah, janji sama sama mahu berusaha untuk ke jalan Allah"

Sangat buat aku terfikir, apa yang semua orang cari dalam perkahwinan sebenarnya? Apa yang mereka nak? Niat mereka apa? Tujuan asasnya apa? Nafsu? Keinginan? Kebahgian? Perlindungan? Zuriat? Menutup mulut orang?  Hmmmmm. Itu semua jawapan yang kedua, ketiga, dan seterusnya... Yang aku nampak, utamanya tetap untuk dapat redha Allah. Berkahwin adalah untuk ada teman yang sama-sama membantu ke syurga Allah. Sebab hidup ini adalah perjalanan ke syurga atau ke neraka. Perkahwinan adalah salah satu jalan untuk memudahkan ke syurga Allah. Suami bekerja untuk keluarga, diberi pahala. Isteri memasak untuk suami dan anak-anak, diberi pahala. Hatta merindui suami juga di beri pahala. Tidak mudahkan jalan yang Allah buka itu. Dan aku merasakan ini yang paling asas untuk di niatkan apabila jodoh itu telah tiba. "Berkahwin untuk mendapatkan redha Allah". Bila Allah redha, syurga akan kita terima. Bila Allah redha, kebahgian, zuriat yang soleh dan solehah, rezeki yang melimpah ruah, akan datang pada kita.

Jadi sekarang, yang perlu di cari, bagaimana mahu mendapat redha Allah. Itu usaha yang terletak pada kita. Redha Allah tak beri dengan mudah.

Selamat mendirikan rumah tangga. Selamat berusaha mencari Redha itu bersama-sama.












PdanS : Gembira dan bahagia yang ada debar, yang ada teruja, yang ada bimbang. Nak conclude kan perasaan yang bagaimana tu? Tapi bila ingat, Allah ada, selagi aku pada jalan Dia, bantuan mesti ada.

Tuesday, September 2, 2014

Friday, June 6, 2014

Jumaat. 3.15PM



Rehat panjang yang tidak kemana. Hanya melabuhkan diri pada kerusi office, tangan laju menanda paper final yang berbaki. Seminit, sepuluh minit, sejam pun berlalu. Fuhhh. Siap. Siap dengan perasaan yang.. yang.. yang.. entah mahu dikabarkan bagaimana. Hmmm.. Nantilah berbicara tentang itu. Menulis kali ini bukan sesuatu yang berat. Hanya mahu menulis apa yang sedang jasad dan hati lalui.



Cik Kawan
Entah, selalu saja aneh. Aneh yang tidak tahu punya. Sepi saja. Salah aku lagi? Hmmmmm. Entah lah. Doa saja kemampuan yang aku punya. Nak mengubah hati orang payah, susah. Baik mengadu pada Pencipta hati itu. Agar di lembutkan semua yang nampak tegang. Kan.. Tidak pernah rasa yang tidak enak pada dia. Kebahgian dia, kegembiraan aku. Entah lah. Hmmm.. Full stop tentang itu.






Kerja
Semester yang paling paling paling sukar untuk aku. Tidak pernah menangis untuk sesuatu yang namanya kerja. Dan semester ini, semua rasa tenat itu diperlejaskan pada butir kaca yang jatuh berjurai. Hmmmm. Ya Allah, sesuatu mengajar aku. Membuka mata supaya aku nampak dan sedar, yang mana setiap kelalaian aku, ada Allah yang menegurnya, setiap kealpaan aku, ada Allah yang menariknya semula, dan setiap kesukaran, kekusutan ada Allah yang akan mempermudahkan, menyusunnya semula. Dan hanya bila aku kembalikan semua pada Allah. Hmmmm... Astaqfirullah...







Wednesday, June 4, 2014

Senyum aku.



Ada rindu yang kusembunyikan dari kata, tapi air selalu jujur pada mata...hmmm...





.

Friday, May 30, 2014

Debar? Hmmm

Sudah ke tengah hari. Tapi hati still berdebar yang tak tahu puncanya. Sedari pagi. Hmmmm. Kenapakah?

Semoga tidak ada yang buruk buruk berlaku. Aminnn.

Semalam sudah masuk ke Syaaban. Bermakna lagi sebulan untuk bertemu Ramadhan. Berdebar untuk itu barangkali. Semoga. Aminnnnn.

Sekejap lagi bakal bermusafir. Menjelajah perak di sana. Tempat mak dan ayah mula bertapak. Ada kisah jiran tetangga menamatkan zaman bujang. Maka, mak dan ayah mahu kesan, bertemu jiran tetangga yang ditinggalkan lama, sedari aku pun masih belum ujud di rahim emak.

Baju semua sudah selamat di bungkus. Melangkah keluar aku dari rumah, bermakna, sepurnama lagi, baru dapat dijejak kembali tanah darah tumpah.

Hmmmm. Debar aku masih ada. Hmmmm. Ya Allah, kenapa?

Ok. Mungkin perlukan ayat ayat Allah. Untuk tenang kan hati ini.

Bye. Assalamualaikum.




Thursday, May 29, 2014

Jangan laa...

Assalamualaikum. Hai.

Selamat malam. Selamat bekerja. Bekerja?? Apakah?? Jam 12 tengah malam buta sebegini masih bekerja?? Fuhhhh.

Lewat malam ini membuat part time yang tak berbayar dengan mengecat balik pengantin saye. Aicehhh. Kekeke. Bilik pengantin la sangatkan. Kahkah

Sebenarnya, tadi siang bersambung sampai ke belah malam,  perut telah di sumbat dengan pelbagai makanan yang macam macam banyaknya. Sumbat sampai  tak mampu nak masuk dah. Boleh di rasa penuhnya sampai ke anak tekak. Melugai, nak muntah semua cukup lengkap rasa. Hadoiii

Disebabkan rasa bersalah itu telah menyelubungi jiwa, maka ditekadkan hati untuk membuat sesuatu agar peluh dapat keluar. Maka tidak lah terasa bersalah sangat dengan badan, sekurangnya ada usaha untuk menjaga beliau supaya tidak bambam seperti dulu. Huhu

Cat punya la bersemangat. Mata membulat segar bugar. Sedang asyik mengecat sambil didendangkan dengan 'Bintang Syurga' nyanyian Raqib majid yang ganteng itu... tiba tibaa... jen jen jengggg... tanpa tidak sengaja, penggolek cat itu telah telenyek  ekor si cacak yang euwwwwwwwwww. Maka melompatlah cicak itu jatuh ke bawah, bertebaran lari menerpa ke dinding semula. Akan tetapi, si pengecat yang berwajah comel lagi berpewatakkan ayu sopan, lebih lagi terlompat lompat mengalahkan cicak yang digelek tadi. Berlari lintang pukang bagai yang jatuh kebawah adalah harimau belang yang kelaparan tak makan 10hari. Tanah yang dijejak pun terasa bagaikan tidak mencukupi bagi membawa diri jauh dari cicak itu. Bibir, usah di tanya, maka keluarlah mentera metera yang tidak enak di dengar. Yang kalau dalam keadaan waras, sapa yang menyebutnya terasa mahu dipotong2 blender buang mulut tu. Haishhhhh. Sakan sungguh beliau kalau berhadapan dengan seekor cicak.

Semalam. Hahaha. Nak gelak dulu satt. Entah la bagaimana boleh termenangis bilamana diri terpijak sebutir telo cicak. Euwwwwwww. Padahai sudah di basuh kaki tu. Bersabun siap. Tapi bila keluar dari tandas, terus menerpa ke bilik bunda dan menempek di belakangnya sambil mulut tidak henti henti dengan mengumit euwwwww euwwwwww. Bila puan bonda bertanyakan kenapakah, diri tak mampu menjawab. Yang tahu, air mata sudah mengalir keluar. Kemudian, dihadiahkan gelak tawa seround dari si ibu. Muahaha.

Muka dah budget genster. Mai tang cicak. Ya Ampunnnnn. Jangan la, satlgi semua benda haram keluar habis tanpa boleh di kawal. Astaqfirullah. Lepas nie mungkin boleh bawak bawak sebut cadberi pulak bila melatah. Haram jugak kan. Kekeke...

Tuesday, May 27, 2014

Pesan abah..

Abah selalu pesan,
Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita.
Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia,
Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya,
Seluka mana kita dikhianati manusia.
Abah kata, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita.
Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar, ini ujian untukmu”
Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita.
Saiz saja sudah tidak sama.

Lalu abah kata,
Setiap detik yang kita rasa hilang,
Rasa seperti seolah jiwa terbang,
Ingati tuhan.
Kerna, cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan sayang.
Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba,
Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.

Ingat, manusia tak selalu ada untuk kita.
Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta.
Tapi tuhan,
Sempurna sifatNya pada setianya Dia.
Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah,
Dan tetap meluah pada Allah.

Iya memang, Dia Maha Mendengar.
Tak perlu luah pun takpe.
Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya?
Jangan ego didepan tuhan.
Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.

Moga kita,tuhan jagai hati hatinya. :)

How to be kuwuss.

Ya ampunnnn... penyakit lama datang kembali. Errrrr. Hampir sebulan lebih aku berpuasa dari apa apa jenis kek, dan malam nie, tengok kek apolo yang sebungkuih tiga kupang tu pun dah boleh meronta ronta napsu amarah nie ingikannya. Errrrr apa sudah jadiiii.

Aku akui semenjak bermusafir ke kuantan nie, semenjak bergelar pekerja yang punya duit sendiri, memang bab makanan aku jarang berkira. Nak pulak kat sini makanan memang tersangat lah heaven heaven belaka. Plus ada duit pulak tu, pantang nampak makanan apa ja dalam tivi tu, mesti tegedik gedik nak. Lepas tu febret pulak adalah segala jenis makanan yang berlemak lemak belaka, seperti kek, kek, kek, kek dan kek lagi. Breakfast saja dah layan nasik minyak kambing sepinggan, tak masuk lagi menu tengahhari yang mana kalau sekali makan tu, 3 pinggan per person wajib dah keliling meja. Kahkah. Hadoi. Balik makan singgah kedai kek, buat minum petang lah konon. Sampai office tak dan nak tunggu petang dah bersih disapu licin. Haishhh. Bagaimanakah itu????

Berikutan faktor faktor yang dikemukakan itu, maka, berat pun mula mencanang canang naik. Lemak dengan bangga mula menunjuk belang dibahagia bahagian yang agak sesitippp. Tumbuh bagai cendawan mekar selepas hujan. Fuhhh, lalu isi isi lebih dapat di lihat di setiap penjuru badan dengan sekali imbas saja.

Waktu ini, hati kena kental sebab berjalan lah kemana mana saja, mesti akan di sapa 'Eh, apasal ko nampak gemok sekarangg?'... 'Miss, tadi waktu miss jalan kat depan lab tu, saye perasan miss dah gemok laa'... Errrrrr T_T memang kena berhati kental kannn..

Sepanjang hampir dua tahun keberadaan aku di sini,  dapat di simpulkan yang berat sudah 6 kilo naik sejak mula bertapak. Hmmm. Sangat positif sekali. Hmmm. Bagus tumbesaran kamu. Hmmm. Hai, nak kawen kan??? Hmmm. Hai tak reti reti diet??????

Maka sebulan yang lalu di susun jadual diet aku. Hati memang bertekad gila gila. Tambah pulak ada rakan sepejabat yang bercita cita yang sama. Terus jadi teruja nak diet. Everyday masak apa, makan apa mesti nak masuk insta. Siap ada hastag kauuuu. Boleg la try type #dietmummyjaVSmuna. Akan kelihatan menu menu sebagai bukti kami sedang berdiet. Hohoho. Aku konon mengamalkan diet kalori, dan sahabat aku seorang lagi diet athins. So memang kedua dua orang berlumba lumba diet sapa yang menjadi. Hoho.

Lepas seminggu, member aku turun 5kilo. Fuhhhh. Jeles gila kot. Aku pulak 2 kilo je. Tapi aku still tak percaya sebab diet kalori aku tu serius memang macam main main je. Hahaha. Yang tak boleh belahnye, nak makan apa je mesti nak kena gugel untuk tahu kandungan kalorinya. Sebab tak nak lebih dari 1200 perday. Tenat jugak rasanya. Sampai tidur, duduk, semua aktivi bodo bodo pun aku study jugak berapa kalori yang akan terbakar kalau kita amalkannya. Haha.

Seleps seminggu berlalu, entah macam mana aku boleh tersangkut satu jenis ubat kurus kat insta nie. Terus laju mengoder. Aku makan ubat tu selama dua minggu. Memang berkesan gila gila. Tak payah nak kontrol makanan sebab effect ubat tu buat aku jadi tak lalu nak makan apaapa pun. Serius. Tak ada nafsu lansung. Tu pun paksa jugan diri makan. Dua minggu, berat aku berjaya turun sebanyam 4 kilo. Mau tak gila. Hoho. Tapi ubat tu dirahsiakan namanya sebab tak ada kelulusan kementerian kesihatan. So aku tak nak lah orang lain cuba. Aku pun takut nak ambik untuk next botol. Risau jugak. Memanglah sangat sangat mengujakan penurunan berat badan. Tapi, hmmm, tak payah la. Huhu.

Sekarang nie aku agak berpuas hati sikit la dengan berat sekarang. Dah kembali ke angka aku mula mula menjejak ke bumi kuantan nie. Hihi. Tapi still nak turunkan lagi 2,3 kilo, nak menikmati berat di kala bergelar pelajar dulu. Ouchhh. Jeles kot bila tengok gambar lama lama. Kecikk je rasa. Huhu. Maybe untuk next pengurangan nie, aku tak nak lah bergantung pada ubat ubat yang tah apa apa lagi. Nak workout lebih. Makan kena jaga. InsyaAllah boleh. Kannn. ^_^

Saturday, May 24, 2014

Hak kita?


"Duit yang kita simpan, bukan hak kita. yang hak kita, adalah apa yang kita dermakan."

Terngiang kata-kata ustaz. Ya, sedekah. antara yang berat kita nak buat. Sebab apa? Sebab kita cintakan harta kita. Walhal harta yang kita ada di dunia ni, bukan hak kita 

macam mana pula bukan hak kita? baiklah. kita kumpul duit. kemudian kita beli kereta, motor, makanan, telefon, rumah, pakaian, dan sebagainya. semakin lama semakin berkurang. yang kaya siapa? tauke barang yang kita bayar duit untuk beli barang tu semua lah 

dan barang yang kita beli pun, bukan selamanya bertahan. kadang rosak. kadang hilang. kadang tarikh luput. sikit demi sikit harta kita berkurang.

cuma ada satu je harta yang akan bertambah. sedekah. iya, sedekah. berapa banyak yang kita sedekah, banyak itu la harta kita di akhirat kelak. dan harta di akhirat adalah lebih kekal berbanding harta di dunia 

bukan nak suruh derma semua. tak. dalam al-Quran pun Allah sebut “sedekahkanlah separuh daripada hartamu di jalan Allah.” sebab Allah tahu, manusia ni tak mampu bagi semua hartanya, sebab separuh dari harta tu untuk diri sendiri, keluarga dan saudara seIslam.

rajinkanlah bersedekah. kalau selama ni tiap jumaat, apa kata kali ni buat 3 kali seminggu. sambil-sambil jemaah di masjid, nak balik tu, hulur la seringgit dua dalam tabung. kalau buat hari-hari lagi best.

kemudian kalau ada rezeki lebih, carilah mana-mana pertubuhan yang memerlukan sumbangan. ada orang, di laman sosial punyalah kecoh kempen pasal saudara seagama yang sedang berperang dan ditindas. tapi bila nampak risalah pasal derma, buat tak tahu je. jujur pada diri, berapa ramai yang simpan no akaun derma ke palestin, syiria, mesir tu semua? 

janganlah kata tak cukup duit. kita ni mampu makan mewah. seminggu sekali singgah mcD KFC Pizza Hut Kenny Rogers makan mewah-mewah. tak pun balik kerja atau malam-malam lepak kedai mamak makan sampai rm10 atau lebih. takkan tak mampu derma rm10 untuk saudara seIslam kita yang tengah susah kebuluran dan kekurangan bantuan tu?

inshaAllah harta yang kita derma tak habis. malah Allah akan gantikan dengan lebih baik dan berganda. tak di dunia, di akhirat.

selamat bersedekah!







PdanS : Dipetik dari SINI

PdanSlagi : Yes, rasa itu datang lagi. Aku suka. Alhamdulillah. Biar begini. Janji aku selalu ingat pada Dia. Nak istiqomah itu susah. Terlalu payah. Dengan hidup aku sekarang. Keindahan, kebahgiaan, kesenangan, yang lama aku impikan, Allah sudah datangkan. Tapi selalu buat aku leka. Betul, hati tak akan tenang dengan keseronokkan dunia. Kalau tenang pun tak akan kekal lama, kemudian kucar kacir kembali. Dan hanya dengan mengingati Allah  saja, yang akan buat hati kita tenang, kekal sampai bila bila. Tapi, bila mengingatiNya, hati akan lemah. Terlalu banyak dosa. Ya Allah.... Astaqfirullah halazim. 

Quote #102



"I’ll send you my love through the du’a, 
to lift you up everytime when everyone makes you down."











PdanS : Teman, terpisah jarak bukan sebab untuk tidak saling mengambil berat. Bukan bermakna kita melupakan. Cara ini membuat hati kita lebih dekat. Merindui dalam diam. Dan Allah pertemukan dalam doa yang tidak pernah putus kita panjatkan. 

Tilawah.


Sudah melangkah ke 27.. Berbaki lagi 3. Alhamdulillah pelan pelan kayuh, dah hampir ke penghujung. Tekad dalam hati mahu dihabiskan sebelum Ramadhan ini. Dan sangat sangat memasang cita cita, mahu dihabiskan 30 juzuk dalam bulan puasa ini. Semoga Allah bantu.

Tips yang pernah amalkan pada ramadhan yang lalu:

# Tiap kali selesai solat lima waktu, mesti di habiskan 5 muka surat.
# Atau sehari, mesti 13-14 helai mestu di habiskan.
# Atau, pastikan sehari satu juzuk yang berjaya di baca.

Untuk kaum hawa, kena lebihkan sikit baca, sebab kita ada cuticuti Malaysia. So, waktu yang sesuci lebaran tu, kena la baca lebih sikit, cover siap-siap untuk dikala bulan penuh mengambang tu. ^_^

Ramadhan yang lalu, bergelar pekerja, masa terlalu padat. Jadi hanya di ruang ruang seperti menanti subuh, sesudah magrib, pulang dari tarawih, hanya itu saja masa yang ada untuk diusahakan tilawah aku.

Pulang dari terawih, akan cuba baca sebanyak yang boleh. Akan cover untuk waktu zohor dan asar yang tak terbaca kerna sibuk dengan tuntutan kerja.

Pelan pelan kayuh, dapatla habiskan 19 juzuk sepanjanh ramadhan tu. pelan pelan kayuh lagi, hari nie dah masuk ke 27. Lagi sebulan lebih nak ke Ramadhan, insyaAllah, akan mula balik dengan juzuk yang pertama.

Semoga hajat tercapai. Aminnn




Friday, May 23, 2014

Speechless.

Kadang kadang.... Entah sebab apa, entah kerna apa.... hati menahan sebak... sampai satu masa... air mata laju gugur.. nafas laju naik dan turun.. hati tika itu mengumam.. Ya Allah.. Ya Allah..

Allahhu Akbar... peganglah hati ini... bimbinglah hati ini... redhai lah hidup ku ini... Ya Allah...

Thursday, May 22, 2014

Bulan bulan kedepan.



Assalamualaikum belog.

Assalamualaikum yang sudi membuka baca dan menanti kisah kisah di sini.




May

Hari ini sudah ke 23, May mula menghampiri ke penghujung. Bersaki baki beberapa hari saja lagi. Senyum mungkin lebih dari biasa untuk bulan ini. Banyak kisah gembira yang Allah susun untuk mereka di sekeliling aku. Kisah yang sudah lama mereka sabar menunggu, ahirnya, janji Allah sampai bila sabar dan percaya kuat ditanam dalam jiwa mereka. Haishhh. Gembira sangat sangat. Semoga rancangan kalian seiring dengan yang telah Allah tetapkan. Semoga Allah permudahkah kalian menjadi yang halal. Dan teringat juga kisah aku setahun yang lalu, bagaimana ia bermula, di kala May juga. Hihi. Mungkin bulan Jodoh barangkali. ^_^


June
Bila Jun melangkah, bermakna, kisah mengajar pun bermula. Tiada lagi cuti cuti indah yang panjang. T_T


Julai
Ada Ramadhan yang sudah lama di nanti. Ya Allah, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. Semoga terawih penuh. Semoga Quran dapat khatam lagi. Semoga berat menjadi 54!! Aminnnn.


Ogos
Dalam Ogos ada selamat Hari Raya. Yeay Yeayyy. ^_^ Ada makanan yang sedap sedap belaka. Dan ada jugak berat aku kembali naik pulak. Kekeke. Kemudian akan ada family tercinta, kampung halaman yang dirindui sana. Akan penuh kisah gembira. Dannn... Dannn... Mungkin Raya terahir menjadi si anak dara. Hmmmm. T_T . Tahun yang kedepan, hmmmm.. hmmmm.. suka juga.. tapi.. tapi... nak raya di Yan Kedah saja, Hahaha... Bermimpilah engkau Muna...


September
Bulan yang akan menjadikan kisah mendidik aku menjadi ke angka 2. Dua tahun sudah bergelar pendidik di bumi Kuantan. Pejam celik pejam celik, 2 tahun? Seperti tak percaya. Kemudian, berhadapan pula dengan tahun ketiga. Semoga ianya lebih mematangkan aku dalam soal mendidik dan menjaga anak anak orang. Yes, anak orang yang bukan anak sendiri. Anak orang yang pelbagai ragam dan karenah kena aku tempuh. Tenat terasa. Duhai anak yang bakal siggah di rahim ini kelak, menjadi lah yang baik baik saja. Menjadilah insan yang membuatkan ayah dan ibumu mendapat tiket percuma untuk ke syurga. 


Oktober
Kesibukkan bermula. Satu demi satu kerja bertambah. Jangan stress ya duhai hati, jiwa, otak dan kepala. Keep it calm. Susun satu persatu. Remember, kamu sedang memperbuat ya Allah suka, pasti akan dipermudahkan olehNya. 


November
Mengira hari dengan penuh debar. Semoga hidup tidak serabut serabai. Kepada Puan Jerawat, jangan tumpang berteduh di wajah. Kepada Encik Lemak, jangan singgah lagi di badan saya.


December
InsyaAllah, akan ada kisah Incik Jodoh datang kerumah, bertemu dengan wali saya, lalu menjadi yang halal kepada dia. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga ikatan yang terjalin di Redhai Allah, semoga ianya asbab untuk kami sama-sama ke syurgaMu kelak. Amin...








PdanS : Yeayyy, dah rajin update blog. Tahniah!! Hoho.

Tuesday, May 20, 2014

Yang merasa.

Hmmmmm. Tak mahu tulis yang panjang panjang.

Syukur dengan aturan Allah. Dimana mana kaki di pijak, pasti dipertemukan dengan mereka ya sangat sangat menenangkan hati dan jiwa. Syukur Ya Allah.

Semoga hati ini dalam lindunganNya selalu. Sebahagia mana, seindah mana, sesenang mana, kalau hati ini tidak dikembalikan pada yang berhak, maka semua yang dirasa tak akan bermakna, tak akan pernah kekal tenang dalam jiwa. Itulah ujian yang lebih susah dari ujian kepayahan.

Doa adalah kekuatan. Doa adalah senjata. Doa adalah harapan. Doa jadikan teman. Dengan doa, semua kebimbangan terpadam. Dan berdoalah bersama air mata. Bersama kata kata tulus dari jiwa. Bicara kita dengan Sang Pencipta. Allah, lemah terasaaa..

Yang membaca tidak akan faham seperti yang menulis. Aku yang tulis, dan aku saja yang lebih memahaminya.

Tak ada apa yang di harap. Hanya, semoga Allah redha dalam setiap perbuatan ku.

Aminnnnn..

Kurang kecerdikkan kah?



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Errrr, semua? siapa kah "semua" itu?? Kedengaran seperti ramai sahaja bukan? Kahkah. Ya, sangat ramai seperti, sawang yang sangat ramai, labah-labah beramai ramai, habuk beramai ramai. Uishhhh. Ramai jugak tu. Hoho

Di kala gelap yang sudah ke jam 11 malam, saya mahu mencoretkan sesuatu. Sesuatu yang isi nya tidaklah sesirius mana. Sekadar melepas batuk ditangga, sambil menanti anak mata yang bulat ini mula kuncup layu sedikit demi sedikit. Itu saja motifnya.

Kisahnya bermula begini...

Maka, menempuhlah ia minggu minggu ahir sem yang dipenuhi perkataan Test, Kuiz, Assignment, Markah, re-test, 29/30, 1/40, 0/35... Errrrr. Pengsan seketika. Hmmmm.

Masa dipenuhi dengan pelbagai kerja, sampai tidak menyempat di siapkan di kantur sana. Maka, di usung pula beguni guni beg yang dipenuhi kertas kertas untuk di tanda. Hanya cara itu saja yang dapat mensetelkan kerja menggunung banyaknya.

Maka, malam itu, malam kerajinan yang amat pelik sekali berlaku dalam hidupnya. Tidak pernah jiwa berkobar sedemikian rupa. Tidak pernah hati mampu menepis jeritan katil yang lantang menyeru namanya, "kemariii... kemari.. sang bidadari..."  Akan tetapi, malam ini semua berjaya di harungi. Demi seguni kertas test, assignment dan kuiz. Semuanya di gagahi.

Semangat itu di sambut dengan secawan nescafe, dengan harapan, agar mata tidak akan cepat terkulai layu, agar segala penat jerit mengusung kertas yeng berguni guni banyaknya itu akan berbaloi.

Hanya beberapa menet saja dihirup air penuh cafen itu, lantas bola bola mata mula mengembang, bandan bertenaga terasa. Wahhhhhh. Boleh mula untuk menanda apa yang dibawa pulang bersama. Wahhhh.

Kertas kertas yang di isi dalam guni tadi, diteliti satu satu. Hmmmm. Test 2 belum ditanda, test 1 sudah ditanda. Ok, mari menanda Test 2. 

Ya, test 2 yang mana tidak pernah sama dengan test 1. Akan tetapi, hey hey hey, mana pergi paper jawapan test 2 aku. Kenapa ada kertas jawapan Test 1 yang sudah bertanda sahaja? Hey hey hey, letak mana nie?? Hey hey hey, jangan cakap aku telah tersilap ambil dari atas meja sendiri. 
Lalu tersalah bawak balik ke rumah. Errrrrrrrrr.

Stress mak tauuuuu. Jangan la berkelakuan sebegini lagi nyah.

Ok, jangan risau, kita masih boleh menanda kuiz. Maka di keluarkan kertas jawapan kuiz pelajarnya. Pen merah kuat di genggam. Hanya tinggal untuk melabuh pen merah di atas kertas  saja. Dalam masa yang sama, cuba mencari skema jawapan kuiz sebagai rujukan bagi menanda. Cari dan mencari. Geledeh dan terus menggeledah. Errrrrrr. Kenapa berbuat pekerjaan yang tidak berapa nak cerdik lagi nie. Hadoiiiiii. Tertinggal di office juga? Kehampehsan menebal terasa.

Hadoi hadoi dan hadoi. 

Mata sudah bulat kesan dek secawan air bercafen tadi. Incik buah hati telah hanyut dibuai mimpi. Kalau ada boleh berdiskusi isu isu dunia bersamanya. Hmmmmmmm. Nasib ada ruang di sini. Maka, jen jen jengggggg.... terhasilah sebuah entry untuk May ini. Muahaha. 

Itu saja kisahnya. 

Sekian.









PdanS : Tulisan yang tidak bercirikan memberi faedah bagi yang membaca. Hohoho. Sudah lama tidak menulis dengan hati yang seperti ini. Huhuhu. Saya sukaaaaaa...

Wednesday, May 7, 2014

Hai May

Assalamualaikum.

Hai May. Selamat datang. Kembali kamu kali ini dengan penuh harapan. Membawa kembali kisah dulu kala, bagaimana ianya bermula. Satu satu dibuka. Satu satu diteliti baca. Lucu pula terasa. Haha. 

Pejam celik, setahun berlalu dengan pantas. Setahun yang penuh cerita mengujakan. Setahun yang dipenuhi keajaiban. Semua kisah disusun lengkap oleh Pencipta. Dalam itu lengkap semua rasa. Kita hanya mampu menyusurinya, apa apa yang dihidang perlu dijamah sebaiknya. Jika enak yang dirasa, syukurlah padaNya, kalau pahit yang menyinggah, anggap itu ubat untuk jiwa.

Dan bila May datang, masa itu semakin hampir. Pelbagai rasa menjengah, silih berganti di dalam jiwa. Ada gembira, ada suka, ada takut, ada risau. 

Apapun yang di rasa, aku mahu pesan pada diri, pada yang membaca, perkahwinan bukan kemuncak dalam hidup kita. Jangan terlalu bangga bila anda mampu mencapainya dahulu. Ia hanya satu pembuka untuk fasa hidup baru. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dalam kehidupan itu. Banyak hati yang perlu di jaga sepanjang fasa itu. Sabar kena banyak. Toleransi kena selalu. Dan yang paling penting, doa mesti tak putus. Bila hubungan dengan Allah dijaga, insyaAllah hubungan dengan sekelian makhluk akan terjaga.

Bila melalui jalan untuk menuju ke situ, baru nampak apa yang dikatakan adat yang melebihi syarak. Baru tahu, diri ini sebenarnya bagaimana. Mengejar pandangan dari manusia atau Allah. Hurmmmmm. Sudah banyak yang menyimpang. Entah lah. Kadang-kadang, alasan untuk kepuasan diri menutup kesemua pembaziran yang tak diperlukan. Nasib ada yang sentiasa bertanya, sentiasa menasihat agar aku tak terlalai dalam membuat keputusan.

"Simple is better". Itu paling terbaik pada mata aku.

Sekian. Selamat malam.







PdanS : Haishh. Berdebar pulak bila menaip hal hal ini. 

Saturday, April 19, 2014

Hmmmm...

Hmmmm
Kepala sakit ya amat amat.
Banyak sangat benda difikir.
Itu baru hal itu, belum di tambah yang ini, yang itu, yang ini lagi, yang itu pula.
Errrrrrr....
Boleh pecah saraf  otak gamaknya.

Aku ini orangnya, tidak boleh banyak benda yang menimpa nimpa.
Cukup satu perkara.
Ditambah sikit saja.
Mau rasa nak muntah.
Mau rasa sakit nak pecah kepala.

Ya Allah..
Betapa lemahnya hambaMu ini.
Terlalu lemah.. terlalu jahil..
Ya Allah...
T_T

Tuesday, April 8, 2014

2 kisah

Satu.

Kuantan - kuala lumpur - kuantan
Macam kampung sebelah je di ulang alik. Kesana bersebab. Hal interview. Hal rezeki dari Allah. Letih usah diperkata. Tapi, digagahi jugak mereport sepatah dua di sini. Kisahnya begini. Berdebar bagaikan apa, hapal macam nak gila, bila masuk saja, hanya 3 soalan di tanya. Ada master belum? Student yang di ajar fail berapa orang? Dah kawin belum? Wowwwww. Hahaha. Seronok bukan. Hanya kata kata nasihat saja yang banyak terkeluar dari panel. Hmmm. Apa apa pun Alhamdulillah. Allah permudah seperti yang hati pinta. Syukur...

Dua.

Arjuna beta.
Sedap lagu itu. Saya menyangka yuna yang mengalunkannya. Setelah menggugel lirik, baru sedar yang lirik tercipta dari seorng bonda yang kaya dengan kata kata puitis nya. Lagu yang di alun juga darinya. Nice. Sedap suara. Memang kena dengannya. Hmmmm Arjuna, nama anak kecil yang senantiasa menghias IG dia. Comel dengan bermacam keletah. Lagu yang tergubah indah itu, khas buat anak kecil itu. Pesanan dari sang ibu buat ajruna nya yang kasih tidak pernah kurang, sayang tidak pernah pudar...

Sunday, April 6, 2014

Quote #101



PdanS: Yesss. Setelah berbulan lamanya tidak mengepost apa-apa quote, lalu quote yang ke #101 ada berbaur baur sedih. Hmmm. Apakah? Apakah?? T_T

Empty




Hmmmmm.. entah apa harus dikata.. setiap butir yang tercipta tak mampu menggambar apa yang hati rasa..

Rasa yang entah mahu dikabarkan bagaimana, bisikkan syaitan, atau detik rasa dariNya...

Memandang yang terhidang, membayang bagaimana kedepan, takut terasa untuk menyusun langkah...

Satu demi satu diteliti, disusun, agar kedepan yang ditempuh tidak bekecamuk...







PdanS: Duhai hati, banyak yang sudah berubah, sama ada kamu perasan atau tak, saya nampak apa yang kamu rasa. Lost. Tahu puncanya. Ya Allah, aku rindu rasa yang lalu... T_T

Sunday, March 23, 2014

Jam 10.30

Jasad sudah dibawa ke tempat baringan. Tidur beramai ramai, bergelimpangan di tengah rumah. Ada anak kecil dalam buaian. Ada 2 kanak kanak sedang bertumbuk bergelak sakan. Ada ibu yang setia menghayun buaian. Ada gadis yang gajet tak lekang di tangan. Dan ada tungangan orang yang sedang menulis sesuatu untuk dibaca di masa hadapan. ^_^

Malam ini malam terahir aku bermalam di tanah tumpah darah ini. Esok malam, tidur bertilamkan emput kusyen kerusi bas. Kemudian, lagi tiga minggu, mungkin ada lagi kisah kisah seperti ini. Semoga Allah murahkan rezeki aku, semoga Allah permudahkan urusan aku. Dapat dijejak tanah ini semula.Balik kali ini tiada apa apa misi. Hanya mahu melihat keadaan di rumah, mahu melepas rindu yang lama hati simpan.

Sekarang, tok adalah dibawah jagaan emak. Sudah sebulan barangkali tok berada di rumah kami. Emak yang menguruskan semuanya. Makan, mandi, kencing berak, semua emak yang laksana. Keadaan tok terlalu uzur, hanya mampu berbaring di atas katil. Tidak ada daya untuk duduk, apatah lagi untuk berjalan berdiri. Yang  mampu hanya mencapai benda di sekitarnya. Itu saja.

3 hari di rumah, aku lihat susah payah mak menjaga tok. Mengangkat dari katil, di usung pula ke bilik air untuk dimandikan. Menyuci kotoran di badan, membersih najis yang tersisa di celahan badan, tanpa rasa sedikit perasaan geli akan semua itu. Mak melakukanya penuh semangat, sambil bibir tersenyum memperkatakan sesuatu kepada tok, walaupun tidak di balas, emak tetap bersuara seperti tok akan menjawabnya.

Setiap kali melihat semua itu berlaku di depan mata, hati kecil ini tidak henti henti berdoa, semoga kekuatan, ketabahan, kesabaran yang emak tunjukkan itu akan tumpah pada aku kelak. Pada masa yang mana emak sudah tidak terdaya melakukan apa apa, aku disuntik kekuatan sepertimana yang emak tunjukkan  sekarang.
Pinta aku, semoga kekuatan dalam diri mak sentiasa menebal. Semoga kemudahan dalam semua hal sentiasa berpihak kepada emak. Dan kesihatan emak juga, semoga baik baik saja...

Serius. Tiap kali melihat mak menguruskan tok, mata aku tidak daya menahan butir kaca yang jatuh gugur. T_T









PdanS : Tak mau balik kuantan.... tamauuuuuu....

Thursday, March 20, 2014

Mereka..

Bismillah, perjalanan dimulakan. Esok bila mata dibuka, harap akan nampak bumi Yan tercinta. Entah kenapa beberapa menjak ini, hati  kuat melekat dengan semua yang ada di sana, di tempat darah tumpah. Ada mak, ada ayah, ada keluarga, yang itu paling aku kenang bila diri jauh dibawa.

Sudah besar begini pun hati tidak kuat. Mengenang saja mereka, berjurai turun butir butir kaca. Ya Allah, sukar digambar rindu aku pada mereka. Hanya doa saja mampu buat hati tenang terasa. Lalu, diletakkan harapan pada Allah, moga dilindungi mereka yang aku cinta, moga rahmatNya melingkari mereka, moga disihatkan tubuh badan mereka, moga kami semua bertemu di syurga kelak.

Sunday, March 16, 2014

An-Nur. Berbaik sangka.

Assalamualaikum Isnin. Hai hai.

Hari ini hari bekerja. Tapi jasad tidak ke kantur sana. Memohon cuti. Sudah penat dengan urusan urusan dunia itu.

Tapi, siapa kata cuti hari ini boleh bersenang lenang di rumah saja. Tidak teman. Cuti aku bersebab. Mahu menyiapkan semua yang tertangguh sekian lama. Mahu menanda latihan anak didik. Kerna di kantur sana, diri susah untuk difocuskan dalam hal hal itu. Nanti ada saja kerja yang datang dalam sedang membuat kerja sekalipun. Ada saja godaan rakan sebaya untuk berpoya poya, duduk lepak sekejap dua yang selalunya sampai bawak ke waktu pulang kerja. Hoho. Ya. Godaan yang terlalu kuat dan keimanan aku juga adalah nipis sekali.

Okeh. Menanda sudah siap. Jadi boleh bercerita satu dua kisah yang dalam seminggu dua ini banyak yang terjadi. Terjadi pada diri, pada orang sekeliling, pada negara, pada dunia. Fuhhhh. Penceritaan sekarang bukan hanya terbatas hal hal peribadi saja. Tapi sudah melintasi garisan khatulistiwa. Sudah meliputi satu dunia. Hmmmmm. 

MH370. Tak tahu nak diperkata apa tentang itu. Berfikir berfikir sampai banyak perkara yang tidak elok timbul. Berfikir dimana? Kenapa? Siapa? Sebab apa? Dan ahirnya, tangan perlahan lahan mencari kepala, menyapu minyak cap kapak. Pening aku. Sudah sudah memikir. Fikir sangat pun tak guna. Ambik tahu sangat pun tak membantu. Lebih baik, ambil sekadar yang patut sahaja, selebihnya serah pada Allah. Serah pada Allah iaitu berdoa banyak banyak pada nya.

Kemudian hal diri. Diri oh diri. Oh hati kecil. Hati yang...... Sudah. Full stop hal hati. Akan yang tidak molek pulak terkeluar nanti.

Hal sekeliling. Hal hiburan di Bukit jalil sana. Ya Allah, semoga mati kita dalam keadaan yang baik. Dalam redha Allah. Kemudian hal politikussss manusia sejagat yang aku sudah muak untuk mendengar, apatah lagi untuk diperkatakan, dan apatahlagi untuk turut serta dalam kancah itu semua. Aduhhh. Naik meluat, untuk dua-duanya. 

Sudah. Full stop keadaan negara mahupun dunia.

Aku nak bercakap satu perkara, yang baru semalam aku belajar dari mereka yang tinggi ilmunya. Hal FITNAH. Mungkin nampak biasa biasa. Tapi itu punca banyak hal hal perbalahan yang terjadi disekeliling hidup aku. Aku ini ilmu nya cetek, amalnya kurang, baiknya kadang kadang. Tapi aku sangat sangat pantang untuk manusia yang mengjudge sesuatu yang mereka nampak tanpa usul periksa, terus diletakkan perasaan buruk sangka. Ya Allah semoga aku dan sekeliling aku terhindar dari hal ini.

Sesuatu yang kurang enak berlaku beberapa minggu lalu. Tapi, dengan pertolongan Allah, kebaikaan itu datang semula. Tapi... tapi.... ada sesuatu yang aku masih kurang senang dengannya.... Benar kata sahabat aku. Keep refresh akan hal yang lama lama itu, sampai bila hubungan kita nak baik, even dah tak macam dulu, tapi tak nak lah teruk macam hari tu. Semua sudah besar. Sudah kedewasaan dan sedang menujuan keTUAan. Pun masih perlu bergaduh?? Hmmmm... Semunya bermula dengan berburuk sangka pada sesuatu yang kita tidak suka ianya berlaku, lalu tanpa usul periksa, membuat satu kenyataan yang mungkin benar, mungkin tidak.

Hmmm.. Sudahlah. Mungkin kamu tak faham. Dan aku juga tak suka kamu membaca apa yang kamu tak memahaminya. Buang masa saja. Tapi pesan aku. Kawan baik baik. Jangan berburuk sangka.









PdanS : Aku suka kelas tafsir semalam. Suruh An-Nur ayat 11-26. Sangat memberi pengajaran dalam hidup aku dan seperti mengetahui apa yang hati ini sedang gusarkan.

Sunday, March 2, 2014

Kelas pagi.




Wajah kebusanan seorang pendidik. Bosan oleh kerana pelajar sedang menjawab exam. Lalu guru menjadi kurang pekerjaan. Nasib ada komputer riba yang tak bernah diribaan dibawa bersama. Boleh bersuka ria berselfie dihadapan mereka. Kahkah. 

Mereka sedang kusyuk merungkai setiap persoalan yang diberikan. Biarkan mereka dengan dunia structure analysis mereka. Aku mahu mengarang kisah yang panjang. Semoga. Semoga tidak bertemu titik nokhtah terlalu awal. Sebab itu lah yang selalu terjadi sejak dua menjak ini. Yang menjadikan setiap kisah hanya ada pengenalan. Lalu butang delete yang menjadi pilihan. ^_^

Beberapa hari ini kerja menjadi terlalu penuh sampai melimpah ruah banyaknya. Semua harus di beresin pada masa yang ditetapkan, pada masa yang sama kesemuanya. Adusshhh. Lalu, bintik bintik kecil dengan riang dan gembiranya mula menghiasi kulet wajah ini. Yesss. Itu petanda otak penuh dengan banyak hal. Penuh yang ditekan tekan untuk dimasukkan lagi isi isi. Merumitkan hidup. Mensulitkan jalan. Mensesakkan nafas. Ya Allah. 

Terlalu caca merba tulisan pagi ini. Tak mengapa. Mari teruskan juga.

Pulang dari kantur, hanya nampak katil dan tilam saja. Hmmmm. Bukankah masih di kantur pun sudah membayangkan perkara yang sama? Errrrrr. Kahkah. Yess. Itu lah aku untuk waktu seminggu dua ini. Pulang saja ke rumah akan terkulai layu, bagai baru pulang dari medan tempur. Tidak tahu apa yang diletihkan sangat. Kerja tidaklah seberat buruh buruh kasar mengangkat pasir batu. Mungkin otak yang letih. Kesannya sampai ke badan. 

Sekarang banyak perkara yang harus dirancang sebaiknya. Terutamanya tentang hal masa depan. Yang semuanya bersangkut paut dengan keputusan yang dipilih sekarang. Kadang kadang terasa mahu lari dari semua itu. Tapi nak tak nak, suatu masa aku harus hadap juga. Tidak boleh mengelak. Tapi memikirkannya buat kepala jadi sakit. Terlalu banyak halangan. Selalu pesan dalam diri, setiap perkara yang Allah suka, pasti dipermudahkan olehnya. Itu saja kekuatan aku. Doa buat aku jadi yakin. Menangis buat segala kekusutan hilang lenyap. 

Sekarang tiap keputusan di buat berseorangan. Tidak perlu mempedulikan siapa siapa. Tidak perlu persetujuan mana-mana. Hidup aku, aku lebih tahu apa yang lebih, apa yang kurang. Hidup aku, aku lebih faham mana susah, mana senang.

Di satu hari kelak, setiap jalan yang di pilih, ada hati lain yang perlu di ambil kira, ada pandangan lain yang harus aku lihat juga. Kerna jalan yang aku lalui akan dibawa dia bersama. 

Apa-apa pun keputusan. Semoga disepakati bersama. Yang paling penting, semoga Allah redha, sebab itu kunci utama untuk sesuatu itu jadi mudah, terasa senang, terasa bahagia.

Dan untuk mencari keredhaan Allah, letakkan niat keranaNYA. Sentiada sda Lillahhitaala. 










PdanS : i need home sweet home. Sangat sangat.

Sunday, February 16, 2014

Ujian yang entah

Hmmmmm... entah. Tidak tahu untuk diperjelaskan bagaimana. Hati sayang mereka semua. Hati gembira. Hati bahagia dengan mereka. Tapi semua yang di rasa buat aku leka. Yang itu paling tidak suka. Dimalam hari memohon ampun bersungguh dariNya dan bila siang menjelma, ulang diperbuat kesalahan yang sama. Sampai bila? Ya Allah...


Dulu juga seperti ini. Lalu Allah buka laluannya. Aku menusuri. Bila jalan dilalu selesa di harungi, Allah letak satu ujian untuk diri. Ujian bahagia. Di pandang itu nikmat darinya, tapi sebenarnya, ia ujian yang lebih bahaya dari ujian derita. Leka dalam bahagia lebih bahaya dari pedih dalam derita.
Ya Allah, semoga hati ini, diri ini, iman ini dalam lindunganMu, dalam jalan kepadaMu. Amin...




PdanS : no no noooo. Sekian.

Sunday, February 9, 2014

Setahun Yang Lalu...


Hari ini tanggal 10 Februari 2014. Setahun yang lalu, tika tika ini diri sudah berada di KLIA menanti penerbangan ke Jeddah. Pelbagai rasa ujud tika itu. Walau hati terlalu bersyukur gembira kerana di jemput menjadi tetamuNya, tapi jauh di lubuk hati ada rasa bimbang, ada rasa takut. Kerisauan yang entah apa sebabnya. Nasib keyakinan itu kuat. Terus membalut rasa ketakutan yang bersarang dalam jiwa.

Mengingati semua yang ada di Sana, Ya Allah, hati jadi rindu. Mata terus berkaca. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui segala isi hati ini. Hanya Engaku saja yang mampu mengabulkan segala permintaan di hati. 

2012, Setahun yang bersusah payah. Setahun yang penuh hidayah. Setahun yang banyak merubah. Setahun yang pelbagai hikmah. Berlalunya setahun itu, Allah hadiahkan satu kisah. Kisah gembira untuk hati tidak jemu meminta dariNYa. Hati yang selalu yakin pada janjiNYa. 







Duduk bersaja. Hati tiba-tiba terusik. Ada sesuatu menyapa. Tak nampak di mata. Tapi di hati jelas. Tak ada samar.

Sapaan itu buat hati ada teringat. Buat rindu singgah ke jiwa. Buat senyum berpaut ke wajah. Alahai. Bibir menguntum seketika.

Siapa tak rindu andai pernah bertentang mata.

Siapa tak rindu yang ditungguh pernah hadir depan mata.

Siapa tak rindu bila berjumpa dengan penuh teruja dan berpisah dengan air mata.

Siapa? Siapa?

Ya Allah rindunya nak buat Umrah lagi. Nak duduk depan Kaabah. Nak berdoa kepadaNya. Nak luah segalanya. Terasa sangat dekat dan terlalu dekat.

Ya Allah rindunya nak solat dalam Raudah. Nak sujud lama-lama. Terasa sangat dekat dengan Nabi. Semoga bila di Sana nanti peroleh syafaatnya.

Amin. Amin. Amin.









PdanS: Melalui hari hari yang, hmmmm. Entah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Tuesday, February 4, 2014

Kampit yang bertama.

Hari ini kisahnya menderma darah. Pertama kali mencuba. Sesuatu yang tak dirancang untuk kesana. Tiba tiba saja. Huhu. Pada mulanya mahu mencari seseorang di sekitar library itu, tetapi kelibatnya tidak juga di jumpai. Maka meronda rondalah sekitar kawasan sementara menati beliau pulang ke kanturnya, lalu eh eh, ada derma darah la, dan eh eh jugak di sapa oleh pegawai kesihatan di situ.

Pagawai : Pensyarah ke?

Me : A'a.

Pegawai : Boleh la derma darah.

Me : Tu la, macam nak. Tapi saye ada klas la jap lagi.

Pegawai : Takpe, kensel je kelas tu. Nanti boleh ganti. Derma darah dulu.

Me : Kelu lidah seketika.

Selepas di hasut beberapa ketika, lalu, tingggg!! Eh, di kaunter sedang mengisi borang.

Ingatkan sakit bagai apa. Rupa-rupanya relax saja. Siap beborak dengan rakan sekerja sampaikan terlupa nurse tengah cucuk kat sebelah. Tak yah nak cuak lah. Semut ketik lagi pedih darinya.

 
 Sebagai bukti pembelian.
 

Lepas nie kalau ada lagi kelibat baju baju putih kat mana mana. Aku mesti terpa. Sebenarnya sangat elok menderma. Bukan saja untuk mereka yang perlukannya. Tapi buat diri kita, menghasilkan darah yang baru, lebih baik dari sebelumnya.


.
 Ikelan sat. Kekekekekeke.






PdanS : Sila jangan muntah untuk gambar kedua. Kekeke. Dua dua tingtong selalunya 

3 kisah.

Plan for sumting yang yang yang... hmmmmm.. bukan kisah hati. Tapi tentang masa depan. Kerjaya barangkali. Acap kali bertangguh saja. Kali ini tekad sudah ditanam dalam hati. Mesti!! Semoga Allah permudahkan. Aminnnnnn...

Kisah kerja sekarang semakin rumit. Jelas dilihat, siapa kawan waktu senang, siapa teman waktu susah. Di pinggir bagai tak berguna. Di golek bagai bola. Diheret bagai lembu. Hmmmm. Sungguh, ada manusia sebegitu. Dulu hanya bertemu dalam cerita. Sekarang, aku sudah jumpa bertentang mata. Kepentingan sendiri itu lebih utama. Yang selalu bergelak ketawa bersamanya ini, yang pernah kesat air matanya ini, terus dibuang merata. Aduhhhh. Sangat mengajar aku, sangat mencelekkan aku...

Kasih selanjutnya....... tetttttttt... simpan dalam hati saja. Rapi rapi. Supaya tak ada yang muntah berdarah. Kahkahkah.








Saturday, January 25, 2014

Manjeww gituww

Pagi di hujung minggu ini aku sajikan kisah wanita yang yang yang yang.... tah... tengok lah gambar bawah nie. Kelu jari untuk menaip. Kahkah. Dia teruja sekali untuk merawati kulet wajahnya yang begitu bermasalah. Tapi sebenarnya, ia adalah lebih kepada perasaan 'kecewi' [jemput gugel translater bahasa kedah] dengan barang barang yang baru di beli semalam sewaktu mengukur mall mall di bandar kuantan. Pulang ke rumah dengan berperasaan capek yang teramat, lalu terus pengsan, tanpa sempat menyalin baju, membuang makeup, bersolat dulu. Aduhaiii, tak comel langgsung perangai. Nasib terjaga di jam satu pagi. Lalu terus dilaksanakan apa yang perlu.

Pagi ini jaganya tidak perlu ke kantur untuk sesuap rezeki, lalu masa yang terluang di isi untuk diri, untuk dimanjakan. Ewahh. Manja la sangat. Berair mata aku tahan sakit nak tarik mask nie. Pedih kot. Haha.

Kisah lagi lagi? Lagi adalah malas dah nak cerita. Beliau sudah lapaq semacam tak makan 3 minggu. Lagi pun beliau ada janji temu di tengah hari ini. Sekian tata.

Friday, January 24, 2014

Seram sejuk.

Jam sudah mau masuk ke tengah hari, matahari terang menyinar, tapi kesejukkan yang teramat sampai ke tulang benulang, seram sejuk menyelubungi jiwa, kaki bagai menyarung sendel aiskaca, badan boleh beku jika terkena air kolah. Haishhh. Sungguh mencabar cuaca hari ini. Sejuk yang lebih dari biasa. Itu baru 21'. Belum negatif macam kat Syiria sana. Macam manalah keadaan mereka. Dengan sehelai sepinggan sahaja. Kita yang punya selimut tebal dalam 21 darjah pun sudah terasa kesannya, inikan mereka yang sedang bersuhu negatif semua. Ya Allah...






PdanS : Jam sudah ke pukul 11. Tapi diri belum lagi di bawak bawak mandi. Yang di bawak nya adalah ke katil. Memang tak selesai masalah. Kahkah. Rumah sudah berkilat bersih. Baju tinggal mahu di spin. Cepat lah diri. Mari rajin sikit. Cuaca bukan alasan untuk terus beguling guling atas katil dalam selimut sampai tengah hari. 

Susunan, Aturan.

Assalamualaikum.

Subuh sudah sempurna. Masih bertelekung, di atas sejadah menanti waktu dhuha. Sejam yang kekosongan ini perlu di isi.

Otak ligat berfikir, menyusun kisah hari ini, panjang ceritanya. Wajah wajah hand beg kacak, kasut kasut gojes, diskaun beraneka angka sudah ligat berganam style dalam benak fikiran aku. Bahagianya mereka. Haha. Sabar duhai hati.

Kemudian, berfikir lagi, tentang masa depan. Sesuatu yang sedang di atur, sedaya upaya cuba di rencana dengan baik. Hmmm. Berfikir saja tidak mampu selesaikan masalah. Harus ada kira kira, harus ada senaria. Sekadar di dalam kepala otak, tak di keluarkan, itu namanya hanya angan angan. Hmmmmm. Bila diri mahu secara serius membuat perancangan itu semua. Hmmmm.

Akal mengalih cerita, teringat kisah semalam. Sudah lama diri tidak dibawa ke masjid berdekatan rumah. Maka, magrib dan isyak semalam cuba di sempurnakan di sana. Memandang wajah wajah yang sudah lama tidak berjumpa, terus diri di sapa. "Lama tak nampak dik".. Terus senyuman dibibir terukir dalam. "Tu laa.. banjir kat umah baru abih".. Mendengan jawapan itu, terus tawa kecil kedengaran antara kami. Huhu.

Gembira hati bila ada yang bertanya. Bermakna mereka sedar keujudan aku suatu masa lalu. Kearkaban tidak di ikat kuat, cuma di senggang senggang masa di antara magrib dan isyak, ada perbualan di antara aku dan mereka. Ya lah, menjadi orang muda yang berada di kalangam yang lama lama, diri tidak boleh menjadi sombong, mulut perlu ringan menyapa, bibir harus murah menabur senyum sentiasa.

Berada di sana, rindu aku pada rumah sedikit pudar. Berjemaah di sebelah mereka mereka yang seumur dengan emak, membuat hati terasa berada disebelahnya. Susana masjid di sini saling tidak tumpah seperti masjid di kampung aku sana. Bersolat didalamnya terasa berada di masjid, di bumi Yan sana.

Hati selalu bersyukur dengan aturan Allah yang ini. Di tempatkan di kejiranan yang baik, berdekatan dengan masjid, berjumpa mereka mereka yang  menyenangkan hati. Suatu masa nanti, bila hidup harus dibawa ke suatu tempat yang lain, mesti semua semua ini menjadi kerinduan hati. Mesti sayang untuk ditinggal pergi. Semoga Allah beri yang lebih baik bila diri perlu meninggalkan semua ini.



PdanS: Menghitung hari mahu pulang ke rumah manis rumah. Eh, Manis??? Kamu tahu, sekarang baru faham kenapa tempoh pertunangan itu di sebut "darah manis". Tempoh yang mana kehidupan akan menjadi manis manis belaka, sampai darah didalam badan menerima kesannya. Sebab itu orang lama-lama memanggilnya 'Darah manis'. Serius!! memang manis!! Sampai minum aku tidak perlu bergula sekarang nie. Hahaha.

Wednesday, January 22, 2014

Kejutan dariMu

Pagi ini Allah kejut awal. Awal yang subuh belum berkumandang. Tak perlu jam loceng, tak perlu alarm, cuma sebelum tidur buat sesuatu yang pernah Nabi pesan untuk amalkan.

Aku sangat sangat perasan, termiss sahaja rutin ini, subuh aku perlukan alarm untuk dikejutkan. Tanpa alarm, sedar aku belum tentu ada. Tapi, kalau yang di pesan Nabi aku laksana, hmmm, jam 4 sudah terjaga. Tak perlu apa apa untuk membangkitkannya. Sedar dalam keadaan yang segar. Buka mata. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah. Hati semangat mahu memohon banyak benda darinya. Waktu yang mana Dia turun ke bumi, mencari cari hambanya yang menagih simpati, lalu diberikan apa yang dipohoni. Ruginya kalau aku abaikan saja kejutan dari Allah itu. Syukur syukut syukur.


Mari amalkan yang ini..

Tazkirah malam
_______________
EMPAT HAL SEBELUM TIDUR
         
Rasulullah berpeshan kepada siti Aisyah ra.
         
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
         
1. Sebelum khatam al-Quran
        
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
        
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau         
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “
         
Bertanya siti Aisyah :
         
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“         
Rasul tersenyum dan bersabda :
         
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali          Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran          ” Bismillaahirrohmaan irrohiim,          ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
        
2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “          “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “
        
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau          “ Astaghfirullaahal  aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )        
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah          “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
         
Sampaikanlah kepada orang lain,          maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Sunday, January 19, 2014

Pelis la seperti dulu.

Rindu nak menulis. Serius. Nak tulis macam dulu. Ideal mencurah curah. Biarpun tanpa ada kisah, bijak saja jari ini menyusun langkah mengetuk papan papan ini. Iramanya tidak sesedap mana. Tapi cukuplah buat hati rasa lega, segala yang tersimpan dapat dikongsi bersama.

Sekarang. Hurm. Sedang cuba di pupuk semula perasaan yang pernah muncul dalam jiwa. Rasa masih ada. Cuma usahanya kurang. Alasan yang paling febret adalah 'masa'. Kasihan dia. Sering dipersalahkan dalam kisah ini. Haha. Wahai saudari, ketahuilah yang masa itu harus dicari, bukan dinanti. Dinanti itu tidak akan ketemu sebab yang akan dijumpai adalah katil dan tilam sahaja. Kahkah. Sila noted ye pesanan ini. Even ada kahkah di hujung nasihat, jangan mengandaikan bahwa ianya kata kata gurauan senda sahaja. Sangat bermakna dan makan dalam untuk kehidupan aku sekarang. Sudah banyak yang tidak tersusun cantik seperti selalu. Adussss. Perlu berubah segera. Jangan terlalu lost Munawwarah.

Seperti sekarang, sudah bijak mencari masa. Sedang manusia lain berbusan busanan menanti sampainya ke stesyen perhentian mereka, tapi diri ini bijak mengisi masa yang ada. Ada perkataan 'bijak' disitu yang merujuk kepada penulis. Oh, sungguh tidak menahan. Kahkah. Sekarang sedang menyetuh screen talifon tangan dalam perjalanan dari sungai buloh ke bandaraya. Masa terluang diguna sebaiknya kerna sudah muak dengan segala buku yang penuh dengan bermukamuka manusia. Mahu melepak di sini seketika. Menitip kisah untuk semua. Untuk yang aku rindu, ya aku rindu, rindu engkau lah, engkau yang sedang membaca!!! ^______^



PdanS : Semoga ada kisah lagi. Tidak perlu ternanti sampai ke sebulan dua lagi. Sekian.

Saturday, January 18, 2014

Current situation.

Kesihatan terumbang ambing. Suhu badan bercelaru. Tidoq adalah hobi di masa lapang dan tak lapang. Makan menjadi sangat kurang. Selara hilang menyepi entah kemana.

Kerisauan untuk semua itu.

Monday, January 6, 2014

Dilamar? Dinikahi?

Seperti layunya mawar ini, jasad juga akan kembali sebegini.

Tiba masa, dilamar izrael, dinikahi mati.

Masa, hanya penulis cerita lebih mengetahui.

Sedai atau tidak, sesaat pun tidak akan berganjak, tetap ditepati.

Duhai diri, ingatlah pada mati.

Yang hidup ini umpama pesinggah di bawah pohon tinggi.

Berteduh seketika, dalam perjalanan yang jauh lagi.

Menuju ke suatu tempat yang kekal abadi.

Ya Allah, aku mohon pengakhiran yang diberkati.

Agar kelak, redha Mu menunggu aku disana nanti.

T_T

.

Wednesday, January 1, 2014

1.1.14

Dengan nama Allah, catatan ini memulakan bicara. Bicara yang bisu barangkali, hanya memerhati dan cuba menghayati kisah yang terukir.

^_^ 

Senyum manis, senyum panjang, senyum yang berkuntum kuntum aku hadiahkan pada yang tidak jemu menanti kisah di sini. Hanya yang membaca dengan hati saya yang dapat merasai keindahan ini.  Lalu, dia pun tersenyum sendiri, lantas meneruskan bacaannya dengan tidak sabar manahan hati yang tertanya apa isi yang akan diberi. ^_^

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Masih bergelar peminjam nyawa dan jasad. Entah bila akan berahirnya pinjaman ini. Yang pasti, tahun yang bertambah menjadikan masa yang berbaki semakin singkat. Semoga beroleh pengahiran yang baik. Aminn...

2013 berlalu dengan pelbagai kisah kisah indah yang hati dambakan, harapkan dariNya. Dan di usia yang tidak terduga ini, Allah beri semua itu. DisusuNYA mengikut permintaan hati. Ya Allah, syukur yang tidak terperi pada kisah kisah ini. Mungkin boleh digelar Tahun Hadiah barangkali. Hadiah selepas melalui banyak kesukaran pada tahun sebelumnya. Kemudian, di tahun yang berganti menuai hasil yang di usaha. Syukur Syukur Alhamdulillah...

"Maka, nikmat apakah yang engkau dustai."

Terlalu mendalam kalam Allah yang ini. Mata yang memandang nikmat. Tangan yang bergerak nikmat. Gadjet yang di perhati nikmat. Hati yang merasa nikmat. Jantung yang bergerak nikmat. Nafas yang hembus nikat. Terlalu luas nikmat Allah. Tidak ada sekelumitpun nikmat yang datang hasil peluh kita sendiri. Tidak ada. Semua datang dari Dia,  Sekuat mana kita berusaha, setinggi mana kita mendaki, secantik mana kita menyusun, tidak akan berlaku semua itu dengan iziNya.

Sekarang, setapak lagi langkah di atur menuju kehadapan. Kerana Kuasa Allah, kerana kasih sayangNya, peluang diberi lagi untuk merasa nikmat hidup ini. Berkali kali diberi kesempatan. Harap peluang kali ini dimanfaat sebaiknya. Banyak kisah yang cuba dilakar indah untuk setahun ini, dengan harapan semua itu terjadi dalam iringan redhaNya.









 



















PdanS : Cuti yang bersenang lenang di rumah berbaki cuma 2 hari saja lagi. Dan kemudian. Terpaksa pulang ke Pahang. Adushhhh..