❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 12, 2013

Baik VS Riak




Semua orang nak jadi baik. Semua orang nak jadi someone yang lebih better dari hari ini. Setiap hari, setiap tahun, itulah harapan yang di bawa.

Bila hari berlalu, berkat usaha, dengan pertolongan Allah, yang di cita itu mula nampak pada diri.

Tapi ada juga sesetengah mereka yang semakin hari semakin merudum jatuh graf hati, graf iman itu. Bukan tidak di cuba, tapi setiap hari ada saja alasan "esoklah mula" "nanti-nantilah buat". Lalu bila hari berganti, tak ada apa yang berubah. Bahkan makin merosot saja.

Dan, kadang-kadang, ada juga yang menjadi baik untuk hari ini, esok terlalai leka, lusa kembali insaf, tulat berbuat semula kesilapan. Setiap hari, perkara yang sama silih berganti. Semakin jauh tersasar, semakin kuat keinsafan bila ia tersedar. Tapi molek kah sebegini? Berbuat jahat, bertaubat, kembali jahil dan bertaubat semula. Hurmm. Seperti yang di lalui aku saja..

Hati manusia itu sering berbolak balik. Kita bukan malaikat yang akan sentiasa suci dari dosa, yang setiap waktu kerjanya hanyalah beribadah. Tidak ada apa-apa hawa nafsu. Yang Malaikat tahu, bertasbih, berzikir, dan menyembah Allah saja. Manusia tidak  seperti itu. Tapi,  kalau kita cuba berusaha untuk menjadi sedemikian, kedudukan kita mesti jauh lagi tinggi bukan.

Aku teringat akan satu kata-kata itu. Dunia di ciptakan untuk manusia, dan manusia di ciptakan untuk akihrat. Akhirat? Aku di ciptakan untuk akhirat. Tapi, berapa banyak sangat tiap amalan aku yang di kerjakan untuk ke situ. Sikit sangat. Yang ada pun entah diterima Tuhan ataupun tidak. Bukan tak ada kesedaran. Tahu. Tahu itu baik, ini jahat. Tahu itu Allah suka, ini Allah murka. Tapi kadang-kadang tetap akan tersasar.

Untuk menjadi baik memang mudah. Tapi nak mengistiqomahkan tiap amalan baik yang kita lakukan. Ya Allah, penuh pancaroba. Berbuat baik, berbuat jahat, semua orang akan pandang. Bila buat baik orang memperli, berbuat jahat lagi orang mencaci hina. Pandangan orang buat hati kita akan berbisik, iskh, mesti orang kata nak tunjuk alim, nak tunjuk baik, ishk. Itu yang kita risaukan sampai terbantut semua amalan baik yang harus kita kerjakan. Alasannya takut orang mengata. Kita lebih risaukan apa yang orang akan kata dari kata-kata Allah. Ya Allah, jahilnya kita.

Sekarang nie bukan fikiran orang yang aku risaukan, selalu bimbang dengan apa yang hati rasa. Mintak di jauhkan dari riak dan takabur bila diri sudah jatuh cinta pada kebaikan. Berharap sangat.

Untuk menjadi seorang yang baik di sisi Allah dan manusia, kita perlukan Ilmu. Dengan ilmu peribadi yang baik dapat di corak. Terbentuk berdasarkan apa yang di tetapkan, berpandukan  ladasan yang telah Allah tunjukkan. Bukan menjadi baik dengan akal dan cara fikiran sendiri. Itu namanya syoq sendiri. Itu namanya agama-agama yang di bina berdasarkan akal yang lemah. Tak ada yang memaksi. 

Dan ilmu itu akan bermanfaat bila kita amal, bila kita sebar. Di waktu-waktu itu, riak dan takabur mula menjengah. Seiring dengan amalan baik yang kita kerjakan, sebaris dengan dakwah yang kita sebarkan. 

Syaitannn syiatannnn, tak pernah miss untuk mengganggu kita. Haishhh. Haipp. Jangan salahkan dia. Menghasut ke arah keburukkan memang kerjanya. Allah telah izinkan perbuatannya sampai ke hari akhirat. Untuk kita, Tuhan dah banyak kali berpesan, sudah banyak tip tip dalam Al-Quran, berbuatlah sesuatu amalan dengan meletakkan keranaNYA. Lillahhi ta'ala.

Niat itu penting. Sangat. Tidak hairanlah kalau perkara NIAT itu adalah kisah yang pertama di sebut dalam Hadis 40. Apa yang telah kita niatkan itulah yang akan kita dapat. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Maksudnya kalau kita berbuat baik sekalipun tapi di niatkan untuk di pandang orang, maka perkara yang besar itu menjadi kecil. Dan kalau niat kita, untuk sesuatu perkara yang kecil macam sapu sampah, di niatkan kerana Allah, Allah suka kebersihan, lalu perkara yang kecil itu di pandang besar di sisi Allah.


Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.





Niat owh niat. Menulis, berkata-kata memang mudah. Tapi nak melaksanakan. Nak menetapkan yang niat itu adalah kerana Allah perlukan banyak benda. Hati yang ikhlas, hati yang bersih, hati yang sentiasa pada Allah, pada jalan Allah. Adakah kita di tahap itu? Seperti jauh saja. Mulut memang mudah berkata "Ya, aku buat kerana Allah". Tapi dalam hati, sekelumit mesti ada rasa riak itu. Ya Allah. Jahilnya kita. Beristiqfar banyak banyak bila tersedar kita ke arah yang salah. Semoga kita dalam lindungan Allah.





Moral of the story :

1) Allah Tahu apa yang kita niatkan. Apa dalam hati kita.

2) Tak payah nak di berkesahkan dengan apa yang manusia kata. Pentingkan kata-kata Allah.

3) Bila tersasul, istiqfar banyak-banyak.

4) Bila belajar sesuatu yang baru, amal, buat, cuba istiqomahkan dan HARUS SEBARKAN.













PdanS : Kadang-kadang, ramai yang masih tersasar dan menjadikan alasan "Aku tak nak hipokrit menjadi baik" sebagai sebab untuk masih bertangguh kembali padaNYA. Tapi, berbangga-bangga memakai nama Islam sebagai agama yang kamu anuti, tetapi tidak melakukan sesuatu yang di perintahkan, adakah itu tidak hipokrit namanya??

No comments: