❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 25, 2013

Quote #100











PdanS : Sudah banyak quote telah tercipta di sini. Ini antaranya. Dan kali ini cecahnya sudah ke angka 100. Seratus yang cukup bermakna. Gambarnya. Kata-katanya. Semoga Allah Redha..

Wednesday, September 11, 2013

Oh Student.





Hihihi. Mereka memang comel. Lagi menguntungkan bila mendapat lecturer yang gile comel. Kahkah. Saya tidak suka mendustai sesuatu yang benar. Sekian.

Duhai student, semakin hari semakin memikat jiwa dan raga. Even yang dihadapnya pelbagai kerenah, pelbagai ragam, tapi semuanya untuk seketika. Kemudian kalian bijak membuat senyum aku bertahta semula.



Friday, September 6, 2013

Setahun sudah.

Alahai. Sadis sungguh melihat kadar pengupdatepan pada ogos yang lalu. Seketul cuma? Aiyoyo. Haha. Entah apa yang membuat sekatan itu semakin lama semakin menjadi jadi. Sudah sudah lah hati. Mari lepak disini. Berkongsi dengan mereka di sini. Kan. 

Banyak benda yang  mahu di story. Kisah mengajar especially. Setelah setahun bergelar pendidik, di hadiahkan dengan kisah mereka yang meruntumkan hati dan jiwa aku. Tidak pernah meresa seperti itu. Merasa sampai mata seakan ada habuk habuk yang singgah kedalamnya. Hmmm. Oh pelajar, entahlah. Tidak mahu menulis panjang tentang hal itu. Sudah mahu membuang jauh jauh dan hidup seperti selalu. Moga Allah memberi ketabahan yang lebih dalam hati aku, somoga Allah menanam perasaan hormat yang dalam untuk jiwa mereka. Dan semoga Allah membina hubungan yang indah diantara aku dan mereka. Amin...










PdanS : Kesihatan terumbang ambing. Seperti keliru untuk berkeadaan seperti mana. Aku? Empunya tubuh, lagi konflik. Sudahlah selera makan seperti aneh saja. Hmmmm. Itu tandanya apa ya?

Wednesday, September 4, 2013

Kadang-kadang


Kadang-kadang bila memikirkan dengan jalan yang dipilih, keputusan yang diambil. Hurmm. Betul kah? Keyakinan itu ada. Tapi kadang-kadang ada suara halus yang cuba menggoncang keyakinan yang kuat terbina. Maka, akal cepat cepat menolak, hati segera mengelak, cuba mencari sesuatu yang mampu menenangkan jiwa. Maka, satu kata muncul dengan tiba tiba. Mungkin petunjuk dariNYA.

NIAT. Itu yang paling utama bila ada sesuatu yang kurang enak menyapa. Niat yang hanya untukNYA, hanya kepada jalanNYA. Harus pegang yang itu. Harus percaya yang itu.

Masih teringat kata-kata yang pernah tercipta di medan ini satu tika dulu...


"Letaklah niat kamu 'KERANA ALLAH' dalam apa apa perbuatan pun. Sebab pemberian Allah berpaksikan apa yang hambaNYA sangkakan. Baik sangkaan kita. Baik juga yang akan terhidang.

Bila ada "Lillahhitaala". Rezeki yang sikit terasa cukup. Makan yang tak seberapa terasa kenyang. Kerja yang susah terasa mudah. Beban yang berat terasa ringan. Pilihan yang di buat sentiasa menyenangkan. Hebat bila hati dibawa Allah bersama.

Bila ada "Lillahhitaala". Tapi yang terjadi tidak seindah di harapkan, mesti kesedihan itu mudah untuk terpadam. Sebab hati kuat percaya, yang Allah beri paling terbaik. Sebab Redha untuk ketentuan Allah melebihi dari apa yang hati dambakan."


Semoga apa yang pernah di tulis dipraktik sebaiknya. Amin.






PdanS: Alhamdulillah, rezeki sangat sangat lah melimpah ruah sejak ahir ahir ini. Semoga dimurahkan lagi. Amin. ^_^