❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 3, 2013

Quote #83



"Bila kita nak sesuatu, kita kena beri dulu"





Bila kita nak rezeki di murahkan, kita kena banyak sedekah dulu, baru rezeki kita datang.

Bila kita nak orang sayang kita, kita kena sayang orang dulu, baru kita akan di sayang.

Bila kita nak bahagia, kita kena buat orang lain bahagia, baru bahagia akan sampai.

Bila kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu, baru kehormatan yang kita dapat.

Bila kita nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik dulu, baru jodoh yang baik akan muncul.

Bila kita nak keRedhaan Allah, kita kena Redha dulu dengan semua yang Allah tentukan, baru Allah akan Redha hidup kita.

Pendek kata, untuk semua perkara yang hati kita mahukan, berpeganglah pada satu ayat "Bila kita nak sesuatu, kita kena beri dulu".





Ingat yang itu !!!















PdanS : Thanks untuk mereka yang selalu membuat akal saya celik, hati saya berfikir. Sesungguhnya banyak ganjaran yang di janji Allah untuk kalian, untuk ilmu yang kalian sebarkan, untuk kata-kata yang buat ada rasa menjelama. 

No comments: