❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 27, 2013

Kad Jemputan #Part 3

#Part 3 : Ziarah


Assalamualaikum kamu. Hai. Bersambung lagi dalam condition yang kurang baik kerana badan sudah mula mahu nak bermanja manja. Kepala agak semakin tingtong. Tak mengapa, yang penting sepanjang di Sana, semuanya sihat dan baik baik belaka. Sekarang, nak sakit sakit, tidak mengapa. Di persila. Boleh saya bercuti secara lama-lama. Itu yang sebenarnya kan. huhu.

Ok. Malam ini mahu berkongsi hal hal ziarah. Menjadi kebiasaan, kalau untuk umrah akan ada aktiviti ziarah ke tempat tempat bersejarah sekitar Mekah dan Madinah. Memang termasuk dalam pakej. Kalau tak ada tuh, hurmm. Sila selidik balik berapa harga yang di bayar? Sebab itu sangat penting sebelum pergi harus survey  dan bertanya mereka yang berpengalaman ke sana tentang travel mana yang bagus. Ok. Itu bukan tajuk ziarah. Itu tips tips sebelum menunaikan umrah. Ok. Sila kembali ke kisah Ziarah. Hihi.

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah bukan sahaja menjadi tetamu di Rumahnya, tapi melawat kawasan kawasan sekitarnya yang penuh dengan sejarah. Banyak tempat yang sempat di lawati. Sebelum menunaikan umrah, bacalah dulu buku buku sejarah tentang Mekah dan Madinah, nanti dah sampai sana akan lebih teruja melihatnya.





1) Hudaibiah.

Selalu nama tempat nie, akan kedengaran sewaktu belajar Pendidikan Islam form 3 saja. Tapi hari nie, Alhamdulillah, sudah sampai ke situ. Di sini dibawa melawat ladang unta yang terletak di sepanjang jalan nak menuju ke Hudaibaih. Di sebabkan sini adalah tempat ternak, jadi unta unta kat sini agak berbau yang tidak menyenangkan dan tidak boleh untuk di tunggang.






Unta. Binatang yang dekat dengan nabi. Di kisahkan oleh Mutawif di sini, satu ketika dulu unta adalah binatang yang sangat pemalu. Kalau nak mengawan sekali pun akan mencari tempat yang tertutup dan kalau ada manusia atau binatang lain yang nampak, dia akan stopkan aktiviti itu. Tapi sekarang, sudah hilang perasaan itu. Tibai sahaja di mana yang rasa perlu. Huhu. Dan, unta nie kan, semua tubuh badan dia sangat bermanfaat kepada kita, dari kulit, daging, tulang, susu sampai ke najis iaitu air kencing. 


Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)





2 ) Perkuburan Ma'la.

Tanah perkuburan yang paling mashur di Mekah. Di sini tersemadinya jasad kechintaan Nabi SAW iaitu Saidatina Khadijah dan beberapa lagi saudara saudara Islam yang meninggal di zaman Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah. Tanah perkuburan di sini sangat istimewa. Hanya mereka yang di pilih Allah saja yang boleh di semadi di sini. Kebanyakkan mereka terdiri dari para alim ulamak. Tidak kisahlah walaupun bukan penduduk Mekah, yang terpilih Allah saja yang boleh dikebumikan di samping jasad jasad penghuni Syurga. Penduduk Mekah yang meninggal akan di kebumikan di satu kawasan lain.  Ada terbaca dalam satu buku itu, bila hari kebangkitan tiba, insan pertama yang akan di bangkitkan Nabi SAW, kedua mereka yang dikebumikan di sekitar Madinah (Tanah perkuburan Baqek) dan kemudian mereka dari tanah perkuburan Ma'la ini. Untung kan bersemadi berhampiran dengan mereka mereka yang di kasihi Allah, secara tak langsung terkena tempias syafaat yang diterima mereka.








3) Masjid Jin

Masjid ini tersangat dekat dengan pintu hotel. Lebih kurang dalam 100m mungkin. Atau lebih dekat lagi. Akan bersolat di sini di waktu Asar. Lain lain waktu akan cuba di usaha untuk di sempurnakan di Masjidil Haram.




Kenapa namanya adalah Masjid Jin? Kisah terjadi di tahun kesepuluh kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda bersama para sahabat hendak pulang dari Taif. Dalam waktu itu, Nabi Muhammad SAW telah membacakan ayat-ayat Al-Quran Surah Ar-Rahmah yang diperdengarkan kepada para sahabat. Diriwayatkan pada ketika itu, sekumpulan Jin yang sedang lalu di kawasan tersebut hendak menuju ke Tihamah, terpukau dari makna Surah Ar-Rahman yang dialunkan Nabi Muhammad SAW. Para Jin tersebut telah menyatakan hasrat merekan untuk memeluk islam kepada Nabi Muhammad SAW. Di sebabkan kisah ini, masjid itu di namakan Masjid Jin.




Hari itu pernah terbaca satu ayat, bunyinya lebih kurang begini "how to dress modestly? just look in the mirror and ask yourself, can i offer my solat in these clothes?" Yes. Betul. Sangat setuju. Di Mekah dan Madinah, taip pakaian yang aku sarung aku sangat yakin ianya boleh  di bawa untuk solat. Selalu sahaja solat aku tidak perlu bertelekung kerna semuanya sudah sempurna di tutupi. Melainkan aku ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah, sebab takut berselilih dengan bukan muhrim waktu menunaikan umrah yang manusianya adalah sangat padat, lalu membatalkan air sembahyang aku, maka memang lebih di galakkan lagi memakain telekung labuh menutupi tangan. Tapi pakaian aku di Malaysia? Di tanah air? Hurm. Nothing to say. Amat berharap tiap perkara baik yang di buat di sana, akan di istiqomahkan bila pulang Malaysia dan sampai bila-bila.





4) Jabal Thur

Gunung yang tertinggi di Kota Mekah. Berketinggian 1730m. Terdapat  gua Thur yang terletak di puncak gunung. Gua Thur adalah  tempat Nabi bersembunyi dari Kaum Quraish selama 3 hari sewaktu hijrah ke Madinah. Setiap hari anak Saidina Abu Bakar, Asma akan mendaki gunung ini dari Kota Mekah ke puncak bagi menghantar makanan untuk Nabi dan ayahnya. Dan Asma waktu itu sedang mengandung. Jarak dari Kota Mekah sudah la jauh, kemudian mendaki gunung yang 2 jam baru sampai ke gua tersebut. Dengan jalan berbatu yang mana belum ada track. Hurm. Saya yang muda nie pun semput naik. Balik bilik terus flat. Lagi nak bermimpi hidup di zaman Rasulullah. Hebatnya iman kamu Duhai Asma..


Kenapa namanya adalah Jabal Thur (Gunung Bonggol Unta)? Ok. Kalau berada di sini, dapat di lihat dari kejauhan yang di atas puncak gungung ini ada satu bentuk kecil yang menyerupai seekor unta sedang duduk berehat. Dan nampak jelas bonggol itu. Di sebabkan hal inilah, gunung ini di namakan Jabal Thur, Gunung bonggol unta.


Hari kedua di Mekah di bawa menziarah di kawasan bawahnya saja. Kemudian, hari ke 7 dibawa naik ke puncaknya pulak. Ya Allah pengalaman yang paling paling bermakna bila boleh duduk di tempat yang mana Nabi pernah duduk, pernah lalu. Hurm. Nanti aku kisahkan ekspidisi itu sebab bukan semua travel agensi akan ada aktivi panjat panjat gunung nie. Hihi.





5) Jabal Rahmah

Tak perlu di cerita kan dengan lebih lanjut. Aku rasa semua orang sangat sedia maklum akan tempat ini. Tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah beribu tahun terpisah di bumi, ahirnya setelah taubat mereka di terima tuhan, di pertemukan semula di bukit ini. Tapi tak berkesempatn memanjatnya, ketua suruh cepat cepat. Mampu berdoa di bawahnya saja. Tak mengapa, dah sampai, dan diberi peluang merasa, melihat dengan mata kasar, dah cukup baik kan.




Jabal Rahmah nie salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, peluang yang Allah bagi di gunakan sebaiknya. Banyak hajat yang dipohon pada Allah di sini. Untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk rakan-rakan dan untuk semua yang pernah berbuat baik pada saya. InsyaAllah, harus yakin, harus sabar, mesti ada.





6) Ladang Kurma

2 kali berkesempatan melawat ladang kurma, pertama yang di atur oleh travel agensi dan yang kedua di bawa oleh sepupu yang tinggal di madinah. Mekah, bumi kering. Susah untuk berjumpa dengan sebatang pokok pun. Mungkin sebab cuacanya yang selalu panas, jadi sukar untuk punya tumbuhan hidup. Berbeza dengan Madinah, sejuk madinah sampai air mampu jadi ais, panasnya pulak seperti sedang membuka oven kek yang baru masak (kazen la cakap, sebab dia kerja bakery, so panas harus la kena di samakan dengan oven masak kek. Boleh la nak di imagine kan sebab aku pun suka baking baking nie. huhu.) Perjalanan nak menuju Madinah sudah boleh berjumpa dengan pokok pokok di padang pasir, dan bila nak memasuki Madinah akan nampak banyak pokok kurma yang di tanam di tepi jalan. Macam negara kita akan berjumpa meranti, cengal di tepi tepi jalan atau highway, tapi di sana, semuanya pokok kurma sebagai pokok jalanan.

Ladang kurma yang di bawa oleh travel agensi tak berapa nak menikmati sangat Ladang Kurmanya. Memang lah tajuk lawatan adalah melawat ladang kurma. Tapi yang sebenarnya adalah shopping buah kurma dan kekacang di kedai depan ladang itu. huhu. Masuk ladang adalah dalam 2, 3 langkah saja. Posing-posing ambik gambar dan masuk kedai sambung shopping.




Kedai.






Kamu tahu kurma yang paling termashur di antara pelbagai jenis kurma? Ok, mari saya ceritakan. 

Kurma Ajwa atau Kurma Nabi paling fames di sini dan di mana-mana saja. Juga antara kurma yang paling mahal. Sekilo berharga 80-120 riyal (RM1 bersamaan 1.2 Riyal). Bergantung pada kualiti. Lagi elok lagi mahal. 

Kenapa kurma itu bernama kurma nabi? Begini kisahnya, asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini, dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri. Diceritakan, pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa. Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.






7) Bukit Uhud




Rasulullah pernah bersabda ; "Ini  adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga"

Sepanjang perjalanan dari Mekah ke Madinah, memang terdapat banyak sangat bukit dan gunung batu yang boleh di lihat di kanan dan kiri jalan. Tapi melihat nya dengan tidak punya apa-apa perasaan melainkan mengkagumi kebesaran Tuhan. Tapi pertama kali memandang bukit Uhud ini, Ya Allah, ada satu perasaan yang tak mampu aku gambarkan, hanya air mata aku saja yang mampu menjelaskannya. Terasa sangat dekat, terasa seperti bukit itu sedang memandang dengan rasa cinta, terasa bukit itu sedang menyatakan sesuatu. Kemudian teringat kisah perang Uhud, teringat hadis nabi yang menyatakan bukit ini menyintai Baginda, Ya Allah, hati jadi sayu teramat.




Dalam peperangan di Bukit Uhud ini, tentera Islam pada awalnya ialah 1000 orang. Dalam perjalanan untuk ke bukit Uhud seramai 300 orang munafik iaitu yang diketua oleh Abdullah bin Ubai bin Salul telah keluar dari barisan perang. Mereka ini pengecut yang lari dari bersama-sama berperang..

Dalam perang ini, tentera Islam pada awalnya telah berjaya. Tetapi atas sebab sikap sesetengah tentera Islam iaitu tentera pemanah yang berada di bukit Uhud  yang tidak mendengar arahan Nabi
menyebabkan mereka telah turun dari bukit Uhud untuk mengambil harta rampasan dari tentera musyirikin yang di tinggalkan. Apabila melihat keadaan itu, tentera musyirikin telah patah balik dan telah menyerang mereka dari belakang bukit Uhud. Ramai yang syahid ketika itu.

Syaidina Hamzah iaitu bapa sudara Rasulullah SAW telah di bunuh dengan tombak oleh Wahsyi. Wahsyi bin Harb membunuh syaidana Hamzah kerana mahu membalas dendam atas kematian saudara-saudaranya dalam perang Badar. Malahan 70 orang tentera Islam yang lain turut Syahid..

Ketika ini juga berlaku sesuatu yang menyayat hati apabila semua tentera yang telah syahid itu telah dicincang oleh tentera musyirikin itu. Dan ada wanita Quraisy mahu mengambil jantung Syaidina Hamzah untuk dimakan. Namun Allah tidak meredhai dan dia tidak dapat melakukan. Mereka juga mengambil anggota badan tentera Islam seperti telinga dijadikan anting-anting. 









Ok. Ini saja cerita untuk malam ini. Sakit otak aku mengarangnya. Macam sedang membuat assignment saja. Huhu. Next?? Nanti aku kisahkan ziarah yang tidak termasuk dalam travel agensi punya tentetif. Sendiri sendiri punya. Ok. Bye. Assalamualaikum.










PdanS : Alhamdulillah, lepas pulang nie terasa Allah selalu saja permudahkan urusan aku. Tadi ke klinik mendapatkan MC sebab badan tidak berapa baik. Lalu di beri MC 3 hari. Jadi akan bercuti cuti lagi sampai Sabtu. Lepas tu, pulang ke KL untuk mengambil kereta yang di park di situ, lalu "Hai Kuantan. Salam perkenalan." Hihi

No comments: