❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 31, 2013

Jumaat


Internet yang tiba-tiba tidak berfungsi membantutkan kerja yang harus di beresi. Sudah setengah jam di nanti. Tapi technican tetap dengan pesanan sabar sabar dan sabar. Yes!! Memang sedang seperti itu. Tapi kebosanan jugak bersama kerna tidak dibuat apa-apa.

Jam ditenung. 11.30? Ada jugak aku balik rumah nie. Hurm. Nasib baik handphone penyelamat. Ada juga entry terupdate.

Tapi, Keypad handphone yang teramat comel ini menjadikan menulis aku terasa tidak enak saja. Kecik kottttt. Asyik typo saja. Maka disini, mari mencari kerja lain yang lebih bermutu tinggi. Oh, ada buku baru yang belum habis di telaah. Ayuh!!! ^_^




Review sikit :

Padat dengan info-info yang tak pernah tahu. Serius. Ye lah, dulu tak suka membaca. Memang tak tahu apa-apa.

Dimulakan dengan cerita sejarah Pembinaan Kaabah. Lepastu, pembukaan Mekah. Then setiap struktur dalam Masjidil Haram di perincikan satu satu tentang kelebihannya.

Ada cerita sejarah-sejarah perang kat Mekah. Dan bandar, masjid keliling Mekah.

Setiap penerangan di buktikan dengan ayat Al-Quran. So, cerita itu akan jadi lebih kukuh untuk kita percaya.

 Setiap penerangan macam Mekah 100, 200 yang lalu akan disertakan gambar. Setiap apa yang dicerita ada gambar.

Kertas dia tebal dan licin. 

Pendek kata, bila baca, teruja nak pergi sana. ^_^











PdanS : 10 hari yang berbaki. Kenapa mesti kena datang bulan jugak even sudah di ambil suntikkan untuk menghalang yang itu. Hurmmmm. Sebab itulah kena percaya pada Allah, doa pada Allah, bukan bergantung pada ubat manusia kan. Ubat itu hanya penyebab,  yang menyembuhkan Allah. Hari itu, setelah mengambil suntikan untuk mengstopkan period untuk 3 bulan, lalu teman yang pernah menunaikan umrah sangat tidak bersetuju dengan tindakkan yang aku ambil. Katanya, kalau datang period waktu di sana, cepat cepat doa kat Tuhan, InsyaAllah berhenti punya. Sana kan tanah suci, semua doa sangat mudah dimakbulkan.  Tapi, aku konfius, kalau nak berserah saja, tak ada ikhtiar apa-apa untuk mencegah, boleh kah? Bukankah, yang bertawakal itu harus di dahului dengan usaha. Hurmmm. Ok. Sekarang usaha sudah ada, maka tawakal dan doa pula harus mengambil tempat...

Wednesday, January 30, 2013

Quote #82







Bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang dicintaiNya, maka mungkin sahaja Allah berfirman pada malaikatNya 


"Tunggu! Tunda dulu apa yang menjadi hajatnya. Sungguh Aku bahagia bila di minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa terus berhiba. Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan tangis isaknya. Aku menyukai khusyu’ dan tunduknya. Aku menyukai puja dan puji yang dilantunkannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu setelah dapat apa yang dia pinta."












PdanS : Datang kerja pagi ini dengan kabar gembira. Ada rezeki lagi dari Tuhan. Hihi. Terima kasih Allah. ^_^

Tuesday, January 29, 2013

Layakkah aku menjadi Tetamu Allah?

[ Sharing is Loving. Artikel yang dipetik dari SINI. Semoga dapat menambah ilmu di dada. ^_^ ] 






Musim cuti sekolah selain sinonim dengan majlis perkahwinan dan kenduri untuk meraikan pasangan yang telah diijab-kabulkan, ianya juga dikaitkan dengan program Umrah dan Ziarah bagi mereka yang berkemampuan untuk mengunjungi Makkah al-Mukarramah. Malah program umrah dan ziarah ini menjadi agenda tahunan bagi mereka yang telah mendapat nikmat melalui kunjungan ke Tanah Suci dan ibadah yang dilakukan di sana. Pelbagai tujuan dan gelagat manusia yang tersingkap disebalik keghairahan untuk mengunjungi Kota Suci ini. Ada yang pergi kerana ingin melancong dan melihat dengan lebih dekat disamping merasai sendiri kemuliaan Tanah Haram sebagaimana yang sering menjadi buah mulut para jemaah yang telah pernah mengunjunginya. Ada juga yang berazam untuk mengambil pengalaman pertama sebelum dijemput untuk menunaikan ibadah haji yang difardhukan.

 Walaupun kunjungan kita ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Umrah yang sunat, namun harus difahami ibadah umrah juga adalah ibadah yang penting untuk dihayati, dipelajari manasiknya (cara perlaksanaannya) dan dimurnikan tujuan serta niat untuk melaksanakannya. Janganlah pula keghairahan itu nanti menjadi penyebabkan kepada kita terjebak dalam maksiat yang berganda disebabkan kejahilan yang kita bawa apabila melangkahkan kaki ke sana.







Kategori Tetamu Allah

Saudaraku, fahamilah bahawa ibadah umrah juga adalah ibadah utama bagi yang mampu dan telah terpanggil untuk menunaikannya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:“Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah para tetamu Allah. Manakala kedudukan dan tahap kesempurnaan jemputannya pula dapat ditentukan berdasarkan kepada ciri-ciri keutamaan dan keadaan persiapan seseorang jemaah sebelum terpilih dan dipilih untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;
1- Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya
2- Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
3- Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam jaminan Allah SWT, iaitu doa dan taubat mereka akan dikabulkan Allah SWT jika mereka memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya serta memenuhi segala syaratnya. Namun terdapat perbezaan dari segi layanan Allah SWT kepada mereka setelah mana mereka tersenarai dalam jemputan-Nya itu.




a. Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya

Golongan pertama ialah tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya adalah dikalangan mereka yang telah membuat persiapan seawal niat dan azam untuk menunaikan haji serta umrah lagi. Antara persiapan yang telah mereka persiapkan;
Membersihkan jiwa batiniah melalui taubat yang bersungguh-sungguh disamping memperbanyakkan doa-doa khusus supaya dijemput sebagai tetamu-Nya.
Mempersiapkan diri dengan ilmu amali ibadah haji dan umrah seawal mungkin agar jelas difahami dengan rasa penuh keyakinan di dalam hati pada perlaksanaan dan penghayatan serta hikmahnya.
Memberi tumpuan dan meningkatkan kualiti ibadah fardu seperti solat, zakat serta puasa malah diperkemaskan dan ditunaikan berserta amalan sunat dengan sebaik mungkin.
Hubungan sesama manusia diperbaiki, jika ada dosa dan pernah membuat kejahatan kepada sesama insan maka ia akan bersegera memohon kemaafan kepada mereka.
Dilangsaikan segala hutang yang mampu dijelaskan disamping membuat perancangan dengan teliti agar tidak membebankan mereka yang ditinggalkan.
Mempersiapkan semua keperluan yang patut bagi meringankan segala bebanan dan tanggungjawab yang bakal ditinggalkan dengan secara yang halal. Mereka ikhlas melakukan yang demikian demi mencari redhanya Tuhan.

