❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 10, 2013

10 April.


Assalamualaikum kalian.

Hari ini 10 April, pejam celik pejam celik, semua yang hati sukai itu sudah 2 bulan berlalu. Tapi perasaan ini tidak selaju itu. Masih di tinggalkan di Sana. Rasanya masih kuat. Seperti tidak mahu berganjak. Tidak mahu kedepan bersama masa yang pantas berjalan. 

Duhai hati kecil ini. Jangan cuba berubah. Tetap pada satu rasa. Biar masa berlari laju, biar bumi pantas berputar, kau tetap dengan perasaan yang tersemat dulu.

Kamu, 10 februari yang lalu, di jam sebegini, diri sedang menanti penerbangan seterusnya. Dari Karachi ke Jeddah. Waktu ini semua seperti keletihan kerana penerbangan sebelumnya memakan  masa lebih 6 jam (dari KLIA untuk sampai ke  Karachi). Kemudian transit selama 4 jam di situ, dan sekarang, harus menunggu jam untuk penerbangan seterusnya ke Jeddah. Tapi, perasaan yang berkobar kobar untuk menjejak kaki ke Tanah Halal membuatkan keletihan badan itu terlupa untuk dikeluhkan. Waktu ini semua sudah lengkap berpakaian ihram dengan muka yang penuh keterujaan. Alahai teramat rindu detik detik itu. Semuanya!










PdanS : Hati juga menyuarakan sesuatu. Hurmm. 

2 comments:

Rossnie said...

2mlm berturut2 mimpi menunaikan umrah dan mlm 1st, da kamu d dpn kaabah..ya Allah..sntiasa bdoa spy dimurahkan rezeki n sihat utk mnjejakkan kaki di hdpn kaabah..

mOOn said...

Ya Allah. tetiba mata bekaca. Semoga mimpi itu pentanda saya dan kamu akan mendapat jemputan dari Allah. InsyaAllah ^_^

Dulu, tahun lalu. Bulan lima atau enam tak silap. Mendapat mimpi berada dalam Masjidil Haram. Sedang membaca Al-Quran. Mungkin sebab terlalu teruja nak pergi, Allah bagi sampai dalam mimpi dulu. Lepas tu, hujung tahun baru dapat berita gembira. Syukur sangat sangat.

I know how u feel keterujaan itu. Sama dengan saya dulu. Tengok kabbah boleh jadi sebak, kadang-kadang smpai termenangis. Sebab nak sangat sangat sampai kat situ. Tiap kali tengok Kabbah kat mana2 gambar, mesti hati kecil bersuara "Ya Allah, jemput aku, bagi aku sampai kat situ".

Satu saja tips nak kongsi. Doa banyak-banyak. Bersungguh sungguh. Lepas tu cuba perbaiki diri. InsyaAllah mesti ada jemputan lepas tu. ^_^