❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 28, 2013

3 Hari yang berlalu

Assalamualaikum untuk kalian yang membaca, ketahuilah kasih aku pada kalian tidak pernah putus, walaupun kadar pengupdatean kisah di sini agak tersekat sekat saja. Tapi percayalah, kasih aku tidak seperti itu. Ngeeeee. ^__^

Ramadhan berbaki hanya beberapa hari lagi. Semalam 10 malam yang terahir sudah pun menjengah. Aku? Ibadah aku? Bagaimana? Seperti banyak yang kurang dari tahun lalu. Tadarus aku belum lagi dicecah separuh. Hurmm. Banyak yang berbeza dengan Ramadhan dulu. Rindu Ramadhan yang lalu. Hurmmm. Tak mengapalah, hari dan malam yang berbaki ini mari gunakan sepenuhnya. Tak nak ada lagha lagha lagi.

Kemudian, cuti sudah di approve, itu pun setelah direject dan harus bersua muka menyusun sebab yang tidak berapa nak kukuh sangat. Ahirnya, rabbi yassir walatu assir meyelamatkan aku. Cuti dipanjangkan lebih dari mereka yang lain. Tersenyum sewaktu melangkah keluar dari bilik TPA. ^_^

Hari ini, di jam pagi pagi, di kala baru sepuluh menet melabuhkan badan pada kerusi empuk di office, tiba tiba sahaja di hiburkan oleh lagu lagu hari raya dari komputer rakan seoffice . Errrrrr. Dugaan apakah di hari Isnin yang seharusnya kena cemerlang. Sudahlah hari dan waktu yang harus di lalui untuk ke Jumaat masih berpanjangan. Errrrr. Ok. Ini namanya pengorbanan bekerja. Tidak sama seperti fasa fasa berbahgia tika menjadi pelajar dulu. Bersuka ria mengambil cuti sesedap hati. Andai teringat itu tebal, terus di jasad di terbangkan ke bumi tanah tumpah tanpa memikirkan hal hal kelas. Ade aku kesah? Kahkahkah. Alahai. Dan tiba tiba ”Suri rumah sepenuh masa” menjadi kerjaya pilihan. Can? Kehkeh.

Lagi perkabaran apa yang mahu di canangkan di sini? Owh, hal makan memakan aku yang seperti aneh saja. Yes. Aneh lagi menseramkan. Serius teman. Nafsu semakin bergelora setinggi Tsunami yang lalu, sekencang ribut taufan Katrina di Jepun sana. Errr. Hyperbola apakah ini. Kahkah. Betul. Semua makanan aku nak kena mengidam. Yang tak terlihat di mata, setiap waktu terngiang ngiang di jiwa, apatah lagi yang terpampang di sana sini dalam dada Facebook. Ya Amponnnn. Sangat meruntumkan jiwa. Jadi, no wonderlah berat sudah mencecah naik 2 kilo lagi. Yeayy! Itu tanda saya sihattttt!! Tumbesaran berlaku dengan positif!!! Errrrrr. Cuba mempositifkan diri.

Tiga hari yang berlalu di isi dengan padat. Ada kechintaan hati yang lama tidak bertentang mata. Adusss. Cinta rindu yang tak pernah pudar. Sekali bertentang mata, banyak pula cerita yang dikisahkan. Berkongsi cerita menanti detik kelahiran, alahai, aku pulak yang terasa nak besalinya. Kahkah. Serius. Excited untuk teman yang rapat berbeda dengan insan insan lain yang memalui detik detik itu. Keterujaannya lebih. Lebih seperti yang akan keluar itu adalah darah daging kita juga. Alahaii. Semoga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

Kemudian, hari di isi pula dengan kisah kisah di Jalan Tar. Sesak. Padat. Semput. Sesak. Pengsan. Koma. Itu saja yang dapat di simpulkan. Kalaulah duit itu berkepuk. Hurmmm. Tapi tidak berkepuk itu adalah lebih baik dari berkeput dan di bazirkan pada kain baju, handbeg, tudung yang sudah betimbun timbun di kumpul di rumah. Kan. Hadoi. Mari terasa. 

Ok. Ini saja karangan pada hari Isnin yang indah permai ini. Mari ke surau. Zohor sudah berkumandang. Bye. Assalamualaikum. ^_^










PdanS : Mengidam macaroni cissssss. Errrrrrrr. Tulum kawan kawan.

No comments: