❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 25, 2013

Kad Jemputan #Part 2

Part #2 : Perjalanan dan Umrah




Aku tidak tahu nak di kisahkan bermula dari yang mana, sebab semuanya baik baik belaka. Berkat doa kamu,  Allah permudahkan semuanya.

Perjalanan aku bermula dari KLIA. Kakak, abang, anak buah semuanya turut serta. Meriah jadinya. Meriah sampai hilang kelibat 2 anak buah aku secara tiba-tiba. Jadi panik kami semua untuk seketika. Hadoi. Bila sudah berkumpul ramai-ramai, memang akan naik tanduk semuanya.


 


 











 
2 orang otai ini lah yang hilang tanpa pesan. Hadoi.



Waktu ini, sudah berpisah dari kaum keluarga. Mereka hanya boleh berkomunikasi dari kejauhan. Sedang manusia memenuhi kaunter, di atas dan di bawah, tiba-tiba semua anak buah buang tebiat, menjerit sekuat hati "Maktehhhhhhhhhh, doakan Hunsa jadi pengawasssssss"... "Maktehhhhh, doakan kite jadi budak yang baikkkk" (lucu sungguh pesanan ini sebab yang memesan adalah anak buah aku paling otai dan tak dengar cakap. huhu)... "Maktehhh, doakan kuku syimah baekkk". Hadoi. Terasa glemer sekejap.





Perjalan aku terus ke Jeddah, tapi terpaksa transit dahulu di Karachi, Pakistan kerna pesawat yang aku naiki adalah Pakistan Air Line. Maka memang akan ada transit di negara yang mungkin 30 tahun mudur dari kita. Nanti aku kisahkan tentang negara itu. Transit di sana lebih kurang 4, 5  jam, dan jam sesudah isyak, bersiap siap hendak bertolak ke Jeddah. Di sebabkan aku akan ke Mekah dahulu selama sembilan hari dan kemudian baru ke Madinah selama 3 hari, maka, kami semua harus memakai lengkap pakaian ihram.



 
Sebenarnya ini bukanlah seat aku. Tapi di sebab kan ada yang mahu menukarnya, maka aku mengofferkan diri untuk duduk di sebelah Puan Bunda. Tapi sebenarnya mahu berada di sebelah tingkap lagi. Huhu




Terima kasih untuk Si Pemberi Tafsir yang ini. Memang di gunakan sepenuhnya. InsyaAllah, akan ada pahala untuk kamu, tiap kali aku menggunakannya. 



Perjalan dari KLIA ke Karachi mengambil masa lebih kurang 6 jam. Jadi, makanan asyik di sumbat sumbat saja. Pekerjaan di dalam flight hanyalah Tidur, bangun, makan. Tidur, bangun, makan. Tidur, bangun, makan. 



Ini adalah beriani KAMBING. KAMBING yer. Duduk dalam flight pun masih berjodohan dengan kambing. Hadoi, adakah jodoh saya akan bersama dengan si penternak kambing?? Alahai. Sungguh suwit. Huhu.











  
Bersiap sedia dengan pakaian ihram sebelum menaiki flight dari Karachi ke Jeddah.




Ok. Untuk lebih jelas mari aku ceritakan sedikit tentang Umrah. Sebab aku sebelum ini juga adalah seorang yang kurang arif hal hal umrah, yang aku faham, sepanjang berada di Mekah, di Tanah Haram, kita di sebut sedang umrah. Tapi, sebenarnya, kefahaman yang di bina sendiri itu adalah silap sama sekali. Itulah, hal hal agama tidak di titik beratkan. Bila perlu sahaja di cari. 

Ok. Umrah ada 5 rukun. Kesemua rukun ini wajib di lakukan. Jika ditinggal maka tidah sah umrah kita.

Pertama Niat. Niat perlu di lafazkan sebelum memasuki Tanah Haram lagi. Tanah haram ini punya boundary yang tersendiri. Dan tempat untuk kita melafazkan niat itu panggil Miqat. Miqat ada banyak tempat dan kesemua tempatnya adalah di.luar tanah haram. Ada yang berkilo batu jaih dari tanah haram. Ada yang memang betul betul sempadan tanah haram dengan tanah halal. Ia bergantung dari arah mana kita datang untuk memasuki Tanah Haram. Kalau kita dari Madinah, kita boleh bermiqat(melafazkan niat nak mengerjakan umrah) di Bir Ali. Kalau kita dari kapal terbang dan nak terus masuk ke Mekah kita perlu niat di Qarnul Manaazil. Niat ini dilakukan sewaktu di atas kapal terbang. Pilot akan mengumumkan apabila sudah masuk kawasan Qarnul Manaazil. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke airport Jeddah, itulah kawasan Qarnul Manaazil. Kalau kita sedang menetap di Mekah, kita boleh berniat umrah di Jaqronnah atau Tannaim. Tanaim terletak di sempadan tanah halal dan tanah haram, Lebih kurang 7 kilo dari Masjidil Haram. Untuk kesana boleh menaiki teksi atau bas dengan bayaran 5 Riyal (teksi) dan bas 2 riyal. Tiba di masjid Jaqronnah, masuk untuk solat sunat tahyatul masjid, dan kemudian berniat menunaikan umrah. Setelah berniat, boleh pulang terus ke Masjidil haram untuk menyempurnakan rukun yang ke 2.

Lepas sahaja kita berniat, maka kita sudah terikat dengan 13 pantang larang yang tidak boleh dilakukan, seperti, lelaki perlu memakai pakaian ihram yakni pakaian kain putih yang tidak berjait, tidak boleh memotong apa-apa di anggota badan, rambut, kuku. Tak boleh memburu binantang. Cabut pokok. Perempuan tidak boleh menutup muka seperti memakai purdah, lelaki tidak boleh menutup kain di kepala. Tidak boleh berkahwin. Dan lain-lain. Boleh google sendiri. Kesemua 13 perkara ini tidak boleh dilakukan sehingga kita selesai melaksanakan kesemua lima rukun umrah. Kalau dilakukan juga, Umrah tetap sah, tetapi perlu membayar dam.

 
Sampai di hotel tika Subuh.



Kedua Tawaf.  Selepas niat, boleh terus ke Masjidil Haram untuk Tawaf sebanyak 7 pusingan. Umrah aku yang pertama, niat adalah di dalam kapal terbang, maka, masuk sahaja tanah haram pada waktu subuh, tidak terus pergi  melaksanakan tawaf. Harus check in hotel dahulu. Harus mengangkat barang masuk ke bilik, harus mandi mandi. Tapi perlu berwaspada takut ada rambut yang gugur. Nanti perlu membayar dam. Selepas selesai bersarapan pagi barulah kami semua di bawa ke Masjidil Haram dan melaksanakan rukun yang ke dua iaitu Tawaf.

Umrah yang ke dua dan seterusnya, aku bermiqot di Tanaim sahaja, miqat yang paling hampir dengan Masjidil Haram, maka sesudah berniat di miqat, maka di ambil teksi dan terus ke masjidil haram untuk melaksanakan tawaf. Tidak ada sesi berehat rehat di bilik takut terbuat 13 perkara larangan itu.

 






Ketiga Saie. Saie adalah berjalan dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Jarak di antara ke dua bukit itu adalah 420meter. Maka, bila di jumlahkan, ibadat saie ini memerlukan kita berjalan sejauh 2.94 kilo meter. Hurm. Jauh bukan. Wahai diri, sila jangan merungut, ketahuilah bahawa, pada zaman Siti Hajar dulu, cabaranya lebih tinggi. Berlari-lari anak di padang pasir yang panas terik, bukit adalah berbatu-batu, tidak ada air. Berbeza dengan ibadah Saie sekarang, yang jalannya adalah marmar licin sejuk, teduh di tutupi bumbung, udara dingin dengan kipas dan aircond di kanan kiri, serta setiap 100 meter di sediakan station air zam zam. Tersangat selesa bukan.


Saie di ground floor. Penuh setiap waktu, memang pemandangannya begini di setiap hari tak kira siang malam.


Saie di tingkat satu. Manusianya kurang. 


 Bukit Marwah


Bagi mereka yang tidak mempunyai kudrat, boleh menyewa alat ini. Bayaran hanya 50 riyal. Ataupun, di ground floor ada perkhidmatan wheel chair yang di tolak oleh pak arab di situ untuk mereka yang tidak kuat berjalan. Upahnya juga sama 50 riyal untuk 7 kali pusingan.



Beginilah station air zam zam di setiap 100 meter perjalanan. 




Keempat Tahlul. Tahlul adalah bercukur. Untuk menyempurnakan ibadah Tahlul ini, perempuan dan lelaki perlu memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Maka, gunting perlu di sediakan sendiri, tidak pun boleh di pinjamkan dengan mereka mereka di sekeliling dengan percuma, kerna semua orang di Tanah Haram akan berlumba lumba mengerjakan kebaikan. Jadi, bila kita meminta untuk di pinjamkan gunting mereka, mereka akan memberi khidmat untuk tolong mengguntingkan sekali rambut kita. Ya, semua orang di sini berebut rebut untuk berbuat kebaikkan sebab di Tanah Haram, setiap perkara baik yang di kerjakan akan di beri pahala 10,000 ganda beza jika di lakukan di luar kawasan Tanah Haram. Untung bukan. Tapi, jangan di lupa. Tiap kejahatan yang kita kerjakan juga akan di beri dosa yang 10,000 kali ganda berbeza di tempat biasa.


Kelima Tertib. Tertib bermakna semua susunan rukun ini harus di lakukan mengikut apa yang di nyatakan dahulu. Tidak boleh sesuka hati ber saie dahulu baru bertawaf. Tidak boleh. Nanti Umrah kamu tidak sah.



Apabila kelima-lima rukun ini di laksanakan, maka kamu sudah pun mendapat satu umrah. Selalunya selepas solat subuh dan makan, aku serta jemaah yang lain akan terus ke Miqat Tanaaim yang jauhnya lebih kurang 5 kilometer. Selepas berniat di situ, terus ke Masjdil Haram untuk menyempurnakan rukun yang empat lagi. Sejam sebelum Zohor, selesailah umrah aku. Tapi, tidak terus pulang ke hotel. Akan menunggu Zohor dahulu dan kemudian baru pulang ke bilik untuk rehat dan makan tengah hari. Asar pulak akan di laksanakan di Masjid Jin saja kerna jarak dari hotel ke Masjdil Haram hampir satu kilo meter. Masjid Jin hanya 100meter saja dari pintu hotel. Selepas Asar baru akan ke Masjidil Haram sampai ke Isyak.

Ok. Itu saja untuk kali ini. Nanti aku ceritakan lagi hal hal lain. Banyak. Tersangat banyak.












PdanS : Cuti sudah habis. Seharusnya esok sudah perlu bertugas, tapi aku masih di kampung halaman? Hadoi. Hai EL, boleh berkenalan.

No comments: