❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 20, 2013

Masjid? Telekung?


Assalamualaikum

Disebabkan beberapa perkara yang bukan dalam perancangan hidup aku tiba-tiba saja muncul, maka, niat untuk pulang ke kampung halaman terpaksa di tangguhkan ke bulan lima nanti. Tidak mengapalah. Aku percaya perancangan Allah itu lagi cantik. Harus terima dengan hati yang redha. ^_^

Hari ini hari cuti. Tapi jasad aku tetap dibawa ke office. Membuat kerja kerja part time aku menggunakan internet office ini. Internet broadband sangatlah terlalu lembap yang akan membuatkan aku berkerja 2 menet saja, lain lain waktu akan di luangkan pada katil dan bantal emput. Jadi diri harus di bawak ke Sini. Kerja lebih laju. Lebih effective. Pengaruh dan anasir luar pun lebih berkurangan. Ceywahh. Ye dok. Nie dok update blog nie apa kes? Kerja la sangat kan. Kahkah.

Tadi terbaca status ini di Fan page salah seorang penulis buku kegemaran aku. Bunyi nya begini :


"Zaman sekarang di Malaysia, solat atas jalan pun jadi pelik.

Dia mungkin tidak pernah singgah di Jordan, orang solat di tengah pasar.

Mungkin tidak sempat dia lihat suasana di UK, orang solat di mana sahaja yang boleh.

Mungkin dia tidak sempat singgah ke Makkah, bila jalanan pun menjadi sejadah.

Orang yang sempit, memang akan menyempitkan."



Kata-kata ini sangat membuat hati teringat hal hal di Sana. Ya, di Mekah dan di Madinah sana. Bersolat tidak terhad hanya di masjid sahaja. Di celah lorong sebelah kedai. Di atas padang pasir. Di atas gunung. Di mana-mana saja yang hanya berlapik kain, kadang kadang kertas dan kadang-kadang bersejadahkan tanah sahaja. Bukan tidak ada masjid. Banyak. Hurmm. Sesuatu yang pelik bagi minda yang baru pertama kali di hidangkan dengan pemandangan seperti itu.  Susah untuk di lihat di Malaysia. Kenapa ya? Hurmm. Mungkin sudah ditanam dalam minda kita, sedari kecil diperlihatkan dengan keadaan yang kalau mahu bersolat harus ke Masjid. Kalau bersolat harus mengenakan telekung. Jadi, bila kaki di langkah jauh sedikit, keluar dari kepompong yang menyekat minda, maka terlihatlah keadaan yang berbeza. Bila berbeza terus di label Salah! Haram! Tidak Sah! Alahai. Mudahnya kita menilai ibadah kepada Allah. Sudah punya ilmu yang banyak?

Masjid tu asalnya  di zaman Rasulullha, di zaman khalifah,  bermacam fungsinya. Bukan untuk solat sahaja. Bila fikiran disempitkan, surau atau masjid hanya diimarahkan untuk solat sahaja. Sedangkan masjid itu boleh dijadi pusat ilmu dan sebagainya. Minda kita semua perlu diubah. Dirikan lah solat di mana-mana pun, dengan syarat-syaratnya harus dipenuhi.

Tapi yang lebih lebih memelikkan, bila ada yang memandang serong kepada seseorang yang bersolat dengan tidak bertelekung. Hurm. Hati ternya-tanya. Salahkah aku? Kaki sudah di tutupi. Aurat yang terlihat hanya pada 2 tapak tangan dan muka saja. Baju labuh tidak menampakan bentuk tubuh. Hurmm?

Terus akal berfikir. Di zaman Rasulullah dahulu, pakaian solat Siti Khadijah bagaimana? Fatimah? Bertelekung juga kah? Hurmmm. Berfikir lagi. Kalau di zaman Rasulullah sudah bertelekung, kenapa di Mekah dan Madinah tidak semua manusia bertelekung? Hanya 10 peratus sahaja wanita bertelekung. Kenapa wanita arab bersolat dengan jubah mereka saja? Kenapa yang dari Turkey berpakaian biasa saja sewaktu berjemaah? Kenapa yang dari India dengan Punjabnya saja tika menunaikan umrah. Hurmmm.

Ilmu yang cetek, menyebabkan kita salah menilai. Adat yang turun temurun di amal menjadikan amalan agama banyak yang ditokok tambahkan.

Bukankah solat wanita yang berimamkan Mazhab Shafie itu harus menutupi semua aurat kecuali 2 tapak tangan dan muka sahaja? Kalau sudah dipenuhi syarat syarat ini, tidak salah jika solat itu dilaksanakan dengan pakaian biasa saja. Asalkan memenuhi syarat itu. Yang menjadikan seseorang itu perlu bertelekung kerana pakaian sehariannya tidak memenuhi tuntutan agama. Barangkali mungkin kaki tidak di tutup auratnya, baju berlengan pendek, baju agak sendat yang menampakkan bentuk tubuh badan. Tudung yang singkat. Yakinkah kita untuk bersolat dengan pakaian seperti ini? Sudah tentu tidak bukan.

Agama Allah sudah cantik susunannya. Cuma kita saja yang susah untuk mengikutinya. Kalau dipatuhi semuanya, pasti tidak perlu di usung kesana sini telekung untuk bersolat. Pasti tidak perlu sibuk mencari telekung untuk menutup aurat yang terdedah bagi bersolat. Pasti tidak akan ujud lagi alasan "Telekung tak adalah, macam mana nak solat". 

Sebenarnya Islam itu mudah. Kita saja menyulitkannya. Kan...








PdanS : Teringat pesanan Dr Harlina "Pakaian yang terbaik untuk keluar rumah ialah pakaian yang dapat digunakan untuk bersolat". Hurm. Pakaian aku? Banyak cacat celanya lagi. Hurmmm. Jom ubah, agar budaya bersolat tanpa telekung menjadi perkara biasa untuk kita. Bila bersolat tanpa telekung, sudah tentu aurat kita terlebih dahulu telah dijaga. Kan. ^_^

No comments: