❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 23, 2013

Ogos

Assalamualaikum kalian.

Beberapa tika yang sentiasa bersepi sepian tanpa kata, tanpa pesan, tanpa apa-apa jua tinggalan. Terlalu banyak kisah yang tidak di coretkan. Bukan tidak mahu dikongsi, tapi ada suara yang sentiasa berpesan supaya berhati hati dengan kata yang dibawa. Jadi menulis sekarang menjadi satu benteng yang tinggi yang sukar untuk dilepasi.

Malam ini, datang menjengah seketika. Untuk menkabarkan yang nyawa masih diberi pinjaman, jantung masih berdetup setiap saat. Semuanya masih hidup. Belum ada yang terhenti.

Ramadhan sudah berlalu. Syawal pun sudah di pertengahan. Tapi diri masih belum menyempurnakan yang wajib diganti, sunat yang di tuntut. Belum. Sibuk dengan hal hal kuih raya, sayang dengan nasi perbagai rasa, haha. Gila. Memang menggila. Berat sudah ke kemuncak yang tidak pernah di cecah. Tahniah untuk rekod yang berjaya di pecah!! Kahkahkah. Padan muka!!

Esok bercuti cuti di hujung minggu. Jadi diri dibawa ke Melaka, untuk jemputan yang sedaya upaya mahu disempurnakan. Biar kerja itu bersusun tinggi dengan wajah yang terbekanglai, hari hari kemudian kita berpulun mati matian. Kita stress habis habisan.

Minggu yang di lalui sekarang sangat sangat menenatkan jasad dan minda. Tapi minda lebih letih. Letih membuat kerja kerja yang memerlukan akal untuk difikir bagi di sempurnakan. Hal peperiksaan anak didik. Hal audit mengaudit. Hal menggubal soalan final exam. Hal penggujung sem yang banyak topik belum dicover, seketul test pun belum di sempurnakan. Hadoi. Belum ditambah dengan kisah menanda nandanya lagi. Dan oh, bila penghujung sem tiba jugak, carry mark harus di masukkan sebelum tibanya minggu ulangkaji. Errrr. Mungkin kamu hanya mampu membaca saja tanpa ada rasa apa-apa. Hmmmm. Tak mengapa. Saya hargai. Kamu membaca dan sibuk untuk mengambil tahu kisah hidup saya sudah cukup membuat penghargaan itu tinggi di rasa. Boleh gitu? Haha

Duhai kamu. Menguap itu sudah 34kali ulangannya. Letih terasa rahang-rahang yang dibuka. Terlalu besar barangkali, dan bila besar, maka saitan saitan yang dimasuki itu tentulah babak babak belaka. Haha. Bapak bapak yang kuat dalam menggodanya. Lalu aku yang imannya senipis kulit bawang tentu tentulah mudah untuk terpedaya. Mengantuk sudah tidak terkata dasyatnya. Maka, aku sudahi kisah ini sampai disini dulu. Berdoalah agar perasaan untuk berkongsi apa saja bersama kamu lebih meningkat, jadi boleh lah kisah di sini penuh warna warnanya. Sekarang kusam saja kan. Tapi yang kamu nampak saja kusam. Sebenarnya yang aku lalui sangat penuh warna warni, warna warna ceria, warna warna bahagia. Aicehhh. Dah. Tak payah melebih. Hahaha. Sekian.


PdanS : Tadi anak didik datang ke rumah. Memulangkan bekas milik aku yang pernah diisi  juadah berbuka untuk mereka. Pulang bersama 3 ketul kek!!! 3 hokeyyy!! Gila gemok lagi la aku. Haha. Tak mengapa, aku suka. Bila yang nama kegemaran tentu tidak kisah banyak mana. Lagi betimbun lagi hati penuh gembira. Dan badan pun akan penuh dengan lemak. Kahkah. Apa apa pun syukur alhamdulillah untuk rezeki  yang di turunkan Allah.