❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 5, 2013

Kad Jemputan #Part 4


Assalamualaikum. Hai kamu kamu yang membaca. Seminggu berhenti rehat untuk kisah kisah indah Di Sana. Hari ini kembali bersambung. Banyak tuntutan hidup yang harus di penuhi. Jadi, untuk yang hati suka, harus lah di lupa buat seketika. Bila ada masa, baru boleh bersua. ^_^

Orang cakap di Tanah Haram nie, apa yang kita hajatkan semua akan tercapai. Yang tak dihajatkan sangat, macam cuma terlintas saja rasa itu, pun akan tercapai jugak. Lepas berada kat Sana, melalui sendiri apa yang sering mereka perkata. Ya Allah, memang benar. Tiap apa yang hati pohonkan. InsyaAllah, akan di tunaikan. Bukankah Allah sudah katakan yang Tanah Haram itu, salah satu tanah yang tiap doa doanya Allah akan makbulkan. Syukur untuk kesempatan yang telah Allah berikan.

Cerita Si Ibu: Waktu itu sudah 4 hari kami di Mekah. Tapi yang peliknya sebijik kurma pun belum di rasa dan di temui. Kat kedai kedai pun tak di jodohkan lagi buah buah kurma. Satu petang, dalam Masjilid Haram, sedang membaca Al-Quran, entah kenapa hati mak terlintas akan hal ini. Dalam hati, terdetik rasa teringin sangat untuk merasai Kurma Mekah. Dan secara tiba tiba, tak sampai satu atau dua second pun, terus ada orang menyapa mak dari belakang, yang ketika itu mak sedang lagi membaca Al-Quran. Diberinya 3 biji Kurma yang sangat manis. Sebiji untuk mak dan 2  lagi di simpan untuk aku dan seorang lagi makcik yang dalam waktu itu kami berdua ke tandas. Hanya mak saja yang menerima Kurma itu. Bila pulang dari tandas, terus mak teruja bercerita hal ini pada aku.  Aku tersenyum. Tersenyum sebab, Ya Allah, benda yang hanya terlintas saja itu, sudah engkau makbulkan. Apatah lagi doa aku yang bersungguh sungguh di depan Kaabah mu, di dalam Hijir Ismail Mu, di depan telaga zam zam Mu, di bawah pancur emas Mu. Ya Allah, semua buat aku yakin akan janjiMU.

Kes aku? 3 hari sebelum menunaikan umrah aku melihat Facebook seorang saudara yang bau bau bacang jugak lah, dia pun turut sama di jemput ke Tanah Suci. Terus ditinggalkan pesan di wall beliau,  "InsyaAllah, ada jodoh kita jumpa kat sana". Hari ke 2 aku kat sana dalam berjuta juta orang, aku terperasan kelibat saudara aku, itupun dari jauh, dalam 50 meter jaraknya. Hati teruja sangat. Dari sedang duduk menunggu Subuh, terus bangun melambai lambai dia yang duduk sebaris saff dengan aku, tapi jaraknya agak jauh, dalam 50 meter barangkali. Nak menjerit seperti segan pulak dengan jemaah yang memang sudah penuh memenuhi ruang masjid. Hampir lima menet aku terkinja kinja berseorangan, tapi mereka langsung tak perasan dan menoleh ke arah aku. Ahirnya, aku hentikan saja perbuatan yang sia sia itu. "Takpalah, ada jodoh, InsyaAllah, Tuhan bagi jumpakan" bisik hati aku.

Petang tu, aku dengan mak ke Masjidil Haram awal sedikit. Selepas Zohor dan makan, terus ke sana. Kerana waktu masih awal lagi untuk menanti masuknya Asar, jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan berdekatan dengan Kaabah. Mak yang sedang membaca Al-Quran aku tinggalkan di tempat yang selalu kami duduki. Di hari hari permulaan di sana, kalau lalu saja di kawasann telaga zam zam dan ada ruang kosong untuk menunaikan solat sunat, aku akan cuba laksanakan. Di situ antara tempat mustajab untuk berdoa. Dan sewaktu berjalan-jalan berseorangan, kawasan di situ seperti lengan sedikit dari biasa, jadi, haruslah aku merebut peluang yang ada depan mata bukan. Selesai solat sunat, berdoa panjang untuk hajat yang pelbagai. Usai saja aku mengaminkan doa, menyapu tangan di muka, dan wajah pertama yang aku padang adalah saudara aku yang aku nampak dari jauh sewaktu solat Subuh tadi. Ya Allah, jasad nya depan mata aku. Bukan jauh berbatu. Tapi sedang solat di hadapan aku. Tersenyum seketika. Dalam doa tadi, tidaklah aku memohon untuk berjumpa dengan dia, hanya di pagi tadi saja berhasrat untuk itu. Selepas itu sudah di lupai hal saudara yang itu. Tapi sekarang? Ya Allah depan mata. SubhanAllah. Hasrat yang hanya seperti acuh tidak acuh pun Allah kabulkan. Inikan pula, tiap doa yang kita pohon bersungguh sungguh kan. InsyaAllah, mesti ada!!!

Kalau di minta untuk berkongsi hal hal doa yang di makbulkan sepanjang kat sana memang banyak. Tapi biarlah aku simpan sendiri saja. Yang boleh aku katakan, kat sana, bila kita pohon pada Allah, apa yang hati terdetik, apa saja yang terlintas di hati, pasti akan ada. Mudah sungguh untuk Allah beri. Aku teringat satu pesanan seorang Mutawif itu. Tiap apa yang kita mahu  perbuatkan di Sana, sebelum memulakan, berdoalah pada Allah. Nak keluar dari bilik, mintak untuk Allah lindungi, nak pergi buat umrah, mintak Allah permudahkan, nak simpan kasut kat masjid, mintak Allah tolong jagakan, sampai masjid, mintak Allah beri tempat yang terbaik, pendek kata, apa saja yang kita nak buat, doa pada Allah untuk di permudahkan. Doa bukan di pohon pada penghujung solat saja. Tapi di setiap masa sebelum kita memulakan apa-apa perbuatan, pekerjaan. Pesanan itu aku cuba amalkan sepanjang di sana. Alhamdulillah, memang sangat menjadi, semua yang aku lalui seperti apa yang telah aku niat dan doakan di permulaanya. Alhamdulillah, sentiasa di permudahkan oleh Allah. Kamu, mari la praktis juga. Tak semestinya berada di Tanah Haram saja boleh menjadi seorang yang gemar berdoa. Kat sini, kat malaysia, kat mana-mana pun, mesti berdoa sebelum buat apa apa pekerjaan sekalipun. InsyaAllah, kerja akan terasa bahagia, perjalanan akan sentiasa di lindungi, makan yang sedikit terasa kenyang, gaji yang kurang sentiasa rasa cukup, kerja yang berat terasa ringan. Banyak. Banyak kesannya, bila yang di lakukan di mulakan dengan kalimah Allah, untuk Allah.




Untuk solat jemaah setiap waktu, kaum Hawa memang tidak di benarkan bersolat di dataran yang tidak berbumbung keliling Kaabah. Sejam sebelum masuk waktu solat, polis polis yang menjaga Masjidil Haram ini akan memastikan yang kaum wanita tidak berada di dataran ini dan berkumpul pada tempat yang di khaskan untuk jemaah wanita. Dan kalau ke masjid setengah jam sebelum masuk waktu, alamatnya, memang kena bersolat di luar masjid sajalah. Kesemua pintu masuk ke dalam masjid sudah di sekat oleh polis polis dan keadaan dalam masjid sudah pun  padat penuh. Betapa ramainya manusia bukan. Ini hanya musim umrah. Belum lagi tibanya musim haji. Pasti lagi penuh sesak. Tapi hati selalu kagum, sesesak mana, sepadat mana sekalipun yang kamu nampak, pasti mudah saja bila melaluinya. Tidak pernah ada masalah. Rumah DIA, sudah tentu DIA yang jaga, DIA yang atur, DIA yang susun perjalanannya bukan. Hurmm...






Tiap kali bersolat di Masjidil Haram, inilah tempat kegemaran aku. Selalu saja penuh dengan manusia yang datang. Tapi Allah selalu permudahkan. Selalu saja dapat duduk si sini. Tempat ini sangat stategik bagi aku. Depan pancur emas yang mana salah satu tempat doa sangat mustajab. Kemudian, tiap kali bersolat di saf yang depan, Kaabah akan nampak dengan jelas, berhadapan dengan kita, kemudian, boleh di lihat sekeliling masjidil haram, seluas mata memandang. Diantara Magrib dan Isyak, akan di ambil kerusi yang tersedia di sini, duduk melepak sambil memandang Kaabah. Melihat beribu umat Muhammad sedang mengerjakan tawaf. Sangat menenangkan hati walau yang di pandang mereka yang sedang bersesak. Langsung tak di rasa bosan. Itulah kelebihan kat Sana, tenang sangat terasa, memandang Kaabah saja sudah di kira ibadat. Sangat untung kan. 








PdanS : Alahai. Banyak benda nak kongsi, tapi kerja banyak lah. 

2 comments:

Rossnie said...

Ya allah..indahnya..sntiasa bdoa utk allah memberi peluang utk saya ke dna

mOOn said...

Doa banyak banyak banyak banyakk tu. InsyaAllah, ada. mesti Allah bagi.. ^_^