Keikhlasan mereka itu adalah antara penyebab kepada segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Malah sepanjang menunaikan ibadah haji dan umrah juga akan berada dalam ketenangan dan dilimpahi bantuan daripada Allah SWT. Mereka ini telah benar-benar menghayati dan mempraktikkan suruhan Allah SWT sebagai bekalan menuju kepada keredhaan-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:


“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sebaik-baik bekal itu ialah Takwa (memelihara diri), dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

(Surah al-Baqarah: 197)

Bekalan takwa mereka ialah pemeliharan diri daripada sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat keji, memiliki ilmu serta praktikal ibadah yang sempurna. Disamping itu juga, mereka mempunyai kefahaman dalam ertikata yang sebenarnya dalam meningkatkan penghayatan pada ibadah dengan belajar untuk memperbaiki diri dalam setiap praktik amalan haji dan umrah. Memperelokkan hubungan mereka dengan Allah SWT melalui penyempurnaan iman dan kecintaan yang hakiki kepada Ilahi, serta menyantuni manusia dalam semua keadaan sebagai pelengkap keindahan akhlak dan adab melalui hablum minannas, hubungan mereka semasa manusia.





b. Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.

Manakala golongan kedua iaitu tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaan Allah SWT ialah mereka yang sebaliknya. Ada yang pergi ke Makkah dengan niat hanya untuk berziarah atau melancong dan mengalami sendiri pengalaman sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh kebanyakkan orang yang telah menziarahinya.

Ada juga yang dalam keadaan terpaksa mengerjakan ibadah haji kerana mengikut suami, ibu bapa, keluarga, majikan, kelab atau jemaah tertentu. Ada juga yang merasai kewajipan itu pada dirinya lantas ia berusaha melayakkan dirinya, namun pelbagai niat dan persepsi yang dilahirkan hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’ tanpa membuat persiapan yang menyeluruh merangkumi niat, bekalan ilmu, iman dan amalan. Kebanyakkannya benar-benar berharap mendapat yang terbaik tetapi tidak menepati syarat. Tidak kurang juga yang hanya tangkap muat, asal terlaksana ibadah haji dan umrah sudah dianggap memadai.

Satu ketika seorang sahabat Nabi SAW, Abdullah Bin Umar RA apabila melihat rombongan haji sedang melewati satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”

Ungkapan beliau itu bermaksud, para kekasih Allah SWT yang sebenar semakin sedikit. Iaitu mereka yang pergi menunaikan ibadah haji kerana Allah SWT disamping untuk mengambil faedah dan tarbiah daripadanya semakin berkurangan. Sementara dikalangan mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan hebatnya. Justeru ia menyeru ke arah kesederhanaan dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.

Mana tidaknya, jemaah haji sekarang ini lebih didedahkan kepada segala kemudahan yang tersedia bermula dari bimbingan ibadah haji sehinggalah kepada pakej-pakej yang ditawarkan. Malah persekitaran dan aktiviti di tanah suci juga telah menampakkan kemewahan dan bersifat keduniaan. Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan tindakan dalam persiapan dan keadaan sebagai tetamu Allah.

Inilah cabaran terbesar di zaman kita ini. Justeru, para jemaah haji hendaklah menunjukkan tanda keghairahan cinta kepada Allah SWT, dan bukannya tanda cinta kepada kemewahan, kesenangan atau kecantikan yang bersifat keduniaan. Membuktikan bahawa pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji itu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT agar tidak tergolong dalam salah satu daripada golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:


“Akan datang kepada manusia suatu masa, umatku melakukan haji kerana empat perkara: Orang kaya melaksanakan ibadah haji kerana melancong. Orang pertengahan menunaikan haji kerana berniaga. Orang miskin menunaikan haji kerana meminta-minta. Orang qari dan para ilmuaan menunaikan haji kerana riya’ dan nama.” (Riwayat al-Dailamy)

Ujian adalah kifarah 

Namun sifat pengampunnya Allah SWT masih memberi ruang dan peluang untuk para hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri. Walaupun hadirnya mereka mengundang kemurkaan Allah SWT disebabkan sikap yang ada pada diri mereka iaitu memberi keutamaan kepada nafsu dan bukannya untuk menyatakan ketaatan kepada Allah SWT. Tetapi Maha Pengasihnya Allah SWT masih membuka tawaran keampunan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri.

Justeru kepayahan, kesakitan, tekanan yang wujud semasa, sebelum atau selepas menunaikan haji dan umrah adalah kifarat serta ujian Allah SWT untuk para hamba-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah SWT akan menghapuskan segala kesalahannya.”

(Riwayat Muslim)

Inilah hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan para hamba-Nya. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah SWT. Ia mempunyai maksud tertentu untuk dibuat penilaian. Bagi para tetamu Allah khususnya, ia adalah sebagai ingatan atau kifarat daripada dosa moga hamba-Nya itu akan segera bertaubat, menyedari segala kesilapan sama ada dengan Allah SWT ataupun sesama manusia. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia ataupun di akhirat, kecuali jika kita telah bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT mengampuni dosa-dosa tersebut.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mengubah ketrampilan diri bagi mendapat sifat-sifat terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri kepada Allah SWT, harapkan pertolongan Allah SWT, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Semuanya ini tidak dapat kita bezakan melainkan melalui ujian yang disediakan Allah SWT mengikut tahap keimanan kita bagi mencetuskan segala sifat mahmudah dalam diri.

Natijahnya apabila mampu membuat diri terasa berdosa ianya juga adalah hasilan dari sifat terpuji yang telah kita miliki. Kadang-kala Allah SWT dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukannya untuk menghina tetapi untuk memberi ingatan agar kita segera bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu sampai bila-bila.

Banyak kisah pengalaman dari para jemaah haji atau umrah yang bertemu dengan pelbagai keadaan manusia yang dibukakan keaibannya oleh Allah SWT. Mungkin itulah dia kifarat yang kadang-kala sehingga mencederakan perlaksanaan ibadah haji dan umrahnya. Bagaimana pula status haji atau umrahnya itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Kita hanya mampu bersangka baik dan menilai dari lahiriah perbuatannya sahaja. Bila sah pada syarak maka sahlah hajinya. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan nilai penerimaannya berdasarkan keikhlasan yang telah ditunjukkan sepanjang proses perlaksanaan ibadah tersebut.

Bagi mereka yang dikasihi Allah SWT, di dunia lagi Allah SWT hukum, tidak di akhirat, dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Sekiranya kita boleh sabar dan redha, tentulah ada ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, ianya hanya akan menambah dosa pada diri kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada para hambaNya, tidak mahu menghukum kita di akhirat kerana penderitaan di akhirat yakni di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah SWT. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman, dan semakin hampir kita dengan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud;


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

(Surah ali-Imran: 142)

Namun begitu, kegagalan dalam menghayati hikmah ini menyebabkan kita bertambah jauh dengan Allah SWT; mengeluh dan menyesali takdir Allah SWT. Apatah lagi ianya akan menjauhkan kita untuk mengapai kesempurnaan haji dan umrah yang mabrur lagi bertadabbur.




c. Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Seterusnya golongan ketiga iaitu tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya. Mereka dalam kategori ini pergi menunaikan haji dan umrah hanyalah sekadar kebetulan. Sekadar memenuhi kehendak semasa ataupun dalam keadaan terpaksa apabila sering disapa orang, rakan-rakan atau sanak saudara yang telah pergi menunaikannya. Seolah-olahnya hanya sebagai menyahut cabaran.

Suatu ketika saya pernah ditanya berkenaan dengan adanya dikalangan jemaah haji yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah sedangkan sebelum itu dia telah banyak melakukan dosa. Malah setelah pulang dari menunaikan haji pun ia masih lagi meneruskan amalan-amalan dosa yang pernah dilakukannya malah lebih hebat lagi. Bila ditanya, dia seolah-olah mempermain-mainkan saja teguran tersebut.

Ada antara mereka yang menjawab dengan angkuh; “Kau tengok aku. Aku nampak Kaabah, tak terasa panas, tak pernah sesat macam orang yang aku selalu dengar kisah-kisah aneh di Makkah tu. Itu menunjukkan aku okeylah. Tuhan merestui aku. Kalau aku jahat tentu aku ditimpa macam-macam insiden malang seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah aneh tu. Ini tidak. Aku okey, okey saja..’”

Tidak mustahil, ada juga jemaah haji setelah pulang ke tanah air dengan keadaan selamba berterusan membuat dosa seperti membeli nombor ekor atau ramalan (loteri), mendedahkan aurat, menipu, rasuah, khianat dan sebagainya. Inilah sebuah realiti yang berlaku dikalangan para jemaah yang tidak memahami tujuan kefarduan ibadah haji dan umrah yang terdapat padanya latihan, hikmah serta pengajaran.

Perlu diingat, kisah-kisah misteri atau bala kesusahan bukanlah satu kemestian berlaku kepada setiap orang yang berdosa atau yang tidak betul niat dan tujuannya. Ia hanyalah tarbiah Allah SWT untuk mendidik para tetamu-Nya yang datang serta memiliki keazaman dan niat mengabdikan diri kepadaNya. Kadang-kala ianya bermanfaat sebagai pengajaran supaya hamba-hamba-Nya yang ikhlas itu sedar dan ingat untuk kembali bertaubat.

Namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala tujuan yang tersirat di dalam hati-hati manusia, ikhlas ataupun tidak. Boleh jadi Allah SWT akan membiarkan orang yang penuh dengan dosa dan leka akan terus lalai dengan kehidupannya. Na’uzubillahi min zalik. Sebagaimana firman Allah SWT:


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat.”

(Surah Maryam: 75)

Kesan dari pengabaian kepada dosa mengakibatkan akalnya sudah tidak mampu lagi membezakan antara ibadah dan adat. Biasanya apabila akal tidak berfungsi dengan sempurna sebagaimana sepatutnya, ingatan serta nasihat sudah tidak berguna lagi. Akal pada saat itu telah diseliputi nafsu yang akan membinasakan dirinya sendiri. Keadaan beginilah yang seharusnya kita takuti dan berusaha menjauhinya. Bila dosa sudah dianggap nikmat serta mengaburi pandangan mata hati maka Allah SWT akan membiarkan kita terus leka dengan kehidupan di dunia ini tanpa hidayah-Nya.

Tanpa mengenali baik dan buruk yang terdapat dalam diri, akan menyebabkan kita hanyut dalam khayalan sendiri tanpa petunjuk dan bimbingan daripada Ilahi. Inilah pentingnya “Tazkiyatul Nafs” yakni membersihkan hati dan jiwa dari sifat-sifat keji dan dari segala penyakit serta keaiban yang akan menyebabkan kita buta dari mengenali Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan dalam kehidupan.

Justeru jika tidak dibendung dan diperbaiki, mereka yang termasuk dalam golongan ketiga ini mungkin akan menjadikan amalan haji atau umrah ini hanya sekadar kebanggaan untuk ditunjuk-tunjuk bahawa mereka juga bertaubat serta beribadah. Namun hakikat sebaliknya, taubat mereka hanyalah kepura-puraan, tagis mereka hanyalah kemunafikan lantas mereka pulang ke tanah air dalam keadaan angkuh dengan Allah SWT dan riak sesama manusia.

Mereka kekal menjadi manusia yang derhaka kepada Allah SWT. Ibadah haji dan umrah dapat dilaksanakan dengan sempurna tetapi kewajipan menutup aurat masih diabaikan, segala perintah dan hukum Allah SWT masih dipertikai, malah segala perkara yang merupakan ibadah masih dicuai. Sesungguhnya mereka ini adalah insan malang yang tersungkur di hadapan pintu syurga. “Ya Allah selamatkanlah kami dari keadaan ini.”

Sesungguhnya tidak ada ibadah yang paling buruk melebihi ibadahnya seorang yang fasiq (pelaku dosa besar dan dosa kecil yang terus menerus) tanpa taubat sebelumnya. Adakah kita berharap rahmat dan redha-Nya sedangkan kita tidak menjauhi larangan-Nya? Ketahuilah, bahawa syarat daripada ibadah yang diterima Allah SWT semestinya diawali dengan taubatan nasuha, taubat yang bersungguh-sungguh lahir dari hati yang penuh penyesalan, berhenti daripada segala kelakuan yang jahat, tinggalkan segala bentuk maksiat, sedangkan perkara itu semua merupakan penghalang kepada ibadah kita.





Kesimpulan

Saudaraku, layakkah bagi kita melakukan perjalanan panjang menuju Baitullah al-Haram untuk memenuhi panggilan-Nya sedangkan kita masih dalam keadaan zalim pada diri sendiri dan orang-orang di sekitar kita? Tidakkah kita malu sebagai pelaku maksiat mendatangi Baitullah al-Haram hanya untuk diusir dan ditolak amalan serta doa? Maka jika kita ingin diterima atas panggilan ibadah haji atau umrah, bersihkanlah diri dari noda dan dosa, serta penuhilah perintah dan jauhi larangan-Nya sebelum keberangkatan kita menuju tanah yang Allah SWT muliakan.

Dengan membuang semua perkara yang dapat menghalangi ibadah haji dan umrah kita, bererti kita telah mempersiapkan diri untuk memenuhi panggilan-Nya, maka bersiaplah sebagaimana persiapan orang yang akan meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Tinggalkan wasiat kepada keluarga, anak dan isteri, kerana seorang musafir sangat dekat dengan musibah kecuali bagi orang yang mendapat perlindungan Allah SWT sahaja.









PdanS : Tak tahu nak tulis apa. Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa sekarang. Ya Allah.

Untuk yang di rindui.



Kepada yang Abang Redvelvet di rindui.

Tolong jangan ganggu waktu lapang saya.

Tolong jangan masuk dalam minda saya.

Tolong jangan goda hati saya.

Tolong boleh???








PdanS : Nie yang buat terasa nak balik Yan nie. Kalau lah punya sebijik oven sendiri. Sebijik mixer sendiri. Kan indah dunia. Lagi indah perut ku bila ia berlemak berlapis-lapis bagai tayar lori yang mengangkut balak balak bertimbun. Ouch. Seksi tau!! Kahkah.

Monday, January 28, 2013

Quote #81




"Sesungguhnya manusia merancang dengan cita, namun ketahuilah bahwa ALLAH merancang dengan cinta.




Quote #80



"Peliharalah Allah SWT nescaya engkau dapati-Nya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Ia akan kenal engkau pada masa susah di kala engkau sedang menghadapi perkara sukar." (HR At-Tirmizi).




Quote #79





“Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita.

Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..ALHAMDULILLAH..”













PdanS : Kalau boleh punya sebuah Al-Quran kecil wang warna-warna pelangi itu macam menarik jugak bukan. ^_^

Duhai kamu yang Merah.







Hai bunga. Memandang kamu sudah buat hati saya tersenyum manis. Nak nak lagi, bila nama kamu itu adalah ros, bila warna kamu itu adalah merah. Alahai, boleh melting jadinya. Saya tenung kamu lama-lama saya rasa nak senyum panjang-panjang. Biar mereka kata saya kurang waras, senyum sendiri, senyum untuk sekeping gambar yang objeknya hanya bunga saja. Biar.

Entah lah kenapa. Bila pandang kamu saja, hati saya rasa bahgia. Hebatnya pengaruh kamu pada hati saya. Kadang-kadang tertanya-tanya, hanya saya seorang saja kah yang sebegini rupa? Atau semua wanita tersenyum bila dihidang bunga depan mata?

Hurm. Mereka kata hati saya sedang berbunga. Cepat-cepat saya  semak. Hurm. Tak ada apa. Tersenyum panjang je yang saya nampak. Aneh sungguh rasa. ^_^









PdanS : Mood sedang cemerlang lagi terbilang. Tengok jadual kelas yang full pun boleh senyum. Ok sangat la tuh. Haha. ^_^

Saturday, January 26, 2013

Quote #78








Yes. Jawapan untuk mereka yang benar benar memahami saja. Tapi berapa kerat saja yang betul dalam mentafsir? Hurm. Sebab mereka bukan kita, kefahaman jadi berbeda. Dan kadang-kadang memang harus mengsilent kan diri. Biar kita seakan tidak ujud, yang penting sesuatu yang tidak molek itu telah sedaya upaya kita jauh. Kan. Sebab kita tahu yang itu salah, maka silent adalah the best way untuk tidak terjebak. So turn on music, letak head phone dikepala, bukak buku yang nak di baca, jom hanyut ke dalam kisah kisah tersedia. Tata manusia sejagat. 

Teringat akan satu kata-kata itu "Enjoy the silent". Yes, saya sangat enjoy dalam bersilent. ^_^








PdanS : Bila la boleh mengaplikasikan ayat "Bercakap bila perlu". Sebab bila aku di mood yang cemerlang lagi terbilang, like sekarang nie, semua orang yang aku nampak aku nak sembang. Hadoi. Lepas tu dah berbual memalut yang bukan bukan. Kengkadang rakan rakan menyembang pun sibuk nak mencelah, padahai rakan tu duduk sebatu jauh, telingan cap lintah sungguh, nak jugak menyampok dari jauh kan. Hadoi lagi.

Nikmat


Pulang ke kampung kali ini dengan bercuaca kering yang baru hendak kontang. Padi sudah mula di tuai. Jadi haiwan haiwan di bendang akan sibuk mencari sumber air buat menampung nyawanyawa ikan mereka. Kalau ke tali air, boleh nampak dengan meremang bulu roma betapa banyaknya  spesis ikan sedang terlompat terkinja kerana tidak selesa dalam ruang kawasan yang padat lagi sendat bersama dengan rakan-rakan mereka yang ramai. Semuanya berlumba-lumba mencari keselesaan yang tidak ujud. Tapi sangat menduka citakan bila mata-mata hitam sudah teruja memerhati mereka dari jauh bersama dengan serkap di tangan. Itu bererti ajal mereka sudah dekat, dan  rezeki si pemilik mata hitam itu mencurah sampai.

Sudah tentu waktu waktu sebegini yang sangat di tunggu aku. Kalau diwaktu dulu, dikala umur masih berjajah jajah, pantang saja nampak mesin padi di bendang, terus mencari kawan kawan, ada agenda besar yang perlu di langsai. Berlari mengikut bontot si mesin padi, dengan tangan erat memegang serkap, mata tajam mencari kelibat si ikan bendang, kadang-kadang sampai tak tertangkap dek tangan, tak terligan dek kaki, sebab terlalu banyak sangat ikan yang menggoda diri. Alahaiii, sangat rindu sama zaman zaman comel itu. Dengan manusia yang berduyun duyun, kadang-kadang macam berpesta saja di tengah bendang itu. Semua dengan satu misi, ikan haruan!! ikan keli!! ikan sepat!! mesti dalam gengaman!!






Ikan haruan goreng bersama nasik putih bersulamkan kicap. Aduh, ini pun sangat cukup nikmat. Mampu menambah sampai tiga kali. Tapi tolong lah beragak agak sikit. Ikan yang di goreng itu nak di masak sambal yer Munawwarah. Tolong jangan sapu sampai licin. Kahkah. Sebab tu aku tak suka kerja goreng menggoreng. Satlagi, goreng lima ekor, yang teridang di meja tinggal 3 ekor saja. Kelibat yang dua lagi hilang tanpa pesan. Kahkahkah.






Anak puyu goreng. Pepak bunyi krup krup krup. Alahai, spesis anak kampung saja yang tahu menghargai nikmat makanan ini. Warga bandar sila pergi main jejauh. Tak payah nak jakun, tak payah nak euw euww.



Alahai. Nie sebab kena love deep deep rumah manis rumah. Kalau lah kuantan tu sebelah Yan. Kan comel. Tapi tak mengapalah. Kuantan pun syoq apa. Teptaip pagi, boleh breakfast nasik minyak kambing. Minggu lepas 3 hari berturut turut itu la menu makan pagi aku. Minggu lagi lepas lepas pun membuat perangai yang sama. Hadoi. Memang rosak jadual diet aku. Kesihatan pun bakal lingkup jugak dek kerana pengambilan kambing yang keterlaluan. Hadoi. Okeh. Sudah berjanji sama diri. Bulan 3 adalah bulan diet. Sekarang, apa yang perut mahu, kita layankan saja. Boleh macam tu? Kehkeh. 















PdanS: Bukak blog kisah makan. Bukak facebook bersepah gambar makanan. Nampak sangat tak suka makan kan. kahkahkah. Hai 60kg, salam perkenalan. Errrrrr...

Thursday, January 24, 2013

4 hari 3 malam.


Assalamualaikum. Salam Maulidul Rasul untuk kamu yang  sedang membaca di sini. Semoga dalam rahmat dan hidayah Allah selalu.

Hari ini, pagi ini, keberadaan aku adalah di tanah tumpah darah. Subuh subuh lagi kaki ini sudah di jejak pada bumi penuh kerinduaan. Adus. Bagaimana bisa ayat ayat di sini seakan bermadah pujangga saja. Seperti usmang awang yang tidak menjadi saja. Kahkah. Tidak mengapa. Mari layan saja mood puitis yang tidak seberapa ini. Pelahan-lahan asah, mana tahu, satu masa yang tidak dapat dipastikan waktunya, aku mampu berada sebaris dengan sasterawan sasterawan negara. Aduhhhh aduhhhh. Jangan pengsan lagi donggg. Nulis aku gurauwan senda saja. Haha. Mana bisa terjadi sesuatu yang aneh itu. Tidak dong!!! Okeh. Mari menjadi warga Yan. Tinggalkan bahasa sanskirt mu itu.

Hurm. Pagi tadi, di jam 9, ada satu urusan penting yang harus di hadiri. Maka membawa diri bersama bunda untuk mendengar taklimat itu. Sepanjang perjalanan, bertembung dengan 3, 4 buah masjid. Kagum seketika. Immarahnya masjid pagi ini. Semuanya penuh dengan manusia. Ramai orang berpakaian baju melayu, bersongkok kopiah, berjubah baju kurung. Alahai, macam di pagi raya pulak lagaknya. Kalau tak ada ususan yang harus di bereskan ini, mesti aku boleh jadi salah seorang dari warga warga yang kelihatan itu. Hurmm. Tak mengapa, urusan yang aku sedang hadapi pun, insyaAllah, akan di pandang Allah jugak kan. Jangan tamak-tamak.

Pagi nie, sangat sangat redup, sampai ke petang, sampai ke jam jam sekarang. Cuacanya sangat menyenangkan hati, sangat buat mata jadi stim stim. Sedang mendrive pun, 10 kali menguap, mata separuh saja mampu di bukak. Sampai saja rumah, terus di cari tilam bantal. Kehkeh. Dannn..dann.. sepertinya, hal hal tidur aku seakan sangat dasyat la sekarang nie, lepas pulang dari kursus tempoh hari. Hadoi.

Okeh. Dan hari ini bernama Khamis, lalu pasat malam akan memenuhi pekan Sungai Yan. Nafsu aku pun akan bertambah tambah lagi penuh dengan makanan yang dah lama di dambakan. Dapur pulak seakan memanggil manggil hati suci ini. Mariiii munaaaaa, mariiii ke mariiiiii. Redvelvet rindukan kamuuuuu... Mariii... Errrrrr. Godaan apakah itu. Yes. Hal makan aku jugak sangat dasyat sekarang nie. Hadoi hadoi hadoi. Haha. Tak payah berhadoi sangatlah. Mari ke dapur, bersilat di sana, ada roti jala memanggil untuk di siapkan. Ya Ampunn. Roti jala?? Cicah dengan kuah durian. Dappppppnyaa wehhhh. Sekian. Tata.










PdanS : 4 hari di kampung? Dengan plan yang sudah penuh di susun. Errrr. Semoga dapat menikmati keindahan kampung bersama jadual yang padat tersusun.

Sunday, January 20, 2013

Quote #77





Duhai sahabat.

 Ketahuilah yang hati ini selalu ada teringat. 

Tertanya apa harus aku perbuat.

 Jarak buat kita tersekat. 

Tapi di hati wajah engkau kukuh tersemat. 

Malah terlalu dekat dan kuat melekat. 

Semoga engkau dilimpahi Rahmat. 

Dalam doa yang dipanjat... Hurmm..












PdanS : Dan kalau lah semua orang mampu  tahu apa yang aku rasa, Hurmm... Tapi kalau sekadar tahu dan tak pernah ada usaha untuk memahami, tak ada guna. Biar aku simpan sendiri saja kan. Simpan simpan simpan, sampai satu masa ia pun hilang.

Counts.







Menghitung hari yang tinggal. Hati teruja untuk bertentang mata. Sangat. Sampai terbawa ke dalam mimpi. Betapa aku rindu Tanah Haram itu, Bumi suci itu, Bandar penuh ketenangan itu. Ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Tapi kadang-kadang ada debar. Debar untuk pelbagai sebab. Semoga Allah bantu aku buang semua rasa yang tidak enak itu jauh dari hati aku. Semoga Allah bantu aku untuk perbaiki diri yang jahil ini. Jemputan sudah diterima. Dan sekarang berharap sangat semoga Allah sambut aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Semoga niat aku tetap. Pergi HANYA UNTUK DIA. Untuk mengharap REDHANYA. Amin.










PdanS : Di Bumi ambiya itu.... Banyak harapan yang dibawa, banyak doa yang mahu di pohon, banyak kisah yang ingin di  adu. Banyak. Terlalu banyak...

Saturday, January 19, 2013

Mata yang degil

Jam sudah ke pukul 12.28 menet tengah malam. Mata tetap degil untuk tidak mahu menutup rapat. Teman sebilik entah jauh hanyut sampai ke mana. Aku saja yang masih berjaga.  Semalam beliau. Berjaga sampai ke jam 2. Alasan, mata sukar di pejamkan. Dan malam nie aku pulak mengambil tempat. Entah lah akan begini sampai jam berapa. Tapi aku harap, sesudah kata-kata di sini bertemu penyudahnya, akan ada mengantuk yang menjengah.

Ok. Diri masih di ibu kota. Sudah 4 hari menjadi warga kota lumpur untuk seketika. Membuat tugas yang tiba tiba saja.  Bukan hal mengajar, tapi lebih kepada tugas seorang jurutera. Menganalisis tender yang di hantar beratus syarikat untuk berpuluh alat yang bakal di bekal kan di lab tempat aku bekerja. Untuk memudahkan anak murid belajar.

Kerja tinggal 10% saja lagi untuk di bereskan. Mungkin esok boleh siap. Mungkin sudah boleh pulang ke kuantan bumi rezeki di sana. Ikutkan hati mahu saja duduk di sini sehari lagi, mengikut jadual yang di tetapkan. Tapi disebabkan yang datang ke sini adalah laki laki orang yang sudah teringat sama anak bini di rumah, jadi terpaksa di layan rindu dendam mereka itu. Mungkin esok sudah kena pulang. Waduhhhh.

Ok. Kamu, sebenarnya ada banyak.lagi kisah yang mahu di kongsi. Tapi mengatuk itu sudah meyapa diri. Menaip pun semakin banyak pulak salah silap ejanya. Nak siapkan satu ayat pun sepuluh kali type padam. Errrr.. Memang kena tidur nie. Tata. Nanti aku kisahkan lagi bengkel kerja aku di kota lumpur ini. Sangat happy. Sanggat membuat aku jadi diri sendiri. Dan sangat menambahkan jumlah lemak yang ada. Bye.







PdanS ; Menghitung hari. 20days left. Semoga di permudahkan segalanya. Aminn...

Saturday, January 12, 2013

Baik VS Riak




Semua orang nak jadi baik. Semua orang nak jadi someone yang lebih better dari hari ini. Setiap hari, setiap tahun, itulah harapan yang di bawa.

Bila hari berlalu, berkat usaha, dengan pertolongan Allah, yang di cita itu mula nampak pada diri.

Tapi ada juga sesetengah mereka yang semakin hari semakin merudum jatuh graf hati, graf iman itu. Bukan tidak di cuba, tapi setiap hari ada saja alasan "esoklah mula" "nanti-nantilah buat". Lalu bila hari berganti, tak ada apa yang berubah. Bahkan makin merosot saja.

Dan, kadang-kadang, ada juga yang menjadi baik untuk hari ini, esok terlalai leka, lusa kembali insaf, tulat berbuat semula kesilapan. Setiap hari, perkara yang sama silih berganti. Semakin jauh tersasar, semakin kuat keinsafan bila ia tersedar. Tapi molek kah sebegini? Berbuat jahat, bertaubat, kembali jahil dan bertaubat semula. Hurmm. Seperti yang di lalui aku saja..

Hati manusia itu sering berbolak balik. Kita bukan malaikat yang akan sentiasa suci dari dosa, yang setiap waktu kerjanya hanyalah beribadah. Tidak ada apa-apa hawa nafsu. Yang Malaikat tahu, bertasbih, berzikir, dan menyembah Allah saja. Manusia tidak  seperti itu. Tapi,  kalau kita cuba berusaha untuk menjadi sedemikian, kedudukan kita mesti jauh lagi tinggi bukan.

Aku teringat akan satu kata-kata itu. Dunia di ciptakan untuk manusia, dan manusia di ciptakan untuk akihrat. Akhirat? Aku di ciptakan untuk akhirat. Tapi, berapa banyak sangat tiap amalan aku yang di kerjakan untuk ke situ. Sikit sangat. Yang ada pun entah diterima Tuhan ataupun tidak. Bukan tak ada kesedaran. Tahu. Tahu itu baik, ini jahat. Tahu itu Allah suka, ini Allah murka. Tapi kadang-kadang tetap akan tersasar.

Untuk menjadi baik memang mudah. Tapi nak mengistiqomahkan tiap amalan baik yang kita lakukan. Ya Allah, penuh pancaroba. Berbuat baik, berbuat jahat, semua orang akan pandang. Bila buat baik orang memperli, berbuat jahat lagi orang mencaci hina. Pandangan orang buat hati kita akan berbisik, iskh, mesti orang kata nak tunjuk alim, nak tunjuk baik, ishk. Itu yang kita risaukan sampai terbantut semua amalan baik yang harus kita kerjakan. Alasannya takut orang mengata. Kita lebih risaukan apa yang orang akan kata dari kata-kata Allah. Ya Allah, jahilnya kita.

Sekarang nie bukan fikiran orang yang aku risaukan, selalu bimbang dengan apa yang hati rasa. Mintak di jauhkan dari riak dan takabur bila diri sudah jatuh cinta pada kebaikan. Berharap sangat.

Untuk menjadi seorang yang baik di sisi Allah dan manusia, kita perlukan Ilmu. Dengan ilmu peribadi yang baik dapat di corak. Terbentuk berdasarkan apa yang di tetapkan, berpandukan  ladasan yang telah Allah tunjukkan. Bukan menjadi baik dengan akal dan cara fikiran sendiri. Itu namanya syoq sendiri. Itu namanya agama-agama yang di bina berdasarkan akal yang lemah. Tak ada yang memaksi. 

Dan ilmu itu akan bermanfaat bila kita amal, bila kita sebar. Di waktu-waktu itu, riak dan takabur mula menjengah. Seiring dengan amalan baik yang kita kerjakan, sebaris dengan dakwah yang kita sebarkan. 

Syaitannn syiatannnn, tak pernah miss untuk mengganggu kita. Haishhh. Haipp. Jangan salahkan dia. Menghasut ke arah keburukkan memang kerjanya. Allah telah izinkan perbuatannya sampai ke hari akhirat. Untuk kita, Tuhan dah banyak kali berpesan, sudah banyak tip tip dalam Al-Quran, berbuatlah sesuatu amalan dengan meletakkan keranaNYA. Lillahhi ta'ala.

Niat itu penting. Sangat. Tidak hairanlah kalau perkara NIAT itu adalah kisah yang pertama di sebut dalam Hadis 40. Apa yang telah kita niatkan itulah yang akan kita dapat. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Maksudnya kalau kita berbuat baik sekalipun tapi di niatkan untuk di pandang orang, maka perkara yang besar itu menjadi kecil. Dan kalau niat kita, untuk sesuatu perkara yang kecil macam sapu sampah, di niatkan kerana Allah, Allah suka kebersihan, lalu perkara yang kecil itu di pandang besar di sisi Allah.


Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.





Niat owh niat. Menulis, berkata-kata memang mudah. Tapi nak melaksanakan. Nak menetapkan yang niat itu adalah kerana Allah perlukan banyak benda. Hati yang ikhlas, hati yang bersih, hati yang sentiasa pada Allah, pada jalan Allah. Adakah kita di tahap itu? Seperti jauh saja. Mulut memang mudah berkata "Ya, aku buat kerana Allah". Tapi dalam hati, sekelumit mesti ada rasa riak itu. Ya Allah. Jahilnya kita. Beristiqfar banyak banyak bila tersedar kita ke arah yang salah. Semoga kita dalam lindungan Allah.





Moral of the story :

1) Allah Tahu apa yang kita niatkan. Apa dalam hati kita.

2) Tak payah nak di berkesahkan dengan apa yang manusia kata. Pentingkan kata-kata Allah.

3) Bila tersasul, istiqfar banyak-banyak.

4) Bila belajar sesuatu yang baru, amal, buat, cuba istiqomahkan dan HARUS SEBARKAN.













PdanS : Kadang-kadang, ramai yang masih tersasar dan menjadikan alasan "Aku tak nak hipokrit menjadi baik" sebagai sebab untuk masih bertangguh kembali padaNYA. Tapi, berbangga-bangga memakai nama Islam sebagai agama yang kamu anuti, tetapi tidak melakukan sesuatu yang di perintahkan, adakah itu tidak hipokrit namanya??

Makan dan Hamil?

Assalamualaikum. Hai kalian. Hai belog.

Malam ini duduknya bersendiri. Housemate pulang ke kampung halamannya di Kemanan sana. Sepupu yang setiap hujung minggu memeriahkan teratak aku sudah pulang ke Kerteh. Esok Ahad, warga Kertih harus bekerja, sama macam di Kedah dan Kelantan. Adus, menaip Kedah saja, hati tiba-tiba ada teringat. Teringat sama warga Yan nun jauh di mata. Apa kabar mak ayah, apa kabar keluarga, apa kabar dapur. Haha. Dapur saja yang aku nampak sekarang.

Yes. Hal makan makan aku semakin menjadi-jadi. Berselera macam dah tak makan setahun. Mengidam kalah ibu mengandung. Hadoi. Risaunya 3 bulan mendatang. Konfirm berat naik mendadak nie. Sudah lah minggu depan akan berada di Hotel di Kota Lumpur untuk 5 hari. Makanan mesti akan heaven. Uish. Week seterusnya setelah pulang dari Kota Lumpur akan bercuti di Kampung halaman untuk 4 hari. Makanan kampung? Masakkan bunda? Masakan yang perut sudah lama idamkan? Hadoi. Lagi-lagi lah heaven. Ya Ampun. Then week after itu akan ke suatu tempat. Tempat yang mana makanan dia memang kegemaran aku. Mediterranean. Yang ada kambing. Yang ada kebab. Mmmmmm. Sedapnyaaaaaaa kamu. Menaip saja sudah menjadikan air liur bisa percik memercik seperti ayam percik. Hurm. Kenapa mesti ada ayam percik di situ? Dah mengidam ayam percik pulak nie. Mana nak cari malam malam macam nie? Uwaaaaa.

Masuk hari nie, sudah hari kelima aku asyik minum air Bliss. Everyday. Sebelum nie minum jugak. Tapi tak ada lah di setiap hari. Selang 4, 5 hari baru jumpa sebotol Bliss. Tu pun sebab ada masalah penghadaman. Tapi sekarang macam melampau pulak addict dia nie. Everyday kena minum. Sampai satu malam, sebab nak sangat sangat minum air tuh, jadi di drive ke Giant seorang diri untuk misi sebotol Bliss. Semalam cousin keluar, jadi pesan saja Bliss itu sama dia. Malam yang lepas, mengidam Bliss jugak, jadi mengajak housemate keluar, jom cari Bliss. Hurmmmm. Penyakit apakah ini? Nasib baik bila di study pada ingredient dia macam, ok, buah buah saja, air yogurt, lemak zero, tak bahaya kot kalau tiap-tiap hari minum kan. Hahaha.

Lagi satu, hal hal kek. Hadoi. Pantang jumpa. Makan kek macam makan nasik. Orang lain odder satu slice, tu pun kadang-kadang makan tak habis, simpan esok pulak sambung makan. Tapi aku skali odder hentam 3. Lepastu mampu habis licin pulak. Hebat!!! Ya, sangat hebat dalam cubaan untuk menambahkan berat badan badan. Aku rasa dalam minggu nie dah 4 kali dah aku dok ulang makan kek. Skali kat secret recepi 3 slice. Lepas tu kat office makan sikit sikit saja sebab yang orang punya kek. Hari Khamis, beli kek kat pasat malam 3 slice lagi. Then hari nie, mampu satu slice saja, sebab orang belanja. Melampau la kalau nak tibai 3 slice jugak. Kahkah. Dan dan dan, malam nie secara tiba-tiba setelah bercerita tentang kek, aku teringat red velvet. Kek itu.. Sedapnyaaaa... Esok!! Macam perlu ada misi sepotong redvelvet jah. Errrrrr..

See. Tak boleh terlitnas sikit apa apa jenis makanan kat kepala otak, mesti terasa nak makan. Tu tak termasuk lagi yang dok terpampang kat Facebook. Ya ampun. Semuanya aku rasa nak telan. Tetiba jadi nak mengidam. Kalau yang betul betul depan mata, tak payah cakap la. Makan tambah, tambah dan tambah lagi. Kadang-kadang, mula-mula ambik makanan macam, ishk, banyak nie, tak habis nie nanti. Tapi bila dah start makan, tub tub, eh eh, habis licin? Terasa macam nak tambah lagi bules? Errrrrr.

Setelah 2 minggu punya selera makan yang agak luar biasa dari biasa biasa, sampai kawan pun cakap aku nie gila kot. Dan hati sendiri macam tak sedap, nak mati ka apa yang nak kena mengidam semua benda nie. Haha. Maka, bila di selidik selidik balik, baru teringat akan satu hal itu. 2 minggu yang lalu aku ada ambil satu injection. Then setelah di google google tentang kesan injection tu, SAH!!! Memang betul, apa yang terjadi pada aku nie salah satu kesan dia "Selera makan bertambah". Dan satu lagi kesan dia yang semua artikel ada tulis "Berat badan bertambah". Aiyoyo. Begemana nie kamu. Nanti gemuk baju dah tak celussss. Lepas tu kena beli baju baru lagi. Uwaaaaa. Takpe takpe, i loike tang beli baju baru tuh. Takkesah lah kalau kena gumuk pung. Kahkah. 

So, moral of the story. Jangan ambil apa-apa injection untuk merancang kehamilan ya. Eh, aku sedang merancang untuk hamil? Tak kawin lagi dah rancang rancang nie? Haaa!! Sudah!! Jangan kau Senah. Jangan menfitnah. Aku ambik ada sebab sendiri dan atas nasihat doktor. Bukan hal hal hamil. Tapi hal datang bulan wanita ya. Sebab dia ada perkaitan. Kisah aku sedikitpun tidak ada  yang berkaitan dengan hamil. Cuma suntikan itu di perlukan untuk kes aku. Kes yang sementara saja. Lepasnie tak akan ambik dah. Faham? Tak paham diam. Pi men jejauh.

Dan, tak payah nak rancang sangatlah. Terima saja rezeki dari tuhan. Lagi banyak lagi untung. Bukankah pada anak-anak itu ada pahala yang akan sentiasa bertambah walaupun kita sudah mati. Tapi bila di didik dengan sempurna lah, bila didikan itu menjadikan mereka soleh dan solehah. Kan...












PdanS : Feel like macam kena beli dapur la. Beli peti ais. Senang aku masak memasak. Mengidam je masak. Kan senang. Yes!! Kena beli !!

Wednesday, January 9, 2013

Ujian


Assalamualaikum. Hai kamu. Anak didik sedang di beri ujian. Lalu guru pun jadi kebosanan dan tidak tahu apa yang harus di kerjakan. Membelek belek kalender. Bermonolog seorang diri di dalam hati, lalu, hurmm, menitipkan sesuatu di blog macam menarik bukan. Ayuh kita mulakan. ^_^

Sekarang sangat menghitung hari-hari yang berlalu. Hari yang tinggal. Yang tidak sampai sebulan. Minggu ini bersaja saja di bumi kuantan. Mungkin lah. Sebab aku ini jenisnya yang banyak akan tiba tiba. Boleh jadi secara tidak di plan, tinggg!! Bukit tinggi, tinggggg!! Nilai. Kehkeh. Tapi sangat berharap minggu ini dapat menikmati ketenangan di bumi kuantan saja. Tidak mahu kemana-mana. Minggu depan sampai ke penghujung bulan 2, minggu aku akan padat. Padat yang terisi dengan sesuatu yang namanya kerja, namanya tanggungjawab untuk ibu ayah dan yang paling di tunggu-tunggu sesuatu yang sudah lama hati ini pohonkan. Hurm. Penuh. Tidak kisahlah sebab semua kerja itu yang hati suka. Minggu depan akan bertapak di kota lumpur selama 5 hari. Biarpun ianya hal hal kerja, tapi bila sudah namanya kota lumpur yang ada Jalan Tar itu, hati harus jadi gumbira. Kehkeh. Fuhhh. Sudah berbunga bunga cinta. Jadual bercanda canda sudah berlegar dalam kepala. Cuma menanti waktunya saja. Haha.

 Pagi tadi, secara tiba-tiba mendapat sms dari maksu. "maksu mimpi muna kawin".. Wow!!! Aku yang teruja lebih jadinya. Hahaha. Terus tangan laju mengreply "Yeay!!! Sukanya.. hahaha.. klo x kawen pun maybe ada gud  news yang lain kot dalam masa terdekat nie.. hihi. eh. kawen ng sapa? mcm mana wajah jodoh muna? kehkeh".... "Maksu p majlis tu akad nikah. Tiba tiba Muaz melalak nak susu. Frust. Terbantut mimpi tu."... Haha. Hadoi. Ibu yang beranak lima ini, memang suka mengorek sesuatu dari kami si anak-anak muda ini. Pantang jumpa, ada saja kisah-kisah yang di gosipkan bersama.

Tidak kisahlah mimpi itu bagaimana. Mainan tidur saja bukan. Tak payah nak di percaya sangat. Bisikan syitan barangkali. Tapi, kalau yang mimpi itu adalah seruan untuk banyakkan doa pada Tuhan, di suruh untuk baca yassin, berada di Mekah? Hurm. Begemana tuh? Adakah dari syaitan jugak. Syaitan mengajak kita berbuat kebaikkan? Hurmm.

Tapi yang aku pasti, mimpi kita selalunya akan berkisar tentang kisah-kisah apa yang minda kita sering fikirkan, apa yang sedang kita lalui, tempuhi. Kan. Macam mimpi semalam. Mendapat satu mimpi yang mana kaki sudah di jejak ke bumi paling tenang di dunia. Yes. Sedang membaca satu buku itu. "Madinah Al-Munawwarah" tajuk nya. Sebab ada nama Munawwarah di situ, jadi keterujaan tu akan lebih untuk dibeli dan di baca. Kehkeh. Semalam mimpi berada di bumi itu. Tenang. Nampak burung terbang. Nampak banyak orang arab. Nampak pasar mereka, makanan mereka, kebab. Tapi entah lah kenapa hati kuat mengatakan itu di Madinah. Mungkin aku rindu nak pergi sana. Sebab tu sampai terbawak bawak dalam mimpi kan.


 Eh. Ujian anak murid sudah tamat. Mari kutip kertas peperiksaan. Ayuhhhhhh...









PdanS : Bulan lalu mendapat msg jugak dari seorang sahabat rapat. Dia cakap mimpi aku mati. Hurmmm. Yes, mati itu memang pasti. Tapi masanya? Dekat atau jauh? 

Monday, January 7, 2013

Quote #76












PdanS : Selalu jahat dengan semut. 

Quote #75


Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..

Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.

Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.

Semoga Allah redha.










PdanS : Alahai, kata-kata kamu sangat makan dalam lah wahai Tersenyum Melihat Langit. Selalu rasa kita sama. Semoga, aku, kamu dan hawa-hawa yang lain menjadi yang beruntung itu. Amin.

Quote #74



"Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. Hati kita seolah berbisik,"









PdanS : Ya Allah, betapa bertuahnya bila hati di sentuh Allah. 

Thursday, January 3, 2013

Quote #73





"Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu, 
Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya."







Yes. Allah kabulkan doa kita dalam pelbagai cara. Terkadang, bila sesuatu doa yang dipohon itu tidak kunjung tiba, bersangka baik lah dengan Allah, yang Allah akan beri lebih baik dari itu. Dan percayalah, bukan Allah tidak makbulkan, kerna Allah datangkan ia di tempat lain, di tempat yang kita lebih lebih memerlukan. Bukan di tempat yang kita inginkan. Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

Kadang-kadang juga melalui ujian sakit derita itulah yang Allah datangkan semua doa doa kita. Kita mengeluh pada Allah, yang kita tak tahan. Tapi kita lupa apa yang kita pohonkan. "Semoga di ampun segala dosa silam" Bukankah dengan sakit itu dosa kita di ampunkan? 

Kemudian kita ditimpa lagi pelbagai ujian. Lalu hati yang nipis iman itu mengeluh kembali, penat katanya. Sekali lagi kita lupa apa yang telah pohonkan. "Semoga di beri kesabaran yang tinggi dalam mengharung kehidupan". Bukankah dengan adanya ujian, baru boleh di datangkan kesabaran yang tinggi?

Hurm. Kita yang tidak sedar. Sering lalai leka. Jahilnya kita.








PdanS : No PdanS. 

Wednesday, January 2, 2013

Senyum. Debar. Sakit. Baby. Dirindui.



Assalamulaikum. Hai kamu. Tersenyum panjang pulak pagi ini. Hihi. Entah la. Tak ada sebab apa pun. Tapi rasa mahu bersenyum-senyum saja. Hati terasa tenang je semenjak dua menjak ini. Suka. ^_^ Terasa aura positif tu semakin kuat menyelubungi diri. Aura positif? Haha. Macam ayat pakar potivasi pulak pagi nie. Tapi itu lah yang sebenarnya. Bahagia tak perlu semua sempurna bukan. Andai ada Allah selalu dalam hati, tenang terasa sampai mati. Tapi, aku nie imannya nipis. Jahil selalu. Lalai apla tak penah miss. Susahnya nak letak seperti itu selalu. Tak mengapalah. Yang penting, setiap hari ada usaha. Caiyok!!

Ok lah. Terasa macam dah lama tak menulis secara santai santai. Bercerita tentang hidup sendiri. Apa yang terjadi. Apa yang berlaku. Ye lah, banyak melepak di Tumblr, mengscroll semua yang buat hati jadi tersenyum, lalu lupa nak menitipkan sesuatu kat sini. Yang ada pun, semua yang di copy paste dari Tumblr saja. 

Hidup baik baik saja. Kadang-kadang ada debar. Eh, bukan kadang-kadang memang selalu ada debar bila memikirkan akan hal itu. Hurm. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah terima aku. Semoga Allah sambut aku dengan baik ke rumahnya. Syukur banyak banyak untuk hal itu. Tapi persiapan masik kurang. Ilmu pun masih belum penuh di dada. Bila melihat kalender. Alahai. Sebulan lima hari lagi? Ya Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aku kena yakin yang itu.

Sekarang jugak kesihatan macam terumbang ambing. Ada satu sakit baru. Sakit yang buat hati risau sangat. Nak berserah bulat bulat pada Allah tanpa ada ikhtiar untuk ubatinya tak boleh jugak kan. Hurmm. Tah lah. 

Dan sekarang jugak nafsu makan macam menjadi-jadi. Sampai, kadang-kadang, tangan tetiba mengusap-ngusap perut sendiri sambil dalam hati tertanya-tanya "Ada baby ke dalam nie, pelik sangat mengidam aku nie" Hahaha. Gila. Yes. Semua benda yang aku tengok kat Tivi, Facebook semua rasa nak telan. Hadoi. Napsu apakah ini. Lantas terus berazam, weekend nie, pulang ke teratak, harus buat itu ini, baking kek, masak gulai, bubur, semua semua yang perut aku rasa nak telan. Mesti!! Even pulangnya adalah sekejap sahaja, tak sempat bontot nak panas, tetap mahu bersemangat nak buat itu ini. Haha. 

Ok lah. Cukup sampai di sini. Tak mahu menulis yang panjang panjang. Ada kerja menanti. Soalan kuiz untuk esok belum di gubal. Zohor tak di sempurnakan lagi. Ok. Tata kamu.








PdanS : Macam comel-comel je kechintaan saya sekarang ini. SMS, cakap rindu, cakap asyik teringat je kat aku semenjak dua menjak ini, alahai, nie nak buat mata masuk habuk nie. Haish. Apa telah aku buat sampai mereka ingat sangat kat aku nie. Jangan la comel sangat kawan-kawan. Mukah tu bukan dekat. Shah Alam tu bukan belakang Kuantan. Jangan yer. Tidak molek untuk kesihatan hati saya. Nanti jadi sakit menahan rindu dari jauh jugak. Alahaii..

Surat Cinta #9




“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi perintahKu; dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

[2 : 186]




Ilmu yang dapat malam nie : 

Doa yang di makbulkan bukan terletak pada jumlah air mata yang mengalir ketika berdoa, untuk menunjukkan doa kita adalah bersungguh-sungguh. Tapi doa yang di makbulkan Tuhan adalah bersandarkan kepada amalan dan kepatuhan pada suruhan Allah. Lebih banyak amalan kepada Allah, lebih mudah doa hamba itu di makbulkan. Maka, apabila seseorang hamba itu berdoa sehingga mengalir air mata sesudah melakukan amalan kepada Allah, saat itu, air mata yang keluar barulah bermakna yang hati benar benar memohonnya, dan sebagai bantuan untuk menjadikan doa yang dipohon lebih kusyuk.... - TQ Tivi AlHijrah. ^_^













PdanS : Selalu saja Allah ketemukan dengan sesuatu yang berkait rapat dengan apa yang sedang aku rasai,  aku lalui, aku tempuhi. Kebetulan? Tidaklah. Semua itu ketepan Allah. Sama ada kita perasan atau tidak? Sama ada kita akan mengambil ikhtibar atau membiarkan ia berlalu sahaja. Mungkin ia salah satu Hidayah Allah, atau sesuatu petunjuk buat yang hati kita selalu ragu-ragukan... 

Tuesday, January 1, 2013

Surat Cinta #8



“Kadang-kadang saat hati kita rasa gundah gulana, selaklah al-Quran secara rawak dan surah yang kita buka itu, anggaplah ia merupakan kata-kata pujukan Tuhan kepada kita agar kita kembali tenang dan ingat pada Dia.” - Tumblr



Then i try. And i found this.



Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu dan Dia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.










PdanS : Ya Allah, sungguh Allah itu Maha Mengetahui apa yang hati cuba sembunyi. 

Quote #72





Yes, what im thinking about right now.











PdanS : Kadang-kadang nak masa laju berlalu,  supaya aku dapat lihat apa yang bakal di tempuh, bagaimana kesudahan semua yang aku tunggu. Tapi, bila terlalu laju, sampai tidak sedar ianya berlalu, tidakkah merugikan aku. Hanya menjadi penunggu untuk melihat bagaimana semua berlaku, tanpa tidak sempat dan lupa berbuat sesuatu, bagi bekalan hari yang semua manusia tunggu-tunggu. Rugi rugi rugi. 



PdanSlagi : Dan kadang-kadang terasa bodoh bila menjadi Si Pemikir seperti di atas ini. Kenapa harus di fikir? Di runsing? Di kuatiri lagi? Bukankan Allah itu sebaik baik perancang? Just follow apa yang ada di depan mu. Tempuh dengan di bawa bersama Allah di hati selalu. Kan...