❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 5, 2013

Kad Jemputan #Part 7

Assalamualaikum kalian yang saya gemari. Ceywah. Gemari? Tak menahan sungguh. Haha. Tak mengapa, janji hati gembira.

Okeh, di malam yang mood sangat cemerlang lagi terbilang, hati mahu menyambung kisah kisah di sana yang hampir sebulan rasanya tidak di update cerita tentang di sana. Banyak. Tapi seperti biasa, ada tuntutan hidup yang lebih penting untuk di bereskan, jadi setiap cerita hanya terbuku dalam kepala saja. Mampu bermonolog dalam hati yang tak ada siapa pun tahu. Sadiskan. Kalau lah, bila bemonolog dalam hati ini, kemudian boleh transfer ke laptop kepada ayat ayat yang sudah tersusun cantik. Macam bagus jugak kan. Hihi. Tapi mustahil saja. Sangat bukan bidang kuasa kita. Kan.

Hari ini 5 April. Masuk 10 haribulan, maka genaplah 2 bulan kisah kisah di Sana yang telah aku tinggalkan jauh dari mata. Tapi dalam hati, tidak sehari pun, bisa untuk aku lupakan. 2 bulan? Hurmmm. Nothing to say. Setakat hari ini, memori aku masih kuat untuk semua yang aku lalui di Sana. Dan sangat menjadi harapan aku agar Allah tak pudarkan langsung semua kisah kisah yang pernah aku tempuhi. Semoga. Amin.

Malam ini mahu berkisahkan cerita mendaki aku. Kesempatan yang Allah beri, yang susah untuk orang lain dapat peluang seperti ini. Syukur sangat sangat atas apa yang Allah bagi.

Selepas selesai menziarah semua kawasan di sekitar Mekah pada hari ketiga, Abang Shahril (salah seorang orang kuat dalam jemaah yang aku sertai) menyebut tentang trip untuk mendaki Jabal Thur. Tapi tarikhnya tidak di tetapkan lagi. Dengar saja kabar berita ini, aku tak henti henti bertanya bila nak pergi? bila nak panjat?. Setiap kali jumpa mereka mereka ini, soalan yang sama di aju. Teruja barangkali. Hihi. Ya lah, hal hal memanjat bukit ini memang kegemaran aku, maka kalau ada ajakkan yang sebegini, di luar bumi Malaysia pulak tuh, harus lah diri lebih berkobar dari biasa.

Sampai lah hari yang ke 7 di Mekah, iaitu 2 hari lagi sebelum bertolak ke Madinah, malam tu, sewaktu makan malam, kelibat Abang Shahril tiba tiba muncul. Tanpa sempat aku menyoal soalan yang sama, yang seperti biasa, dia lebih laju membuka mulut "Esok kalau nak panjat Jabal Thur, tunggu kat bawah lepas sarapan". Woww!! Ahirnya, persoalan aku sudah ada jawapan. Gembiranya hati ini ^_^

Sambil makan, mulut tak henti henti bercakap tentang keterujaan untuk mendaki gunung esok pagi dengan mereka yang duduk semeja. Kebetulan makan aku pada malam itu semeja dan duduk bersebelahan dengan Ustaz Ibrahim. Sebab melihat aku yang teruja ini terus di ajukan soalan

"Boleh ka nak panjat nie esok? Jabal Thur tu tinggi. 2 jam baru sampai?".

Aku dengan yakin terus menjawab

"Boleh boleh, 2 minggu sebelum mai sini saya baru ja panjat bukit kat Kuantan, tinggi jugak, dekat 2 jam baru sampai"

Fuhhh!! Sekali dengar ayat itu macam biasa biasa saja. Tapi sebenarnya, bila di renungkan balik dengan siapa kamu bercakap, jawapan yang di susun tidak berapa menepati citarasa saja. Huhu. Bagi aku, jawapan itu biasa biasa saja. Tapi bagi seorang yang ilmu agama penuh di dada, mungkin bukan jawapan itu yang mahu di dengar. Lama aku berceloteh dengan Ustaz itu. Di ahir perbualan, Ustaz berpesan

"Kita panjat bukit ka, panjat gunung ka, panjat la apa apa pun, kalau kita boleh naik sampai ataih bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita besa dok panjat gunung merata. Kita boleh naik sebab Allah tolong. Kalau Allah tak tolong kita, kita sehat la tara mana pun, mesti ada masalah sampai kita tak boleh naik ataih".

Yes. Sesuatu yang membuka mata, fikiran dan hati aku. Pesanan Ustaz itu memang sangat betul. Satu tips yang aku boleh guna untuk mendaki esok dan hari hari mendatang aku. "Semua perkara yang berlaku dengan Izin Allah, jadi bergantung harap dengan Allah"

Balik bilik malam tu terus di selongkar beg pakaian, mencari baju apa yang sesuai di pakai untuk mendaki esok. Sebenarnya, memang sudah diketahui yang seluar sehelai pun tidak di isi untuk ke Sana. Hanya jubah sahaja yang ada. Hadoi. Kat mana nak cari seluar celah celah malam buta nie. Jadi, jubah pun jubah lah. Tibai saja labu. Hihi.

Esok pagi nya, aku menunggu di bawah dengan seorang rakan baru yang aku kenal di Sana. Aku tidak pasti berapa ramai yang mengikuti trip ini. Tapi aku rasa yang akan sertainya hanya golongan muda mudi saja sebab nak memanjatnya adalah 2 jam barulah sampai ke puncak. Golongan veteren mungkin tak sanggup nak sahut cabaran ini, apatah lagi risiko untuk sakit otot lepas balik dari sini. Mampu membantutkan mereka mengerjakan ibadah nanti.

Bila dah berkumpul ramai ramai. Owh, ok. Sebanyak ini saja? Hanya kami? Kanak-kanak rebina? Hihi. Antara semua semua yang hadir, aku dan seorang lagi rakan, kami berdua yang paling tua. Yang lain semuanya adik adik sedang belajar di IPTA. di sekolah, sedang tunggu SPM, sedang LI, . Perasaan kakak terus menebal dalam jiwa. Haha.




Ustaz Ibrahim yang berserban itu. Ustaz yang aku borak malam sebelum mendaki Jabal Thur ini. Abang Shahril tidak ada dalam gambar sebab sedang mengsnap gambar ini. 2 orang saja pengiring yang sedikit berusia yang boleh dipercayai untuk mengawal kami. Yang lain lain adalah kami yang muda mudi. ^_^





Untuk mereka yang akan menunaikan Umrah, selalunya jarang di sertakan trip untuk mendaki gunung-gunung ini. Di sebabkan Abang Shahril dan Ustaz Ibrahim memang pernah punya pengalaman mendaki Gua Hirak, maka, umrah mereka kali, ingin di cuba untuk mendaki gunung Thur pula. Jadi diajak sesiapa saja yang mahu sertai. 

Jikalau travel agensi yang kamu sertai tidak disertakan trip menadaki Jabal Thur(ada Gua Thur) atau Jabal Nur(ada Gua Hirak), boleh lah pergi bersendiri sendiri saja. Tapi biarlah jumlahnya lebih dari seorang dua. Baru meriah sedikit kalau berkumpulan. Semua driver van dan teksi sudah sedia maklum akan tempat Jabal Thur ini, hanya kabarkan saja, InsyaAllah akan sampai dengan selamat. Owh, tidak di lupa dengan bersertakan bayaran lima riyal per person kepada Encik Driver ye. Bila sudah selesai mendaki, usah bimbang bagaimana mahu pulang ke hotel, sebab di kaki gunung memang banyak teksi teksi sedang menunggu sambil mencari penumpang yang boleh di bawa pulang. Mudah saja kan. ^_^







Sewaktu mendaki, kumpulan kami banyak yang berpecah. Ada yang jauh kedepan. Yang mudah penat akan ketinggalan di belakang. Tapi aku lebih selesa untuk memilih berjalan bersama ustaz Ibrahim sebab banyak ilmu yang dapat. Seronok berborak dengan insan yang banyak ilmu di dada nie. Semua yang kita rasa ingin tahu insyaAllah akan ada jawapannya. Yang kita tak pernah tahu pun, Ustaz tak kedekut untuk kongsikan. Macam, sewaktu mendaki tempat tinggi kita di gallakkan bertakbir "Allahhuakbar". Bila berjalan tempat yang mendatar "Subhanallah", dan bila di tempat yang menuruni bukit "Alhamdulillah". Bukan sewaktu mendaki dengan kaki saja, waktu naik kereta, naik moto, naik lah apa-apa kenderaan bila berada di kawasan mendaki, mendatar, dan menurun, memang di galakkan membaca zikir ini. InsyaAllah akan lebih selamat dan sentiada dalam lindungan Allah selalu.











Baru mendaki 1/3 dah kagum sebentar dengan view view yang kelihatan. Cantik sangat. Subhanallah.









Untuk sampai ke puncak, akan di pertemukan dengan 3 station, yang mana ada station yang menjual makanan, ada yang punya tempat untuk melepak dan berahat saja. Tapi station yang di sediakan punya bumbung untuk berteduh seketika.










Selepas melalui 2/3 perjalan yang boleh di katakan tidak lah terlalu mencabar sangat, barulah di pertemukan dengan track track yang sebenar. Curam. Laluannya agak kecil. Anak tangga yang di buat juga kadang-kadang tiada. Kalau pandang ke belakang, kecut perut jadinya. 




Si pembuat laluan. Kerjanya hanya menjadikan laluan laluan ini lebih sempurna agar selesa di daki. Bila di ingatkan balik terasa sangat sangat ralat kerna aku sedikitpun tidak memberi apa apa sumbangan pada pekerja jalanan ini. Ramai, hampir lebih 10 orang yang aku temui semasa mendaki gunung ini. Aku pasti, mereka bekerja sendiri, gaji mereka hanya bergantung pada belas ehsan pendaki yang melalui jalan ini saja. Alahai. Bersalahnya.


 






Satu perkara yang sangat sangat menjadi penguat aku untuk sampai keatas, biarlah penat dan letih macam mana sekalipun, adalah insan insan dalam gambar di atas ini. Kalau dia yang sudah tua, yang uban penuh di kepala, yang jalan berpaut pada tongkat pun boleh panjat sampai ke puncak, aku yang muda ini, InsyaAllah, mesti boleh!! Hihi. Setaip kali bercerita tentang hal mendaki, pasti ini lah perkara paling teruja untuk aku ceritakan. Tua bukan penghalang untuk kamu sampai ke atas. Muda bukan penyebab untuk kamu berjaya tiba ke puncak. Sebab kuat, lemah, sakit, sihat, semua itu kuasa Allah, Allah yang beri pada hamba yang Dia kehendaki. Kalau kamu berjaya, itu bukan sebab kuatan, kepandaian, atau pun kekayaan diri kamu. Itu di sebabkan ALLAH yang beri, ALLAH yang mengizinkan untuk kamu perolehi. Melihat makcik ini, inilah perkata perkara pertama yang terdetik dalam hati.






Dan bila sudah tiba, Ya Allah.. Subhanallah... Indahnya lukisan hamparan tanah dan langit Mu...





Bagi yang belum mengetahui, di atas puncak Jabal Thur ada terdapat sebuat Gua yang bernama Gua Thur. Gua ini menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar sewaktu hendak berhijrah ke Madinah selama 3 hari. Pada waktu ini, Nabi adalah seorang yang paling di kehendaki oleh pembesar Quraish. Dan sesiapa yang dapat menagkap Nabi akan di beri upah yang sangat lumayan. Bermula saat cubaan untuk membunuh Nabi tetapi Saidina Ali yang mengambil tempat tidur Nabi, Nabi terus di buru oleh semua penduduk Mekah. Semua orang mencari Nabi di merata tempat dan pelusuk Kota Mekah. Tetapi tidak ramai yang mendaki gunung ini untuk mencari Nabi di sini. Mungkin kerana gunung ini adalah gunung yang paling tertinggi di Mekah, jadi Mereka tidak menyangka Nabi akan sanggup memanjat untuk bersembunyi di atas sini. Allah itu maha kuasa, diberi ilham pada Abu Bakar, di pimpin hati Abu Bakar melalui Jibril, dan sampai lah mereka ke Gua Thur ini.

Sepanjang 3 hari di sana, makan minum Nabi dan Abu Bakar di sediakan oleh Asma anak perempuan Abu Bakar. Setiap hari Asma lah yang akan mendaki gunung yang tinggi ini dengan laluan yang tidak ada lagi, dengan jarak gunung ini ke kota Mekah agak jauh, dan dengan dia yang sedang berbadan dua. Ya Allah, hebatnya iman kamu. Kalau aku? Hurmmmm.




Kecik saja kan pintu untuk masuk ke Gua ini. Mungkin barangkali, pintu gua yang di bahagian inilah yang menjadi tempat labah-labah dan burung merpati membuat sarang bagi melindungi Nabi dan Abu Bakar yang berada di dalamnya supaya tidak di kesan oleh kaum Quraish.



Gua ini punya 2 laluan. Pintu di sebelah belakang ini menjadi pintu masuk dan keluarnya adalah disebelah yang satu lagi (pintu yang ada wanita cantik tapi muka burn gila gila sedang berposing)





Gua ini berkeluasan 2m x 1m. Memuatkan hanya 6 orang sahaja dalam satu satu masa. Untuk bergerak harus merangkak dan tidak boleh berdiri. Terletak di puncak Jabal Thur yang berketinggian 1730m, dan merupakan gunung yang tertinggi di Kota Mekah.






Like i said before. Muka saya sangat burn dengan begitu teruk sekali. Sampai ke hari ini. Walaupun hampir 2 bulan sudah berlalu, tidak hilang lagi burn itu. Macam-macam mask sudah aku tempek pada wajah ini, tapi perbezaan tona warna tetap nampak bila aku membuka tudung. Hurmm. Kadang-kadang terfikir, mungkin Allah sengaja melambatkan kesan burn itu untuk hilang, sekurang kurangnya aku akan ingat selalu tentang Mekah, Madinah, bila tengok cermin, nampak separuh hitam, separuh putih. Hurmmm. Kan. 



The only wanita yang menjoinkan diri ke sini.









Ok. Ini saja yang dapat aku kisahkan pada kamu yang membaca di sini. Rasanya semua yang tersimpah sudah di luahkan dalam cerita ini. Maka perasaan seperti berhutang satu kisah sudah hilang. ^_^ Next story?? Tips tips menunaikan umrah lah. Boleh? Hihi. Ok. Doakan aku punya masa lapang. Maka, bolehlah berkongsi sesuatu yang berguna untuk kalian. Ok. Bye. Assalamualaikum... ^_^












PdanS : Gastrik angin? Aku rasa itu kot penyabab badan aku sering tidak enak saja sejak seminggu ini. Tanda tanda pun macam banyak menjurus kepada sakit itu. Hurmmmm. Kamu, tolong doakan untuk aku, semoga sihat dan baik baik saja.


1 comment:

Wak Gelas said...

3 station tu ade tandas awam takks.,ahHKs

psst. nice travelog haji ;-p