❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 13, 2013

May Dan June







May lima ketul saja? June pun serupa? Julai??? Dah tengah bulan nie. Tak muncul-muncul tiba? Mana pergi nie entry entry semua nie. Hahaha.

Oleh sebab itu. Saya kembali menulis. Seperti sadis saja melihat angka angka yang terpapar. Dan segolongan insan yang perihatin akan kisah hidup aku mula bertanya-tanya, kemana pergi menghilang diri. Baheklah. Saya sudah datang. Datang mengarang kisah kisah yang hati suka. 

May dan June. 2 bulan yang berlalu pantas. Pejam celik pejam celik sudah ke Julai. Banyak hal hal penting berlaku dalam tempoh yang singkat itu. Hal yang langsung tak pernah terlintas dihati kecil aku, apatah di akal aku untuk susunan itu. Yang berlaku dihadapi sebaik mungkin, moga semuanya baik baik belaka. Semanis mana pun rasa, pahit tetap akan ada, dan aku percaya semua aturan itu paling terbaik dari Allah.

May dan June juga bersibuk-sibuk dengan hal kerja. Kerja mendidik, menanda assignment, kuiz, test, final. Lalu di selitkan dengan tugas tugas sampingan yang lain. Owh dan Engineering Day juga. Yang itu paling menserabutkan. Yang membuatkan jerawat semakin rancak menonjolkan diri disana disini. Adusss. Tak mengapa, jerawat je pun, bukan bisul or apa apa kenser kulet kan. Cuba mempositifkan keadaan. Hahaha.

Sekarang sudah Julai. Hai Julai. Julia mana? Err, Julia? Julia mana pulak. Haha. Iklan sungguh. Julai kali ini datangnya bersama yang di tunggu setiap tahun, di nanti setiap bulan. Iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Banyak harap yang dibawa bersama, banyak doa yang dipohon setiap waktu. Moga Allah kabulkan, sama seperti dulu. Doa-doa aku sewaktu Ramadhan yang lalu, semuanya Allah makbulkan dengan mudah, dengan tidak di sangka-sangka, dengan cara yang tak pernah hati aku duga. Syukur Alhamdulillah. 

Ramadhan kali ini harapnya adalah lebih baik dari yang lalu, walau yang dilalui dahulu dirasakan paling terbaik dalam hidup aku. Tapi, sekarang mahu menambah baik lagi. Banyak kebiasaan yang biasa biasa harus di kurangkan. Tak perlu di coretkan di sini tiap perkara itu. Hati tahu itu salah, tapi diperbuatkan juga. Sebab itu lalai selalu ada. Kusyuk menipis sentiasa. Ya Allah, semoga hati sentiasa dalam jagaan Allah. Tak mahu tersasar terleka lagi. 










PdanS : Itu saja kesimpulan dari 2 bulan penyepian aku. Tidak sempat mengarang apa-apa di sini, mungkin sibuk mengarang kisah kisah indah di ruang lain. Errrrr. Tidak. Ayat yang tidak perlu diperjelaskan maknanya. Buat-buat macam tidak pernah terbaca saja. Kahkah. Dah. Sekian. Terima Kasih daun keladi, saya tiba tiba mengidam asam pedas batang keladi. Errrrrr. Janganlah beginiiii. 

No comments: