❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 13, 2013

Pagi ini



.




Diluar hujan renyai renyai. Dingin pagi membalut tubuh, menyapa wajah. Sejuk terasa. Terasa hingga ketulang benulang. Malas pun semakin menjadi. Jam tujuh lima belas menet pagi tika kata kata di sini dicoret. Cengkerek  memecah sunyi pagi. Si ayam jantan memekit lantang menunjuk kehebatan diri. Alahai. Walau jauh dari tanah tumpah darah, tapi rasanya tetap sama. Begini. Situasinya seperti ini. Yang tiada cuma ibu dan ayah.

Semalam terawih aku di saf hadapan. Saf seperti kebiasaan. Selalu saja ada ruang untuk aku kedepan walau tiba aku sesudah azan. Sentiasa Allah permudahkan.

Duduk semalam bersebelahan seorang wanita. Wanita tua yang berusia. Yang warna kuletnya sedikit gelap, berbadan sedikit gempal dan paras tingginya seperti aku saja. Ya Allah. Sungguh mengingatkan aku pada bunda.

Akal sekerasnya menidakkan apa yang hati rasa. Itu bukan emak!! Bukan!! Mata terus memandang kedepan. Kalau di ikutkan kata hati mahu saja kepala ini singgah menumpang kasih pada bahu di sebelah. Membuat perkara yang sama, yang selalu aku perbuatkan pada emak tika berteraweh bersama dengannya. Nasib hati cepat tersedar dari lamunan.

Tiba tiba saja mata berkaca. Laju turun butir butir yang bukan hati pinta. Tersedu tika dirakaat pertama. Terasa sukar memamatkan bacaan Al-Fatihah. Ya Allah. Rindunya pada mak. Semoga dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Amin....


.












PdanS: Banyak yang mahu dikongsi bersama. Perlahan-lahan cuba mencari ruang masa, dan yang paling penting mood menulis mesti ada. Walau masa kadang-kadang tidak berbuat apa, tapi mood menulis hilang entah kemana, maka terbengkalailah blog ini jadinya. Haha. Sebulan satu entry. Aci? Tak tak. Akan selalu update (seperti kebiasaan menabur janji janji manis di setiap kali penutup cerita. Kahkah)

No comments: