❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 13, 2013

Kad Jemputan #Part6



Bila bercakap tentang Mekah, Madinah, otak akan terus di setkan kepada sesuatu yang baik. Tempat baik. Harus berbuat baik. Menjadi baik. Semua fikiran kita akan kepada yang baik baik saja kan. Sebab tempat itu ada Nabi, ada Baitullah, ada kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, ada Siti Hajar. Jadi yang kita nampak adalah perkara yang baik. Tapi kita lupa sesuatu. Abu Jahal? Abu Lahab? 2 manusia yang di kisah dalam Al-Quran dengan kejahatan yang mereka lakuan pada Rasulullah, juga pernah hidup di bumi Mekah. Jadi, tidak semestinya bila hidup kamu berada di sekitar Mekah dan Madinah, kamu terhindar dari perbuatan jahat. Tetap akan ada. Yang namanya syaitan itu ada di mana-mana. Saat kamu bersolat sekalipun, dia tetap menyucuk hati kamu supaya khusyuknya kurang.




KISAH 1

Hari itu, lepas bersolat Asar, duduk bersaja-saja menanti masukknya waktu Magrib. Sesuatu yang jarang di aplikasikan di Tanah Air, duduk menanti masuknya waktu solat. Tak pernah ternanti, yang selalu dinanti "Eh, dah habis waktu ka?" sebab tak solat lagi, maka yang tu lebih di kuatiri. Hurmm. Owh, ada satu yang mahu di kongsi. Kamu, menanti masuknya waktu solat juga akan di beri pahala. Pahala seperti  mengerjakan solat jugak. Dan sebaik baik amalan adalah menunaikan solat di awal waktu. Jom take note untuk diri. Ilmu ini dah lama tahu, tapi susah sungguh nak di aplikasi. Ada saja benda lagha yang lebih membatasi. Hurmm...

Sepanjang waktu itu, duduk aku hanya di isi dengan memandang Baitullah. Memang sangat menjadi kegemaran aku, kalau ada masa terluang, masa lebih banyak di habiskan dengan memandang ke arah kotak hitam itu. 


 
Tempat kegemaran aku. Duduk di atas kerusi di depan tembok ini sambil mata memandang Kaabah.



Satu ketika, tekak terasa dahaga. Jadi aku bangun untuk di capai air zam zam yang terlekat tidak sampai 3 meter di hadapan aku. Tapi, mungkin bukan rezeki aku, rupa-rupanya paip di situ telah lama rosak. Tak ada air pun keluar dari situ walau setitik.




Pancur air zam zam yang sudah tidak berfungsi. Solat aku selalu di hadapan tembok ini. Berada pada saf depan, bila bersolat memandang Kaabah di hadapan. Sebab itu tempat pilihan aku selalu di sini.



Sebelum bangun untuk kembali ke tempat aku semula, mata aku terpandang pada seorang hamba Allah yang berada di belakang aku. Terus di lemparkan senyum pada makcik yang sedikit berusia itu. Senyuman yang aku beri di balas dengan bukan saja senyuman juga, tapi ajakkan untuk duduk di sebelahnya. Kerna menghormati Si Tua, aku mendekatinya. Dia cuba mencari sesuatu dalam beg yang bawa, dan kemudian sebuah botol yang berisi air di keluarkan dan di beri pada aku. Ya Allah, mulianya hati makcik ini. Aku menerima saja pemberiannya. Setelah selesai menikmati beberapa teguk air zam zam yang di beri, aku serahkan kembali botol itu padanya. Aku tersenyum, dia pun turut tersenyum. Hanya itu saja komunikasi yang dapat kami sampaikan. Hati sangat sangat ingin berbicara untuk di tanya, dari mana, siapa nama, tinggal di hotel mana, dengan siapa, tapi, bahasa membuatkan komunikasi kami terbatas. Yang mampu aku katakan padanya, "Malaysia, malaysia" sambil tangan di letakkan di dada. Mungkin dia juga faham apa yang sedang aku sampaikan, lalu di balas "Turkey". Kami tersenyum lagi. Waktu itu, komunikasi kami hanya dengan senyuman saja. Aku senyum dan dia pun membalas senyuman aku. 

Kemudian, dia menghulurkan sebungkus kacang pada aku. Alahai, terharu lagi. Sungguh mulia hati makcik ini. Sewaktu menikmati kacang, dia mengangkat kedua tangannya. Semua jari di genggam melainkan jari telunjuk sahaja, kemudian kedua-dua tangan di dekatkan sambil mata memandang aku dengan satu persoalan. Dari gerak geri itu aku faham, dia sedang bertanya sudah berkahwin atau tidak. Aku terus menggelengkan kepala sambil menunjukkan kelibat emak yang duduk hanya 3 meter belakang kami. Dari anggukan dan senyuman yang dia berikan, aku rasa mungkin dia paham dengan apa yang ingin aku katakan. 

Beberapa ketika, dia seperti mencari sesuatu dalam beg yang dibawanya. Aku hanya memerhati pergerakkannya sambil menikmati kacang yang di beri. Kemudian dia mengeluarkan sehelai tudung dari beg itu, lalu di berikan kepada aku. Ya Allah, mulianya hati makcik ini. Sudah di beri air, kemudian kacang, dan sekarang tudung pula? Alahai. Terharu aku seketika. Senyum usah di kabar, memang sampai keteling. Seperti  mahu saja di peluk tubuh badan dia, tapi terasa malu dan segan lebih banyak. Hihi. Tanpa berlengah, tudung yang di beri terus di letak atas kepala, terus cuba untuk menggayakannya. 







KISAH 2

Alhamdulillah, sepanjang di sana, tak ada apa kisah kisah yang tidak enak terjadi pada aku. Walau kadang-kadang, aku selalu saja memberanikan diri keluar berseorangan, berjalan ke Masjidil Haram bersendirian, keluar bershoping tanpa teman. Tapi, sangat sangat bersyukur, Allah selalu melindungi aku. Tak ada perkara buruk yang menimpa aku.

Satu hari, sedang berjalan pulang dari Masjidil Haram dengan mak dan ayah, ayah bercerita tentang satu hal. Katanya salah seorang jemaah yang datang rombongan bersama-sama kami di pukau oleh seorang juru jual. Habis licin duit yang di bawanya, hampir RM500 mungkin. Ceritanya, sewaktu dia mahu membuka dompet untuk membayar barang yang di beli, tiba tiba saja si penjual itu mengipas ngipas wang arab pada wajahnya. Dalam tidak sedar, dia terus menyerahkan kesemua wang yang ada dalam dompet itu. Bila sampai ke bilik, baru tersedar yang duitnya sudah habis di beri pada tuan punya kedai tadi. 

Hurm. Bahaya sebenarnya kan. Aku ini, jenisnya suka jalan bersendirian di sana. Tak kira waktu, siang malam. Membawa diri berseorangan menawaf kedai kedai di bawah hotel yang aku duduki.  Terlalu berani sangat. Nasib Allah sentiasa jaga. Lepas apa yang terjadi pada pakcik tua itu, terus aku mendapat leteran panjang dari mak dan ayah. Hihi. Bukan tidak mahu di ajak emak sebagai peneman, tapi kesihatan kakinya buat aku rasa bersalah kalau nak di usung untuk kesana kemari hanya untuk berjalan melihat apa yang di jual. Ditambah pula, orang ramai yang tak pernah lengang di semua kedai buat aku yakin, tak ada apa perkara buruk yang berlaku. Orang penuh. Tapi, sebenarnya, kalau nak jadi, jadi jugakkan. 

Sebenarnya, di sekitar Kaabah pun banyak manusia manusia yang cuba mengambil kesempatan pada kita. Sedang kita tawaf mengelilingi Kaabah, sampai berdekatan dengan hajarul aswad akan muncul seseoang dan bertanya "Sudah kucup hajarul aswad". Kalau kita katakan tidak, terus saja di bawa kita meredah manusia yang sangat sangat sangat sangat ramai yang sedang berebut untuk mengucup hajarul aswad. Tugasnya adalah memberi laluan kepada kita, memberi jalan pada kita supaya kita senang sampai kesana. Lepas kita berjaya mengucup hajarul aswad, dia akan meminta wang pada kita dengan jumlah yang besar, ada sampai seribu riyal. Dan kalau tidak di beri, kita akan di ekori sampai ke hotel. Hurmmm? Bahaya jugak kan. Kat mana-mana pun kita berada, bahaya tu mesti ada. Syaitan itu tidak mengira tempat. Dia hanya terhalang dengan iman kita. Dengan doa kita. Dengan niat kita. Hanya itu saja yang dapat menghalang dari tipu dayanya. Astaqfirullahhalazim banyak banyak.






Sebenarnya, banyak hal-hal enak yang aku alami dan kurang enak yang aku dengari. Ada yang di jumpai terlalu baik seperti yang di kisahkan, ada siap peluk cium pipi aku, sebab aku beri minum air zam zam dari botol aku je. Yang tidak baik pun banyak. Macam macam ragam manusia. Ya lah, yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Tapi cukup la sedikit sedikit saja yang aku kongsi. Sebab yang ingin aku sampaikan dari kedua-dua cerita ini, aku harap sesiapa yang mahu ke Sana nanti, jangan lah berfikiran terlalu negitif, bimbang keselamatan yang melebih lebih. Sampai membataskan untuk buat perkara-perkara baik. Jangan sayang. Just mintak doa kat Allah. InsyaAllah, akan sentiasa dalam lindungannya. Jadilah mereka mereka yang baik, maka Allah akan hantar mereka mereka yang baik jugak untuk mendampingi kita. Dan juga, bila di pertemukan dengan situasi yang kurang enak, jangan lah di tambah tambah lagi dengan kejian, maki memaki, tidak puas hati. Cukup sebagai pengajaran buat diri kita. Supaya tidak tergolong dan di jauhi mereka seperti yang Allah benci. 







PdanS : Tersenyum dan terus tersenyum. Terima kasih Allah. ^_^ Selalu saja menghantar mereka-mereka yang comel dalam hidup aku. Hurmmm. ^_^

No comments: