❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 31, 2013

Doa.


Assalamualaikum kamu yang membaca. Semoga dalam limpah rahmat Allah selalu. Hai hai. Merindui saya kah? Harus lah tidak bukan. Tapi saya sangat rindu untuk menulis yang panjang panjang. Bercerita sesuatu yang hati sangat berkobar kobar mahu kabarkan. Masa membataskan cita cita supaya ianya jadi tidak kesampaian. Tuntutan hidup membuatkan kata kata itu terbuku saja dalam jiwa. Tapi, malam ini, semua yang di sibukkan itu telah reda. Maka, mari kita menyambung kisah kisah yang hati suka. Yeay! ^_^

Kamu, kamu tahu. Tidak ada sehari pun yang hati ini tidak teringat, terkenang, terindu akan semua semua di Sana. Ya, Mekah dan madinah yang nun jauh di mata. Hurm, tak tahu nak cakap bagaimana, hanya Allah yang tahu apa yang hati ini pendam. Kongsi sama manusia, apa yang boleh manusia buat? Kalau manusia mampu tolong pun di sebabkan dengan keizinan Allah. Tapi kalau kongsi direct dengan Allah, Tuhan empunya segalanya, yang punya kuasa untuk memberi, mesti lagi cepat dapat, lagi senang sampai. Kan.

Kamu, dulu aku selalu doa banyak banyak. Selalu doa sungguh sungguh untuk dapat Kad Jemputan ke Sana. Sampai satu masa yang Allah lebih tahu bila saatnya, maka aku perolehi. Allah jemput aku. Sekarang, bila sudah merasa keindahan itu, aku pohon lagi moga Allah tak hilangkan memori aku untuk setiap detik dan saat kat Sana. Aku yakin Allah sudah kabul sebab rindu aku selalu saja ada. Semakin hari kian menebal rindunya. Dan bila hari bertambah, rindu jadi membuak. Sekarang bukan rasa nak pergi lagi. Tapi nak duduk di Sana. Nak tinggal di Sana. Nak mati di Sana. Nak. Nak sangat.

Tapi bila di fikirkan balik. Bagaimana untuk aku bisa menetap di sana. Seperti mustahil saja. Tidak ada apa apa jalan yang aku nampak untuk membolehkan aku berada di Sana. Tak nampak langsung lorongnya. Jauh aku memikirkan hal ini.

Dan tiba tiba seperti ada sesuatu yang menyapa. Lalu tersedar dari memikirkan hal itu. Hati kecil itu bersuara. "Akal, tak perlulah di sibukkan untuk hal hal bagaimana ianya boleh berlaku, bagaimana ianya boleh sampai pada kamu. Itu bukan bidang kuasa kita. Itu tugas Allah. Dia yang Maha Kuasa lagi Maha Merancang akan menentukan bagaimana ianya akan terlaksana. Tugas kita hanya memohon dan menyembah sahaja".

Ya Allah, astaqfirullah. Tersedar dari kelalaian itu. Aku lupa. Itu bukan kerja aku. Itu kuasa Allah. Kenapa aku harus bersusah payah cuba rungkaikannya. Akal aku yang cetek ini tidak mungkin terdaya melihat kedepan. Tapi, hati aku, perbuatan aku, insyaAllah, boleh buat kedepan yang bakal di tempuh itu seperti yang aku impikan. Dengan syarat, hati harus di letak pada Allah selalu. Perbuatan mestilah membuktikan apa yang hati yakinkan. 

Mohonlah apa saja, Allah akan mendengar. Kerana Allah telah berjanji dalam firman-Nya.

“Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kelurusan.” (Al-Baqarah: 186)


"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku," Sudah terakam dalam Al-Quran akan janji janji Allah. Jadi, berdoalah. Kuasa doa terlalu besar. Allah berjanji untuk kabulkan permintaan hamba-Nya yang berdoa namun disertakan dengan syarat di belakangnya "Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku". Bukanlah hanya meminta tanpa kita taat kepada Allah.

Analoginya mudah, mana mungkin kita boleh meminta guru kita naikkan markah kita yang 79 kepada 80 markah untuk mendapat grade A sedangkan kita ini seorang pelajar yang malas ke kelas dan selalu berlaku biadap terhadap guru kita. Mana mungkin kita ini boleh memohon begitu saja kepada Allah s.w.t tanpa kita taat kepada perintah Allah s.w.t.

Kita selalu di perdengarkan dengan kata-kata "Doa itu senjata". Tapi sejauhmana kefahaman kita, sedalam mana kepercayaan kita. Bagi yang tidak pernah mengalami keajaiban berdoa mesti hati masih meragui dengan doa yang di pohon. Namun bagi siapa yang pernah berdepan dengan situasi keajaiban doa ini pastinya ia suatu yang mampu memberi kesan yang cukup mendalam kepadanya.

Dari pengalaman yang Allah berikan pada aku. Pengalaman sepanjang melalui tempoh setahun yang lalu. Banyak perkara menyedarkan aku tentang doa. Sangat membuka mata aku tentang kesan doa, keajaiban berdoa. Kisah kerjanya. Kisah rezekinya. Kisah Umrahnya. Dan banyak lagi kisah hajat hajat aku yang telah di sampaikan oleh Allah. Semua itu datang melalui satu doa.

Semua pengalaman itu buat hati aku semakin yakin dengan doa. Terlalu miracle bagi aku. Kadang kadang termakbul dengan cara yang tidak di sangka sangka. Ya Allah, besarnya kuasaMu. Memang tak terjangkau dek akal fikiran aku yang terbatas ini untuk memikirkan bagaimana cara untuk Engaku makbulkan.

Jadi untuk hajat aku yang sekarang ini, tugas aku berdoa dan terus berdoa. Dalam masa yang sama perlu memenuhi semua perintah Allah. InsyaAllah pasti ada. Kalau tak ada pun, aku percaya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Semoga Allah Redha.














PdanS : Doalah apa saja asalkan kita tidak lupa untuk taat kepad aperintah Allah. Doalah apa saja walau ia terlihat mustahil namun yakinkan hati ketika berdoa bahawa Allah jua Yang Maha Memungkinkan Kemustahilan.

Quote #88





Aku suka ayat ini. 

Menulislah dengan hati sebab bila ada yang membaca, insyaAllah akan sampai ke hati. Susah untuk menyentuh kalbu seseorang, tapi bila yang di tulis betul betul dari hati yang ikhlas, tidak ada selindung, tidak ada sombong dan riak, tidak ada rasa berbangga, insyaAllah hati hati yang membaca akan merasa seperti apa yang kita luahkan. I love u reader. Semoga kamu dalam lindungan Allah selalu.








PdanS : Seperti susah untuk menghabiskan ayat ayat dalam satu satu entry. Banyak pulak cerita yang tergantung. Draft pun semakin berambah. Bila perasaan untuk menulis tiada, memang tidak boleh di paksa. Nanti cerita jadi tah apa apa. Sebab tu banyak tempek quote-quote je sepanjang beberapa hari ini. Hihi.

Thursday, March 28, 2013

Quote #90



"Don't pray to Allah for gold, 

pray to Allah to make you gold, 
and you will attract diamonds.."








Hanya dengan Redha Allah saja kita boleh ke Syurga. Buatlah sebanyak mana amalan, kalau Allah tak redha kita, kita tetap tak akan dapat ke sana. Tapi, harus ingat, untuk mendapatkan Redha Allah, kita kena ikut perintah Allah, yakni melakukan ibadat padaNYA. Meninggal apa laranganNYA. Dan semua itu harus di buat dengan hati yang ikhlas. Semoga apa yang saya pesan ini akan saya buat dan ingat sampai bila bila. Amin...







PdanS : Esok paper aku. Student yang nak final. Aku yang debo lebih. Hadoiii.

Wednesday, March 27, 2013

Fewitttt..

Ehem. Hai sofa baru. Hai hai. Salam pekenalan. Nama saya muna. Nama awak ape? Kehkeh. Gedipsss.

Tak paham kenapa aku kena beria beli sofa nie? Sepatutnya ke kedai perabut untuk sebiji rak nak letak dapur je. Tub tub. Rak satu. Meja makan satu. Sofa satu. Hurm. Menarik. Jemput berpuasa sebulan. Walau bukan Ramadhan lagi, tak mengapa, mari memeriahkan bulan Jamadilawal ini. Pahala pun boleh bertambah. hahaha.

Sepatutnya beli washing machine. Baju dah seminggu lebih tak basuh. Dah melimpah ruah raga tuh. Hadoi. Inilah bila melebihkan kemahuan dari keperluan. Pesan kat orang pandai. Pung pang pung pang nasihat itu ini. Tapi bila dah jadi kat diri sendiri, tak pandai pulak nak control. Haduiyaiii.

Seperti kebiasaan, Menulis, Bercakap, memang sangat mudah. Tapi bila nak memupuk diri untuk bijak memilih yang mana harus di dahulukan, kemahuan atau keperluan, selalu saja gagal. Hurm. Ok dah. Tak payah nak beletiaq sangat. Tak dak orang nak dengaq. Tata. Assalamualaikum..

Tuesday, March 26, 2013

Quote #89




“Yang penting bukan siapa isteri/suami mu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”













PdanS : Quote ini di petik dari satu artikel yang di suggestkan oleh seorang sahabat baik. Hurm, artikel yang sangat bagus untuk hati dan diri ini. Meyakinkan apa yang sebelum ini menjadi kesamaran hati. Jom KLIK DI SINI. ^_^

5.45 menet pagi.


Bangun untuk sahur. Bancuh air milo. Cicah dengan biskut kering. Sampai ke turn Biskut ketiga, tiba tiba... "Allahhu akbar Allahhu akbar..." sayup sayup je dengar. Terus stop makan. Terus ke sink. Kumur kumur dan masuk bilik tutup alarm handphone. Dan tiba tiba je terupdate blog. Terupadate kisah 3 menet yang lalu. Boleh ke puasa ek??  kalau macamgitu punya kejadian. Duk tengah makan tub tub azan. Hurm???








PdanS : Bukankah kalau kita termakan sewaktu sedang berpuasa boleh di maafkan. So, kes aku pun sama jugak kan. Ok. Mari teruskan berpuasa. ^_^

Surat untuk marka.












PdanS : Bila dalam hati ada rindu. Beginilah. Hurmmm. Selalu pesan pada diri. Hari pun berganti. Pokok pun membesar. Semua pasti dan mesti akan berubah. Hidup pun seperti itu. Tidak boleh sama seperti selalu. Seperti yang di gemari. Dan yang paling penting, tak boleh nak expect macam dulu. Dulu rapat, sekarang renggang. Dulu selalu talipon, sekarang jarang. Semua ada tuntutan hidup masing masing yang membataskan aktiviti satu masa dulu. Teringat satu kata kata itu "Persahabatan bukan terletak pada banyaknya pertemuan. Bukan pula pada manisnya kata-kata. Tapi PERSAHABATAN terletak pada ingatan seseorang terhadap sahabatnya sendiri dalam setiap doanya.." Keep praying untuk semua kawan kawan kita. Sebab doa kita yang diam diam itu akan di amin oleh malaikat untuk kita juga. Kita doa untuk dia dan kita juga akan terima apa yang dipohonkan untuk dia. Hurm. Untungkan.... Kawan-kawan, miss u lah..

Wednesday, March 20, 2013

Ketaq wehhh.



Assalamualaikum kamu yang kacak dan cantik luar dalam. Hai hai hai. ^_^

Esok 21 March. Hari yang penuh debaran bagi penanti yang menanti berbulan bulan bersama peluh resah. Owh. Sila tak payah klise klise sangat. Stright to the point boleh? Hadoi. Dengan diri sendiri pun nak hangin. Susah sungguh kan. Haha

Ok. Kita mulakan kembali dengan nada yang lebih cool. Kahkah. Sangat cool tauu!!!

Esok result SPM keluar lah kamu. So? Perlu ke menyebok?? Tidak perlu ye. Cuma bila sebut SPM SPM nie. Teringat di kala 9 tahun yang kebelakang. Masa usia muda remaja. Hurm. Macam mana ek perasaan aku malam tu? Berdebarkah? Atau relex relax saja? Hurm. Dun la tanya tanya. Sebab aku bukan insan yang punya memori seorang duktur. Mampu hapal itu semua. Tapi kalau tanya kehidupan sebelum bertemu ujian ujian SPM. Uish. Tersangat remember!! 

Hadoi. Kisah kanak kanak nakal yang dalam diam diam saja. Tanpa di hidu insan sekeliling. Sekali pandang begitu zuhud sekali. Tapi, bila sudah mengenali. Ok. Tidak perlu di buka pekung pekung busuk itu. Yes!!! Hahaha.

Hidup dulu-dulu sungguh banyak mainannya. Sangat tidak bersungguh sungguh untuk hal hal belajar. Ada kesedaran bila seminggu lagi nak exam. Di kala itu baru lah skrip skrip penyesalan kedengaran. Baru la terasa yang AddMath itu mudah. Fizik itu kacang. Tapi seminggu saja yang berbaki? Memang sangat tidak sempatlah lah untuk mentelaah ilmu 2 tahun yang di pelajari. 

Walaupun bukan candidate SMP2012, tapi saya pernah merasa menjadi candidate SPM2003. So, i know how u feel, how tidoq sangat tidak lena, how ketaq tak payah cerita, dan how excited nak jumpa kawan-kawan lama. So, sekucar kacir mana pun emosi. Sebahagia berbunga bunga mana pun perasaan. Terimalah result dengan hati yang redha. SPM hanyalah pembuka hidup kamu yang lebih panjang dan besar lagi cabarannya. 

Dan ingat "Result bagus bukan tanda kamu sudah berjaya menawan dunia, ia boleh jadi perangkap kepada kegagalan jika kamu terlalu teruja dan sombong. Result kurang bagus bukan tanda kamu telah terbenam ke bumi, jika racun pun boleh jadi penawar, tidak mustahil kamu boleh bangkit terbang."-Farah Lee









PdanS : Hidup sudah menjadi padat dan sendat. Entry tidak mampu terupdate lagi. Selamat menyepi. Tata. Assalamualaikum. 

Sunday, March 17, 2013

Quote #87






Mengingati apa yang telah ada. 

Menghargai apa yang sudah punya.

Memandang apa yang di depan mata.

Ya Allah.

Terlalu lalu lalu banyak nikmat yang Engkau beri.

Syukur.

Senyum panjang panjang.

Untuk hari ini.

Dan kedepan.







PdanS : Tak paham, kenapa hari nie sangat sangat positif ek? Rasa nak senyum jee panjang panjang. Mood cemerlang. Tapi tak ada pun apa-apa perkara yang mengsukakan hati. Hurmmmm? Aneh sungguh rasa. Haha.

Rajin Melampau

Di tengah hari yang panas merembang. Tak pernah pernah di buat beliau. Dan tiba tiba menjadi rajin semacam. Aneh sungguh rasa. Haha. Tapi beliau memang sebegini, kalau datang kerajinan yang  pelik melampau lampau, sampai ke injin beliau nak buka cuci. Kehkeh.

Kerajinan menjelma adalah bersebab. Pertama, Kerna beliau sangat berkira untuk bayar 10 hengget je pun pada car wash cina india. Membazir katanya. 10 hinggit tu boleh buat beli kek  kek yang enak di secret recipe sana. Kedua, kerna beliau berperasaan macam bila basuh kereta sendiri maka lemak akan terbakar dengan banyak sekali. Akan tetapi beliau lupa yang selalu lalunya, lepas basuh kereta beliau akan masuk makan tak hingat dunia. Then terus tidur sejam dua. Hadoi.
Tapi tak mengapalah. Janji beliau bahagia kan. Haha.







Saturday, March 16, 2013

Membeli dan Belah.



Assalamualakum. Hai hai. Selamat berhari minggu. Bercuti cuti sambil kesana kemari, hati pun riang gumbira, tapi perut berbunyi. Hadoi? Bakpokah? Sudah di makan sama itu ruti. Air. Banana. Tapi masih lafar lagi? Aiyoyoo. Perut bulat ada bela itu jin kah?Asit lafar lafar sahaja. Haduiyaiii.

Hari ini mananya Sabtu. Bila Sabtu tiba, cuti pun menjelma. Bila ada cuti, maka, ada kelibat kelibat saudara mara di rumah. Sejak kamis lalu rumah di meriahkan oleh sepupu dari Kerteh. Kali ini bersama adik lelakinya yang jugak sedang berLI di Kerteh. Jadi, hujung minggu aku lepas ini, kalau tak ke mana-mana, hanya di Kuantan saja, pasti akan di temani 2 insan ini. Mereka yang akan turun kesini. Katanya Kerteh itu hanya bandar kecil saja. Hanya terdapat sebijik mall dan 10 menet saja sudah bules selesai menawaf kawasan sekeliling. Hurm? Ye ke? Entah. Aku belum sampai dan tak berhajat pun untuk sampai. Sebab lebih baik aku sampaikan diri aku ke Kota Lumpur. Boleh jugak bertentang mata sama jalan TAR yang sudah di rindui ketat ketat. Hurm. Shuping. Sogo. Terasa seperti perlukan kasut baru laaa. Ok. Fine. 

Bercakap hal hal membeli dan terus blah. Eh, sebab itu ujudnya perkataan membeli-belah kan. Sebab sesudah beli haruslah kita memblah. Kita tak boleh bertapak lama-lama di situ. Di kuatiri duit yang sekangkang kera tinggalnya akan jadi bernegetif saja. Bahaya, Dan di suruh belah jugak supaya kita tak menempek lama-lama sambil mengorat si penjual. Menukar-nukar no phone. Aiceywahh. Suwit suwit gitu. Kehkeh. 

Teringat aku waktu di Sana. Selalu saja melayan ayat ayat masin si penjual jubah. Dengan harapan boleh dapat harga murah murah. Kahkah. Tapi memang sangat berkesan lah taktik aku. Siap dapat pecuma shawl satu. Kehkeh. Tapi pak pak arab sana memang. Kita sebatu jauh lagi nak sampai kedai mereka, dah kalut keloi keloi tak ingat dunia, "Ya habibi... Ya Habibi.. Ya Habibi.. Masukq.. Masukq". (Yahabibi = kekasih ku) Tidak pun, "Ya Siti Rahmah, mari lihat jubah. Cantik cantik masyaAllah.."

Mula mula aku pun pelik jugak. Kenapa kena panggil aku Siti Rahmah. Kalau lalu je depan kedai mereka mesti 2 perkataan tu yang terkeluar. Ya Habibi. Ya Siti Rahmah. Kalau Habibi tu tahu la maksudnya adalah kekasih ku. Tapi Siti Rahmah? Macam nak je cakap nama aku Munawwarah lah. Aneh sungguh. Lama-lama baru terfikir. Rahman bermaksud penyayang kan. Dan Rahman serta Rahmah adalah 2 perkataan yang membawa maksud yang sama. Berbeza cuma dari segi ejaan saja. Macam He/She. Maksudnya sama, "dia". Tapi He untuk laki dan She untuk perempuan. Sama juga dengan bahasa arab nie. Bila tambah 'AH' (untuk ejaan rumi) kat belakang atau "Ta Marbutah" (untuk ejaan arab), maka perkataan tuh terus merujuk kepada perempuan. Tetapi maksud tetap sama.

Eh, apasal tetiba kisah di sini menjadi kelas bahasa arab pulak? Haha. Sungguh terlajak perahu boleh di undur, terlajak bercerita, kita layankan saja. Dah mari sambung kisah shoping di Sana. 

Kat sana jugak, sangat sangat sangat sangat membuatkan aku jadi gila. Nak nak bila masuk kedai baju. Ada jubah!! Ya ampunnnnnn. Sudahlah aku ini seorang penggemar Abaya. Lepas tu Jubah jubah yang dah lama aku hanya mampu mengusha dari internet saja, tersangatlah bersepah kat sana. Harga pulak sangat tidak boleh belah. Abaya yang kebang payung, yang tangan di kecilkan sedikit dan ditempek diamond diamond adalah 70riyal cuma??? (Mungkin dalam RM66 kot). Kalau kat Malaysia, uish, harus berkawin dengan tokey kedai jubah, baru boleh dapat harga sedemikian rupa. Kahkah. Serius mahal kat Malaysia. Around RM150-RM2++. Gila berbeda kan. Jadi, memang aku harus gila seketika kalau masuk kedai kedai kat sana.

Di Saudi, pakaian harian mereka adalah jubah. Kaum wanita, keluar saja rumah memang akan berjubah hitam. Jadi, fesyen fesyen jubah yang pelbagai memang banyak. Sampai rambang mata. Sampai tak terpilih jadinya.




Nie kira design biasa biasa lagi. Ada bermacam fesyen yang buat aku boleh sawan seketika. Serius! Rasa macam, Sesapa yang nak buat umrah, please tolong roger roger. Nak pesan jubah 10 lai. Aci? Hahaha. Tapi ini sangat serius. Memang mencari orang untuk pesan.  




Sebenarnya, entry nie di tulis atas sebab mahu bercerita hal hal hari ini. Hal berbuat apakah. Tapi terlajak perahu yang tak ada gear reverse pulak. Maka, di teruskan saja termelalut yang berjela jela itu. Hahaha. Hadoi laaaa.

Hari ini ke Pekan bersama 2 sepupu yang di kisahkan di atas tadi. Ke Pekan dengan satu tujuan. Untuk ke Pasar Hari mereka. Kabarnya besar. Ada jual baju yang banyak banyak. Dengan harga yang murah. So, aku nie yang kegemarannya adalah menyedekahkan wang pada makcik makcik kedai kain baju, maka, terus di ajak sepupu yang bertandang untuk ke sana. 

Jam 7 setengah sudah keluar rumah. Lebih kurang setengah jam, sampailah ke Pekan. Alhamdulillah tak sesat. Mudah saja jalannya. Bila dah sampai, dan melihat sana sini, hummmm. Biasa-biasa saja. Dalam biasa biasa itu, sempat merembat sehelai jubah cotton yang berbelang belang. I loike. RM32 cuma! Gila murah kan. Tapi serius tak puas hati. Tidak seperti yang kabarkan oleh kawan kawan. Katanya, kain baju memang menggila. Harga sangat murah. Tapi yang kami nampak, sikit saja. Boleh di kira kedai kain bajunya. Hurmmmm.

Lepas selamat berjalan-jalan je lebih, maka, kami pun pulang. Masuk kereta, dan drive balik. Lepas 10 meter keluar dari tapak parking dan masuk ke jalan raya. Tiba-tiba. "Eh, eh, Atinnn.. Nie kedai apa pulak?? Awat kita tak nampak pun". Dalam kesesakkan jalan yang membuat kereta slow bergerak "Weehhhhhh, banyaknyaaaa jubah dia kat sini!!! wehhhhhhhh lawa lawa pulak tuuu!! Wehhhhhhhhh macam mana nie!! Wehhhhhh, kedai dia lagi banyak laaaaaa!!!" Bila kedua dua wanita dalam kereta itu seperti sudah histeria, maka, memang kena cari parking dan turun sambung bershoping semula. "Sat sat, kita parking kat depan tuh" Kahkah.

2 pasar ini di pisahkan dengan sebaris bangunan. Maka tidak kelihatanlah bahagian kain baju yang sangat sangat sangat merabunkan mata itu. Bila dah turun, dah jalan. Semua baju rasa nak beli. Haha. Tapi, di sebabkan semuanya cantik cantik, jadi tak terpilih lalu tak terbeli. Kata pada sepupu "Kita mai lain lah, next time" ^_^

Itu saja kisah untuk hari ini. Kisah esok, Mungkin ada bangun awal basuh kereta. Basuh baju. Bersiap cantik cantik pergi ke office bersaja saja. Saja lah sangat. Kertas test, assignment, kuiz, project, bertimbun lagi tak di semak. Sudahlah ujung minggu ini harus di Key in carry mark semua. Hadusssss. Semoga nafas tidak sesak. Mampu menyedut dan menghembus seperti biasa.




Sebagai bukti telah berkeliaran di sekitar Pekan Bandar Di Raja. Hihi








PdanS : Hidup bakal berpeneman. Aiceywah. Ayat sangat mengundang kontrovesi. Rakan baik sepenganjian di UMP mahu tinggal sama aku di rumah sewa ini. Hurm, molek juga, nanti ada lah  rakan yang boleh di sembang itu ini bila pulang kerja. Sebenarnya, sekarang pun memang sudah ujud housemate, tapi housemate yang ada ini, menjadikan rumah sewa hanya rumah singgahan saja. Duduk bila perlu saja. Maka, boleh di kira berapa kali sebulan dia ada bersama. Lain lain di Kemanan, rumah mentuanya. Tapi sebenarnya, aku lebih prefer begini. Seorang begini. Sangat sangat sangat ada kebaikkannya. Kadang-kadang kita rasa tak suka dengan apa yang di aturkan Tuhan pada kita. Tapi at the end, bila kita sedar, kita akan mula nampak betapa cantiknya yang kita tidak suka itu. Alhamdulillah, Allah dah buka hati aku untuk nampak betapa cantiknya aturan DIA. Sebab tu aku suka saja dengan sekarang ini. Tapi, bila ada yang meminta untuk duduk sekali, hurm, ok. Tidak kisah. Tidak ada masalah. Tiap aturan Allah pasti yang terbaik untuk kita. Jadi mari menempuh dengan hati yang sentiasa Redha. Agar, di akhirat sana, kita di terima bersama dengan RedhaNYA.

Thursday, March 14, 2013

Jawapan.

Lidah kelu dari berkata. Tangan terus pakingson. Mujur tak sampai kena strok. Haha. Alahai anak murid yang comel. Nie salah tempat memuji nie. Kalau ye pun nak puji, tulis  la kat kain rentang, lepas tu gantung kat traffic light. Kan lebih lebih sesuai. Hadoiiii..

Nie dah konfius, nak bagi markah lagu mana. Jawapan dah betul, tapi tak kena tempat. Haha.

Wednesday, March 13, 2013

Kisah Pendek.



Feel like macam.... macam..... Entah.... Tak tahu nak cakap bagaimana. Tapi yang pastinya, sekarang mahu senyum saja. Senyum dengan sekeliling. Dengan kerenah manusia. Dengan aturan hidup. Hurm...


Sekarang ini mahu lalui saja. Lalui dengan tidak menggangu siapa siapa. Menjadi seNice yang mungkin untuk mereka. Berbaik sangka untuk setiap perkata. Dan be Positif untuk semua.


Semoga Allah redha.


^_^



Tempek muka belengas i sekeping. Kehkeh.








PdanS : Kisah Pendek untuk pagi ini. Pagi yang kerjanya adalah satu habuk pun tak mula. Berbuat apa yang hati suka dulu. Aci? huhu

Kad Jemputan #Part6



Bila bercakap tentang Mekah, Madinah, otak akan terus di setkan kepada sesuatu yang baik. Tempat baik. Harus berbuat baik. Menjadi baik. Semua fikiran kita akan kepada yang baik baik saja kan. Sebab tempat itu ada Nabi, ada Baitullah, ada kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, ada Siti Hajar. Jadi yang kita nampak adalah perkara yang baik. Tapi kita lupa sesuatu. Abu Jahal? Abu Lahab? 2 manusia yang di kisah dalam Al-Quran dengan kejahatan yang mereka lakuan pada Rasulullah, juga pernah hidup di bumi Mekah. Jadi, tidak semestinya bila hidup kamu berada di sekitar Mekah dan Madinah, kamu terhindar dari perbuatan jahat. Tetap akan ada. Yang namanya syaitan itu ada di mana-mana. Saat kamu bersolat sekalipun, dia tetap menyucuk hati kamu supaya khusyuknya kurang.




KISAH 1

Hari itu, lepas bersolat Asar, duduk bersaja-saja menanti masukknya waktu Magrib. Sesuatu yang jarang di aplikasikan di Tanah Air, duduk menanti masuknya waktu solat. Tak pernah ternanti, yang selalu dinanti "Eh, dah habis waktu ka?" sebab tak solat lagi, maka yang tu lebih di kuatiri. Hurmm. Owh, ada satu yang mahu di kongsi. Kamu, menanti masuknya waktu solat juga akan di beri pahala. Pahala seperti  mengerjakan solat jugak. Dan sebaik baik amalan adalah menunaikan solat di awal waktu. Jom take note untuk diri. Ilmu ini dah lama tahu, tapi susah sungguh nak di aplikasi. Ada saja benda lagha yang lebih membatasi. Hurmm...

Sepanjang waktu itu, duduk aku hanya di isi dengan memandang Baitullah. Memang sangat menjadi kegemaran aku, kalau ada masa terluang, masa lebih banyak di habiskan dengan memandang ke arah kotak hitam itu. 


 
Tempat kegemaran aku. Duduk di atas kerusi di depan tembok ini sambil mata memandang Kaabah.



Satu ketika, tekak terasa dahaga. Jadi aku bangun untuk di capai air zam zam yang terlekat tidak sampai 3 meter di hadapan aku. Tapi, mungkin bukan rezeki aku, rupa-rupanya paip di situ telah lama rosak. Tak ada air pun keluar dari situ walau setitik.




Pancur air zam zam yang sudah tidak berfungsi. Solat aku selalu di hadapan tembok ini. Berada pada saf depan, bila bersolat memandang Kaabah di hadapan. Sebab itu tempat pilihan aku selalu di sini.



Sebelum bangun untuk kembali ke tempat aku semula, mata aku terpandang pada seorang hamba Allah yang berada di belakang aku. Terus di lemparkan senyum pada makcik yang sedikit berusia itu. Senyuman yang aku beri di balas dengan bukan saja senyuman juga, tapi ajakkan untuk duduk di sebelahnya. Kerna menghormati Si Tua, aku mendekatinya. Dia cuba mencari sesuatu dalam beg yang bawa, dan kemudian sebuah botol yang berisi air di keluarkan dan di beri pada aku. Ya Allah, mulianya hati makcik ini. Aku menerima saja pemberiannya. Setelah selesai menikmati beberapa teguk air zam zam yang di beri, aku serahkan kembali botol itu padanya. Aku tersenyum, dia pun turut tersenyum. Hanya itu saja komunikasi yang dapat kami sampaikan. Hati sangat sangat ingin berbicara untuk di tanya, dari mana, siapa nama, tinggal di hotel mana, dengan siapa, tapi, bahasa membuatkan komunikasi kami terbatas. Yang mampu aku katakan padanya, "Malaysia, malaysia" sambil tangan di letakkan di dada. Mungkin dia juga faham apa yang sedang aku sampaikan, lalu di balas "Turkey". Kami tersenyum lagi. Waktu itu, komunikasi kami hanya dengan senyuman saja. Aku senyum dan dia pun membalas senyuman aku. 

Kemudian, dia menghulurkan sebungkus kacang pada aku. Alahai, terharu lagi. Sungguh mulia hati makcik ini. Sewaktu menikmati kacang, dia mengangkat kedua tangannya. Semua jari di genggam melainkan jari telunjuk sahaja, kemudian kedua-dua tangan di dekatkan sambil mata memandang aku dengan satu persoalan. Dari gerak geri itu aku faham, dia sedang bertanya sudah berkahwin atau tidak. Aku terus menggelengkan kepala sambil menunjukkan kelibat emak yang duduk hanya 3 meter belakang kami. Dari anggukan dan senyuman yang dia berikan, aku rasa mungkin dia paham dengan apa yang ingin aku katakan. 

Beberapa ketika, dia seperti mencari sesuatu dalam beg yang dibawanya. Aku hanya memerhati pergerakkannya sambil menikmati kacang yang di beri. Kemudian dia mengeluarkan sehelai tudung dari beg itu, lalu di berikan kepada aku. Ya Allah, mulianya hati makcik ini. Sudah di beri air, kemudian kacang, dan sekarang tudung pula? Alahai. Terharu aku seketika. Senyum usah di kabar, memang sampai keteling. Seperti  mahu saja di peluk tubuh badan dia, tapi terasa malu dan segan lebih banyak. Hihi. Tanpa berlengah, tudung yang di beri terus di letak atas kepala, terus cuba untuk menggayakannya. 







KISAH 2

Alhamdulillah, sepanjang di sana, tak ada apa kisah kisah yang tidak enak terjadi pada aku. Walau kadang-kadang, aku selalu saja memberanikan diri keluar berseorangan, berjalan ke Masjidil Haram bersendirian, keluar bershoping tanpa teman. Tapi, sangat sangat bersyukur, Allah selalu melindungi aku. Tak ada perkara buruk yang menimpa aku.

Satu hari, sedang berjalan pulang dari Masjidil Haram dengan mak dan ayah, ayah bercerita tentang satu hal. Katanya salah seorang jemaah yang datang rombongan bersama-sama kami di pukau oleh seorang juru jual. Habis licin duit yang di bawanya, hampir RM500 mungkin. Ceritanya, sewaktu dia mahu membuka dompet untuk membayar barang yang di beli, tiba tiba saja si penjual itu mengipas ngipas wang arab pada wajahnya. Dalam tidak sedar, dia terus menyerahkan kesemua wang yang ada dalam dompet itu. Bila sampai ke bilik, baru tersedar yang duitnya sudah habis di beri pada tuan punya kedai tadi. 

Hurm. Bahaya sebenarnya kan. Aku ini, jenisnya suka jalan bersendirian di sana. Tak kira waktu, siang malam. Membawa diri berseorangan menawaf kedai kedai di bawah hotel yang aku duduki.  Terlalu berani sangat. Nasib Allah sentiasa jaga. Lepas apa yang terjadi pada pakcik tua itu, terus aku mendapat leteran panjang dari mak dan ayah. Hihi. Bukan tidak mahu di ajak emak sebagai peneman, tapi kesihatan kakinya buat aku rasa bersalah kalau nak di usung untuk kesana kemari hanya untuk berjalan melihat apa yang di jual. Ditambah pula, orang ramai yang tak pernah lengang di semua kedai buat aku yakin, tak ada apa perkara buruk yang berlaku. Orang penuh. Tapi, sebenarnya, kalau nak jadi, jadi jugakkan. 

Sebenarnya, di sekitar Kaabah pun banyak manusia manusia yang cuba mengambil kesempatan pada kita. Sedang kita tawaf mengelilingi Kaabah, sampai berdekatan dengan hajarul aswad akan muncul seseoang dan bertanya "Sudah kucup hajarul aswad". Kalau kita katakan tidak, terus saja di bawa kita meredah manusia yang sangat sangat sangat sangat ramai yang sedang berebut untuk mengucup hajarul aswad. Tugasnya adalah memberi laluan kepada kita, memberi jalan pada kita supaya kita senang sampai kesana. Lepas kita berjaya mengucup hajarul aswad, dia akan meminta wang pada kita dengan jumlah yang besar, ada sampai seribu riyal. Dan kalau tidak di beri, kita akan di ekori sampai ke hotel. Hurmmm? Bahaya jugak kan. Kat mana-mana pun kita berada, bahaya tu mesti ada. Syaitan itu tidak mengira tempat. Dia hanya terhalang dengan iman kita. Dengan doa kita. Dengan niat kita. Hanya itu saja yang dapat menghalang dari tipu dayanya. Astaqfirullahhalazim banyak banyak.






Sebenarnya, banyak hal-hal enak yang aku alami dan kurang enak yang aku dengari. Ada yang di jumpai terlalu baik seperti yang di kisahkan, ada siap peluk cium pipi aku, sebab aku beri minum air zam zam dari botol aku je. Yang tidak baik pun banyak. Macam macam ragam manusia. Ya lah, yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Tapi cukup la sedikit sedikit saja yang aku kongsi. Sebab yang ingin aku sampaikan dari kedua-dua cerita ini, aku harap sesiapa yang mahu ke Sana nanti, jangan lah berfikiran terlalu negitif, bimbang keselamatan yang melebih lebih. Sampai membataskan untuk buat perkara-perkara baik. Jangan sayang. Just mintak doa kat Allah. InsyaAllah, akan sentiasa dalam lindungannya. Jadilah mereka mereka yang baik, maka Allah akan hantar mereka mereka yang baik jugak untuk mendampingi kita. Dan juga, bila di pertemukan dengan situasi yang kurang enak, jangan lah di tambah tambah lagi dengan kejian, maki memaki, tidak puas hati. Cukup sebagai pengajaran buat diri kita. Supaya tidak tergolong dan di jauhi mereka seperti yang Allah benci. 







PdanS : Tersenyum dan terus tersenyum. Terima kasih Allah. ^_^ Selalu saja menghantar mereka-mereka yang comel dalam hidup aku. Hurmmm. ^_^

Tuesday, March 12, 2013

Quote #86




"Dahulu aku kurang baik, kini aku ingin jadi lebih baik. Semalam aku penuh dosa, hari ini aku berusaha mencari pahala. Aku yang sering buat silap, maafkanlah. Orang yang buat silap juga aku maafkan."

"Bila aku menangis, Engkau selalu ada, tidak nampak tapi tetap merasa. Dalam doa aku mohon ampun, dalam niat aku ingin berubah."

"Putih tak selalunya putih, hitam tak selalunya hitam. Basuhlah dengan jiwa yang tenang. Berubahlah kerana Allah."















PdanS : Hurm. Quote ini. Sama seperti yang di rasa. Bila kita nak berubah jadi baik, bila kita nak buat sesuatu yang baik, bila niat kita baik, insyaAllah, Allah akan hantar orang baik sekeliling kita. Allah akan permudahkan jalan kita. Allah akan bantu kita. Serius. Aku dah cuba. Terasa sangat miracle. Tak terjangka dek akal. Ada saja kejutaan dari Allah yang buat semua hajat terlaksana. Ya Allah. Memang Engkau selalu ada.  

Saturday, March 9, 2013

Duhai rezeki.




Duhai rezeki. Aku selalu kagum sama kamu. Selalu saja ada untuk aku. Waktu sempit aku. Waktu bimbang aku. Selalu datang dari sumber yang aku tak duga.

Aku beri seringgit saja. Tapi bila berjalan pulang, terjumpa lima ringgit pulak?

Alahai. Keuntungan apakah?

Maka, aku rasa aku perlu tambah.

Aku cuba bagi sepuluh pulak. Esok, tanpa di duga, aku dapat 2 buah buku idaman. Aku dapat makanan kesukaan. Aku dapat kek kegemaran. Semua percuma. Dalam sekelip mata. Tak payah tunggu lama-lama.

Alahai. Investment apakah??

Terlalu menguntungkan. Tak pernah di jumpa.

Mungkin esok harus invest RM50 ke tabung itu pulak. Lalu sebijik mesin jahit tiba. Wahh!! Siapa duga kan? Rezeki duit tengah jalan, buku dan makanan, yang tu pun aku tak pernah duga. Dengan tiba-tiba menjelma.

Kenapa lah dari dulu lagi aku tak percaya? Kenapa lah dulu aku kena takut kalau tak ada apa? Kenapa sekarang baru aku mula buka mata?

Hiduppp.. Hidupp.. Sekali aku bercomel sama kamu, berkali kali kali kali kamu datang pada aku dengan kecomelan yang lebih dari itu. Alahai.

Sekarang aku cukup sangat sangat percaya. Tak perlu berkira dalam sedekah. Tak perlu kedekut untuk berbelanja mereka mereka. Pada rezeki yang diturunkan untuk kita, dalam itu ada hak-hak mereka, yang laluannya adalah kita. Aku percaya, sekali kita memberi, berkali kali ganda yang akan datang kemari. Itulah billa kita ber'invest' dengan Allah, memang sangat tidak rugi.





Semalam, waktu berjalan dari office ke parking kereta kerana sudah sampai masa pulang kerumah, di fewittt oleh student aku sorang dua. Lalu menempek dengan mereka seketika. Di ajak aku ke bandar perpoya poya. Maka, layan saja ajakkan mereka. Masuk Popular, di belanja buku yang dua. Masuk kedai makan di belanja mee kari enak. Masuk Secret Recipe di belanja carrot cake yang sedap gila. Alahai. Comel sungguh mereka. Malam nie ajak ke Teluk Cempedak pulak. Hurm. Jadi muda remaja seketika. huhu









PdanS : 2 buku idaman lah jugak. Satu "Hikmah yang tersirat" memang dah lama nak beli. Mula mula dengar jual online saja. Tub tub ke Popular, eh eh eh. Sukaaaa!! Penulis buku ini sudah tiada. Saya hanya mengikuti blog isterinya. Isterinya lah yang membukukan semua kata-kata dari blog suaminya yang bagi dia harus di kongsi dengan semua. Aku pernah cerita tentang Si Isteri di sini satu ketika. Klik lah baca blog isterinya. Maka akan mengilir air mata. 
Buku ke 2. Hilal Asyraf. Aku suka tulisan dia. Dia penulis blog jugak. Kata-kata dia memang sampai ke jiwa. Ini first time aku beli buku tulisan dia. Nak try baca. Ok ke tak. Hihi

Quote #85










Baheklah Tumblr. Akan mengikut pesanan. Akan selalu always.
 Bukan "selalu" tu dah membawa maksud "always" kah? Haha. Whatever.










PdanS : Sudah lama tidak ber quote quote ini. Mari me-re-blog apa yang hati suka. Lalalala. My TUMBLR. Jemput melawat. 

Thursday, March 7, 2013

Kad Jemputan #Part5


Assalamualaikum. Hajatnya malam ini mahu di siapkan assignment yang di pertanggungjawabkan. Tapi entah lah, hati sangat ada teringat pada semua semua kat sana. Di jam jam 1, 2 pagi pun masih belum tidur. Teringat dan perlu ada medium untuk aku luahkan.

Bila ada teringat tu, haruslah air mata akan turut serta kan. Biasalah, jiwa aku ini nipis. Bak tisu yang melayang. Entah lah, kenapa malam nie jadi sangat sangat sensitif. Bila teringatkan suasana kat sana, suasana yang mana kita penah merasa, di Mekah, ada Kaabah, bersolat setiap waktu yang mana mata akan memandang kotak hitam itu sepanjang masa. Ya Allah, rindunya.

Bila di kenangkan balik, banyak pengalaman yang buat aku sedar. Dan harap aku, sedar itu akan sampai bila bila. Bukan setakat menaip entry ini saja.

Ingat lagi waktu itu. Satu pagi, sewaktu melakukan ibadah tawaf. Aku bersama emak. Memimpin emak yang  kudratnya tidak berapa ada sewaktu di sana. Seharusnya ibadah tawaf, akan seperti bersolat jugak. Tidak boleh bercakap hal hal tidak baik. Harus memberi tumpuan sepenuhnya, bahu tidak boleh berubah arah dari Kaabah. Membaca doa yang di khususkan atau membaca zikir saja. Itulah amalan yang seharusnya.Tapi aku ini manusia biasa, yang kadang-kadang ada terlalai alpa.

Seperti biasa, sewaktu sedang tawaf mata aku akan memandang sekeliling, melihat Kaabah, melihat ruang ruang kosong sambil mencari jalan yang selesa untuk di lalui. Manusia memang penuh. Penuh manusia tidak mengira waktu. Siang malam, panas teduh, sama saja. Tetap padat tidak kira masa.




Merah = Tawaf yang sesak. Pink = Sesak berkurangan.




Selalunya laluan tawaf selepas Hijir Ismail akan sedikit lengang (arrow pink). Berbeza dengan laluan tawaf sewaktu di hadapan Hajarul Aswad. Sangat padat kerana di situ bermula garisan untuk memulakan tawaf dan menamatkan tawaf. Jadi ramai yang akan keluar masuk di situ membuatkan bila tawaf kita sampai ke kawasan itu, akan terasa sesak. Dan di bucu itu juga jemaah akan memperlahankan lagi langkah kerana akan membaca doa sunat "Bismillah hi Allahuakbar walillah lilham" ataupun di panggil beristiqlam iaitu membaca doa tadi dengan mengamin (tapak tangan akan terus di angkat menghala ke Kaabah). Bila berada di kawasan itu, aku akan lebih hati-hati. Banyak manusia yang suka jalan secara bergerombolan dan merempuh saja siapa siapa yang menghalang laluan mereka, asalkan mereka tidak terpisah dari kumpulan yang di bina. Hurm. Tidak berapa gemar mereka mereka yang ini. Jika tiba tiba tawaf aku sedang seiringan dengan mereka, akan di perlahan kan langkah aku. Biar mereka mara kedepan dulu. Sekurang kurangnya ibadah aku tidak lah di cemari dengan perasaan yang tidak elok untuk mereka.

Perlahan-lahan langkah aku di atur dengan berhati hati. Dari Makam Nabi Ibrahim dan kini di Hijir Ismail. Kesesakkan manusia sedikit semi sedikit mula berkurangan. Lega dalam hati. Beberapa langkah selepas melepasi Hijir Ismail, aku terdengar bunyi geseran. Kuat, kuat yang sampai aku tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Mata liar memerhati sekeliling. Di pandang kanan dan kiri. Tiba-tiba saja mata aku terpaut pada seorang hamba Allah yang sedang tawaf sama seperti aku. Ya, dia yang menyebabkan bunyi geresan yang di dengar tadi. Memerhatinya hati aku tersentuh. Luluh terasa. Terlalu. Mungkin dia tidak sesempurna seperti aku, tapi semangat yang di miliki beribu kali ganda lebih dari aku. Kamu, tawafnya hanya dengan merangkak menggunakan tangan dan lutut saja. Di tangan dan lututnya di letakkan kayu supaya pergerakkannya jadi mudah. Kayu itu di lapik dengan kain, mungkin mahu lebih selesa. Aku tercari cari mana kakinya, tapi hanya betis sahaja yang menjadi penghujung tubuh badannya. Ya Allah. Walaupun hanya merangkak, tapi pergerakkan dia sama laju seperti aku yang sempurna berjalan ini. Dalam hati tertanya tanya, kenapa tidak di upah Pak Arab saja untuk  menolak dengan wheel chair? Ya Allah. Kuatnya semangat dia. Dalam kesesakkan beribu manusia ini, nampak tenang saja pergerakkanya, terlalu di permudahkan oleh Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Hanya itu saja yang mampu hati dan bibir aku ungkapkan. Air mata terus turun laju. Sedih aku bukan kasihan pada kesempurnaan yang tidak sama itu. Tapi terlalu rasa besarnya kuasaMu Ya Allah. Walaupun dia tidak sempurna, Engkau mudah kan jalannya. Walaupun beribu manusia mengelilingi Baitullah, Engkau beri ruang padanya. Walaupun kudratnya kelihatan tidak sama seperti kita, tapi kekuatannya Engkau beri lebih dari yang disangka. Ya Allah. Semua buat aku sedar, segala yang terjadi di dunia ini semua di tanganMu, bukan atas kehebatan ilmu aku, bukan kerana kekuatan tubuh badan aku, bukan sebab harta yang dimiliki aku, tidak, tidak akan berlaku selain dengan izin Mu Ya Allah. Tidak akan terjadi dengan pertolongan Mu Ya Allah. Semua yang aku ada ini juga adalah kepunyaanMu Ya Allah.. T_T

Malunya terasa. Malu kerana doa doa aku selalu saja mahu lebih sempurna, tapi hakikatnya yang Allah bagi ini, sudah terlalu cukup sempurna. Hurmmm.. Bila terasa kekurangan, ingatlah mereka di bawah kita. Dari situ akan terdetik rasa syukur dengan apa yang ada, apa yang telah Allah anugerah. Hilang rungutan hati yang sentiasa  rasa tidak cukup dengan pemberianNya.

Teringat akan satu ilmu yang pernah aku baca. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah ujian. Antara kedua-duanya, kesenangan lebih mencabar ujiannya, lebih bahaya bila dalam lingkungannya. Ujian yang datang dalam kita tidak sedar yang kita sedang di uji. Sebab kita di baluti kebahgiaan, keselesaan. Maka, kita lupa apa tangunggajawab dan tugas kita bila berada dalam zone itu. Tapi bila di uji dengan kesusahan, kita mudah tersedar kerana sakit perit yang di suntik pada rasa dan kehidupan kita. Maka, cepat cepat kita kembali padaNya. Hurmm. Di mana-mana saja zone aku dan kamu kamu berada, moga hati kita sentiasa terikat dengan Allah, bibir kita selalu mengungkap namaNya, perbuatan kita semua menuju ke arahNya. Amin. Amin. Amin.





Hati sengaja di tinggal dan di tanam dalam dalam di Sini. Ya Allah, rindunya. T_T








Badtime story

 



Untuk malam ini dan kedepan kedepan. Entah bila boleh habis baca sebab dah nama badtime story, selalunya 3 ayat je lah yang mampu di baca tiap tiap malam. Lepas tu gugur di medan perang. Kehkeh. Balik hari tu mengepau vaucer buku adik. 4 bijik buku jadi milik aku. I loikeee. Thanks adik yang berhati mulia. Yes. Rasa macam sudah gila shopping buku. Kalau masuk kedai buku mesti ada yang termelekat satu. Kat rumah ada lagi betimbun.timbun yang belum di baca, then ditambah lagi. Ok. Fine. Sangat comel hobi yang baru ini ya. Hahaha. Esok dah boleh pergi kotmemot cari rak buku yang gojes, yang tinggi lebih dari aku, yang lebar 5 kali aku. Perhhhh. Masuk rumah kompem akan konfius, nie library ka rumah orang. Kehkeh

Ini saja kisah sebelum tidur. Selamat bermalam malam dan tata. Assalamualaikum duhai kamu. ^_^






Tuesday, March 5, 2013

Kad Jemputan #Part 4


Assalamualaikum. Hai kamu kamu yang membaca. Seminggu berhenti rehat untuk kisah kisah indah Di Sana. Hari ini kembali bersambung. Banyak tuntutan hidup yang harus di penuhi. Jadi, untuk yang hati suka, harus lah di lupa buat seketika. Bila ada masa, baru boleh bersua. ^_^

Orang cakap di Tanah Haram nie, apa yang kita hajatkan semua akan tercapai. Yang tak dihajatkan sangat, macam cuma terlintas saja rasa itu, pun akan tercapai jugak. Lepas berada kat Sana, melalui sendiri apa yang sering mereka perkata. Ya Allah, memang benar. Tiap apa yang hati pohonkan. InsyaAllah, akan di tunaikan. Bukankah Allah sudah katakan yang Tanah Haram itu, salah satu tanah yang tiap doa doanya Allah akan makbulkan. Syukur untuk kesempatan yang telah Allah berikan.

Cerita Si Ibu: Waktu itu sudah 4 hari kami di Mekah. Tapi yang peliknya sebijik kurma pun belum di rasa dan di temui. Kat kedai kedai pun tak di jodohkan lagi buah buah kurma. Satu petang, dalam Masjilid Haram, sedang membaca Al-Quran, entah kenapa hati mak terlintas akan hal ini. Dalam hati, terdetik rasa teringin sangat untuk merasai Kurma Mekah. Dan secara tiba tiba, tak sampai satu atau dua second pun, terus ada orang menyapa mak dari belakang, yang ketika itu mak sedang lagi membaca Al-Quran. Diberinya 3 biji Kurma yang sangat manis. Sebiji untuk mak dan 2  lagi di simpan untuk aku dan seorang lagi makcik yang dalam waktu itu kami berdua ke tandas. Hanya mak saja yang menerima Kurma itu. Bila pulang dari tandas, terus mak teruja bercerita hal ini pada aku.  Aku tersenyum. Tersenyum sebab, Ya Allah, benda yang hanya terlintas saja itu, sudah engkau makbulkan. Apatah lagi doa aku yang bersungguh sungguh di depan Kaabah mu, di dalam Hijir Ismail Mu, di depan telaga zam zam Mu, di bawah pancur emas Mu. Ya Allah, semua buat aku yakin akan janjiMU.

Kes aku? 3 hari sebelum menunaikan umrah aku melihat Facebook seorang saudara yang bau bau bacang jugak lah, dia pun turut sama di jemput ke Tanah Suci. Terus ditinggalkan pesan di wall beliau,  "InsyaAllah, ada jodoh kita jumpa kat sana". Hari ke 2 aku kat sana dalam berjuta juta orang, aku terperasan kelibat saudara aku, itupun dari jauh, dalam 50 meter jaraknya. Hati teruja sangat. Dari sedang duduk menunggu Subuh, terus bangun melambai lambai dia yang duduk sebaris saff dengan aku, tapi jaraknya agak jauh, dalam 50 meter barangkali. Nak menjerit seperti segan pulak dengan jemaah yang memang sudah penuh memenuhi ruang masjid. Hampir lima menet aku terkinja kinja berseorangan, tapi mereka langsung tak perasan dan menoleh ke arah aku. Ahirnya, aku hentikan saja perbuatan yang sia sia itu. "Takpalah, ada jodoh, InsyaAllah, Tuhan bagi jumpakan" bisik hati aku.

Petang tu, aku dengan mak ke Masjidil Haram awal sedikit. Selepas Zohor dan makan, terus ke sana. Kerana waktu masih awal lagi untuk menanti masuknya Asar, jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan berdekatan dengan Kaabah. Mak yang sedang membaca Al-Quran aku tinggalkan di tempat yang selalu kami duduki. Di hari hari permulaan di sana, kalau lalu saja di kawasann telaga zam zam dan ada ruang kosong untuk menunaikan solat sunat, aku akan cuba laksanakan. Di situ antara tempat mustajab untuk berdoa. Dan sewaktu berjalan-jalan berseorangan, kawasan di situ seperti lengan sedikit dari biasa, jadi, haruslah aku merebut peluang yang ada depan mata bukan. Selesai solat sunat, berdoa panjang untuk hajat yang pelbagai. Usai saja aku mengaminkan doa, menyapu tangan di muka, dan wajah pertama yang aku padang adalah saudara aku yang aku nampak dari jauh sewaktu solat Subuh tadi. Ya Allah, jasad nya depan mata aku. Bukan jauh berbatu. Tapi sedang solat di hadapan aku. Tersenyum seketika. Dalam doa tadi, tidaklah aku memohon untuk berjumpa dengan dia, hanya di pagi tadi saja berhasrat untuk itu. Selepas itu sudah di lupai hal saudara yang itu. Tapi sekarang? Ya Allah depan mata. SubhanAllah. Hasrat yang hanya seperti acuh tidak acuh pun Allah kabulkan. Inikan pula, tiap doa yang kita pohon bersungguh sungguh kan. InsyaAllah, mesti ada!!!

Kalau di minta untuk berkongsi hal hal doa yang di makbulkan sepanjang kat sana memang banyak. Tapi biarlah aku simpan sendiri saja. Yang boleh aku katakan, kat sana, bila kita pohon pada Allah, apa yang hati terdetik, apa saja yang terlintas di hati, pasti akan ada. Mudah sungguh untuk Allah beri. Aku teringat satu pesanan seorang Mutawif itu. Tiap apa yang kita mahu  perbuatkan di Sana, sebelum memulakan, berdoalah pada Allah. Nak keluar dari bilik, mintak untuk Allah lindungi, nak pergi buat umrah, mintak Allah permudahkan, nak simpan kasut kat masjid, mintak Allah tolong jagakan, sampai masjid, mintak Allah beri tempat yang terbaik, pendek kata, apa saja yang kita nak buat, doa pada Allah untuk di permudahkan. Doa bukan di pohon pada penghujung solat saja. Tapi di setiap masa sebelum kita memulakan apa-apa perbuatan, pekerjaan. Pesanan itu aku cuba amalkan sepanjang di sana. Alhamdulillah, memang sangat menjadi, semua yang aku lalui seperti apa yang telah aku niat dan doakan di permulaanya. Alhamdulillah, sentiasa di permudahkan oleh Allah. Kamu, mari la praktis juga. Tak semestinya berada di Tanah Haram saja boleh menjadi seorang yang gemar berdoa. Kat sini, kat malaysia, kat mana-mana pun, mesti berdoa sebelum buat apa apa pekerjaan sekalipun. InsyaAllah, kerja akan terasa bahagia, perjalanan akan sentiasa di lindungi, makan yang sedikit terasa kenyang, gaji yang kurang sentiasa rasa cukup, kerja yang berat terasa ringan. Banyak. Banyak kesannya, bila yang di lakukan di mulakan dengan kalimah Allah, untuk Allah.




Untuk solat jemaah setiap waktu, kaum Hawa memang tidak di benarkan bersolat di dataran yang tidak berbumbung keliling Kaabah. Sejam sebelum masuk waktu solat, polis polis yang menjaga Masjidil Haram ini akan memastikan yang kaum wanita tidak berada di dataran ini dan berkumpul pada tempat yang di khaskan untuk jemaah wanita. Dan kalau ke masjid setengah jam sebelum masuk waktu, alamatnya, memang kena bersolat di luar masjid sajalah. Kesemua pintu masuk ke dalam masjid sudah di sekat oleh polis polis dan keadaan dalam masjid sudah pun  padat penuh. Betapa ramainya manusia bukan. Ini hanya musim umrah. Belum lagi tibanya musim haji. Pasti lagi penuh sesak. Tapi hati selalu kagum, sesesak mana, sepadat mana sekalipun yang kamu nampak, pasti mudah saja bila melaluinya. Tidak pernah ada masalah. Rumah DIA, sudah tentu DIA yang jaga, DIA yang atur, DIA yang susun perjalanannya bukan. Hurmm...






Tiap kali bersolat di Masjidil Haram, inilah tempat kegemaran aku. Selalu saja penuh dengan manusia yang datang. Tapi Allah selalu permudahkan. Selalu saja dapat duduk si sini. Tempat ini sangat stategik bagi aku. Depan pancur emas yang mana salah satu tempat doa sangat mustajab. Kemudian, tiap kali bersolat di saf yang depan, Kaabah akan nampak dengan jelas, berhadapan dengan kita, kemudian, boleh di lihat sekeliling masjidil haram, seluas mata memandang. Diantara Magrib dan Isyak, akan di ambil kerusi yang tersedia di sini, duduk melepak sambil memandang Kaabah. Melihat beribu umat Muhammad sedang mengerjakan tawaf. Sangat menenangkan hati walau yang di pandang mereka yang sedang bersesak. Langsung tak di rasa bosan. Itulah kelebihan kat Sana, tenang sangat terasa, memandang Kaabah saja sudah di kira ibadat. Sangat untung kan. 








PdanS : Alahai. Banyak benda nak kongsi, tapi kerja banyak lah. 

Nota diri


Just want to remind my self and you. "Tuhan tak akan bebankan sesuatu yang tak dapat kita tanggung. Sesusah mana kita rasa, sepayah mana hati kita merungut, percaya at the end, semuanya akan selesai". Ok ingat yang itu. Bismilllah. Mari mulakan kerja yang menimbun. Hadoi. Duhai diri, anggaplah nie salah satu permohonan engkau yang tuhan  telah makbul. Yes, mana bisa rezeki itu datangnya dengan bergolek. Harus ada kerja keras, lalu ada hasil yang buat engkau tersenyum, bersyukur untuk janji Tuhan yang sudah sampai. 

Kamu, pernah rasa tak, macam, kadang kadang rasa nak kerja yang biasa biasa saja. Biar upah tak seberapa. Biar tak nampak gah. Tak nampak hebat. Biar tak sama dengan qualification. Tapi kerja yang itu, kita banyak masa. Boleh spend untuk keluarga, buat apa yang hati suka, ada masa untuk beribadah.Tak payah kerah otak dan tenaga sangat  Hurmm. Tapi nak buat kerja apa? Ke bendang? Tanam sayur? Menoreh? Jual Kuih? Hurm. Tah la.  Tapi serius,  serius dan sangat serius. Sekarang nie sangat bercita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa. Entah lah kenapa. Bukan tidak di gemari kerja yang sekarang. Suka. Bahgia. Sebab itu cita-cita saya sejak dulu. Mengajar. Menjadi pendidik. Saya suka. Tapi, terasa yang buat kerja di rumah lebih lebih membahagiakan lagi bukan. Masak, kemas rumah, jaga anak, tengok anak membesar, ajar dan didik anak sebagaimana yang kita inginkan. Kan bahagia kalau semua masa di spendkan untuk itu saja. Tak ada caca merba lain yang harus muncul dalam hidup. Alahai.  Kenapa harus berangan sampai ke tahap yang itu. Hadoi. Ayah kepada anak anak pun masih belum sampai lagi. Asyik ondaway saja. Banyak sungguh tempat dia transit kan. Nak kena nieh. Haha.

Kamu, lepas balik dari sana selalu berangan, nak sangat kerja cleaner kat Masjid Nabawi. Biar gaji tak seberapa. Nak duduk Madinah. Nak hidup dan mati kat sana. Sana ada Nabi, dekat dengan Mekah. Hujung minggu boleh pergi buat umrah. Alahaii, bestnyaaa, untungnya mereka yang dapat berbakti untuk Rumah Allah, untuk Masjid Nabi, untuk makam Nabi kan. Tanah barakah, untung untung bila berada di samping Nabi, boleh dapat syafaatnya kan. Hurmmm...

Haipp, jangan fikir kita yang sedang bernyawa nie, yang hidup bukan dalam lingkungan Tanah Haram ni, hidup kita tidak untung seperti mereka. Untung juga, kerja kita mengajar, bukankah ilmu yang bermanfaat yang kita sampaikan tidak akan hilang pahalanya selagi yang mempelajari itu menggunakan, menyebarkan. Sampai kita mati pun masih berjalan pahala ilmu yang kita ajarkan itu. Untung bukan? Kemudian kerja kita engineer. Eh, untung jugak, kita menyediakan bangunan yang selamat untuk orang. Tempat itu mereka guna untuk manfaat mereka. Belajar, berniaga, bekerja. Sampai kita mati pun, dan bangunan yang kita bina itu masih di gunakan ke jalan yang baik, InsyaAllah, pahala untuk kerja kita itu masih lagi berjalan.

Tidak kisah lah apa pekerjaan kita, semua kerja menguntungkan. Janji di buat, di mulakan, di niatkan kerana Allah. Setiap detik, setiap saat, kerja kita pasti akan di beri pahala bukan. Ok. Jangan pandai memesan saja. Sila take note Munawwarah. Dan yang pastinya SILA AMALKAN seperti mana yang di pesan. Hihi. Tata kamu. Assalamualaikum.. ^_^







PdanS : Ya Allah, tak paham kenapa kena mengantuk sangat sangat sekarang nie. hurmmmmmm..

Monday, March 4, 2013

Today

Assalamualaikum kamu.

Hari ini hari pertama masuk kerja after 3 minggu bercuti. Masuk dengan berkeadaan blur blur. Nal start keje mana satu pun agak keliru. Keliru sebab banyak dan menimbun. Maka harus jadi tamak nak buat itu ini. Dan last last buka internet mengadap facebook dengan tumblr. Padan muka. kahkah.

Nak sambung kisah kisah diSana. Tapi malas gila nak on laptop. Mata  asyik dok nampak katil saja. Baru pukul 9 lebih dah lalok. Hadoi. Yes!! sangat perasan, tidur aku seperti dasyat saja lepas lepas balik dari sana. Ingatkan macam perubahan waktu, so macam normal la kalau tidur lama-lama pun.. Tapi masalahnya dah seminggu. Tak kan tak boleh nak adjust lagi kot waktu tidur di malaysia. Dah la tidur serupa tepengsan lalu koma. Nak bangun pagi tadi pun kunci jam sampai kena set 6 waktu. Pukul 4. Pukul 5. Lima sengah. Lima patlima. Nam. Nam sengah. Tapi time yang last pukul 7 baru ada kesedaran nak bangun. Hurmmm. Hadoi??? Kanapakahhhh???

Semalam waktu drive balik sini dari KL pun seropa itu jugak. Baru drive sengah jam dah mengantuk gila tersengguk sengguk. Padahal baru pukul 8 malam. Last last tak menahan sangat, stop kat kawasan rehat lancang, hentam tidur sekejap. Pastu bila bangun tidur dok bedrama sorang sorang "eh eh. aku kat mana nie" Dua tiga menet jugak dok blur sorang sorang. Lepas tu pagi tadi cerita ke member kisah yang ini. Last last kena marah. Sebab RnR Lancang tu just tempat toilet dengan surau je. Orang tak ramai, bahaya. Dah tu sorang and malam pulak.

Kan. Hihi. Bila ingat kan balik memang ye pun. Kereta dalam 3, 4 bijik je yang dok parking. Tapi dah mengantuk  tahap gila gila, apa boleh buat. Dari aku drive secara sangat tidak berhemah, penuh kemabukkan. Lebih baek stop kejap kan.

ok. Sudah.. Mari tidur awal supaya esok boleh bangun berawal awal. Sekian.

Friday, March 1, 2013

First time.


Kerja malam ini. Harus sampai siap. Sampai cantik. Sampai hati.puas. Jam nya usah di tanya sampai berapa. Selagi tidak ketemu sama kepuasannya, ngak boleh tidur ya. First time jait veil dan tudung untuk nikah. Macam tak percaya. Huhu. Harap si pemakai suka. Selamat hari gulap. Bye. ^_^