❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 28, 2013

Duhai June.

Assalamualaikum untuk yang membaca. Semoga kamu dalam rahmat dan lindungan Allah selalu. Tak tahu perlu memohon maaf atau tidak untuk kesalahan yang lama bersepi sepian. Kerna berperasaan tidak punya sesiapa yang sentiasa ternanti nanti cerita di sini. Tak ada kan. Kisah hidup yang caca merba ini, siapa yang berminat untuk ambil tahu. 

Malam ini menulis aku di jam jam tengah malam. Lewat sudah. Mata sebenarnya sudah mengantuk. Tapi menanti sesuatu. Menanti yang tidak pernah aku perbuatkan sebelum ini. Demi menjaga hati pihak yang lain, maka aku cuba gagahi. Semoga apa yang aku lakukan ini berbaloi untuk masa depan aku.

Kamu yang bernama blog. Sudah lama tidak menitipkan kisah suka duka aku pada kamu. Huhu. Comel saja rasanya bila diri seakan akan berborak dengan blog yang tak punya nyawa apatah lagi perasaaan untuk meresponkan tiap butir bicara aku. Haha. Tak mengapa, mari layankan saja ayat ayat sanskrit aku malam ini.

Pejam celik pejam celik, sudah june. Sudah di penghujung june. June yang menandakan setengah tahun dari 2013 sudah aku lalui. Hurmmm. Laju sungguh masa berlalu. Sibuk dengan pelbagai perkara. Hal kerja. Hal masa depan. Hal hati. Tiap saat kadang-kadang seperti terabai saja. Menjadi   manusia yang lalai lagi. Hurmmmm.

Enam bulan yang berlalu ini? Entah. Tak dapat berfikir. Mood untuk menulis hilang. Lari entah kemana secara tiba tiba. Hampeh sungguh. Dah. Aku mahu mencari sesuatu yang lebih ilmiah di tempat lain. Tata.










PdanS : Ramadhan. Beberapa hari saja lagi untuk mendampingi. Hati suka. Banyak yang mahu di ubah. Harap menjadi lebih baik dari sebelumnya.. ^_^

Wednesday, June 12, 2013

Quote #99





Dalam setiap pilihan, setiap keputusan, tanya tuhan dulu. Bukan tanya hati. Mana tahu, yang nampak indah itu sebenarnya muslihat syaitan, yang rasa bahagia itu sebenarnya hasutan iblis. Kita tak tahu. DIA lebih mengetahui. Tanya DIA dahulu.







.

Tuesday, June 11, 2013

Bukan mudah...




Berkata-kata memang mudah. Tapi bila nak melaksanakan. Hurmmm. Memang perlu take time. Nak meyakinkan hati untuk percaya. Nak meletakkan redha yang paling utama. Nak menghakis rasa bergantung harap pada tempat yang salah. Memang susah.

Satu masa lalu. Bila hal kerjaya belum kunjung tiba. Hati sangat sangat bimbang. Doa sudah banyak. Tapi Allah tak kabulkan jugak ke? Bila nak sampai? Soalan soalan yang dalam tidak sedar seperti meragui ketentuan Allah. 

Perlahan-lahan mencari sesuatu untuk mentarbiah hati ini. Alhamdulillah, keyakian itu datang. Dalam hal hal ini banyak yang kena pegang. 

Pertama, aku selalu ingat akan satu hadis yang cukup sempurna, dan paling aku suka. Selalu di ulang baca tika hati resah gelisah. 


"Sesungguhnya apa-apa yang Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku...."

Memang sangat sempurna pada pandangan hati aku. Bukan hal kerja saja. Untuk semua semua hal yang hati damba. Pada kesusahan yang di hadapi. Pegang dan percaya kata-kata ini. Bila kita berbaik sangka, yang baik juga akan kita terima.











PdanS : Hurmm. Sudah sebulan meninggalkan penulisan di sini. Tuntutan hidup membataskan aku aku aku errrrr. Tak payah nak menipu sangatlah. Tak sibuk mana pun. Haha. Sudah banyak kali cuba untuk di susun kata-kata, tapi penyudahnya, butang delete yang menjadi pilihan hati. ^_^ Tapi sekarang sudah mampu menamatkan setiap butir kata. Maka insyaAllah, ada kisah yang lebih menarik bakal kamu jamah. Ewah. Jangan nak menjamah jamah sangat lah. Aku sudah lapaq nie. Hari ini sudah lah mengidam Meat Ball Ikea. Haaa!! Bagaimana tuh? 

Friday, June 7, 2013

Quote #98




"Allah merahsiakan masa depan, Untuk menguji kita agar berprasangka baik, Merencana dengan baik, Berusaha yang terbaik, Serta bersyukur dan bersabar..

Ingat, Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat. Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat."
















PdanS : Sudah sebulan lebih tidak mencorettkan sesuatu di sini. Tiada kisah seharian. Tiada kisah hati. Tiada apa-apa kisah yang di kongsikan. Mungkin sibuk barangkali. Sibuk dengan hati, sibuk dengan perasaan, sibuk dengan kisah masa depan. ^_^


ok ok. Akan lebih rajin update lepas ini. Promise. hihi