❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 25, 2013

Kad Jemputan #Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga untuk nikmat yang Allah berikan sehingga kini. Nikmat Islam, nikmat iman, nikmat nyawa, penglihatan, pendengaran, percakapan, fizikal yang sihat, tempat tinggal yang selesa, negara yang aman, keluarga, dan banyak lagi nikmat nikmat yang terkarang oleh kita. Jika di karang sekali pun, dakwat yang sebanyak air di lautan belum tentu cukup untuk menghitung nikmat yang Allah berikan. 

Dan salah satu nikmat yang telah Allah berikan buat diri aku, nikmat yang sangat sangat aku nantikan iaitu menjadi tetamu di RumahNYA, sudahpun aku rasainya. Syukur untuk yang itu. Semua perjalanannya sangat di permudahkan oleh Allah. Syukur banyak banyak.

Sekarang, bila Allah memberi rasa dan pengalaman yang bukan semua orang mampu lalui, maka, aku merasakan ianya HARUS dan sangat perlu di kongsi. Dikongsi agar kamu juga turut dapat merasa apa yang Tuhan beri, lalu menjadikan hati perasaan kamu teruja dan berkobar kobar untuk mahu sertai. Itu tujuan aku. Bukan untuk di bangga akan kesempatan yang Allah beri. Tapi perkongsian kisah-kisah yang bakal aku coretkan di sini, untuk pengajaran buat diri, kerna yang aku lalui, banyak yang mencelikkan akal, dan membuka hati aku untuk diaplikasikan pada kehidupan yang mendatang. Semuanya sebagai muhasabah untuk diri, yang aku mahu kongsikan bersama kalian. Itu tujuan aku. Semoga ianya tidak menyimpang.



PART 1 (Bagaimana ianya bermula)

Jemputan yang di terima tidak semudah yang kamu dengar dari apa yang pernah saya sampaikan secara lisan. Saya tidak gemar mendetailkan dalam perbualan. Biarlah kamu tahu yang indah-indah belaka, yang mudah dan nampak senang saja. Tapi, hal yang sebenarnya, ternyata banyak halangan yang perlu saya tempuh, terlalu banyak semangat yang harus saya tanam, pelbagai perubahan yang perlu dibuat dan banyak benda yang mesti di baiki untuk mendapat satu hadiah yang berupa Kad Jemputan dari Tuhan.

Kesedaran, keinginan yang membuak-buak, kerinduan yang teramat, semuanya bermula setahun yang lalu, dari petunjuk sebuah buku. Buku yang secara tidak sengaja aku beli sewaktu berjalan-jalan di Melaka. Entah apa yang mendorong aku untuk punya sebuah buku tersebut sebab aku bukanlah kaki buku tika itu. Membaca sesuatu yang paling membosankan aku. Tapi aku sangat percaya, rasa, keinginan, yang tiba-tiba muncul, semuanya datang dari Allah, semunya digerakkan oleh Allah.

Melalu pembacaan buku tersebut, aku perasan, banyak kisah dari situ yang telah merubah cara hidup aku yang suatu masa dulu, hal hal agama memang di pandang remeh oleh aku. Cara hidup islam hanya secara fizikal. Tapi penghayatan dalam diri sangat kurang. Tidak perlulah aku menceritakan secara detail semua kejahilan aku. Syukurlah bila Allah menutup aib aib kita, maka tidak perlulah kita membuka pekungnya semula.

Biografi Muhammad Bin Abdullah, itulah tajuk yang tertulis pada buku islamik pertama yang aku baca. Pelbagai emosi yang timbul tika menghabiskan sebuah buku itu. Gembira tika Islam memperoleh kemenangan dalam setiap peperangan, tika islam berkembang, dan banyak lagi kisah kisah yang mencuit hati aku. Tapi kesedihan lebih lebih lagi menakluki rasa hati ini. Dengan kisah Rasulullah di hina, di baling dengan batu, di simbah dengan najis unta, di letak duri-duri tajam dalam perjalannya nak ke kaabah, cubaan untuk membunuh Baginda dan kisah di ahir kewafatan baginda, Ya Allah, semuanya menyentuh perasaan hati aku. Kemudian kisah Saidatina Hamzah yang syahid di perang Uhud, yang matanya di cungkil, yang hatinya di robek. Ya Allah, air mata memang tidak dikawal lagi. Semuanya banyak memberi kesan yang mendalam buat hati aku yang sebelum ini keras berbatu.

Semua yang di kisahkan dalam buku tersebut menjadikan aku rindu yang teramat-amat pada Rasulullah, pada sahabatnya, pada tempat tempat yang dikisahkan, Mekah, Madinah, Bukit Uhud, semuanya yang ada disana. Dan perasaan inilah yang mendorong aku untuk ke tempat-tempat itu.

Dalam tika itu, Maulidulrasul baru saja berlalu, maka, kisah-kisah Rasulullah memang banyak di paparkan kaca tivi, di corong radio, di mana-mana saja media yang aku buka, mesti kisah Nabi Junjungan itu yang berkumandang. Satu lagi penyebab yang membuat rasa aku untuk kesana jadi membuak-buak.

Bermula tika itu, tika diri masih tidak bekerjaya, tika diri masik tidak punya sumber kewangan untuk kesana, doa yang aku pohon hanya satu, agar dimurahkan rezeki agar aku dapat menjadi tetamu Allah. Harapan itu sangat sangat menggunung tinggi.

Dan dari tika itu juga doa aku tidak pernah putus putus untuk di Jemput sebagai tetamu Allah. Setiap rezeki yang datang, aku cuba untuk simpan dan di niatkan sebagai perbelanjaan untuk ke Sana. Hajat yang tersimpan, aku sampaikan pada mak ayah, pada keluarga. Aku mahu kesana. Jadi, tiap perpelanjaan aku yang kelihatan seperti sedang memboros, pasti akan mendapat teguran dari mereka. Mereka yang mengingatkan aku tentang harus di simpan duit yang ada. Kadang-kadang aku menjadi seperti seorang yang sangat berkira-kira. Walaupun punya wang hasil upah menjahit,  tuisyen anak-anak kecil yang tak seberapa, tetapi jawapan tetap "tidak" pada ahli keluarga yang meminta mahu dibelanja. Alasannya satu, mahu menyimpan untuk ke Sana.

Penghujung Ogos, wang yang di simpan, yang di kumpul hampir mencukupi. Ya Allah syukur tak terkira. Berkobor-kobar rasa. Terus di pasang niat. December! Semoga ada jemputan pada December, penghujung tahun lalu. Sangat sangat berharap umtuk yang itu.

Bila September tiba, ada kabar yang menggembira hati, hal kerja sudah muncul tiba. Maka, untuk mengatur langkah, untuk memulakan kehidupan baru yang bersendirian saja sangat sangat memerlukan wang yang banyak. Sumber kewangan aku hanya satu, iaitu duit yang aku simpan untuk ke Sana. Mahu tidak mahu, terpaksa di gunakan juga. Sedikit demi sedikit wang yang di simpan itu di korek korek,  Sampai beberapa ketika, jumlahnya tinggal tidak seberapa. Sedih sangat hati aku tika itu. Hurmm. Mungkin bukan rezeki aku lagi untuk kesana. Tak mengapalah think positif. Aku percaya dan berpegang satu kata-kata, "Nak menunaikan umrah/haji nie bukan terletak pada wang yang banyak, bukan pada kesihatan yang baik, tapi terletak pada jemputanNYA. Kalau ada jemputan, sesusah mana kita, sepayah mana kita, pasti di permudahkan, pasti di jemput dari sumber yang kita tak sangka-sangka." 

Sudah 4 bulan aku bekerja, tapi gaji setiap bulan, ada saja yang harus di belanja, sampai tidak sempat untuk aku simpan pada hajat yang sudah lama hati damba. Hurm, bagaimana mahu ke sana? Simpanan masih tidak mencukupi. Taip hari aku berdoa agar dijemput Allah. Nak mengharapkan wang yang ada memang tidak mencukupi. Tak kan aku nak mengharapkan ada jemputan dari Allah, tapi jalan-jalannya aku tak cuba untuk buka. Sampai satu ketika, apa saja peraduan yang aku lihat hadiahnya adalah pakej menunaikan umrah, aku akan usaha untuk menyertainya. Itu saja usaha yang mampu aku lakukan. 

