❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 21, 2013

201213


Kisah umur meningkat untuk tahun ini. 

Semoga tahun depan lebih bertambah tambah indahnya. ^_^






Wednesday, December 18, 2013

Semoga..



Ya Allah, semoga hati ini tidak lalai, tidak leka, tidak hanyut dengan keindahan yang Kau hadiahkan.

Jadikan rasa yang terdetik ini sebagai laluan untuk hati ini mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu, memohon keampunananMu dan memperbaiki diriku.

Ya Allah, peganglah hatiku, lindungi imanku, pelihara perbuatanku.

Hanya padaMu tempat aku memohon, tempat aku bergantung harap, tempat aku mengadu, tempat yang selayaknya aku sembah...

Ya Allah, hanya pada mu T_T
.

Monday, December 16, 2013

Rugikah kita.



Dan kadang - kadang,
Kita cuma mampu suruh dia sabar dan sabar.
Apa lagi kita nak cakap?
Yang hadap bukan kita.
Yang rasa pun bukan kita.

Ujian ni datang,
Mungkin sebab kita dah lama leka.
Seronok berfoya-foya.
Seronok gelak ketawa.
Sampai tak ingat DIA.
Nikmat banyak, sampai kita lupa.

Kadang - kadang,
Ujian ni datang sebab nak suruh kita balik kepada-NYA.

Tahu tak apa yang paling rugi saat diuji?
Bukan saat kita hilang segalanya dari ujian ini.
Bukan!

Tapi saat kita gagal kembali kepada-NYA.
Ya.
Rugi besarlah orang-orang yang diuji,
Saat ujian, gagal membuat dia kembali kepada Tuhan-NYA.








.





Friday, December 13, 2013

Hikmah di sebaliknya.

Bismillahhirahmanirahhim

Assalamualaikum kalian yang membaca. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur aku yang tidak terhingga padaNYA, pemilik nyawa ini, pencipta jasad aku ini. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang diberinya, selalu saja hati ini terlalai dalam mensyukuri. Dugaan, ujian, kesedihan, juga nikmat yang kita selalu salah dalam menilainya. Dilihat sebagai hukuman, tapi akhirnya, kita sedar yang semua itu terlalu bererti dari nikmat bahagia yang kita dambakan. Astaqfirullah halazim. Semoga hati kita sentiasa dilindungi Allah selalu.

Disember sudah separuh di harungi. Dalam itu ada pelbagai kisah. Dugaan, kesedihan yang tidak pernah hati jangkakan, tetapi terpadam dengan keindahan yang Allah hadiahkan. Syukur syukur syukur.

Semua sudah maklum yang bumi kuantan lenyap seketika. Hilang dalam limpahan air dari Allah. Hati perlahan lahan dipujuk agar redha dengan segala ketentuan Allah. Tidak pernah mengharap apa-apa kemanisan diri kisah itu, cuma bersyukur, sekurang kurangnya, bila ada ujian, Allah buka ruang untuk hati aku sentiasa ingat padanya. Kebahagian selalu melalaikan aku. Lalai sehingga lupa padanya, lalai sampai tidak ada lagi air mata dalam beribadah. Ya Allah, terasa terlalu jauh.

Terlalu banyak hikmah dari apa yang Allah aturkan ini. Hidup kejiranannya, semakin erat, semakin akrab. Kehidupan di pejabatnya, pengalaman bermalam di pusat penempatan, terlalu banyak kisah yang mengajar aku tentang sabar, tentang kekurangan, tentang ukhwah, tentang merendah diri dan banyak lagi. Rezeki dari Allah juga datang dengan mencurah curah. Satu demi satu aku lihat hikmah itu datang. Tidak pernah terjangka dek akal untuk merasai semua kemanisan ini. Syukur Alhamdulillah.













Sudah seminggu juga ikatan terjalin. Tempohnya hanya Allah yang lebih mengetahui. Harap aku, semoga Allah berkati dan redhai, itu yang terpenting sekali. Syukur untuk kisah ini juga. Selalu saja Allah permudahkan, dari kisah bermula dan semoga sampai bila-bila. Tidak pernah terjangka pada dek akal untuk kisah hati ini. Datang dengan tiba-tiba. Aku percaya, itu semua aturan Allah. Tidak ada kebetulan belaka. Tidak ada disebabkan siapa-siapa. Tapi puncanya, datangnya adalah dari Allah, dari hati yang sabar menanti, dari hati yang tidak jemu memohon doa. Syukur Alhamdulillah. 












PdanS : Sudah seminggu mengemas. Tak settle settle lagi. Hadoii.

Sunday, December 1, 2013

Aneh sungguh rasa.




Berdebar??? Hahaha. Nak gelak pun ada. Aneh sungguh rasa. Haha. Tapi memang ia telah muncul tiba. Hmmm. Cool down cool down.

Esok masuk office mungkin hilang kot. Jumpa mereka yang tingtong, mengadap wajah wajah studeng, ok ok, akan jadi tenang. Haha.

Actually hati dah tak ada di sini. Dah sampai ke rumah nun di kampung sana dah. Jasad saja yang berpura pura mengadap segala macam tuntutan hidup. Di cucuk dengan gambar gambar wassap dari kakak yang sudah seminggu berkampung di rumah sana, adussss. Bikin hati lagi meronta. Owh doremonnnnnn, nak pintu ajaib satuuu!!!!