❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 29, 2013

Jam 5.15 pagi.



Bagun untuk menyiapkan satu kerja. Tetiba teringat mimpi semalam. 

Bila rindu, mimpi aku akan berkisar tentang di sana. Jadi semalam mimpi lagi.

Kisah yang sama, kami sedang melakukan ziarah. Kali ini ke ladang unta.

Entah kenapa mak begitu teruja untuk masuk ke ladang itu, padahal sudah banyak ladang unta yang kami singgah. Tapi aku sebagai anak menurut saja ajakkan emak.

Sampai ke dalam sana, aku kabarkan pada emak, aku tunggu di sini saja. Emak masuklah ke sana. 

Aku hanya memerhati kelibat emak. Aku tak tahu nak cerita bagaimana, yang pasti dalam kandang itu ada jentolak. 

Jentolak itu besar. Tiba tiba ia berfungsi sendiri. Emak cuba dekati untuk membantu  mematikan jentolak itu. Dan aku tak tahu bagaimana perlu aku terangkan. Gambarannya masih jelas lagi bagaimana kejadian itu berlaku. Tapi yang pasti tiba-tiba jentolak itu menghempap badan emak. Ya Allah. Hancur.

Aku tak sanggup melihat. Hanya bertanyakan mereka sekeliling bagaimana keadaan emak. Terus aku mencari ayah. Peluk sekuatnya. Mata terus basah. Berlinang dengan air mata. Ayah pun sama. Waktu itu tak ada siapa yang lebih memahami dan merasai perasaan kami. Aku dan ayah saja. 

Hati cuba dipujuk "Takpa ayah, nyawa mak, Allah ambik kat sini... InsyaAllah, kat akhirat nanti syurga tempat mak.. kita tak boleh sedih..... bla bla bla bla......"


..... sudah.. sudah... aku tak boleh meneruskan kisah mimpi yang merapu ini. Walaupun ianya cuma mimpi, tapi mampu menjejaskan mood seharian aku. Walaupun hari ini adalah hari pulang ke kampung. Sangat akan menjadikan aku down! Sudah!

Nak mak ayah sekarang!!! Sekarang jugak!!






Rindu berpaut.



Duduk bersaja. Hati tiba-tiba terusik. Ada sesuatu menyapa. Tak nampak di mata. Tapi di hati jelas. Tak ada samar.

Sapaan itu buat hati ada teringat. Buat rindu singgah ke jiwa. Buat senyum berpaut ke wajah. Alahai. Bibir menguntum seketika.

Siapa tak rindu andai pernah bertentang mata.

Siapa tak rindu yang ditungguh pernah hadir depan mata.

Siapa tak rindu bila berjumpa dengan penuh teruja dan berpisah dengan air mata.

Siapa? Siapa?

Ya Allah rindunya nak buat Umrah lagi. Nak duduk depan Kaabah. Nak berdoa kepadaNya. Nak luah segalanya. Terasa sangat dekat dan terlalu dekat.

Ya Allah rindunya nak solat dalam Raudah. Nak sujud lama-lama. Terasa sangat dekat dengan Nabi. Semoga bila di Sana nanti peroleh syafaatnya.













PdanS : Nak pergi lagi. Sangat berharap, moga ada jemputan lagi. :(

Friday, April 26, 2013

Quote #94




Jika tidak ada orang yang melakukan kesalahan kepada kita, mana mungkin kita mendapat pahala sabar?


Jika tidak ada orang yang bersalah dengan kita, kita akan rugi kerana tidak berpeluang mendapat pahala memaafkan. 


Sedangkan sabar dan memaafkan itu sangat besar pahala serta nilainya di sisi Allah.








.

Thursday, April 25, 2013

Di Hari Jumaat.



Tidak tahu untuk berbicara apa. Hanya mahu menempek sekeping gambar dan memberi beberapa kata.

Kami bertiga yang masih bersingle single dalam Jabatan Kejuruteraan. Dan kami bertiga ini juga, dengan tidak disangka sangka dijemput dulu untuk ke Rumah Allah. Bermula dengan aku pada 10 Februari yang lalu, kemudian Si Elly yang di tengah, bertolak pada tarikh aku pulang ke sini. Dan yang last, Siti bertolak ke Sana pada tarikh Si Elly pulang ke tanah air. Aku balik, seorang pergi. Seorang balik, seorang lagi berangkat pergi. Alahai. Tak terjangka langsung dek akal untuk semua aturan ini. Cantik sungguh susunanNYA. ^_^

Mula mula semua berdiam diri. Konon seperti mahu merahsiakan Jemputan yang di terima. Tapi ahirnya, bila borang itu ini kena isi, berdepan dengan banyak hal, maka terbongkar juga lah kisah yang di simpan rapi. Hihi.

Beberapa minggu sebelum aku berangkat, kalau jumpa saja di sekitar kolej mesti akan sama-sama bertanyakan perasaan. Macam mana? Berdebar tak? Rasa apa? Apa yang dah belajar? Yes. Bertemu saja pasti banyak benda yang nak di bualkan.

Sekarang, semua yang Indah itu sudah berlalu. Tanpa aku duga, semakin hari semakin rapat ukhwah yang terjalin. Pergerakkan aku banyak bersama mereka yang ini. Bermula dari hanya berkongsi kisah pengalaman di Sana, tiba-tiba banyak pula persamaanya. Terutama hal hal rasa. Apa dalam hati aku, minda aku, diri aku, bila diluah, semuanya hampir sama dengan apa yang mereka rasa.

Dulu, sampai aku ke bumi Kuantan, harapan aku satu. Tempat baru, kawan baru, susana baru. Maka, mahu menjadi yang baru. Mahu memulakan yang baru. Harap aku, semoga Allah datangkan pada aku mereka mereka yang boleh jadi teman yang selalu mengingatkan aku yang jahil ini pada jalanNya. Aku tunggu tunggu dan tunggu. Sekarang aku mula tersenyum. Yang aku nantikan sudah Allah datangkan. Selalu ingat dan percaya akan satu kata-kata "Bila kita nak berubah jadi baik, Allah akan datangkan pada kita mereka yang baik baik untuk mendampingi hidup kita." Betul. Ayat nie sudah aku lalui keajaibannya. Semua mereka meraka yang baik baik ini, ustazah, kak ana, kak az, kak ita dan lain laib lagi, langsung tak pernah terdetik dalam hati, tak terfikir oleh akal aku, bagaimana untuk bertemu. Ada saja jalannya yang Allah buka. Macam-macam miracle yang aku rasa selepas pulang dari Sana. Hurm. Sekarang, bimbang aku selalu tewas, sebab aku semakin kuat percaya yang bila mana kita mahu berbuat baik, pasti Allah permudahkan. Percayalah.

Selepas bersungguh sungguh berusaha untuk sekeping Jemputan, menanti sekian waktu, dan ahirnya Allah hadiahkan untuk yang di tunggu. Hati tersenyum tanda syukur. Keindahan yang di rasai akan cuba di jaga. Di pelihara supaya rasa manis itu tidak hilang untuk dirasa.









PdanS : Hari ini bekerja dari rumah. Aci? 

Monday, April 22, 2013

Hati aku di sentuh.







Aku mula membaca tulisan Prof Kamil dari buku yang berjudul Travelog Haji pada Mei tahun lalu. Pada tika itu hati sangat sangat berkobar mahu di Jemput Ilahi untuk menjadi tetamunya. Lalu Allah pertemukan aku dengan buku itu. Sangat memberi inspirasi pada aku, apa yang perlu aku buat untuk  mendapat hadiah dari Allah, hadiah yang aku sangat sangat dambakan itu. Kisah kisah dalam buku itu menjadikan semangan aku lebih berkobar untuk sampai ke Sana. Pengajaran dari cerita itu aku cuba aplikasi dalam hidup aku yang banyak cacat celanya. Tiap butir kata-kata dalam buku itu mampu menyentuh hati aku. Menjadikan hati ini lebih lembut untuk merasa. Merasa yang sampai teresak esak, mengenangkan hubungan aku yang jahil ini dengan Allah. 

Cerita yang di hidangkan lebih kepada trevelog. Iaitu kisah hidup beliau, yang mana tiap apa yang terjadi, manis pahit, dugaan, ujian, kejayaan, semuanya dikaitkan dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Sangat bagus untuk aku yang kadang-kadang hidup terasa tidak berguna, kadang-kadang seperti down saja, dan kadang-kadang mengeluh dengan kehidupan yang Allah tentukan. Ya Allah, teruk sungguhkan. Tapi, syukur Alhamdulillah, melalui buku ini, Allah ketemukan aku cara penyelesaian, ubat dan jawapan kepada apa yang hati aku selalu gusar dan keluhkan itu




Tulisan beliau lebih kepada motivasi. Sebelum ini aku hanya membaca beberapa artikel pendek beliau dari Majalah Solusi. Tapi 3 minggu yang lalu, Allah gerakkan hati untuk membaca buku yang beliau karang pula. Bila membaca tulisannya, Ya Allah, apa yang aku cari, apa yang hati aku seringkali tertanya tanya, sudah jumpa, sudah ada jawapannya. Tulisannya seperti meyakinkan apa yang aku rasa. Kata-katanya yang sangat sampai ke jiwa, buat aku berfikir, buat diri  memuhasabahkan kembali apa yang telah terjadi. Bila hati sudah tergoda dengan ayat dan kata kata yang di susun indah, maka aku rasakan seperti perlu membaca semua semua buku karangan beliau. Mesti!!




Penulis ini diperkenalkan oleh sepupu dan sahabat aku. Melalui mereka aku bekenalan dengan penulis ini secara maya. Kisah-kisah yang di hidangkan pelbagai, banyak berkisarkan hal wanita, hal jodoh, hal menjadi lebih baik. Banyak memberi keyakinan pada aku untuk hal hal masa depan, masa yang mana imam aku sudah tiba. Kisah dan perjalanan hidup beliau juga sangat cantik pada pandangan mata aku. Tersusun indah seiriing dengan akhlaknya yang begitu terpesona pada sesiapa yang mengenalinya. Dari tulisannya saja, aku boleh menilai dia adalah yang bagaimana. Aku tidak sesolehah dia, tapi harapan aku, jodoh yang aku terima, semoga secantik kisah "Cinta High Class" nya. 





Semua penulis di atas ini aku sudah linkkan blog mereka untuk kamu kamu baca. Pelis, tolong klik pada nama mereka. Jom lah jadi insan yang gemar membaca. Paksa dan paksa! Fizikal, kita hidangkan dengan makan yang sedap, pakaian yang cantik. Tapi rohani kita? Kasihan dia. Mesti sedang berlapar dahaga untuk menjamah ilmu-ilmu yang berguna. Jom kenyangkan rohani kita! Buku-buku mereka mungkin boleh google sendiri. Banyak. Cuba la baca, mesti hati akan tergoda. ^_^










PdanS :  Syukur atas kegemaran yang Allah gerakkan ini. Dulu aku bukanlah seorang yang boleh di label ulat buku. Membaca sesuatu yang paling membosankan dalam hidup aku. Sangat susah menjadikan diri untuk gemar membaca. Mungkin ia perkara yang paling dibenci aku. Kalau cuba di paksa sekali pun akan bertahan 3 menet saja dan selepas itu akan larut ke dalam mimpi mimpi indah yang lebih bahagia... Tapi itu kisah dulu. Kisah yang sudah banyak bezanya. 

Sunday, April 21, 2013

Dinner.



Baju dinner merangkap baju raya sekali. Aci? Suka punya pasai. 


Suka lah sama ini dress. Kembang sekembang payung di pasar malam. Berkain chiffon yang ringan. Berkale kegemaran. Eh, tetiba royal blue jadi warna kegemaran? Dan begitu simple saja kan. I loikee. ^_^

Sekian. Selamat Hari Raya. Lalalala...








.

Saturday, April 20, 2013

Quote #92




Allah lah yang Maha Mendengar, Allah lah yang Maha Memakbulkan. Tiap apa yang berlaku itu dengan Keizinan Allah, atas Kekuasaan Allah. Tiada apa juga yang dapat menghalang sesuatu ketentuan Allah. 

Kerja kita hanya berdoa dan menyembahNYA saja. Tidak perlu pening memikirkan bagaimana perjalan kita untuk masa kedepan. Semua sudah dirangcang Allah dengan perancangan yang paling cantik dan indah. Maha Suci Allah dari sifat zalim dan aniaya. 

Jadi, jangan mempersoalan tiap ujian yang menimpa, tiap impian yang tidak didatangkan, tiap harapan yang tidak disempurnakan, sebab kesusahan yang kita rasa itu adalah lebih baik di sisi Allah sedangkan kita tidak mengetahuinya.


-me-








.
.

Masjid? Telekung?


Assalamualaikum

Disebabkan beberapa perkara yang bukan dalam perancangan hidup aku tiba-tiba saja muncul, maka, niat untuk pulang ke kampung halaman terpaksa di tangguhkan ke bulan lima nanti. Tidak mengapalah. Aku percaya perancangan Allah itu lagi cantik. Harus terima dengan hati yang redha. ^_^

Hari ini hari cuti. Tapi jasad aku tetap dibawa ke office. Membuat kerja kerja part time aku menggunakan internet office ini. Internet broadband sangatlah terlalu lembap yang akan membuatkan aku berkerja 2 menet saja, lain lain waktu akan di luangkan pada katil dan bantal emput. Jadi diri harus di bawak ke Sini. Kerja lebih laju. Lebih effective. Pengaruh dan anasir luar pun lebih berkurangan. Ceywahh. Ye dok. Nie dok update blog nie apa kes? Kerja la sangat kan. Kahkah.

Tadi terbaca status ini di Fan page salah seorang penulis buku kegemaran aku. Bunyi nya begini :


"Zaman sekarang di Malaysia, solat atas jalan pun jadi pelik.

Dia mungkin tidak pernah singgah di Jordan, orang solat di tengah pasar.

Mungkin tidak sempat dia lihat suasana di UK, orang solat di mana sahaja yang boleh.

Mungkin dia tidak sempat singgah ke Makkah, bila jalanan pun menjadi sejadah.

Orang yang sempit, memang akan menyempitkan."



Kata-kata ini sangat membuat hati teringat hal hal di Sana. Ya, di Mekah dan di Madinah sana. Bersolat tidak terhad hanya di masjid sahaja. Di celah lorong sebelah kedai. Di atas padang pasir. Di atas gunung. Di mana-mana saja yang hanya berlapik kain, kadang kadang kertas dan kadang-kadang bersejadahkan tanah sahaja. Bukan tidak ada masjid. Banyak. Hurmm. Sesuatu yang pelik bagi minda yang baru pertama kali di hidangkan dengan pemandangan seperti itu.  Susah untuk di lihat di Malaysia. Kenapa ya? Hurmm. Mungkin sudah ditanam dalam minda kita, sedari kecil diperlihatkan dengan keadaan yang kalau mahu bersolat harus ke Masjid. Kalau bersolat harus mengenakan telekung. Jadi, bila kaki di langkah jauh sedikit, keluar dari kepompong yang menyekat minda, maka terlihatlah keadaan yang berbeza. Bila berbeza terus di label Salah! Haram! Tidak Sah! Alahai. Mudahnya kita menilai ibadah kepada Allah. Sudah punya ilmu yang banyak?

Masjid tu asalnya  di zaman Rasulullha, di zaman khalifah,  bermacam fungsinya. Bukan untuk solat sahaja. Bila fikiran disempitkan, surau atau masjid hanya diimarahkan untuk solat sahaja. Sedangkan masjid itu boleh dijadi pusat ilmu dan sebagainya. Minda kita semua perlu diubah. Dirikan lah solat di mana-mana pun, dengan syarat-syaratnya harus dipenuhi.

Tapi yang lebih lebih memelikkan, bila ada yang memandang serong kepada seseorang yang bersolat dengan tidak bertelekung. Hurm. Hati ternya-tanya. Salahkah aku? Kaki sudah di tutupi. Aurat yang terlihat hanya pada 2 tapak tangan dan muka saja. Baju labuh tidak menampakan bentuk tubuh. Hurmm?

Terus akal berfikir. Di zaman Rasulullah dahulu, pakaian solat Siti Khadijah bagaimana? Fatimah? Bertelekung juga kah? Hurmmm. Berfikir lagi. Kalau di zaman Rasulullah sudah bertelekung, kenapa di Mekah dan Madinah tidak semua manusia bertelekung? Hanya 10 peratus sahaja wanita bertelekung. Kenapa wanita arab bersolat dengan jubah mereka saja? Kenapa yang dari Turkey berpakaian biasa saja sewaktu berjemaah? Kenapa yang dari India dengan Punjabnya saja tika menunaikan umrah. Hurmmm.

Ilmu yang cetek, menyebabkan kita salah menilai. Adat yang turun temurun di amal menjadikan amalan agama banyak yang ditokok tambahkan.

Bukankah solat wanita yang berimamkan Mazhab Shafie itu harus menutupi semua aurat kecuali 2 tapak tangan dan muka sahaja? Kalau sudah dipenuhi syarat syarat ini, tidak salah jika solat itu dilaksanakan dengan pakaian biasa saja. Asalkan memenuhi syarat itu. Yang menjadikan seseorang itu perlu bertelekung kerana pakaian sehariannya tidak memenuhi tuntutan agama. Barangkali mungkin kaki tidak di tutup auratnya, baju berlengan pendek, baju agak sendat yang menampakkan bentuk tubuh badan. Tudung yang singkat. Yakinkah kita untuk bersolat dengan pakaian seperti ini? Sudah tentu tidak bukan.

Agama Allah sudah cantik susunannya. Cuma kita saja yang susah untuk mengikutinya. Kalau dipatuhi semuanya, pasti tidak perlu di usung kesana sini telekung untuk bersolat. Pasti tidak perlu sibuk mencari telekung untuk menutup aurat yang terdedah bagi bersolat. Pasti tidak akan ujud lagi alasan "Telekung tak adalah, macam mana nak solat". 

Sebenarnya Islam itu mudah. Kita saja menyulitkannya. Kan...








PdanS : Teringat pesanan Dr Harlina "Pakaian yang terbaik untuk keluar rumah ialah pakaian yang dapat digunakan untuk bersolat". Hurm. Pakaian aku? Banyak cacat celanya lagi. Hurmmm. Jom ubah, agar budaya bersolat tanpa telekung menjadi perkara biasa untuk kita. Bila bersolat tanpa telekung, sudah tentu aurat kita terlebih dahulu telah dijaga. Kan. ^_^

Thursday, April 18, 2013

Di satu hari kelak.






Umar

Hamzah

Uwais

Maryam



Nama-nama yang aku sangat sangat gemarkan. Di satu hari kelak, bila aturan yang Allah aturkan itu telah tiba, bila janji Allah itu telah sampai, InsyaAllah akan dinamakan pada khalifah-khalifah Allah yang diciptakan dalam rahim aku dengan nama-nama yang ini. Semoga peribadi mereka juga seutuh nama yang di bawa. InsyaAllah.^_^








PdanS : Duhai Jumaat yang sangat buat hati aku kuat merasa, yang buat mata aku mudah berkaca. Syukur Alhamdulillah. 

Yang Merasa



Assalamualaikum. 

Menulis petang ini sambil di dendangkan dengan lagu Najwa Latif "Ada Mu". Tersenyum saja mendengar lagu yang cukup membantu aku menjadi lebih positif bila memikirkan tentang hal hal kehidupan ini. 

Aku ini, luaran saja nampak gagah, kelihatan kuat. Hakikatnya, tidak seperti yang di sangka. Sangat mudah air mata ini gugur untuk sesuatu yang aku rasa layak di tangisi. Bukan semua hal secara tibatiba aku nak sentap. Penat la lagu tu kawan. Lapar megi pun nak kena menagis, owh, tidaklah seperti itu. Kematangan aku sudah pada tahap orang yang besar besar. 

Teringat lagi, hari tu sedang berborak bersama rakan sekerja. Teman itu berbicara tentang ayahnya yang telah tiada. Tapi, at the end, aku pulak yang mengalir air mata? Sedih tetiba. Dia? Relax je. Hurm. Comel sungguh la.

Dan sekarang. Bila mendengar lagu lagu keTuhanan, harus lah hati lagi sensitif. Nak nak bila lagu itu bertajuk "Cahaya Hati by Opic". Tengah tengah drive kereta berseorangan, menuju ke office, yang jarak cuma 5 menet saja, mata aku mampu berkaca juga? Hurmm. 

Duhai hati, aku suka engkau yang begini. Aku suka aku yang mudah menagis dari aku yang dulu. Hati terlalu keras berbatu. Berilah apa saja kata-kata, susah sungguh untuk melekat pada jiwa. Sekarang, kalau seminggu  itu berlalu dengan mata tidak berkaca, hati gundah gulana. Seperi ada yang tidak kena. Rasanya tidak tenang sekali. Terasa jauh. Terasa lupa. Terasa lalai. Terasa jahilnya diri. Terasa sesuatu yang tak mampu di ungkapkan. Hanya dengan menangis, dengan ingat pada Allah, dan kemudian, barulah hati itu kembali tenang. Benarlah janji Allah;

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".[Ar-Ra'd : 28]

Kamu, bila diri mudah untuk mengugurkan air mata, bermakna hati kita itu hidup. Belum mati. Mampu lagi untuk merasa dengan apa yang di lihat. Apa yang di dengar. Tapi, merasa lah pada sesuatu yang perlu dirasai. Menangislah pada sesuatu yang layak di tangisi. Jangan bazirkan rasa, jangan buang air mata pada insan/tempat/perkara yang tidak seharusnya dirasai dan ditangis.






"Learn to cry for your sins, and you'll find peace inside..."





.





Wednesday, April 17, 2013

Hikhik.

Assalamualaikum.

Hai belog. Malam ini aku ada kelas malam. Kelas ganti untuk anak didik. Ganti atas sebab mahu becuti panjang. Yuhuuuuu. Cuti ! yeay yeay! Ceh suka macam esok yang cutinya. kahkah. Sabar ya diri. 2 minggu lagi.

Pulang nanti harus pergi membuang undi. Tapi kenapa mesti 'buang' ya? Tak boleh kah jika di tulis mengundi saja. Hurm. Selalu menjadi kemushkilan akal aku. Nak membuang ke mana? Longkang? Parit?  Aiyoyoo. Ilmu kesusasteraan belum penuh di dada, berpuitis pun asyik ke laut saja. Maka tak perlu nak menyebok dan mengomen mendalam sangat.  kahkah. 

Then, nanti nak pangkah apa ya? Hurmm. Aiyooo. Serius tatau. Eh, dah lah. Bukan hal mengundi yang dikabarkan untuk kisah  kali ini. Di kala senja nak ke magrib ini. No No.

Sebenarnya, hikhik, teman nak kabo ke deme nie. hikhik. Teman memasok petang tadi. Hikhik. Alaaaaa, dapo teman dah canggeh lerr. Udah ada dapo hat buleh keluar api api tet tet tett. hikhik. Lepaih tu teman dengan asaitednye memasok ler. Masok sup sayo jeee. Pestime nie memasok kat dapo kat qumoh sewe teman. Hikhik. Teman suke bebenor nie. Seqonok lerrr. Buleh le teman masak kek pulok lepaih nie. Ceywahh. Baqu ada dapo sebijik dah berangan tak mau mau. Celah mane nak bakau kek nye tah ler. hikhik.

Lepaih tu, teman nak nunjuk ler hat teman masok tadi. hikhik. Idok ler kacak menawan sangat. Tapi oghang puteh kate 'dun judge the book by its kabe' ceywahh jadi mat salleh pullok. Mat saleh kale klabu asap. hikhik. Teman qase sedap kot. Sebab teman makan tadi, sedo sedo dah habeh!! Licin pulok tu. Hai, sedap bebenor tu. Hikhik. [ Harus la licin sebab lapaq wehhh!!! ]

Jadi, di sebabkan magrib pun udah nak dekat, teman nutup dulu la ye cerite teman malam nie. Teman nak bubuh sekeping gambo sebagai bukti pembelian. Hikhik. Ate, kenape dok speking peghok pulok nie. Gedik semacam pulak tuh. Aigooooo. Dah. P semayang nuh!!!









.

Tuesday, April 16, 2013

Uniform

Jam sepuluh mata sudah lali lali dan berstim stim. Penat macam kerja angkat bata semen je siang tadi. Serius. Letih sungguh badan seminggi dua nie.  Tiap malam menanti isyak dengan penuh keterujaan. Gaya macam beriman je. Tapi yang sebenarnya tak sabar nak tidur. Hadoi.

Owh. lupa mahu diperkenalkan uniform malam ini. Tu, yang di bawah ini. Berkain batik. Bertshirt merah jambu. Ewah. Suwit suwit gitu. Semoga mimpi pun akan manis manis seperti itu. Bila di kaji kaji balik semua pakaian tidur aku, hampir 80% adalah berkale pink. Tapi kesukaan aku bukanlah kepada pink. Merah. Eh merah ke? Bukan bilik engkau kale purple ke? Abang WXM engkau pun kale purple kan? Handphone engkau purple jugak kan? Errrrrr. Selalu seperti itu. Perbuatan selalu tidak melambangkan apa yang hati rasa. Yes. Itulah Munawwarah. ^_^

Tak ada cerita apa ini malam. Mata selalu mambataskan aku untuk bermesra mesraan bersama kalian. Dengki sungguh dia.  Selamat malam...




Thursday, April 11, 2013

Selangkah lagi?

Assalamualaikum.

Hari ini Jumaat. Bila tiba jumaat yang mana esok adalah hari cuti, mesti mood cuti akan terlebih laju lagi sampai. Hadoi. Rosak. Rosak hari hari cemerlang aku. Eh. Cemerlang kah di setiap hari? Errrr. Ini entry yang jujur. Sila jangan masukkan maklumat maklumat auta itu. Bimbang ada yang terbaca, lalu terpedaya, maka terus angau mahu di buat menantu pilihan. Ewah. Kahkah. Tidak menahan. Menantu pililhan ye nyah? Tidak rela mak. Auuww.

Mood hari ini cemerlang, tapi kualiti kerja sangat lah merosot di tahap yang "Eh, setakat masuk office nak reply komen kat pesbook, baik engkau ambik MC je. Tak pun berenti terus, tak membazir duit nak bayar lektrik". Hari yang langsung tak ada output yang dapat di banggakan oleh majikan. Yes! Jom berhenti!!

Eh, eh. Terlajak berbicara tentang Berhenti. Hurmmmm. Tidak, belum bercita-cita lagi untuk ke arah itu. Jauh sekali nak memilih jalan yang itu. Banyak tanggungjawab di sekeliling. Duit kereta. Bil talifon. Duit beli kian tudung, kain baju lagi. Mana bisa tidak bekerja bukan.

Tapi sekarang sedang berangan angan mahu kedepan. Setapak maju kehadapan. Selangkah saja lagi yang tinggal, sayang pulak rasanya kalau tidak di habiskan. Haa? Apa? Hurmmm. Hal belajar saya lah kalian. Terasa mahu sambung lagi. Dah lama berhajat dalam hati. Cuma tak ada apa-apa action saja lagi. Sebab memikirkan hal duit. Mana nak dapat kalau sambung belajar lagi, nak bayar semua semua itu ini. Jadi di tangguhkan dulu niat itu. Tak nak mengharap wang mak ayah lagi. Usia sudah banyak. Sampai bila mahu bergantung harap pada mereka. Cukuplah 26 tahun hidup dengan hasil titik peluh mereka, hari ini, di waktu yang diri sudah punya kerjaya, tak mahu menyusahkan mereka lagi.

Pekerjaan hari ini sedari pagi tadi, mensurvey hal hal untuk menyambung. Yang nampak sekarang adalah UPSI. Mahu di bahagian pendidikan. Jiwa aku jiwa mengajar, jiwa mendidik. Susah kalau nak di paksa untuk ke Engineering lagi. Entah lah kenapa. 

Sudah di study beberapa perkara. Hurm. Seperti Ok saja. Dan lagi ok bila membaca apa yang di sediakan kerajaan melalui MyBrain15. Wow! Yuran di tanggung dan dapat pulak kos sara diri RM2300/month. Hurmm. Sesuatu yang tak patut aku lengahkan. Usia semakin hari semakin bertambah. Seperti molek saja kalau aku terus menyambung lagi kan. Tapi tapi tapi.. Banyak pulak perkataan "tapi" itu yang muncul. 

Ok. Yang perlu di lakukan, adalah menulis pro dan contranya. Bertanya pendapat mereka yang betul betul berpengalaman. Banyak benda yang kena lihat. Bukan hal duit saja. Hal belajar pun. Tajuk. Proposal. Sambung kali ini bukan belajar yang main main seperti dulu. Memang kena ada keseriusan lebih. Semangat kena kuat. Jiwa harus kental. Ujian akan lebih banyak di hadapan. Tapi, kesukaran ini untuk 3,4 tahun saja, kemudian mendapat manis yang jangka masanya adalah lebih lama dan panjang. Kan berbaloi namanya. Tak begitu?

Susah payah belajar letak tepi. Nabi dah cakap tentang janji Allah. Hal rezeki juga boleh buang segala kebimbangan kerisauan itu. InsyaAllah ada. Jadi apa lagi yang harus di kuatiri? 





Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi) 







PdanS : Ok. Boleh pergi BSN beli no pin. Eh eh, sebelum tu sila buat proposal dulu. Sebelum buat proposal kena cari bahan, kena membaca, kena menkaji. Alahai. Lomah den. Kalau tidak bekerja tak mengapa. Boleh saja mengadap hal hal ini saja. Errrrr. Semoga Allah permudahkan. Amin..

Wednesday, April 10, 2013

10 April.


Assalamualaikum kalian.

Hari ini 10 April, pejam celik pejam celik, semua yang hati sukai itu sudah 2 bulan berlalu. Tapi perasaan ini tidak selaju itu. Masih di tinggalkan di Sana. Rasanya masih kuat. Seperti tidak mahu berganjak. Tidak mahu kedepan bersama masa yang pantas berjalan. 

Duhai hati kecil ini. Jangan cuba berubah. Tetap pada satu rasa. Biar masa berlari laju, biar bumi pantas berputar, kau tetap dengan perasaan yang tersemat dulu.

Kamu, 10 februari yang lalu, di jam sebegini, diri sedang menanti penerbangan seterusnya. Dari Karachi ke Jeddah. Waktu ini semua seperti keletihan kerana penerbangan sebelumnya memakan  masa lebih 6 jam (dari KLIA untuk sampai ke  Karachi). Kemudian transit selama 4 jam di situ, dan sekarang, harus menunggu jam untuk penerbangan seterusnya ke Jeddah. Tapi, perasaan yang berkobar kobar untuk menjejak kaki ke Tanah Halal membuatkan keletihan badan itu terlupa untuk dikeluhkan. Waktu ini semua sudah lengkap berpakaian ihram dengan muka yang penuh keterujaan. Alahai teramat rindu detik detik itu. Semuanya!










PdanS : Hati juga menyuarakan sesuatu. Hurmm. 

Sunday, April 7, 2013

Teman AKA Sahabat.




Assalamualaikum. Hai kalian yang aku sayang. Semoga dalam limpah Rahmat dan Hidayah Allah selalu. Sedang berbuat apakah di kala kala begini? Melihat ABPH? Hurmm. Semoga salah tekaan aku. Tak payah tengok lah. Buang masa saja. Pergi tidur lagi bagus bukan.

Entah lah, sejak setahun dua nie memang sudah lama tidak mengikuti majlis majlis anugerah artis artis nie. Tidak gemar. Aku lebih rela tidur dari bersengkang mata untuk anugerah yang langsung tak bagi apa apa faedah untuk aku. Nothing. Lebih baik aku bergolek golek di atas katil lalu gugur tanpa sempat meninggalkan pesan. Its better.

Oklah. Bukan itu yang hati ini mahu corettan. Cuma hanya topik yang agak suam suam kuku saja yang ada untuk di introkan. Memandangkan sewaktu entry ini sedang di gubal, kaca tivi rancak menyiarkan ABPH. Melihat kepada status manusia di Facebook pun aku sudah boleh mengjudge bagaimana keseluruhannya. Tapi yang peliknya insan bernama manusia, kutuk yang itu ini, setiap lima menet satu ulasan yang tidak enak tentang anugerah itu di status Facebooknya, tapi masih lagi menunggu hingga ke penghujung siaran. Apa kejadahnya? Hurm. Dan kisah ini juga mari abaikan. Sesungguhnya manusia yang pelik pelik memang banyak berkeliaran di luar sana. Usah di perkatakan sangat. Nanti berjangkit penyakit peliks itu.

Hari ini, secara tidak sengaja pada pandangan akal aku, dan sebenarnya memang disengajakan mengikut dalam perancangan Allah, aku telah terbedetim bersama rakan lama. Rakan sebelah rumah, merangkap rakan sekelas, rakan sekolah dan bila sudah lama-lama tidak terasa seperti rakan jiran tentangga lagi, tapi perasaan lebih itu. Mungkin jika ada yang bertanya "Siapa nie?" She my kakak/adik. Ya, sudah seperti darah daging aku sendiri. Serius!!

Keluar hari ini banyak cerita dari Dia. Ofkoslah mereka lebih banyak bercerita sebab aku bukan jenis yang suka bercerita hal hal hidup aku. Kisah perjalan hidup, aku lebih suka detailkan dengan dikongsi di sini saja. Di luar aku adalah Si Pendengar yang setia, yang lebih suka mendengar dan memberi respon yang luar biasa pada Si Pencerita agar mereka akan terasa "Woww!! Bestla cerita kat engkau".

Banyak yang di borakkan dengan dia tadi. Hal jodoh, hal dipertemukan dengan banyak lelaki yang hanya melebihkan nafsu dalam satu satu hubungan, hal manusia yang sering dengki mendengki, hal kegemaran yang sama. Tapi kisah yang paling aku teruja untuk kongsikan hal manusia yang sanggup menggunakan syaitan untuk membalas kepada apa yang tidak dapat mereka kecapi. Dan rakan aku ini mangsa kepada situasi itu. Ya Allah, tak ada apa yang mampu aku cakap. Itu ujian Allah untuknya. Mungkin mahu dia lebih dekat lagi dengan penciptaNYA. Untuk manusia yang sanggup menggunakan syaitan sebagai pertolongan pada hajat kotor mereka itu, paling layak aku katakan, engkau lebih hina, lebih keji dari syaitan. Semoga diberi Hidayah pada engkau untuk kembali pada jalan Allah. (Teman, nanti sebelum tidur, amalkan 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum tidur. Untuk hindarkan dari terkena sihir)

Bila berbicara tentang "Teman", satu saja yang boleh aku simpulkan. Sepanjang 27 tahun yang aku lalui, Allah telah pertemukan aku dengan semua insan yang sangat sangat menyenangkan hati aku. Di waktu sekolah, universiti, hostel, housmate, roomate, rakan sekerja, rakan berLI, even rakan yang biar kenal hanya sehari cuma, atau hanya kenalan dalam bas saja, semua mereka yang aku jumpa sangat menyenangkan hati aku. Alhamdulillah untuk rezeki itu.

Kadang-kadang, aku nie bukan sahabat yang baik. Yes i know dan tak perlulah di kabarkan apa yang buruk. Biar aku simpan seorang sebab sedang berusaha ke arah memperelokkannya. Tapi aku nak cakap satu perkara, "Doa seorang kawan yang dalam diam sangat mudah dimakbulkan". Serius! Aku pernah cuba beberapa kali. Mula-mula bukan doa, hanya detik hati aku saja, mahu melihat dia menjadi seorang yang lebih better. Dan kemudian, aku rasa aku harus sampaikan hajat aku pada yang menciptakan dia sebab aku langsung tak punya kuasa untuk merubah dia. Maka beberapa ketika, aku lihat kesannya luar biasa. Allah perelokkan dia lebih dari yang aku sangka. Syukur dan tersenyum aku dari jauh. Biarlah dia tidak mengetahui. Sebab perubahan yang terjadi itu bukan kerna aku. Allah yang meletakkan hidayah pada hatinya. Syukur sangat. Kian comel dalam hijab yang di kenakan pada wajahnya. Semoga kekal sampai mati, bersama imej dan akhlak yang baik itu.

Dalam berkawan nie, satu saja aku mahu pesan. Jangan dengki. Berdoalah semoga rakan kita menjadi lebih baik dari kita, agar bila kita salah, tersasar, punya masalah, dia ada, dia akan bantu. Bukan kita yang lebih, tapi dia yang sentiasa mendahului.

Berdoalah bukan kita saja yang di beri hidayah oleh Allah, doa agar teman sekeliling di peri petunjuk dari Allah juga. Bila Allah beri hidayah pada kita sahaja, tidakkah kita terasa sukar, mahu berjuang ke jalan Allah, tapi terpaksa bergerak bersendirian. Kalau ada ramai teman yang Allah berikan hidayah juga, mesti usaha kita untuk dekatkan diri dengan Allah jauh lagi mudah. Ada rakan-rakan yang boleh bergerak seiring membawa misi yang sama. Ada mereka yang sentiasa menyokong kita bila diri terasa tidak mampu melakukan semua yang di perintahkan Allah. Ada temah hidup akan lebih mudah.

Dan satu lagi janji Allah yang aku cukup suka, bila kita berdoa untuk seseorang, apa yang kita doakan itu akan di aminkan oleh malaikat kepada kita juga. Banyangkan malaikat yang pohon untuk kita? InsyaAllah akan sampai. Percayalah. Maka, dalam berkawan : Jadi insan yang senice yang mungkin kepada mereka. Buang perasaan dengki. Dan selalu berdoa yang baik baik untuk mereka. Tata. Assalamualaikum. ^_^





Sometimes, we don't need an advice. What we need is just someone who will listen....

.... and ALLAH is The Best Listener.
















PdanS : Dear perut ku sayang. Please be nice to me. Please bekerja dengan baik. Please menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan dengan sempurna. Please terima apa yang aku beri, jangan asyik nak menolak saja. Please jangan terasa sangat bila tangan ini cuba untuk mengusapkan tubuh bulat mu. Please, please la. Aku tak tahan. Dan aku tak nak paham kenapa engkau kena buat perangai yang tak cool begini. Tak nak. Nak jadi baik saja. Boleh?

Friday, April 5, 2013

Hati aku cakap.




Kamu, aku ini tidaklah sempurna mana. Wanita solehah jauh sekali. Tapi itu cita cita aku. Cita cita yang banyak usaha, tapi tersasar langkahnya tetap ada.

Kamu, aku penuh cacat cela. Tapi aku tetap nak sampaikan satu perkara.

Pengalaman memberi aku sejuta rasa. Dalam itu ada satu kata. Satu yang aku percaya. Satu yang aku pegang kuat dengannya.

"Apa jua yang keadaan, berbaliklah pada Allah".

Apa saja kamu hajatkan. Apa saja hati kamu inginkan. Apa saja yang selalu hati gusarkan, jiwa serabutkan. Apa saja di depan mata mu, yang nampak susah. Yang nampak sukar. Apa saja caca merba dalam kehidupan. Tak kira apa apa saja perbuatan..

"Berbaliklah pada Allah"

Allah yang mencipta. Jadi Allahlah yang akan menjaga kita.

Allah yang merancang. Jadi yang dari Allah itu semua paling terbaik buat kita.

Allah yang memberi. Jadi pada Allahlah tempat paling layak untuk kita pohonkan.

Allah Pemurah. Allah Penyayang. Jadi jangan kuatir pada tiap doa yang kita panjatkan.

Letaklah niat kamu 'KERANA ALLAH' dalam apa apa perbuatan pun. Sebab pemberian Allah berpaksikan apa yang hambaNYA sangkakan. Baik sangkaan kita. Baik juga yang akan terhidang.

Bila ada "Lillahhitaala". Rezeki yang sikit terasa cukup. Makan yang tak seberapa terasa kenyang. Kerja yang susah terasa mudah. Beban yang berat terasa ringan. Pilihan yang di buat sentiasa menyenangkan. Hebat bila hati dibawa Allah bersama.

Bila ada "Lillahhitaala". Tapi yang terjadi tidak seindah di harapkan, mesti kesedihan itu mudah untuk terpadam. Sebab hati kuat percaya, yang Allah beri paling terbaik. Sebab Redha untuk ketentuan Allah melebihi dari apa yang hati dambakan.












PdanS : Aku manusia biasa. Yang dosanya tetap akan ada. Dalam enak memberi pesan, terkadang aku tersungkur juga. Bila jatuh luka, baru aku sedar nikmat sihat. Jadi bangun aku lebih semangat. Jalan aku lebih kuat. Maka, tersungkur bukan tanda aku gagal. Tapi sebagai pengajaran, itu salah, ini benar. Jadi bila kembali berjalan, harap aku tidak berbuat lagi kesilapan.

Kad Jemputan #Part 7

Assalamualaikum kalian yang saya gemari. Ceywah. Gemari? Tak menahan sungguh. Haha. Tak mengapa, janji hati gembira.

Okeh, di malam yang mood sangat cemerlang lagi terbilang, hati mahu menyambung kisah kisah di sana yang hampir sebulan rasanya tidak di update cerita tentang di sana. Banyak. Tapi seperti biasa, ada tuntutan hidup yang lebih penting untuk di bereskan, jadi setiap cerita hanya terbuku dalam kepala saja. Mampu bermonolog dalam hati yang tak ada siapa pun tahu. Sadiskan. Kalau lah, bila bemonolog dalam hati ini, kemudian boleh transfer ke laptop kepada ayat ayat yang sudah tersusun cantik. Macam bagus jugak kan. Hihi. Tapi mustahil saja. Sangat bukan bidang kuasa kita. Kan.

Hari ini 5 April. Masuk 10 haribulan, maka genaplah 2 bulan kisah kisah di Sana yang telah aku tinggalkan jauh dari mata. Tapi dalam hati, tidak sehari pun, bisa untuk aku lupakan. 2 bulan? Hurmmm. Nothing to say. Setakat hari ini, memori aku masih kuat untuk semua yang aku lalui di Sana. Dan sangat menjadi harapan aku agar Allah tak pudarkan langsung semua kisah kisah yang pernah aku tempuhi. Semoga. Amin.

Malam ini mahu berkisahkan cerita mendaki aku. Kesempatan yang Allah beri, yang susah untuk orang lain dapat peluang seperti ini. Syukur sangat sangat atas apa yang Allah bagi.

Selepas selesai menziarah semua kawasan di sekitar Mekah pada hari ketiga, Abang Shahril (salah seorang orang kuat dalam jemaah yang aku sertai) menyebut tentang trip untuk mendaki Jabal Thur. Tapi tarikhnya tidak di tetapkan lagi. Dengar saja kabar berita ini, aku tak henti henti bertanya bila nak pergi? bila nak panjat?. Setiap kali jumpa mereka mereka ini, soalan yang sama di aju. Teruja barangkali. Hihi. Ya lah, hal hal memanjat bukit ini memang kegemaran aku, maka kalau ada ajakkan yang sebegini, di luar bumi Malaysia pulak tuh, harus lah diri lebih berkobar dari biasa.

Sampai lah hari yang ke 7 di Mekah, iaitu 2 hari lagi sebelum bertolak ke Madinah, malam tu, sewaktu makan malam, kelibat Abang Shahril tiba tiba muncul. Tanpa sempat aku menyoal soalan yang sama, yang seperti biasa, dia lebih laju membuka mulut "Esok kalau nak panjat Jabal Thur, tunggu kat bawah lepas sarapan". Woww!! Ahirnya, persoalan aku sudah ada jawapan. Gembiranya hati ini ^_^

Sambil makan, mulut tak henti henti bercakap tentang keterujaan untuk mendaki gunung esok pagi dengan mereka yang duduk semeja. Kebetulan makan aku pada malam itu semeja dan duduk bersebelahan dengan Ustaz Ibrahim. Sebab melihat aku yang teruja ini terus di ajukan soalan

"Boleh ka nak panjat nie esok? Jabal Thur tu tinggi. 2 jam baru sampai?".

Aku dengan yakin terus menjawab

"Boleh boleh, 2 minggu sebelum mai sini saya baru ja panjat bukit kat Kuantan, tinggi jugak, dekat 2 jam baru sampai"

Fuhhh!! Sekali dengar ayat itu macam biasa biasa saja. Tapi sebenarnya, bila di renungkan balik dengan siapa kamu bercakap, jawapan yang di susun tidak berapa menepati citarasa saja. Huhu. Bagi aku, jawapan itu biasa biasa saja. Tapi bagi seorang yang ilmu agama penuh di dada, mungkin bukan jawapan itu yang mahu di dengar. Lama aku berceloteh dengan Ustaz itu. Di ahir perbualan, Ustaz berpesan

"Kita panjat bukit ka, panjat gunung ka, panjat la apa apa pun, kalau kita boleh naik sampai ataih bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita besa dok panjat gunung merata. Kita boleh naik sebab Allah tolong. Kalau Allah tak tolong kita, kita sehat la tara mana pun, mesti ada masalah sampai kita tak boleh naik ataih".

Yes. Sesuatu yang membuka mata, fikiran dan hati aku. Pesanan Ustaz itu memang sangat betul. Satu tips yang aku boleh guna untuk mendaki esok dan hari hari mendatang aku. "Semua perkara yang berlaku dengan Izin Allah, jadi bergantung harap dengan Allah"

Balik bilik malam tu terus di selongkar beg pakaian, mencari baju apa yang sesuai di pakai untuk mendaki esok. Sebenarnya, memang sudah diketahui yang seluar sehelai pun tidak di isi untuk ke Sana. Hanya jubah sahaja yang ada. Hadoi. Kat mana nak cari seluar celah celah malam buta nie. Jadi, jubah pun jubah lah. Tibai saja labu. Hihi.

Esok pagi nya, aku menunggu di bawah dengan seorang rakan baru yang aku kenal di Sana. Aku tidak pasti berapa ramai yang mengikuti trip ini. Tapi aku rasa yang akan sertainya hanya golongan muda mudi saja sebab nak memanjatnya adalah 2 jam barulah sampai ke puncak. Golongan veteren mungkin tak sanggup nak sahut cabaran ini, apatah lagi risiko untuk sakit otot lepas balik dari sini. Mampu membantutkan mereka mengerjakan ibadah nanti.

Bila dah berkumpul ramai ramai. Owh, ok. Sebanyak ini saja? Hanya kami? Kanak-kanak rebina? Hihi. Antara semua semua yang hadir, aku dan seorang lagi rakan, kami berdua yang paling tua. Yang lain semuanya adik adik sedang belajar di IPTA. di sekolah, sedang tunggu SPM, sedang LI, . Perasaan kakak terus menebal dalam jiwa. Haha.




Ustaz Ibrahim yang berserban itu. Ustaz yang aku borak malam sebelum mendaki Jabal Thur ini. Abang Shahril tidak ada dalam gambar sebab sedang mengsnap gambar ini. 2 orang saja pengiring yang sedikit berusia yang boleh dipercayai untuk mengawal kami. Yang lain lain adalah kami yang muda mudi. ^_^





Untuk mereka yang akan menunaikan Umrah, selalunya jarang di sertakan trip untuk mendaki gunung-gunung ini. Di sebabkan Abang Shahril dan Ustaz Ibrahim memang pernah punya pengalaman mendaki Gua Hirak, maka, umrah mereka kali, ingin di cuba untuk mendaki gunung Thur pula. Jadi diajak sesiapa saja yang mahu sertai. 

Jikalau travel agensi yang kamu sertai tidak disertakan trip menadaki Jabal Thur(ada Gua Thur) atau Jabal Nur(ada Gua Hirak), boleh lah pergi bersendiri sendiri saja. Tapi biarlah jumlahnya lebih dari seorang dua. Baru meriah sedikit kalau berkumpulan. Semua driver van dan teksi sudah sedia maklum akan tempat Jabal Thur ini, hanya kabarkan saja, InsyaAllah akan sampai dengan selamat. Owh, tidak di lupa dengan bersertakan bayaran lima riyal per person kepada Encik Driver ye. Bila sudah selesai mendaki, usah bimbang bagaimana mahu pulang ke hotel, sebab di kaki gunung memang banyak teksi teksi sedang menunggu sambil mencari penumpang yang boleh di bawa pulang. Mudah saja kan. ^_^







Sewaktu mendaki, kumpulan kami banyak yang berpecah. Ada yang jauh kedepan. Yang mudah penat akan ketinggalan di belakang. Tapi aku lebih selesa untuk memilih berjalan bersama ustaz Ibrahim sebab banyak ilmu yang dapat. Seronok berborak dengan insan yang banyak ilmu di dada nie. Semua yang kita rasa ingin tahu insyaAllah akan ada jawapannya. Yang kita tak pernah tahu pun, Ustaz tak kedekut untuk kongsikan. Macam, sewaktu mendaki tempat tinggi kita di gallakkan bertakbir "Allahhuakbar". Bila berjalan tempat yang mendatar "Subhanallah", dan bila di tempat yang menuruni bukit "Alhamdulillah". Bukan sewaktu mendaki dengan kaki saja, waktu naik kereta, naik moto, naik lah apa-apa kenderaan bila berada di kawasan mendaki, mendatar, dan menurun, memang di galakkan membaca zikir ini. InsyaAllah akan lebih selamat dan sentiada dalam lindungan Allah selalu.











Baru mendaki 1/3 dah kagum sebentar dengan view view yang kelihatan. Cantik sangat. Subhanallah.









Untuk sampai ke puncak, akan di pertemukan dengan 3 station, yang mana ada station yang menjual makanan, ada yang punya tempat untuk melepak dan berahat saja. Tapi station yang di sediakan punya bumbung untuk berteduh seketika.










Selepas melalui 2/3 perjalan yang boleh di katakan tidak lah terlalu mencabar sangat, barulah di pertemukan dengan track track yang sebenar. Curam. Laluannya agak kecil. Anak tangga yang di buat juga kadang-kadang tiada. Kalau pandang ke belakang, kecut perut jadinya. 




Si pembuat laluan. Kerjanya hanya menjadikan laluan laluan ini lebih sempurna agar selesa di daki. Bila di ingatkan balik terasa sangat sangat ralat kerna aku sedikitpun tidak memberi apa apa sumbangan pada pekerja jalanan ini. Ramai, hampir lebih 10 orang yang aku temui semasa mendaki gunung ini. Aku pasti, mereka bekerja sendiri, gaji mereka hanya bergantung pada belas ehsan pendaki yang melalui jalan ini saja. Alahai. Bersalahnya.


 






Satu perkara yang sangat sangat menjadi penguat aku untuk sampai keatas, biarlah penat dan letih macam mana sekalipun, adalah insan insan dalam gambar di atas ini. Kalau dia yang sudah tua, yang uban penuh di kepala, yang jalan berpaut pada tongkat pun boleh panjat sampai ke puncak, aku yang muda ini, InsyaAllah, mesti boleh!! Hihi. Setaip kali bercerita tentang hal mendaki, pasti ini lah perkara paling teruja untuk aku ceritakan. Tua bukan penghalang untuk kamu sampai ke atas. Muda bukan penyebab untuk kamu berjaya tiba ke puncak. Sebab kuat, lemah, sakit, sihat, semua itu kuasa Allah, Allah yang beri pada hamba yang Dia kehendaki. Kalau kamu berjaya, itu bukan sebab kuatan, kepandaian, atau pun kekayaan diri kamu. Itu di sebabkan ALLAH yang beri, ALLAH yang mengizinkan untuk kamu perolehi. Melihat makcik ini, inilah perkata perkara pertama yang terdetik dalam hati.






Dan bila sudah tiba, Ya Allah.. Subhanallah... Indahnya lukisan hamparan tanah dan langit Mu...





Bagi yang belum mengetahui, di atas puncak Jabal Thur ada terdapat sebuat Gua yang bernama Gua Thur. Gua ini menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar sewaktu hendak berhijrah ke Madinah selama 3 hari. Pada waktu ini, Nabi adalah seorang yang paling di kehendaki oleh pembesar Quraish. Dan sesiapa yang dapat menagkap Nabi akan di beri upah yang sangat lumayan. Bermula saat cubaan untuk membunuh Nabi tetapi Saidina Ali yang mengambil tempat tidur Nabi, Nabi terus di buru oleh semua penduduk Mekah. Semua orang mencari Nabi di merata tempat dan pelusuk Kota Mekah. Tetapi tidak ramai yang mendaki gunung ini untuk mencari Nabi di sini. Mungkin kerana gunung ini adalah gunung yang paling tertinggi di Mekah, jadi Mereka tidak menyangka Nabi akan sanggup memanjat untuk bersembunyi di atas sini. Allah itu maha kuasa, diberi ilham pada Abu Bakar, di pimpin hati Abu Bakar melalui Jibril, dan sampai lah mereka ke Gua Thur ini.

Sepanjang 3 hari di sana, makan minum Nabi dan Abu Bakar di sediakan oleh Asma anak perempuan Abu Bakar. Setiap hari Asma lah yang akan mendaki gunung yang tinggi ini dengan laluan yang tidak ada lagi, dengan jarak gunung ini ke kota Mekah agak jauh, dan dengan dia yang sedang berbadan dua. Ya Allah, hebatnya iman kamu. Kalau aku? Hurmmmm.




Kecik saja kan pintu untuk masuk ke Gua ini. Mungkin barangkali, pintu gua yang di bahagian inilah yang menjadi tempat labah-labah dan burung merpati membuat sarang bagi melindungi Nabi dan Abu Bakar yang berada di dalamnya supaya tidak di kesan oleh kaum Quraish.



Gua ini punya 2 laluan. Pintu di sebelah belakang ini menjadi pintu masuk dan keluarnya adalah disebelah yang satu lagi (pintu yang ada wanita cantik tapi muka burn gila gila sedang berposing)





Gua ini berkeluasan 2m x 1m. Memuatkan hanya 6 orang sahaja dalam satu satu masa. Untuk bergerak harus merangkak dan tidak boleh berdiri. Terletak di puncak Jabal Thur yang berketinggian 1730m, dan merupakan gunung yang tertinggi di Kota Mekah.






Like i said before. Muka saya sangat burn dengan begitu teruk sekali. Sampai ke hari ini. Walaupun hampir 2 bulan sudah berlalu, tidak hilang lagi burn itu. Macam-macam mask sudah aku tempek pada wajah ini, tapi perbezaan tona warna tetap nampak bila aku membuka tudung. Hurmm. Kadang-kadang terfikir, mungkin Allah sengaja melambatkan kesan burn itu untuk hilang, sekurang kurangnya aku akan ingat selalu tentang Mekah, Madinah, bila tengok cermin, nampak separuh hitam, separuh putih. Hurmmm. Kan. 



The only wanita yang menjoinkan diri ke sini.









Ok. Ini saja yang dapat aku kisahkan pada kamu yang membaca di sini. Rasanya semua yang tersimpah sudah di luahkan dalam cerita ini. Maka perasaan seperti berhutang satu kisah sudah hilang. ^_^ Next story?? Tips tips menunaikan umrah lah. Boleh? Hihi. Ok. Doakan aku punya masa lapang. Maka, bolehlah berkongsi sesuatu yang berguna untuk kalian. Ok. Bye. Assalamualaikum... ^_^












PdanS : Gastrik angin? Aku rasa itu kot penyabab badan aku sering tidak enak saja sejak seminggu ini. Tanda tanda pun macam banyak menjurus kepada sakit itu. Hurmmmm. Kamu, tolong doakan untuk aku, semoga sihat dan baik baik saja.


Thursday, April 4, 2013

Hati yang girang ^_^

Assalamualaikum.

Lagi 27 menet bakal ke jam 5 petang yang menandakan beg boleh di angkat untuk cabut balik pulang. Jadi sisa yang berbaki ini mari menaip sesuatu untuk cacatan hidup hari ini. Hidup hari ini biasa biasa saja. Datang kerja. Lalu mengantuk yang amat amat. Jadi di lepaskan perasaan itu pada tempat solat kaum wanita. Tidur 5 menet pun boleh nyenyak gila. Mau tak gila. Tengah tengah tidur tub tub tersedar. Tengok keliling. "Ya Allah, pukul berapa dah nie? Aku kena pergi kerja! Tak mandi lagi. Sempat ke tak nie?" Alahai. Comel sungguh. Padahai dah memang dalam office dah pun. Kahkah. Sebab buat kerja yang tak berapa nak molek, maka kena mamai yang bukan bukan. Kehkeh.

Tapi kan, entah la kenapa mata asit kuyu saja. Badan letih letih. Padahal semalam tak sempat pukul 9 dah gugur di medan perang. Still lagi bermengantuk ngantuk? Seytang apakah yang menumpang di badan ini. Errrr. Jangannnn. Tangan itu sila menaip dengan gaya sopan saja ya. Hadoi. Inilah bila di mood yang sangat cemerlang. Dia memang suka suka hati yang sangat suka lalu tersuka dan terus suka nak tulis apa pun. Hadoi.

Owh. Suka hari ini punya sebab. Bukan secara tidak semena menanya nak suka bagai gila. Ehem ehem. Malam ini i nak balik kampung. Yuhuuuuuu. Dah sebulan duduknya di atas tanah yang bukan darah tumpah. Memang kena! Harus! dan Wajib! balik. Mesti!! Cuti selama 4 hari akan berheaven-heaven di bumi Yan. Yan yang ada mak ayah. Ada makanan sedap. Ada bendang yang mata tak tersekat untuk nak pandang jauh jauh. Ada dapur!!! Yes bila ada dapur akan ada redvelvet! ada bubur! Serius mengidam nak makan bubur! OK. Seperti biasa. Setiap kali nak balik kampung mesti kena buat list makanan apa yang nak di masak. Actually bukan nak di masak. Nak 'suruh mak masak'. Kehkeh. Kalau diri sendiri masak baik tak payah mengidam. Sini pun boleh buat kan. Hihi. Teruja sungguh nie. Macam 1st time nak balik Yan je setelah pat lima tahun berkelana. Ceywahh.

Okeh. Dah. Masa yang berbaki tinggi beberapa menet lagi. Menet yang cukup untuk kemas, shut down komputer, berjalan ke kereta, dan beratur depan thumb print. Hikhik. Tata. Esok bersiaran langsung lagi dari bumi Yan indah permai.









PdanS : Kamu yang aku sayang. Semalam aku mimpi. Mimpi kat Sana. Kisah di sana. Aktiviti yang selalu aku perbuatkan kat Sana. Ya Allah rindunya. Beratur naik bas ramai ramai untuk pergi Ziarah. Beratur untuk ambik makanan. Berjalan pergi masjidil haram. Semua beramai ramai. Wajah wajah yang aku nampak jelas kelihatan mereka mereka yang aku kenal waktu di sana. Langsung tidak ada samar samar. Insan insan yang berhati mulia. Semuanya baik baik dan menyenangkan hati belaka. Yang tua. Yang muda. Yang sebaya. Alahai. Rindunya. Kamu, nak pergi lagi, tolong doakan untuk aku sama.. :(

Tuesday, April 2, 2013

Quote #91






"Bila membaca, mendengar, menonton, lalu Allah datangkan Ilmu yang bermanfaat, maka berkongsilah. Bukan saja untuk mereka yang membaca, tapi sebagai pesanan pada diri kita yang selalu alpa. Bila ianya terus menerus disebarkan pada insan lain pula, dan mungkin ada yang mengamalkannya, itulah pengumpul saham apabila kita sudah tiada."






.