❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 13, 2013

Hikmah di sebaliknya.

Bismillahhirahmanirahhim

Assalamualaikum kalian yang membaca. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur aku yang tidak terhingga padaNYA, pemilik nyawa ini, pencipta jasad aku ini. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang diberinya, selalu saja hati ini terlalai dalam mensyukuri. Dugaan, ujian, kesedihan, juga nikmat yang kita selalu salah dalam menilainya. Dilihat sebagai hukuman, tapi akhirnya, kita sedar yang semua itu terlalu bererti dari nikmat bahagia yang kita dambakan. Astaqfirullah halazim. Semoga hati kita sentiasa dilindungi Allah selalu.

Disember sudah separuh di harungi. Dalam itu ada pelbagai kisah. Dugaan, kesedihan yang tidak pernah hati jangkakan, tetapi terpadam dengan keindahan yang Allah hadiahkan. Syukur syukur syukur.

Semua sudah maklum yang bumi kuantan lenyap seketika. Hilang dalam limpahan air dari Allah. Hati perlahan lahan dipujuk agar redha dengan segala ketentuan Allah. Tidak pernah mengharap apa-apa kemanisan diri kisah itu, cuma bersyukur, sekurang kurangnya, bila ada ujian, Allah buka ruang untuk hati aku sentiasa ingat padanya. Kebahagian selalu melalaikan aku. Lalai sehingga lupa padanya, lalai sampai tidak ada lagi air mata dalam beribadah. Ya Allah, terasa terlalu jauh.

Terlalu banyak hikmah dari apa yang Allah aturkan ini. Hidup kejiranannya, semakin erat, semakin akrab. Kehidupan di pejabatnya, pengalaman bermalam di pusat penempatan, terlalu banyak kisah yang mengajar aku tentang sabar, tentang kekurangan, tentang ukhwah, tentang merendah diri dan banyak lagi. Rezeki dari Allah juga datang dengan mencurah curah. Satu demi satu aku lihat hikmah itu datang. Tidak pernah terjangka dek akal untuk merasai semua kemanisan ini. Syukur Alhamdulillah.













Sudah seminggu juga ikatan terjalin. Tempohnya hanya Allah yang lebih mengetahui. Harap aku, semoga Allah berkati dan redhai, itu yang terpenting sekali. Syukur untuk kisah ini juga. Selalu saja Allah permudahkan, dari kisah bermula dan semoga sampai bila-bila. Tidak pernah terjangka pada dek akal untuk kisah hati ini. Datang dengan tiba-tiba. Aku percaya, itu semua aturan Allah. Tidak ada kebetulan belaka. Tidak ada disebabkan siapa-siapa. Tapi puncanya, datangnya adalah dari Allah, dari hati yang sabar menanti, dari hati yang tidak jemu memohon doa. Syukur Alhamdulillah. 












PdanS : Sudah seminggu mengemas. Tak settle settle lagi. Hadoii.

No comments: