❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 4, 2013

Kadang-kadang


Kadang-kadang bila memikirkan dengan jalan yang dipilih, keputusan yang diambil. Hurmm. Betul kah? Keyakinan itu ada. Tapi kadang-kadang ada suara halus yang cuba menggoncang keyakinan yang kuat terbina. Maka, akal cepat cepat menolak, hati segera mengelak, cuba mencari sesuatu yang mampu menenangkan jiwa. Maka, satu kata muncul dengan tiba tiba. Mungkin petunjuk dariNYA.

NIAT. Itu yang paling utama bila ada sesuatu yang kurang enak menyapa. Niat yang hanya untukNYA, hanya kepada jalanNYA. Harus pegang yang itu. Harus percaya yang itu.

Masih teringat kata-kata yang pernah tercipta di medan ini satu tika dulu...


"Letaklah niat kamu 'KERANA ALLAH' dalam apa apa perbuatan pun. Sebab pemberian Allah berpaksikan apa yang hambaNYA sangkakan. Baik sangkaan kita. Baik juga yang akan terhidang.

Bila ada "Lillahhitaala". Rezeki yang sikit terasa cukup. Makan yang tak seberapa terasa kenyang. Kerja yang susah terasa mudah. Beban yang berat terasa ringan. Pilihan yang di buat sentiasa menyenangkan. Hebat bila hati dibawa Allah bersama.

Bila ada "Lillahhitaala". Tapi yang terjadi tidak seindah di harapkan, mesti kesedihan itu mudah untuk terpadam. Sebab hati kuat percaya, yang Allah beri paling terbaik. Sebab Redha untuk ketentuan Allah melebihi dari apa yang hati dambakan."


Semoga apa yang pernah di tulis dipraktik sebaiknya. Amin.






PdanS: Alhamdulillah, rezeki sangat sangat lah melimpah ruah sejak ahir ahir ini. Semoga dimurahkan lagi. Amin. ^_^

No comments: