❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 18, 2013

Kunfayakun.



Assalamualaikum belog. Hai. Baru sahaja selesai berborak dengan teman sekerja. Hampir sejam lebih bergayut dengannya. Bermacam kisah yang dibual bersama. Sedih, gembira, teruja, takut, ujian, sabar, semua ada. Lengkap perbagai rasa. 

Beliau jauh di Muar sana. Sudah 3 bulan menamatkan pekerjaannya yang dulu bersama-sama aku mendidik anak-anak di bumi Kuantan ini. Melepaskan semua yang ada disini dalam keadaan keterpaksaan. Kerana sakitnya yang semakin kritikal. Hurm. Sekelip mata saja berlaku. Sedang keadaanya sihat sejahtera, sedang senyumnya senantiasa menguntum sahaja. Tiba-tiba aturan Allah tidak seperti yang diduga. Sakit yang disangka ringan-ringan saja kini sudah menjadi teman baiknya. Seperti susah saja dibuang jauh jauh. Mungkin perlukan masa. Perlukan kesabaran. Perlukan banyak usaha. Perlukan kewangan. Dan yang paling diperlukan, iaitu DOA.

Sesuatu telah mengajar aku dari kisah yang dilaluinya. Membuka akal aku untuk merenungnya.

Kita, manusia biasa, tidak ada daya melihat kedepan. Yang mampu hanya merancang, berusaha, berdoa dan bertawakal. Itu sahaja yang termampu kita lakukan. Kedepan kita, Allah yang tentukan. Entah sama entah tidak dengan yang hati pinta. Boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Dari sihat kepada sakit. Dari punya kerja kepada menganggur. Dari hidup sendiri kepada berteman. Dari jahil kepada lebih beriman. Dari kesulitan kepada kemudahan. Itu semua kuasa Allah. Sudah tertulisa dalam surat cintanya, "Kunfayakun".

Jika yang diaturkan Allah seperti yang hati damba, maka bersyukurlah selalu didalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan. Tapi, jika sebaliknya telah berlaku, percayalah yang perancangan Allah itu paling paling paling terbaik untuk setiap hambanya. Dihadiahkan kisah indah untuk kita, bersyukur. Disuntik rasa perit untuk kita lebih menginsafi diri. Kedua-kedua ada hikmahnya. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia belaka.







.

No comments: