❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 28, 2013

Malam-malam





Penuh dengan teringat, 

Bila di tatap balik gambar gambar lalu, 

Sambil lagu opick perlahan di putar, 

Alahai,

Shahdu terasa,

Mata pun mula berkaca, 

Tapi di bibir terukir senyum,

Senyum tanda syukur, 

Tanda percaya pada Janji Allah

Janji yang benar,

Janji yang pasti ada,

InsyaAllah

^_^










PdanS : Malam malam. Bila membuat kerja seorang seorang. Mesti hati nak kena ingat itu ini. Nak kena touching sorang sorang. Hurmmm..

Dulu dulu









Sign aku suatu tika dulu. Zaman yang mungkin kalau bercinta akan di panggil monyet, zaman baju sekolah color purple sebab nila ujala tak menahan nahan tuang, zaman pakai kasut palas akan nampak sangat cool plus bawal beg silang, zaman tudung sekolah kalau lipat fesyen ke belakang akan nampak sangat stylo woww !! Yes, di zaman itu. Zaman identiti masih samar samar. Tidak tahu nak menjadi yang bagaimana. Kadang-kadang membawa imej sebagai itik, kadang kadang tinggg!! berubah menjadi ikan yu. Dan kadang kadang juga, eh eh aku sebenarnya adalah seekor semut??? Hurm. Memang konflik.diri betul. Sungguh masa itu mematangkan usia.

Sekarang? Sudah matang? Hurm. Entah. Kamu rasa? Mengikut situasi jugak, dengan siapa yang aku berdampingan. Semua orang seperti itu bukan.

Tapi di sini? Di medan ini? Hurmm. Sebolehnya mahu kelihatan sangat matang seiring usia yang di sandang. Padahal, sambil menaip entry, dok makan coki coki dengan menjadi kakak tiri dalam permainan masak masak  si anak buah.. kehkeh..












PdanS : Sambung kerja menjahit manik pulak. Update kisah di Mekah berehat seketika. Hihi


Wednesday, February 27, 2013

Kad Jemputan #Part 3

#Part 3 : Ziarah


Assalamualaikum kamu. Hai. Bersambung lagi dalam condition yang kurang baik kerana badan sudah mula mahu nak bermanja manja. Kepala agak semakin tingtong. Tak mengapa, yang penting sepanjang di Sana, semuanya sihat dan baik baik belaka. Sekarang, nak sakit sakit, tidak mengapa. Di persila. Boleh saya bercuti secara lama-lama. Itu yang sebenarnya kan. huhu.

Ok. Malam ini mahu berkongsi hal hal ziarah. Menjadi kebiasaan, kalau untuk umrah akan ada aktiviti ziarah ke tempat tempat bersejarah sekitar Mekah dan Madinah. Memang termasuk dalam pakej. Kalau tak ada tuh, hurmm. Sila selidik balik berapa harga yang di bayar? Sebab itu sangat penting sebelum pergi harus survey  dan bertanya mereka yang berpengalaman ke sana tentang travel mana yang bagus. Ok. Itu bukan tajuk ziarah. Itu tips tips sebelum menunaikan umrah. Ok. Sila kembali ke kisah Ziarah. Hihi.

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah bukan sahaja menjadi tetamu di Rumahnya, tapi melawat kawasan kawasan sekitarnya yang penuh dengan sejarah. Banyak tempat yang sempat di lawati. Sebelum menunaikan umrah, bacalah dulu buku buku sejarah tentang Mekah dan Madinah, nanti dah sampai sana akan lebih teruja melihatnya.





1) Hudaibiah.

Selalu nama tempat nie, akan kedengaran sewaktu belajar Pendidikan Islam form 3 saja. Tapi hari nie, Alhamdulillah, sudah sampai ke situ. Di sini dibawa melawat ladang unta yang terletak di sepanjang jalan nak menuju ke Hudaibaih. Di sebabkan sini adalah tempat ternak, jadi unta unta kat sini agak berbau yang tidak menyenangkan dan tidak boleh untuk di tunggang.






Unta. Binatang yang dekat dengan nabi. Di kisahkan oleh Mutawif di sini, satu ketika dulu unta adalah binatang yang sangat pemalu. Kalau nak mengawan sekali pun akan mencari tempat yang tertutup dan kalau ada manusia atau binatang lain yang nampak, dia akan stopkan aktiviti itu. Tapi sekarang, sudah hilang perasaan itu. Tibai sahaja di mana yang rasa perlu. Huhu. Dan, unta nie kan, semua tubuh badan dia sangat bermanfaat kepada kita, dari kulit, daging, tulang, susu sampai ke najis iaitu air kencing. 


Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)





2 ) Perkuburan Ma'la.

Tanah perkuburan yang paling mashur di Mekah. Di sini tersemadinya jasad kechintaan Nabi SAW iaitu Saidatina Khadijah dan beberapa lagi saudara saudara Islam yang meninggal di zaman Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah. Tanah perkuburan di sini sangat istimewa. Hanya mereka yang di pilih Allah saja yang boleh di semadi di sini. Kebanyakkan mereka terdiri dari para alim ulamak. Tidak kisahlah walaupun bukan penduduk Mekah, yang terpilih Allah saja yang boleh dikebumikan di samping jasad jasad penghuni Syurga. Penduduk Mekah yang meninggal akan di kebumikan di satu kawasan lain.  Ada terbaca dalam satu buku itu, bila hari kebangkitan tiba, insan pertama yang akan di bangkitkan Nabi SAW, kedua mereka yang dikebumikan di sekitar Madinah (Tanah perkuburan Baqek) dan kemudian mereka dari tanah perkuburan Ma'la ini. Untung kan bersemadi berhampiran dengan mereka mereka yang di kasihi Allah, secara tak langsung terkena tempias syafaat yang diterima mereka.








3) Masjid Jin

Masjid ini tersangat dekat dengan pintu hotel. Lebih kurang dalam 100m mungkin. Atau lebih dekat lagi. Akan bersolat di sini di waktu Asar. Lain lain waktu akan cuba di usaha untuk di sempurnakan di Masjidil Haram.




Kenapa namanya adalah Masjid Jin? Kisah terjadi di tahun kesepuluh kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda bersama para sahabat hendak pulang dari Taif. Dalam waktu itu, Nabi Muhammad SAW telah membacakan ayat-ayat Al-Quran Surah Ar-Rahmah yang diperdengarkan kepada para sahabat. Diriwayatkan pada ketika itu, sekumpulan Jin yang sedang lalu di kawasan tersebut hendak menuju ke Tihamah, terpukau dari makna Surah Ar-Rahman yang dialunkan Nabi Muhammad SAW. Para Jin tersebut telah menyatakan hasrat merekan untuk memeluk islam kepada Nabi Muhammad SAW. Di sebabkan kisah ini, masjid itu di namakan Masjid Jin.




Hari itu pernah terbaca satu ayat, bunyinya lebih kurang begini "how to dress modestly? just look in the mirror and ask yourself, can i offer my solat in these clothes?" Yes. Betul. Sangat setuju. Di Mekah dan Madinah, taip pakaian yang aku sarung aku sangat yakin ianya boleh  di bawa untuk solat. Selalu sahaja solat aku tidak perlu bertelekung kerna semuanya sudah sempurna di tutupi. Melainkan aku ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah, sebab takut berselilih dengan bukan muhrim waktu menunaikan umrah yang manusianya adalah sangat padat, lalu membatalkan air sembahyang aku, maka memang lebih di galakkan lagi memakain telekung labuh menutupi tangan. Tapi pakaian aku di Malaysia? Di tanah air? Hurm. Nothing to say. Amat berharap tiap perkara baik yang di buat di sana, akan di istiqomahkan bila pulang Malaysia dan sampai bila-bila.





4) Jabal Thur

Gunung yang tertinggi di Kota Mekah. Berketinggian 1730m. Terdapat  gua Thur yang terletak di puncak gunung. Gua Thur adalah  tempat Nabi bersembunyi dari Kaum Quraish selama 3 hari sewaktu hijrah ke Madinah. Setiap hari anak Saidina Abu Bakar, Asma akan mendaki gunung ini dari Kota Mekah ke puncak bagi menghantar makanan untuk Nabi dan ayahnya. Dan Asma waktu itu sedang mengandung. Jarak dari Kota Mekah sudah la jauh, kemudian mendaki gunung yang 2 jam baru sampai ke gua tersebut. Dengan jalan berbatu yang mana belum ada track. Hurm. Saya yang muda nie pun semput naik. Balik bilik terus flat. Lagi nak bermimpi hidup di zaman Rasulullah. Hebatnya iman kamu Duhai Asma..


Kenapa namanya adalah Jabal Thur (Gunung Bonggol Unta)? Ok. Kalau berada di sini, dapat di lihat dari kejauhan yang di atas puncak gungung ini ada satu bentuk kecil yang menyerupai seekor unta sedang duduk berehat. Dan nampak jelas bonggol itu. Di sebabkan hal inilah, gunung ini di namakan Jabal Thur, Gunung bonggol unta.


Hari kedua di Mekah di bawa menziarah di kawasan bawahnya saja. Kemudian, hari ke 7 dibawa naik ke puncaknya pulak. Ya Allah pengalaman yang paling paling bermakna bila boleh duduk di tempat yang mana Nabi pernah duduk, pernah lalu. Hurm. Nanti aku kisahkan ekspidisi itu sebab bukan semua travel agensi akan ada aktivi panjat panjat gunung nie. Hihi.





5) Jabal Rahmah

Tak perlu di cerita kan dengan lebih lanjut. Aku rasa semua orang sangat sedia maklum akan tempat ini. Tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah beribu tahun terpisah di bumi, ahirnya setelah taubat mereka di terima tuhan, di pertemukan semula di bukit ini. Tapi tak berkesempatn memanjatnya, ketua suruh cepat cepat. Mampu berdoa di bawahnya saja. Tak mengapa, dah sampai, dan diberi peluang merasa, melihat dengan mata kasar, dah cukup baik kan.




Jabal Rahmah nie salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, peluang yang Allah bagi di gunakan sebaiknya. Banyak hajat yang dipohon pada Allah di sini. Untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk rakan-rakan dan untuk semua yang pernah berbuat baik pada saya. InsyaAllah, harus yakin, harus sabar, mesti ada.





6) Ladang Kurma

2 kali berkesempatan melawat ladang kurma, pertama yang di atur oleh travel agensi dan yang kedua di bawa oleh sepupu yang tinggal di madinah. Mekah, bumi kering. Susah untuk berjumpa dengan sebatang pokok pun. Mungkin sebab cuacanya yang selalu panas, jadi sukar untuk punya tumbuhan hidup. Berbeza dengan Madinah, sejuk madinah sampai air mampu jadi ais, panasnya pulak seperti sedang membuka oven kek yang baru masak (kazen la cakap, sebab dia kerja bakery, so panas harus la kena di samakan dengan oven masak kek. Boleh la nak di imagine kan sebab aku pun suka baking baking nie. huhu.) Perjalanan nak menuju Madinah sudah boleh berjumpa dengan pokok pokok di padang pasir, dan bila nak memasuki Madinah akan nampak banyak pokok kurma yang di tanam di tepi jalan. Macam negara kita akan berjumpa meranti, cengal di tepi tepi jalan atau highway, tapi di sana, semuanya pokok kurma sebagai pokok jalanan.

Ladang kurma yang di bawa oleh travel agensi tak berapa nak menikmati sangat Ladang Kurmanya. Memang lah tajuk lawatan adalah melawat ladang kurma. Tapi yang sebenarnya adalah shopping buah kurma dan kekacang di kedai depan ladang itu. huhu. Masuk ladang adalah dalam 2, 3 langkah saja. Posing-posing ambik gambar dan masuk kedai sambung shopping.




Kedai.






Kamu tahu kurma yang paling termashur di antara pelbagai jenis kurma? Ok, mari saya ceritakan. 

Kurma Ajwa atau Kurma Nabi paling fames di sini dan di mana-mana saja. Juga antara kurma yang paling mahal. Sekilo berharga 80-120 riyal (RM1 bersamaan 1.2 Riyal). Bergantung pada kualiti. Lagi elok lagi mahal. 

Kenapa kurma itu bernama kurma nabi? Begini kisahnya, asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini, dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri. Diceritakan, pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa. Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.






7) Bukit Uhud




Rasulullah pernah bersabda ; "Ini  adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga"

Sepanjang perjalanan dari Mekah ke Madinah, memang terdapat banyak sangat bukit dan gunung batu yang boleh di lihat di kanan dan kiri jalan. Tapi melihat nya dengan tidak punya apa-apa perasaan melainkan mengkagumi kebesaran Tuhan. Tapi pertama kali memandang bukit Uhud ini, Ya Allah, ada satu perasaan yang tak mampu aku gambarkan, hanya air mata aku saja yang mampu menjelaskannya. Terasa sangat dekat, terasa seperti bukit itu sedang memandang dengan rasa cinta, terasa bukit itu sedang menyatakan sesuatu. Kemudian teringat kisah perang Uhud, teringat hadis nabi yang menyatakan bukit ini menyintai Baginda, Ya Allah, hati jadi sayu teramat.




Dalam peperangan di Bukit Uhud ini, tentera Islam pada awalnya ialah 1000 orang. Dalam perjalanan untuk ke bukit Uhud seramai 300 orang munafik iaitu yang diketua oleh Abdullah bin Ubai bin Salul telah keluar dari barisan perang. Mereka ini pengecut yang lari dari bersama-sama berperang..

Dalam perang ini, tentera Islam pada awalnya telah berjaya. Tetapi atas sebab sikap sesetengah tentera Islam iaitu tentera pemanah yang berada di bukit Uhud  yang tidak mendengar arahan Nabi
menyebabkan mereka telah turun dari bukit Uhud untuk mengambil harta rampasan dari tentera musyirikin yang di tinggalkan. Apabila melihat keadaan itu, tentera musyirikin telah patah balik dan telah menyerang mereka dari belakang bukit Uhud. Ramai yang syahid ketika itu.

Syaidina Hamzah iaitu bapa sudara Rasulullah SAW telah di bunuh dengan tombak oleh Wahsyi. Wahsyi bin Harb membunuh syaidana Hamzah kerana mahu membalas dendam atas kematian saudara-saudaranya dalam perang Badar. Malahan 70 orang tentera Islam yang lain turut Syahid..

Ketika ini juga berlaku sesuatu yang menyayat hati apabila semua tentera yang telah syahid itu telah dicincang oleh tentera musyirikin itu. Dan ada wanita Quraisy mahu mengambil jantung Syaidina Hamzah untuk dimakan. Namun Allah tidak meredhai dan dia tidak dapat melakukan. Mereka juga mengambil anggota badan tentera Islam seperti telinga dijadikan anting-anting. 









Ok. Ini saja cerita untuk malam ini. Sakit otak aku mengarangnya. Macam sedang membuat assignment saja. Huhu. Next?? Nanti aku kisahkan ziarah yang tidak termasuk dalam travel agensi punya tentetif. Sendiri sendiri punya. Ok. Bye. Assalamualaikum.










PdanS : Alhamdulillah, lepas pulang nie terasa Allah selalu saja permudahkan urusan aku. Tadi ke klinik mendapatkan MC sebab badan tidak berapa baik. Lalu di beri MC 3 hari. Jadi akan bercuti cuti lagi sampai Sabtu. Lepas tu, pulang ke KL untuk mengambil kereta yang di park di situ, lalu "Hai Kuantan. Salam perkenalan." Hihi

Monday, February 25, 2013

Kad Jemputan #Part 2

Part #2 : Perjalanan dan Umrah




Aku tidak tahu nak di kisahkan bermula dari yang mana, sebab semuanya baik baik belaka. Berkat doa kamu,  Allah permudahkan semuanya.

Perjalanan aku bermula dari KLIA. Kakak, abang, anak buah semuanya turut serta. Meriah jadinya. Meriah sampai hilang kelibat 2 anak buah aku secara tiba-tiba. Jadi panik kami semua untuk seketika. Hadoi. Bila sudah berkumpul ramai-ramai, memang akan naik tanduk semuanya.


 


 











 
2 orang otai ini lah yang hilang tanpa pesan. Hadoi.



Waktu ini, sudah berpisah dari kaum keluarga. Mereka hanya boleh berkomunikasi dari kejauhan. Sedang manusia memenuhi kaunter, di atas dan di bawah, tiba-tiba semua anak buah buang tebiat, menjerit sekuat hati "Maktehhhhhhhhhh, doakan Hunsa jadi pengawasssssss"... "Maktehhhhh, doakan kite jadi budak yang baikkkk" (lucu sungguh pesanan ini sebab yang memesan adalah anak buah aku paling otai dan tak dengar cakap. huhu)... "Maktehhh, doakan kuku syimah baekkk". Hadoi. Terasa glemer sekejap.





Perjalan aku terus ke Jeddah, tapi terpaksa transit dahulu di Karachi, Pakistan kerna pesawat yang aku naiki adalah Pakistan Air Line. Maka memang akan ada transit di negara yang mungkin 30 tahun mudur dari kita. Nanti aku kisahkan tentang negara itu. Transit di sana lebih kurang 4, 5  jam, dan jam sesudah isyak, bersiap siap hendak bertolak ke Jeddah. Di sebabkan aku akan ke Mekah dahulu selama sembilan hari dan kemudian baru ke Madinah selama 3 hari, maka, kami semua harus memakai lengkap pakaian ihram.



 
Sebenarnya ini bukanlah seat aku. Tapi di sebab kan ada yang mahu menukarnya, maka aku mengofferkan diri untuk duduk di sebelah Puan Bunda. Tapi sebenarnya mahu berada di sebelah tingkap lagi. Huhu




Terima kasih untuk Si Pemberi Tafsir yang ini. Memang di gunakan sepenuhnya. InsyaAllah, akan ada pahala untuk kamu, tiap kali aku menggunakannya. 



Perjalan dari KLIA ke Karachi mengambil masa lebih kurang 6 jam. Jadi, makanan asyik di sumbat sumbat saja. Pekerjaan di dalam flight hanyalah Tidur, bangun, makan. Tidur, bangun, makan. Tidur, bangun, makan. 



Ini adalah beriani KAMBING. KAMBING yer. Duduk dalam flight pun masih berjodohan dengan kambing. Hadoi, adakah jodoh saya akan bersama dengan si penternak kambing?? Alahai. Sungguh suwit. Huhu.











  
Bersiap sedia dengan pakaian ihram sebelum menaiki flight dari Karachi ke Jeddah.




Ok. Untuk lebih jelas mari aku ceritakan sedikit tentang Umrah. Sebab aku sebelum ini juga adalah seorang yang kurang arif hal hal umrah, yang aku faham, sepanjang berada di Mekah, di Tanah Haram, kita di sebut sedang umrah. Tapi, sebenarnya, kefahaman yang di bina sendiri itu adalah silap sama sekali. Itulah, hal hal agama tidak di titik beratkan. Bila perlu sahaja di cari. 

Ok. Umrah ada 5 rukun. Kesemua rukun ini wajib di lakukan. Jika ditinggal maka tidah sah umrah kita.

Pertama Niat. Niat perlu di lafazkan sebelum memasuki Tanah Haram lagi. Tanah haram ini punya boundary yang tersendiri. Dan tempat untuk kita melafazkan niat itu panggil Miqat. Miqat ada banyak tempat dan kesemua tempatnya adalah di.luar tanah haram. Ada yang berkilo batu jaih dari tanah haram. Ada yang memang betul betul sempadan tanah haram dengan tanah halal. Ia bergantung dari arah mana kita datang untuk memasuki Tanah Haram. Kalau kita dari Madinah, kita boleh bermiqat(melafazkan niat nak mengerjakan umrah) di Bir Ali. Kalau kita dari kapal terbang dan nak terus masuk ke Mekah kita perlu niat di Qarnul Manaazil. Niat ini dilakukan sewaktu di atas kapal terbang. Pilot akan mengumumkan apabila sudah masuk kawasan Qarnul Manaazil. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke airport Jeddah, itulah kawasan Qarnul Manaazil. Kalau kita sedang menetap di Mekah, kita boleh berniat umrah di Jaqronnah atau Tannaim. Tanaim terletak di sempadan tanah halal dan tanah haram, Lebih kurang 7 kilo dari Masjidil Haram. Untuk kesana boleh menaiki teksi atau bas dengan bayaran 5 Riyal (teksi) dan bas 2 riyal. Tiba di masjid Jaqronnah, masuk untuk solat sunat tahyatul masjid, dan kemudian berniat menunaikan umrah. Setelah berniat, boleh pulang terus ke Masjidil haram untuk menyempurnakan rukun yang ke 2.

Lepas sahaja kita berniat, maka kita sudah terikat dengan 13 pantang larang yang tidak boleh dilakukan, seperti, lelaki perlu memakai pakaian ihram yakni pakaian kain putih yang tidak berjait, tidak boleh memotong apa-apa di anggota badan, rambut, kuku. Tak boleh memburu binantang. Cabut pokok. Perempuan tidak boleh menutup muka seperti memakai purdah, lelaki tidak boleh menutup kain di kepala. Tidak boleh berkahwin. Dan lain-lain. Boleh google sendiri. Kesemua 13 perkara ini tidak boleh dilakukan sehingga kita selesai melaksanakan kesemua lima rukun umrah. Kalau dilakukan juga, Umrah tetap sah, tetapi perlu membayar dam.

 
Sampai di hotel tika Subuh.



Kedua Tawaf.  Selepas niat, boleh terus ke Masjidil Haram untuk Tawaf sebanyak 7 pusingan. Umrah aku yang pertama, niat adalah di dalam kapal terbang, maka, masuk sahaja tanah haram pada waktu subuh, tidak terus pergi  melaksanakan tawaf. Harus check in hotel dahulu. Harus mengangkat barang masuk ke bilik, harus mandi mandi. Tapi perlu berwaspada takut ada rambut yang gugur. Nanti perlu membayar dam. Selepas selesai bersarapan pagi barulah kami semua di bawa ke Masjidil Haram dan melaksanakan rukun yang ke dua iaitu Tawaf.

Umrah yang ke dua dan seterusnya, aku bermiqot di Tanaim sahaja, miqat yang paling hampir dengan Masjidil Haram, maka sesudah berniat di miqat, maka di ambil teksi dan terus ke masjidil haram untuk melaksanakan tawaf. Tidak ada sesi berehat rehat di bilik takut terbuat 13 perkara larangan itu.

 






Ketiga Saie. Saie adalah berjalan dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Jarak di antara ke dua bukit itu adalah 420meter. Maka, bila di jumlahkan, ibadat saie ini memerlukan kita berjalan sejauh 2.94 kilo meter. Hurm. Jauh bukan. Wahai diri, sila jangan merungut, ketahuilah bahawa, pada zaman Siti Hajar dulu, cabaranya lebih tinggi. Berlari-lari anak di padang pasir yang panas terik, bukit adalah berbatu-batu, tidak ada air. Berbeza dengan ibadah Saie sekarang, yang jalannya adalah marmar licin sejuk, teduh di tutupi bumbung, udara dingin dengan kipas dan aircond di kanan kiri, serta setiap 100 meter di sediakan station air zam zam. Tersangat selesa bukan.


Saie di ground floor. Penuh setiap waktu, memang pemandangannya begini di setiap hari tak kira siang malam.


Saie di tingkat satu. Manusianya kurang. 


 Bukit Marwah


Bagi mereka yang tidak mempunyai kudrat, boleh menyewa alat ini. Bayaran hanya 50 riyal. Ataupun, di ground floor ada perkhidmatan wheel chair yang di tolak oleh pak arab di situ untuk mereka yang tidak kuat berjalan. Upahnya juga sama 50 riyal untuk 7 kali pusingan.



Beginilah station air zam zam di setiap 100 meter perjalanan. 




Keempat Tahlul. Tahlul adalah bercukur. Untuk menyempurnakan ibadah Tahlul ini, perempuan dan lelaki perlu memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Maka, gunting perlu di sediakan sendiri, tidak pun boleh di pinjamkan dengan mereka mereka di sekeliling dengan percuma, kerna semua orang di Tanah Haram akan berlumba lumba mengerjakan kebaikan. Jadi, bila kita meminta untuk di pinjamkan gunting mereka, mereka akan memberi khidmat untuk tolong mengguntingkan sekali rambut kita. Ya, semua orang di sini berebut rebut untuk berbuat kebaikkan sebab di Tanah Haram, setiap perkara baik yang di kerjakan akan di beri pahala 10,000 ganda beza jika di lakukan di luar kawasan Tanah Haram. Untung bukan. Tapi, jangan di lupa. Tiap kejahatan yang kita kerjakan juga akan di beri dosa yang 10,000 kali ganda berbeza di tempat biasa.


Kelima Tertib. Tertib bermakna semua susunan rukun ini harus di lakukan mengikut apa yang di nyatakan dahulu. Tidak boleh sesuka hati ber saie dahulu baru bertawaf. Tidak boleh. Nanti Umrah kamu tidak sah.



Apabila kelima-lima rukun ini di laksanakan, maka kamu sudah pun mendapat satu umrah. Selalunya selepas solat subuh dan makan, aku serta jemaah yang lain akan terus ke Miqat Tanaaim yang jauhnya lebih kurang 5 kilometer. Selepas berniat di situ, terus ke Masjdil Haram untuk menyempurnakan rukun yang empat lagi. Sejam sebelum Zohor, selesailah umrah aku. Tapi, tidak terus pulang ke hotel. Akan menunggu Zohor dahulu dan kemudian baru pulang ke bilik untuk rehat dan makan tengah hari. Asar pulak akan di laksanakan di Masjid Jin saja kerna jarak dari hotel ke Masjdil Haram hampir satu kilo meter. Masjid Jin hanya 100meter saja dari pintu hotel. Selepas Asar baru akan ke Masjidil Haram sampai ke Isyak.

Ok. Itu saja untuk kali ini. Nanti aku ceritakan lagi hal hal lain. Banyak. Tersangat banyak.












PdanS : Cuti sudah habis. Seharusnya esok sudah perlu bertugas, tapi aku masih di kampung halaman? Hadoi. Hai EL, boleh berkenalan.

Kad Jemputan #Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga untuk nikmat yang Allah berikan sehingga kini. Nikmat Islam, nikmat iman, nikmat nyawa, penglihatan, pendengaran, percakapan, fizikal yang sihat, tempat tinggal yang selesa, negara yang aman, keluarga, dan banyak lagi nikmat nikmat yang terkarang oleh kita. Jika di karang sekali pun, dakwat yang sebanyak air di lautan belum tentu cukup untuk menghitung nikmat yang Allah berikan. 

Dan salah satu nikmat yang telah Allah berikan buat diri aku, nikmat yang sangat sangat aku nantikan iaitu menjadi tetamu di RumahNYA, sudahpun aku rasainya. Syukur untuk yang itu. Semua perjalanannya sangat di permudahkan oleh Allah. Syukur banyak banyak.

Sekarang, bila Allah memberi rasa dan pengalaman yang bukan semua orang mampu lalui, maka, aku merasakan ianya HARUS dan sangat perlu di kongsi. Dikongsi agar kamu juga turut dapat merasa apa yang Tuhan beri, lalu menjadikan hati perasaan kamu teruja dan berkobar kobar untuk mahu sertai. Itu tujuan aku. Bukan untuk di bangga akan kesempatan yang Allah beri. Tapi perkongsian kisah-kisah yang bakal aku coretkan di sini, untuk pengajaran buat diri, kerna yang aku lalui, banyak yang mencelikkan akal, dan membuka hati aku untuk diaplikasikan pada kehidupan yang mendatang. Semuanya sebagai muhasabah untuk diri, yang aku mahu kongsikan bersama kalian. Itu tujuan aku. Semoga ianya tidak menyimpang.



PART 1 (Bagaimana ianya bermula)

Jemputan yang di terima tidak semudah yang kamu dengar dari apa yang pernah saya sampaikan secara lisan. Saya tidak gemar mendetailkan dalam perbualan. Biarlah kamu tahu yang indah-indah belaka, yang mudah dan nampak senang saja. Tapi, hal yang sebenarnya, ternyata banyak halangan yang perlu saya tempuh, terlalu banyak semangat yang harus saya tanam, pelbagai perubahan yang perlu dibuat dan banyak benda yang mesti di baiki untuk mendapat satu hadiah yang berupa Kad Jemputan dari Tuhan.

Kesedaran, keinginan yang membuak-buak, kerinduan yang teramat, semuanya bermula setahun yang lalu, dari petunjuk sebuah buku. Buku yang secara tidak sengaja aku beli sewaktu berjalan-jalan di Melaka. Entah apa yang mendorong aku untuk punya sebuah buku tersebut sebab aku bukanlah kaki buku tika itu. Membaca sesuatu yang paling membosankan aku. Tapi aku sangat percaya, rasa, keinginan, yang tiba-tiba muncul, semuanya datang dari Allah, semunya digerakkan oleh Allah.

Melalu pembacaan buku tersebut, aku perasan, banyak kisah dari situ yang telah merubah cara hidup aku yang suatu masa dulu, hal hal agama memang di pandang remeh oleh aku. Cara hidup islam hanya secara fizikal. Tapi penghayatan dalam diri sangat kurang. Tidak perlulah aku menceritakan secara detail semua kejahilan aku. Syukurlah bila Allah menutup aib aib kita, maka tidak perlulah kita membuka pekungnya semula.

Biografi Muhammad Bin Abdullah, itulah tajuk yang tertulis pada buku islamik pertama yang aku baca. Pelbagai emosi yang timbul tika menghabiskan sebuah buku itu. Gembira tika Islam memperoleh kemenangan dalam setiap peperangan, tika islam berkembang, dan banyak lagi kisah kisah yang mencuit hati aku. Tapi kesedihan lebih lebih lagi menakluki rasa hati ini. Dengan kisah Rasulullah di hina, di baling dengan batu, di simbah dengan najis unta, di letak duri-duri tajam dalam perjalannya nak ke kaabah, cubaan untuk membunuh Baginda dan kisah di ahir kewafatan baginda, Ya Allah, semuanya menyentuh perasaan hati aku. Kemudian kisah Saidatina Hamzah yang syahid di perang Uhud, yang matanya di cungkil, yang hatinya di robek. Ya Allah, air mata memang tidak dikawal lagi. Semuanya banyak memberi kesan yang mendalam buat hati aku yang sebelum ini keras berbatu.

Semua yang di kisahkan dalam buku tersebut menjadikan aku rindu yang teramat-amat pada Rasulullah, pada sahabatnya, pada tempat tempat yang dikisahkan, Mekah, Madinah, Bukit Uhud, semuanya yang ada disana. Dan perasaan inilah yang mendorong aku untuk ke tempat-tempat itu.

Dalam tika itu, Maulidulrasul baru saja berlalu, maka, kisah-kisah Rasulullah memang banyak di paparkan kaca tivi, di corong radio, di mana-mana saja media yang aku buka, mesti kisah Nabi Junjungan itu yang berkumandang. Satu lagi penyebab yang membuat rasa aku untuk kesana jadi membuak-buak.

Bermula tika itu, tika diri masih tidak bekerjaya, tika diri masik tidak punya sumber kewangan untuk kesana, doa yang aku pohon hanya satu, agar dimurahkan rezeki agar aku dapat menjadi tetamu Allah. Harapan itu sangat sangat menggunung tinggi.

Dan dari tika itu juga doa aku tidak pernah putus putus untuk di Jemput sebagai tetamu Allah. Setiap rezeki yang datang, aku cuba untuk simpan dan di niatkan sebagai perbelanjaan untuk ke Sana. Hajat yang tersimpan, aku sampaikan pada mak ayah, pada keluarga. Aku mahu kesana. Jadi, tiap perpelanjaan aku yang kelihatan seperti sedang memboros, pasti akan mendapat teguran dari mereka. Mereka yang mengingatkan aku tentang harus di simpan duit yang ada. Kadang-kadang aku menjadi seperti seorang yang sangat berkira-kira. Walaupun punya wang hasil upah menjahit,  tuisyen anak-anak kecil yang tak seberapa, tetapi jawapan tetap "tidak" pada ahli keluarga yang meminta mahu dibelanja. Alasannya satu, mahu menyimpan untuk ke Sana.

Penghujung Ogos, wang yang di simpan, yang di kumpul hampir mencukupi. Ya Allah syukur tak terkira. Berkobor-kobar rasa. Terus di pasang niat. December! Semoga ada jemputan pada December, penghujung tahun lalu. Sangat sangat berharap umtuk yang itu.

Bila September tiba, ada kabar yang menggembira hati, hal kerja sudah muncul tiba. Maka, untuk mengatur langkah, untuk memulakan kehidupan baru yang bersendirian saja sangat sangat memerlukan wang yang banyak. Sumber kewangan aku hanya satu, iaitu duit yang aku simpan untuk ke Sana. Mahu tidak mahu, terpaksa di gunakan juga. Sedikit demi sedikit wang yang di simpan itu di korek korek,  Sampai beberapa ketika, jumlahnya tinggal tidak seberapa. Sedih sangat hati aku tika itu. Hurmm. Mungkin bukan rezeki aku lagi untuk kesana. Tak mengapalah think positif. Aku percaya dan berpegang satu kata-kata, "Nak menunaikan umrah/haji nie bukan terletak pada wang yang banyak, bukan pada kesihatan yang baik, tapi terletak pada jemputanNYA. Kalau ada jemputan, sesusah mana kita, sepayah mana kita, pasti di permudahkan, pasti di jemput dari sumber yang kita tak sangka-sangka." 

Sudah 4 bulan aku bekerja, tapi gaji setiap bulan, ada saja yang harus di belanja, sampai tidak sempat untuk aku simpan pada hajat yang sudah lama hati damba. Hurm, bagaimana mahu ke sana? Simpanan masih tidak mencukupi. Taip hari aku berdoa agar dijemput Allah. Nak mengharapkan wang yang ada memang tidak mencukupi. Tak kan aku nak mengharapkan ada jemputan dari Allah, tapi jalan-jalannya aku tak cuba untuk buka. Sampai satu ketika, apa saja peraduan yang aku lihat hadiahnya adalah pakej menunaikan umrah, aku akan usaha untuk menyertainya. Itu saja usaha yang mampu aku lakukan. 

Satu hari, di penghujung December, di petang yang agak sibuk, , di tempat kerja, tiba-tiba mendapat satu SMS dari ayah. "Pakej umrah RM5200". Tertanya-tanya aku, kenapa tiba-tiba ayah menghantar SMS seperti itu. Kerana kesibukkan menyemak assignment pelajar, aku abaikan dulu SMS itu. 3 menet kemudian, satu lagi SMS yang masuk ke handphone aku. "Duit ada banyak mana". Hurm. Seperti aneh saja soalan yang ayah ajukan. Terus di balas "Tak cukup lagi". Dan SMS itu terhenti di situ saja.

Pada malamnya, tika diri sedang sibuk mentelaah buku yang baru dibeli, tiba-tiba mendapat panggilan dari si ibu. Tangan aku laju mencapai talifon. Setelah di tanya kabar, di soal beberapa soalan, mak pun berkata "Mak dah bubuh nama Muna p Umrah". Ya Allah, berita gembira apakah ini? Terus lidah aku kelu, tak dapat meneruskan kata-kata, yang hanya terkeluar Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah saja. Sampai hati aku sebak, terus mata berkaca. Tika itu memang aku tak dapat teruskan kata-kata. Aku jadi sebak kalau meneruskan perbualan dengan mak. Tapi diri cuba di gagahi juga. Tak tahu apa yang nak di kata, yang kedengaran "Terima kasih mak" Entah berapa kali hanya perkataan itu saja yang aku mampu ulang. Memang  tak ada kata lain lagi yang mampu di ungkapkan, hanya itu saja yang aku rasa selayaknya. Syukur. Syukur. Alhamdulillah. Suara mak juga sudah berubah. Aku tahu, Mak juga sedang sebak seperti aku. Dalam situasi yang kedua-duanya sedang menahan sebak, diselangin pula dengan tawa kecil, tawa gembira sebagai tanda kesyukuran kami. Ya Allah, syukur aku tidak tidak terhingga pada JemputanMU.

Setelah menamatkan perbualan, air mata aku turun laju. Gugur lebih banyak dari tadi, mungkin paling banyak sepanjang hidup aku. Ya menangis aku kali ini sampai teresak esak, bersungguh, untuk kesyukuran, kegembiraan dengan Jemputan yang Allah berikan. Menangis atas sebab Rahmat Tuhan yang ini, diri selalu saja jahil pada tiap perintah dan suruhanNYA, tapi tiap apa yang aku pohonkan, selalu saja Allah beri. Ya Allah, malunya terasa. 

Kamu yang aku kasihi sekalian, dari kisah setahun yang aku lalui ini. Satu perkara yang buat hati aku sedar.   "Tiap-tiap semua perbuatan niatkan kerana Allah, bergantung dan berserah juga hanya pada Allah". Apa-apa perbuatan yang kita buat, apa-apa hajat yang kita pohon, semuanya BERBALIKLAH PADA ALLAH. Percayalah, yang bila mana, kita memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tidak henti henti, bergantung pada Allah, berharap pada Allah dan dalam masa yang sama cuba untuk di laksanakan segala suruhannya, di tinggalkan segala larangannya, maka sesudah semua itu di lakukan, letakkan pula tawakal kepada Allah bersama sabar yang tinggi dan kepercayaan yang menggunung. Maka, bila sampai waktu yang sesuai, sambutlah pemberian Allah itu dengan penuh kesyukuran. Hanya Allah saja tahu waktu yang terbaik untuk diberi apa yang kita pohonkan. Ada. Pasti akan tiba. Yang membezakan, hanya lambat atau cepat. 










PdanS : Muka tersangat-sangat burn sampai tidak dikenali oleh sepupu yang berjumpa. huhu. Kerna cuaca di Mekah panas. Tapi tidak panas yang membahang. Panas Mekah, walaupun cahaya mentarinya terik menyinar, tapi langsung tak mendatangkan bahang yang panas. Angin sentiasa menyapa di muka. Kadang-kadang sejuk terasa.

Friday, February 22, 2013

Pulang.

Assalamualaikum. Hai belog. Hai kamu yang comel sebab rajin menanti kisah kisah sini. Kalaulah saya tahu nama kelibat kelibat kamu yang sedang membaca nie, mesti dah ada pecuma jubah sepasang dua. Baik mengaku cepat!! Nak ole ole tak???? Hihi

Sekarang di airport Madinah, sedang menanti flight untuk pulang ke tanah tumpah darah. Tapi tidak terus ke sana. Ada Karachi seround dua untuk di singgah. I loike!!  I loike sebab ada shawl cantik menawan yang boleh di hiaskan pada kepala. Harus la suka kan. Huhu. Transit di situ agak lama dan terpaksa bermalam. Dan InsyaAllah, jam 10 pagi ahad akan sampai di KLIA. Semoga Allah permudahkan perjalanan balik sebagainama Allah permudahkan tiap pekerjaan aku sepanjang di Tanah Haram NYA.

Hurm cepat sungguh 2 minggu itu berlalu kan. Dulu menantinya sudah la terasa lama. Tapi bila dah berjumpa, alahai, kenapa masa itu laju. Kepuasan belum datang, sudah harus pulang. Hurm. Tak mengapa, mari doa banyak banyak, InsyaAllah ada jemputan lagi.

Tempoh 2 minggu yang aku lalui sangat mencelekkan minda dan membuka hati aku untuk banyak hal. Setiap hari ada saja kisah untuk diri muhasabahkan. Betul, Allah tak mendatangkan semua.perkara itu dengan sia sia. Baik atau buruk, semuanya ada pengajaran. Terserah pada kita nak memandangnya dari sudut yang bagaimana.

Kamu, sangat banyak kisah kisah menarik yang nak di kongsi. Suka duka. Sedih gembira. Macam macam. Tapi, di henpon  yang tak seberapa nie, yang membataskan tiap abjad abjad untuk di ketuk ketuk, maka, next entrylah saya kisahkan satu persatu pengalaman yang Allah beri pada saya. Semuanya INDAH INDAH. Seindah melihat Kaabah untuk pertama kali dalam hidup dengan mata kasar ini. Ya Allah tak ada ayat nak di ungkapkan untuk.menyatakan apa yang hati rasa. Hanya air mata yang mampu menggambarkan segalanya.

Kamu, alahai. Flight delay kah??? Sudah berejam menanti nieh. Alahai alahai alahaiii. Hurmm.. Tak mengapa. Kita sambung berbicara lagi.

Kamu, hidup sudah perlu kembali kepada biasa biasa. Ada pekerjaan, ada kelas, ada pelajar, ada sesi menanda assignment, menggubal soalan final. Nak tak nak semua itu harus di tempuh. Jangan malas. Harus Rajin beruasaha. Tanpa kerja kerja itu, duit tak akan dapat terkumpul untuk menjadi penyebab bagi kamu dapat sampai lagi ke sini. Yes. Mari simpan duit!!! Sangat berhajat mahu kembali lagi di bumi penuh Barakah ini.

Kamu, jam di tangan menunjukkan pukul 10.37 menet malam. Waktu di malaysia mungkin sudah ke jam 4, 5 pagi. Di sini malam baru bermula. Dan mata aku pun sudah mula berstim stim. Nak tidur seperti sangat tidak selesa. Sekarang pun sedang melepak di tepi tiang untuk henpon ini mendapat nuietrin bagi terus hidup. Hanya duduk bersila dan bersandar pada tiang saja. Manusia yang nak ke Pakistan memenuhi tiap bangku yang tersedia. Hurmm. Dan perut mula bergazal. Yes, sudah pandai begazal ye sejak sejak balik dari saudi nie. Keroncong keroncong sudah tidak di layan. Huhu









Thursday, February 7, 2013

Jumaat lagi.


Assalamualaikum Jumaat. ^_^ Hai pagi yang cemerlang. Yes, sangat cemerlang. ^_^ Sampai sampai office sudah di buka kitab-kitab tebal untuk di telaah bagi kelas ini hari. Kagum sekejap. Selalu tidak lah sebagus ini. Akan berlagha-lagha dahulu seroud dua, bergosip sana sini dengan rakan sekerja, lepas tu baru memulakan aktiviti kerja. Hihi.

Kelasnya adalah di jam 10. Jadi, jam 9 membawa diri ke Kemira kedai makan paling mabeles di sini. Semua ada. Aku pergi jadi gila kejap. Dengan nasik kebarunya, laksamnya, rotijalanya, nasik dagangnya, uish, sebut je apa yang perut mengidam, insyaAllah semua ada. ^_^ Kalau orang tanya apa yang best Kuantan, memang akan laju aku menjawab "MAKANAN". Yes, sangat heaven!! Sebab tu diet aku selalu tak menjadi. Memang kena pindah duduk Sabah Serawak lah kalau begini. Baru boleh selim melim. Haha

Hari nie, menu pagi aku nasik dagang. Bila dah siap-siap makan, "Okeh, next! nak makan apa pulak?" Telopong rakan-rakan sekerja yang memandang. Sakan sungguh nafsu aku di pagi Jumaat nie. Kahkah. Terus laju mengodder laksam pulak. Perhhh. Nikmat. Rezeki di hari Jumaat. Alhamdulillah.








PdanS : Yeay, petang nie balik kolumpo. Yeay yeay. ^_^

Wednesday, February 6, 2013

Cantik yang berpada.



Yes, menjadi fitrah hidup untuk seorang perempuan suka akan sesuatu yang cantik, dan bercantik cantik lagi lah kaum kaum kami ini suka. Tapi, please please please, cantik untuk wanita yang agamanya adalah Islam ada batas, ada aturan. Please ikut. Bukan menghalang untuk berfashion-fashion, saya pun suka jugak, tapi ingat, jangan sampai jadi hamba kepada fashion. Setiap perubahan kita nak kena follow, setiap yang baru kita nak kena ada. Don't lah. (NOTE2SELF)

Dan bila dah mengikut tuh, ambik yang ok sudah la. Yang auratnya terjaga, tertutup. Kalau berfashion-fashion sampai nak kena pakai seluar singkat, nak kena tight in baju masuk seluar, tudung nak kena angkat-angkat, baju nak kena singkat-singkat, sendat-sendat sampai nampak isi padat, hurmmm, tak payah la follow. Ambik yang nampak Ok saja ye. Ok di sini mean = mengikut apa yang agama tetapkan. (NOTE2SELF)



Alahai. Tudung Fashion apa pulak dah nie. Kadang-kadang macam melampau pulak designer designer dengan fashionista fashionista sekarang nie. Fashion yang di stylekan sangat tak sesuai dengan ketetapan agama. Saya yang tengok jadi segan, segan lah sama merekaa mereka yang non-muslim. Mereka akan mengjudge kita berdasarkan apa yang kita pakai, bagaimana akhlak kita, tapi kalau yang di pertontonkan, yang di perlihatkan sebegini rupa, hurm, seperti sudah merosakkan imej agama sendiri saja. 

Saya nie pun bukan alim sangat, masih jahil jugak bab bab agama, tapi pendek, sendat, singkat, semua tu boleh nampak kan. Boleh beza kan. Sebab itu, apa-apa pun perbuatan harus dengan ilmu, sekadar mengikut saja, tapi ilmu tak ada, memang akan tersasar jalan. Tapi lebih teruk untuk yang punya ilmu, tapi tidak di amalkan. Hurmm. Aku? ketagori yang mana satu nie?

















PdanS : Bila saya menulis nasihat, menulis yang baik baik, bukan bermakna saya ini sangat sempurna. Saya membaca, lalu Allah mendatangkan saya ilmu dan saya menjadi tahu. Oleh itu saya harus sebar dengan sampaikan dan kongsi bersama kamu. Dan bila saya berkongsi juga, ia sebagai pesanan untuk diri saya yang jahil ini supaya SILA BUAT seperti nasihat yang diberi!. Bila nasihat orang, kita tak buat, kita tak pernah amalkan, malu pulak rasa. Malu lah, sebab depan orang belagak baik, tapi sebenarnya, dalam diri, hanya kita yang tahu nilai kita bagaimana. Sama atau tidak seperti yang di nasihatkan. Hurmm.... Jadi, bila membaca, mendengar, menonton lalu Allah datangkan Ilmu yang bermanfaat, maka berkongsilah. Bukan saja untuk mereka yang membaca, tapi untuk pesanan pada diri kita yang selalu alpa, dan pengumpul saham bila kita sudah tiada.

Sebelum mata terlena.



Ada satu lagu itu, bunyi nya begini ;

Sebelum mata terlena, di buaian malam gelita, tafakurku di pembaringan, mengenangkan nasib diri , yang kerdil lemah yang bersalut dosa, mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini, sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini. Sebelum mata terlena, dengarlah rintihan hati ini, tuhan beratnya dosa ku, tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu, yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu, andainya esok bukan milik ku lagi, dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana, lepaskan beban ini, yang mencengkam jiwa dan raga ku. Selimut diri ku, dengan sutra kasih sayang Mu, agar lena nanti ku mimpikan, syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga, dapat lagi ku rasai, betapa harumnya, wangian syurga firdausi oh Ilahi. Disepertiga malam, sujud ku menghambakan diri, akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu












PdanS : Tapi aku? Sebelum mata terlelap, letak letak kepala, tak sempat nak fikir apa dah, baca doa laju-laju, sambil mata dah terpejam, terus akal hanyut, lena pun laju menyapa, mimpi pun mula mengambil tempat. Ya, pantas sungguh. Hadoi. Memang setiap malam mengaplikasikan pepatah, "bagai orang mengantuk di sorong bantal " Sangat mudah. Huhu


Menghitung lagi.

Esok Khamis, Lusa Jumaat, Tulat Sabtu dan kemudian selamat datang Ahad. Assalamualaikum. Hai hai. ^_^

Tuesday, February 5, 2013

Please Dear.


Dear, please taking care your self. please please please. Hurm. Feel like macam badan itu panas. Mulut itu berasa pahit.  Perut meragam. Kaki still tak molek lagi kesan panjat bukit tempoh hari. Hurmm... Ya Allah, tika tika ini kesihatan yang baik sangat aku dambakan. Semoga cepat cepat baik semuanya. Doakan untuk saya duhai kamu yang membaca. Untuk kesihatan yang baik, untuk dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah ada malaikat yang akan mengaminkan untuk kalian juga...

Monday, February 4, 2013

Sudah

Cukup cukup sudah. Sudah-sudah la kamu. Jam sudah tengah malam. Jarang tidur aku selewat ini tika hari hari bekerja. Kerna ada janji yang harus di tepati untuk kawan yang mahu berkahwin kahwin, maka, yang kebiasaan jadi tidak biasa biasa. Selalu jam jam 9, 10 sudah bersiap sedia di atas katil bersama sebijik buku. Konon badtime story, tapi sebenarnya lebih kepada suntikan untuk mata cepat di tutup. Kehkeh. Okeh di sini saja kalian. Mengantuk telah menggoda. Niep!! ^_^