Satu hari, di penghujung December, di petang yang agak sibuk, , di tempat kerja, tiba-tiba mendapat satu SMS dari ayah. "Pakej umrah RM5200". Tertanya-tanya aku, kenapa tiba-tiba ayah menghantar SMS seperti itu. Kerana kesibukkan menyemak assignment pelajar, aku abaikan dulu SMS itu. 3 menet kemudian, satu lagi SMS yang masuk ke handphone aku. "Duit ada banyak mana". Hurm. Seperti aneh saja soalan yang ayah ajukan. Terus di balas "Tak cukup lagi". Dan SMS itu terhenti di situ saja.

Pada malamnya, tika diri sedang sibuk mentelaah buku yang baru dibeli, tiba-tiba mendapat panggilan dari si ibu. Tangan aku laju mencapai talifon. Setelah di tanya kabar, di soal beberapa soalan, mak pun berkata "Mak dah bubuh nama Muna p Umrah". Ya Allah, berita gembira apakah ini? Terus lidah aku kelu, tak dapat meneruskan kata-kata, yang hanya terkeluar Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah saja. Sampai hati aku sebak, terus mata berkaca. Tika itu memang aku tak dapat teruskan kata-kata. Aku jadi sebak kalau meneruskan perbualan dengan mak. Tapi diri cuba di gagahi juga. Tak tahu apa yang nak di kata, yang kedengaran "Terima kasih mak" Entah berapa kali hanya perkataan itu saja yang aku mampu ulang. Memang  tak ada kata lain lagi yang mampu di ungkapkan, hanya itu saja yang aku rasa selayaknya. Syukur. Syukur. Alhamdulillah. Suara mak juga sudah berubah. Aku tahu, Mak juga sedang sebak seperti aku. Dalam situasi yang kedua-duanya sedang menahan sebak, diselangin pula dengan tawa kecil, tawa gembira sebagai tanda kesyukuran kami. Ya Allah, syukur aku tidak tidak terhingga pada JemputanMU.

Setelah menamatkan perbualan, air mata aku turun laju. Gugur lebih banyak dari tadi, mungkin paling banyak sepanjang hidup aku. Ya menangis aku kali ini sampai teresak esak, bersungguh, untuk kesyukuran, kegembiraan dengan Jemputan yang Allah berikan. Menangis atas sebab Rahmat Tuhan yang ini, diri selalu saja jahil pada tiap perintah dan suruhanNYA, tapi tiap apa yang aku pohonkan, selalu saja Allah beri. Ya Allah, malunya terasa. 

Kamu yang aku kasihi sekalian, dari kisah setahun yang aku lalui ini. Satu perkara yang buat hati aku sedar.   "Tiap-tiap semua perbuatan niatkan kerana Allah, bergantung dan berserah juga hanya pada Allah". Apa-apa perbuatan yang kita buat, apa-apa hajat yang kita pohon, semuanya BERBALIKLAH PADA ALLAH. Percayalah, yang bila mana, kita memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tidak henti henti, bergantung pada Allah, berharap pada Allah dan dalam masa yang sama cuba untuk di laksanakan segala suruhannya, di tinggalkan segala larangannya, maka sesudah semua itu di lakukan, letakkan pula tawakal kepada Allah bersama sabar yang tinggi dan kepercayaan yang menggunung. Maka, bila sampai waktu yang sesuai, sambutlah pemberian Allah itu dengan penuh kesyukuran. Hanya Allah saja tahu waktu yang terbaik untuk diberi apa yang kita pohonkan. Ada. Pasti akan tiba. Yang membezakan, hanya lambat atau cepat. 










PdanS : Muka tersangat-sangat burn sampai tidak dikenali oleh sepupu yang berjumpa. huhu. Kerna cuaca di Mekah panas. Tapi tidak panas yang membahang. Panas Mekah, walaupun cahaya mentarinya terik menyinar, tapi langsung tak mendatangkan bahang yang panas. Angin sentiasa menyapa di muka. Kadang-kadang sejuk terasa.

1 comment:

Wiyah said...

tahniah muna dpt jemputan awal..menangis i baca entry u,,;-( br teringat i blom baca lg buku tu,,,masih dlm kotak kat umh mak..terus tergerak hati nak baca, mcm nak baca sekarang jer