❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 25, 2013

Yang terlalu lalu..

Bismillahhirahmanirahim.

Hmmmm. Hari ini rasa itu datang lagi. Entah bagaimana mahu dikabar. Bagaimana mahu dicerita. Tidak ada siapa yang mengerti. Hanya Allah juga yang lebih memahami. Ya Allah, rindu yang terlalu lalu pada rumah MU, pada kota kekasihMu. Hanya air mata yang mengalir laju. Itu saja gambaran rasa yang selalu timbul dalam hati kecil ini. Jemputan itu aturan MU. Semua yang disusun, aku redha menghadapi. Hanya satu harapan dari hati kecil ini. Semoga rasa yang timbul tak akan datang dan berlalu pergi. Semoga yang dirasa akan sentiasa kekal di hati. Semoga semua itu meninggalkan kesan dalam diri, supaya aku lebih berusaha mencari, yang namanya Hidayah dari Ilahi. Ya Allah... 



Monday, November 18, 2013

Kunfayakun.



Assalamualaikum belog. Hai. Baru sahaja selesai berborak dengan teman sekerja. Hampir sejam lebih bergayut dengannya. Bermacam kisah yang dibual bersama. Sedih, gembira, teruja, takut, ujian, sabar, semua ada. Lengkap perbagai rasa. 

Beliau jauh di Muar sana. Sudah 3 bulan menamatkan pekerjaannya yang dulu bersama-sama aku mendidik anak-anak di bumi Kuantan ini. Melepaskan semua yang ada disini dalam keadaan keterpaksaan. Kerana sakitnya yang semakin kritikal. Hurm. Sekelip mata saja berlaku. Sedang keadaanya sihat sejahtera, sedang senyumnya senantiasa menguntum sahaja. Tiba-tiba aturan Allah tidak seperti yang diduga. Sakit yang disangka ringan-ringan saja kini sudah menjadi teman baiknya. Seperti susah saja dibuang jauh jauh. Mungkin perlukan masa. Perlukan kesabaran. Perlukan banyak usaha. Perlukan kewangan. Dan yang paling diperlukan, iaitu DOA.

Sesuatu telah mengajar aku dari kisah yang dilaluinya. Membuka akal aku untuk merenungnya.

Kita, manusia biasa, tidak ada daya melihat kedepan. Yang mampu hanya merancang, berusaha, berdoa dan bertawakal. Itu sahaja yang termampu kita lakukan. Kedepan kita, Allah yang tentukan. Entah sama entah tidak dengan yang hati pinta. Boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Dari sihat kepada sakit. Dari punya kerja kepada menganggur. Dari hidup sendiri kepada berteman. Dari jahil kepada lebih beriman. Dari kesulitan kepada kemudahan. Itu semua kuasa Allah. Sudah tertulisa dalam surat cintanya, "Kunfayakun".

Jika yang diaturkan Allah seperti yang hati damba, maka bersyukurlah selalu didalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan. Tapi, jika sebaliknya telah berlaku, percayalah yang perancangan Allah itu paling paling paling terbaik untuk setiap hambanya. Dihadiahkan kisah indah untuk kita, bersyukur. Disuntik rasa perit untuk kita lebih menginsafi diri. Kedua-kedua ada hikmahnya. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia belaka.







.

Friday, November 15, 2013

Surat untuk belog #1

Assalamualaikum.

Kehadapan belog yang dikasihi. Semoga dalam keadaan sihat selalu walupun saya kadang-kadang terlupa yang saya punya kamu. Jangan berkecil hati sangat kerana saya tahu kamu pun tidak punya hati untuk dikecil atau diperbesarkan. Lalala.

Tujuan saya menulis di dada kamu sekarang ini kerana saya dapat merasakan yang saya sudah tidak boleh lagi kosisiten menjaga dan marapikan rambut-rambu kamu, atau memandikan kamu dengan penuh belaian kasih sayang. Serius. Sudah berpuluh kali janji saya untuk menjaga kamu tidak dikotakan. Hanya tinggal janji sahaja. Saya tahu, semua berpunca dari saya yang selalu saja sibuk dengan hal hal hati, ewahhh. Kahkah untuk diri saya satttt. Hahaha.

Saya memohon maaf dari atas keterlanjuran saya melupakan dan mengabaikan kamu. Saya memahami dan dapat merasakan apa yang kamu lalui sekarang walaupun kamu hanya sebuah belog yang tak bernyawa. Saya berharap kamu dapat bawak bawak bersabar. Mungkin bila sudah sampai masanya nanti, bila kamu sudah dewasa, bila jodoh kamu sudah tiba, kamu akan melalui perkara yang sama seperti saya. Mengabaikan semua yang pernah dibawa bersama-sama. Errrrr. Teruknya menjadi saya. Melupakan pada kulit buruk yang telah memberi isi kacang yang lazat. Hurmmm. Jangan jadi begini ya belog. Jadilah insan yang senantiasa istiqomah pada amalan baik. Senantiasa tidak lupa pada yang harus diingat. Yesss. Saya mengharap saya yang dulu. Sebab kadang-kadang dan selalunya kebahgian menjadikan diri kita lupa. Lupa pada yang pernah bersusah payah. Lupa pada yang pernah disisi menceria hati yang gundah. Dan yang paling teruk, lupa kepadaNYA. Ya Allah. Jangan begitu ya blog. Menjadikah yang baik baik selalu.

Sampai di sini saja blog. Jika ada kelapangan lagi, akan saya coretkan di dada hitam kamu ini. Euwwwww. Awat hitamm? Hahaha. Ahir kata, doakan untuk saya, semoga dipermudahkan segalanya. Dan senantiasa dalam rahmat dan redha Allah selalu. Aminn.

Tata. Assalamualaikum.




Yang Menulis
Saya
Di hari sabtu. Dan setia di opis.