❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 27, 2012

Rasa Si Isteri.




Saya jarang berblog walking. Jarang untuk bertempek di blog blog orang yang tidak saya kenali semata mata untuk menyatakan "hey, im coming", "Hai, cantik blog awak". Tidak. Dulu ya. Sekarang sudah ada kesedaran yang mana tak perlu promote blog untuk cari traffic yang tinggi, atau mencari keuntungan wang  dari Nuffnang. Tidak. Sebab utama saya menulis di sini bukan untuk menarik minat orang membaca. Tapi sebagai kata-kata dari hati saya yang nak sangat sangat bercakap hal itu, tapi tak tahu nak cakap dengan sapa, mesti orang akan bosan dengan cerita hati aku, mesti orang tak akan faham kenapa aku nak sangat cakap hal itu. Jadi aku luahkan kat sini. Blog sebagai medium untuk aku sampaikan kisah yang mana susah dan mungkin tak akan dengar dari bibir aku. Dan aku rasa, aku lebih jujur di sini, sebab kata-kata di sini semua dari hati yang aku rasa sendiri. Tak ada selindung, tak ada berlapik itu ini.

Walaupun aku jarang berblog walking, tapi ada 2, 3 blog yang memang aku selalu buka baca dan aku follow akan kisah mereka dari beberapa tahun yang lalu lagi. Kadang-kadang terasa hidup bersama mereka sebab segala detail tentang mereka aku ketahui melalui apa yang mereka tulis. Dan pagi ini menempek lagi di satu blog itu. .

Hampir setahun sudah aku mengikuti kisah wanita tabah ini. Di usia yang muda, sudah kematian suami. Di usia perkahwinan baru setahun dua, kekasih sudah di jemput Ilahi. Tapi setiap hari, berdoa agar Allah tidak hilangkan rasa cintanya buat suami sampai ajal menjemputnya nanti. Ya Allah. Setianya kamu wahai isteri.

Sayang sungguh Si Isteri kepada Suaminya. Setiap entry mesti akan di selit rasa ingat pada suami yang jauh dari alam ini. Kisah gembira bila dia bermimpi bertemu si suami. Kisah susah payah mereka di awal membina rumahtangga. Kisah anak-anak yang membesar tanpa seorang ayah di sisi tapi cuba di asuh seperti kelibat ayah ada bersama setiap hari. Kisah bagaimana saat saat si jantung hati di jemput ilahi. Dan yang paling menyentuh hati bila ada kisah rindu seorang isteri pada suami yang telah pergi. Ya Allah. Aku yang membaca pun menitikkan air mata, apatah lagi dia yang memanggung rasa. Besar ujiannya, besar dugaanya. Tapi tidak mengapalah, mungkin lagi besar pahala yang akan di raihnya.

Aku tahu, dia redha. Redha dengan pemergian itu, redha dengan kecintaan hati yang ambil Ilahi, tapi, di sebalik semua tulisan itu, aku dapat rasa, yang dia berusaha untuk cuba memujuk sang hati. Aku wanita, dan dia juga wanita. Kami sama dan hati juga akan banyak samanya. Semoga tabah itu selalu bersamanya. Semoga redha itu menjadi sahabat karibnya. Semoga cintanya kekal sampai bertemu di Syurga kelak. Amin..











PdanS : Sebab itu saya tidak mahu meletakkan apa-apa rasa untuk seseorang yang belum halal untuk saya. Sebab sekali saya merasa, rasa itu akan besungguh-sungguh sampai kuat, sampai kukuh, insyaAllah akan sampai mati. Bimbang andai hal hal seperti ini terjadi, walaupun penamatnya bukan jemputan ilahi, tapi mungkin kisah-kisah yang bukan jodoh barangkali, ia mampu buat rasa jadi kucar kacir, berterabur terburai sana sini. Seperti membazirkan rasa saja bila di letakkan pada yang tidak pasti. Lebih baik simpan untuk yang selayaknya bila masa sudah sampai nanti. Tak mengapalah, lebih baik tidak mencuba. Mencuba bilamana ia sudah mendapat Redha Ilahi. Itu lebih diberkati. Kan.

No comments: