❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 7, 2013

Kad Jemputan #Part5


Assalamualaikum. Hajatnya malam ini mahu di siapkan assignment yang di pertanggungjawabkan. Tapi entah lah, hati sangat ada teringat pada semua semua kat sana. Di jam jam 1, 2 pagi pun masih belum tidur. Teringat dan perlu ada medium untuk aku luahkan.

Bila ada teringat tu, haruslah air mata akan turut serta kan. Biasalah, jiwa aku ini nipis. Bak tisu yang melayang. Entah lah, kenapa malam nie jadi sangat sangat sensitif. Bila teringatkan suasana kat sana, suasana yang mana kita penah merasa, di Mekah, ada Kaabah, bersolat setiap waktu yang mana mata akan memandang kotak hitam itu sepanjang masa. Ya Allah, rindunya.

Bila di kenangkan balik, banyak pengalaman yang buat aku sedar. Dan harap aku, sedar itu akan sampai bila bila. Bukan setakat menaip entry ini saja.

Ingat lagi waktu itu. Satu pagi, sewaktu melakukan ibadah tawaf. Aku bersama emak. Memimpin emak yang  kudratnya tidak berapa ada sewaktu di sana. Seharusnya ibadah tawaf, akan seperti bersolat jugak. Tidak boleh bercakap hal hal tidak baik. Harus memberi tumpuan sepenuhnya, bahu tidak boleh berubah arah dari Kaabah. Membaca doa yang di khususkan atau membaca zikir saja. Itulah amalan yang seharusnya.Tapi aku ini manusia biasa, yang kadang-kadang ada terlalai alpa.

Seperti biasa, sewaktu sedang tawaf mata aku akan memandang sekeliling, melihat Kaabah, melihat ruang ruang kosong sambil mencari jalan yang selesa untuk di lalui. Manusia memang penuh. Penuh manusia tidak mengira waktu. Siang malam, panas teduh, sama saja. Tetap padat tidak kira masa.




Merah = Tawaf yang sesak. Pink = Sesak berkurangan.




Selalunya laluan tawaf selepas Hijir Ismail akan sedikit lengang (arrow pink). Berbeza dengan laluan tawaf sewaktu di hadapan Hajarul Aswad. Sangat padat kerana di situ bermula garisan untuk memulakan tawaf dan menamatkan tawaf. Jadi ramai yang akan keluar masuk di situ membuatkan bila tawaf kita sampai ke kawasan itu, akan terasa sesak. Dan di bucu itu juga jemaah akan memperlahankan lagi langkah kerana akan membaca doa sunat "Bismillah hi Allahuakbar walillah lilham" ataupun di panggil beristiqlam iaitu membaca doa tadi dengan mengamin (tapak tangan akan terus di angkat menghala ke Kaabah). Bila berada di kawasan itu, aku akan lebih hati-hati. Banyak manusia yang suka jalan secara bergerombolan dan merempuh saja siapa siapa yang menghalang laluan mereka, asalkan mereka tidak terpisah dari kumpulan yang di bina. Hurm. Tidak berapa gemar mereka mereka yang ini. Jika tiba tiba tawaf aku sedang seiringan dengan mereka, akan di perlahan kan langkah aku. Biar mereka mara kedepan dulu. Sekurang kurangnya ibadah aku tidak lah di cemari dengan perasaan yang tidak elok untuk mereka.

Perlahan-lahan langkah aku di atur dengan berhati hati. Dari Makam Nabi Ibrahim dan kini di Hijir Ismail. Kesesakkan manusia sedikit semi sedikit mula berkurangan. Lega dalam hati. Beberapa langkah selepas melepasi Hijir Ismail, aku terdengar bunyi geseran. Kuat, kuat yang sampai aku tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Mata liar memerhati sekeliling. Di pandang kanan dan kiri. Tiba-tiba saja mata aku terpaut pada seorang hamba Allah yang sedang tawaf sama seperti aku. Ya, dia yang menyebabkan bunyi geresan yang di dengar tadi. Memerhatinya hati aku tersentuh. Luluh terasa. Terlalu. Mungkin dia tidak sesempurna seperti aku, tapi semangat yang di miliki beribu kali ganda lebih dari aku. Kamu, tawafnya hanya dengan merangkak menggunakan tangan dan lutut saja. Di tangan dan lututnya di letakkan kayu supaya pergerakkannya jadi mudah. Kayu itu di lapik dengan kain, mungkin mahu lebih selesa. Aku tercari cari mana kakinya, tapi hanya betis sahaja yang menjadi penghujung tubuh badannya. Ya Allah. Walaupun hanya merangkak, tapi pergerakkan dia sama laju seperti aku yang sempurna berjalan ini. Dalam hati tertanya tanya, kenapa tidak di upah Pak Arab saja untuk  menolak dengan wheel chair? Ya Allah. Kuatnya semangat dia. Dalam kesesakkan beribu manusia ini, nampak tenang saja pergerakkanya, terlalu di permudahkan oleh Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Hanya itu saja yang mampu hati dan bibir aku ungkapkan. Air mata terus turun laju. Sedih aku bukan kasihan pada kesempurnaan yang tidak sama itu. Tapi terlalu rasa besarnya kuasaMu Ya Allah. Walaupun dia tidak sempurna, Engkau mudah kan jalannya. Walaupun beribu manusia mengelilingi Baitullah, Engkau beri ruang padanya. Walaupun kudratnya kelihatan tidak sama seperti kita, tapi kekuatannya Engkau beri lebih dari yang disangka. Ya Allah. Semua buat aku sedar, segala yang terjadi di dunia ini semua di tanganMu, bukan atas kehebatan ilmu aku, bukan kerana kekuatan tubuh badan aku, bukan sebab harta yang dimiliki aku, tidak, tidak akan berlaku selain dengan izin Mu Ya Allah. Tidak akan terjadi dengan pertolongan Mu Ya Allah. Semua yang aku ada ini juga adalah kepunyaanMu Ya Allah.. T_T

Malunya terasa. Malu kerana doa doa aku selalu saja mahu lebih sempurna, tapi hakikatnya yang Allah bagi ini, sudah terlalu cukup sempurna. Hurmmm.. Bila terasa kekurangan, ingatlah mereka di bawah kita. Dari situ akan terdetik rasa syukur dengan apa yang ada, apa yang telah Allah anugerah. Hilang rungutan hati yang sentiasa  rasa tidak cukup dengan pemberianNya.

Teringat akan satu ilmu yang pernah aku baca. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah ujian. Antara kedua-duanya, kesenangan lebih mencabar ujiannya, lebih bahaya bila dalam lingkungannya. Ujian yang datang dalam kita tidak sedar yang kita sedang di uji. Sebab kita di baluti kebahgiaan, keselesaan. Maka, kita lupa apa tangunggajawab dan tugas kita bila berada dalam zone itu. Tapi bila di uji dengan kesusahan, kita mudah tersedar kerana sakit perit yang di suntik pada rasa dan kehidupan kita. Maka, cepat cepat kita kembali padaNya. Hurmm. Di mana-mana saja zone aku dan kamu kamu berada, moga hati kita sentiasa terikat dengan Allah, bibir kita selalu mengungkap namaNya, perbuatan kita semua menuju ke arahNya. Amin. Amin. Amin.





Hati sengaja di tinggal dan di tanam dalam dalam di Sini. Ya Allah, rindunya. T_T








No comments: