❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 1, 2013

Wish List?


Assalamualaikum kalian yang membaca. Hai. Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, Pagi tadi rezeki yang Tuhan berikan adalah Nasik Minyak Kambing lagi. ^_^ Hikhik. Like like. Dah seminggu tidak bertemu kambing, hari ini berjodohan lagi. Alhamdulillah. Makan pun dengan agak melampau. Aku rasa makan gulai kambing berlaukkan nasik saja, sebab lauk melimpah ruah mengalahkan nasik. Hadoi. Rosak rosak. Tapi, adakah kalian tahu yang makanan kegemaran Rasulullah adalah kambing. Kambing di bahagian kaki. Hurm. Cita rasa sama. Tapi makan Rasulullah tak adalah sekerap macam aku nie. Nie mengundang padah namanya. Kan. Haha. Something yang sangat aku notice pada diri sendiri adalah, bila suka sesuatu itu akan obses sangat sangat. Hurm. Tidak molek tuh. Seharusnya suka  kita berpada pada dan benci pun harus berpada pada juga. Tidak begitu.

Okeh. Bercakap hal suka suka nie kan, tetiba jadi teruja pulak nak menulis perkara wish list wish list nie. Hihi. Kalau orang lain, wish list mesti handphone note 2!!!! DSLR Canon!!! Handbeg coach yang 7, 8 ratus!! I-Pad Apple!! Kasut kasut cantik dari Sembonia!!! Semua canggeh canggeh. Yang nampak bergaya, kelas kau jah!! Tapi itu orang lain laa. Untuk aku, insan biasa biasa yang tak berapa nak benafsu sangat pada gajet gajet canggeh nie, sangat lain.

Semua semua yang di senaraikan tu tak ada dalam wish list aku. Eh, tapi bukan minat snap snap gambar ke? DSLR?? Tak termasuk?? Minat. Tapi tak ada la sampai nak habiskan duit beli mahal mahal, dan output yang akan dapat nanti hanya gambar sahaja. Camera yang sedia ada sekarang pun masih boleh mengeluarkan gambar. So DSLR tolak tepi. Tak berapa nak penting sangat.

Sekarang nie sangat sangat mahu memiliki sebijik mesin jahit. Pelis la duit, cepat la beranak pinak supaya aku boleh memiliki sebijik mesin jait sendiri. So tak payah nak kena pergi kedai dan bayar lima ringget untuk sebaris jahitan paling bodo yang tak sampai satu meter pun. Wow. Sangat membazir kan. Tapi apa boleh buat. Dah tegedik sangat nak pakai. Terpaksa la hantar pegi kedai jait kejap.

Harga untuk sebijik mesin jait yang sesuai dengan diri yang masih merangkak merangkak ini sudah pun di survey. So, untuk memilikinya kena spend around RM600 - RM800. Hadoi. Banyak jugak tu. Tapi kalau tak mula melabur macam nie bila lagi nak start kan. Sangat untung untuk masa depan. Banyak benda boleh buat. Jait blouse, baju kurung, jubah, tudung. Sudah la aku nie, sekarang berpesyen tudung memang tak ada yang nak beli-beli. Semuanya nak buat sendiri, beli kain, potong potong antar kedai jait tepi. Konon lagi berbaloi. Tapi serius weh. Memang sangat berbaloi. Meh nak membongkarkan cerita.

Tudung half moon yang selalu di jual kan kedai yang harga sampa nak dekat seratus tu kalau buat sendiri kos dia tak sampai pun limabelas ringgit weh. Beli kain semeter setengah = RM9, manik = Busuk busuk katala RM6. So tak ke lima blas ringget je. Tapi, ye lah, harga skill itu yang menjadikan sesuatu barang menjadi mahal. Tak semua orang ada kemahiran menjahit manik, dan berapa kerat sangat yang sanggup bersusah payah pi kedai cari kain, balik gunting, antar kedai jait tepi, then balik sambung jait manik pulak? Sapa? Aku sorang je yang punya kesabaran meninggi dan sangat enjoy buat kerja macam tuh. Kehkeh.

Kemudian. Balik kampung hari tuh menjalankan misi membuat 2 helai telekung yang boleh dijadikan tudung biasa bila di angkat belit belit sikit, dah boleh pakai pi keluar jalan jalan. Canggeh tak? Kehkeh. Yes, semua nie idea dari Facebook Heliza. Terima kasih anda kerana sekeping gambar yang cukup bermakna itu. Nak beli memang tidak lah. RM160 untuk sehelai telekung. Ok. Aku memang sangat berkira-kira untuk sesuatu yang aku rasa aku boleh buat. So, RM160 sangat mahal. Baik simpan beli hendbeg. Sekian.






Dengan berbekalkan tudung express RM15 dan beli kain lycra RM dalam 30 kot. Dapat lah sehelai tudung yang di hentam hentam potong dan sambung, lalu jadilah seperti di bawah. Tudung express tu potong smpai leher dan di cantum dengan kain lycra yang di beli. Siap.



So, ini telekung yang terhasil. 2 meter kain. Kalau nak lagi labuh sila beli lagi banyak.






Then, bila dah sudah sembahyang, dan nak pergi kerja or berjalan ke mana-mana boleh di gayakan macam kat atas. Tak ada tutorial. Pandai-pandai la belit belit sendiri ye. ^_^






Telekung yang tak telekung sangat la hitam nie. Terbeli kain sikit. Ingat cukup. Hihi. Next time kalau nak buat telekung sebegini sila beli 2 meter lebih ye kawan-kawan.






Inilah hasil belit membelit lalu aku pun terbelit. Dan melalui gambar gambar ini, tahu doh la kat mana  4 kilo yang naik mendadak tuh. Memang tersangat kembung. Haha.




Kemudian lagi. Minggu lalu, Radiusite ada melancarkan sehelai tudung baru yang bernama Shawl Luna. Memang aku sangat berkenan. Tapi bila di pandang pada harga yang di pamerkan. RM55?Errr. Sangat tidak berbaloi. Sekali lagi perlu berkira-kira untuk sesuatu yang aku rasa aku boleh buat. So, balik hari tu, menjalankan misi tudung itu. Try try. Inilah hasilnya. Dengan berkoskan ;

 Kain 2 meter = RM8.40.
Jait tepi  = RM2.

So total harga adalah sepuluh ringget empat kupang. Berbeda sungguh dengan harga kalau membeli di Radiusite. Hurmm.


.
Tadaaaa!!! So, nanti balik kampung nak shoping kain murah lagi untuk berhelai helai tudung pesyen ini pulak. Kehkeh.






Oleh sebab keterujaan untuk semua semua hal di atas, tak termasuk lagi, hal hal nak belajar jait blouse, baju itu baju ini, maka, wish list yang paling di harap harap kan untuk tahun ini adalah; dapat memiliki sebijik mesin jahit!!! Yeayy!! Dengan itu, duit saya tak perlu di bazirkan lagi di kedai cina-cina si tukang jahit itu. Ceywahh. Konon lah. Haha. Padahai nanti, bila jait sendiri ada je alasan, tak sedap pakai la, tak kemas la, dan yang ahirnya di hantar ke tukang tukang yang berkemahiran jugak. Kehkeh. Dan bukankan bila memiliki mesin jait, maka, perasaan untuk memperabiskan duit bagi membeli kain pasang, kain itu, kain ini untuk dijahitkan akan meningkat naik? Hurm. Macam tak boleh di selesaikan jugak masalah pemborosan aku nie. Kahkah. Sekian.














PdanS : Actually.. mmm.. actually.. ada rasia nak cakap. Tapi nanti nanti lah. Bila ia betul betul ujud. Kehkeh. Gateyyy.... BTW bila tengok balik entry nie, banyaknya gambar muka aku. Errrr. Segamnyaaaaa sayeeeee, even itu belog milik sendiri. Haha.

4 comments:

S.U.R.I.A. said...

muna makin cun...

mOOn said...

haipp... jangan mencarut.. bedosa.. haha

Rossnie said...

Awak sgt2 kreatif...mcm mn nk jht shawll luna tu

mOOn said...

kreatif meniru. kehkeh.. Hurm.. macam mana yer. Saya try hentam hentam je. Tak reti nak cerita. Tengok-tengok gambar cantoh, try try potong, try try jait.. Tadaaa!! Yeay jadi.. huhu..