❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 30, 2012

2012. Sungguh cantik aturanMU.





Hari terahir untuk 2012 ini, Allah turunkan rahmatnya, di kala pagi-pagi lagi, di kala tidur aku sedang nyenyak, di kala air perlu di siram ke badan, dikala aku sepatutnya berada di office, Allah datangkan hujan yang panjang, yang lebat. Pagi ini tenang sekali. Bangun aku jugak awal. Seawal jam 5.50 pagi, tapi disebabkan kedinginan yang menyusuk sampai ke tulang benulang, maka, di lajakkan sikit waktu tidurnya. Syaitan merangkul badan. Berat di rasa untuk mengadapNYA. Tapi, nasib baik kesedaran itu agak menebal, beberapa minit kemudian berjaya di gagahi jugak untuk bangun. Yes!! Syaitan Kalah, aku menang!!

Esok sudah melangkah ke 2013. Cepat sungguh masa berlalu. Bila bertemu tahun baru, maka umur pun berganjak kepada satu takak yang lebih besar. Semoga bukan umur saja yang besar, akal juga semakin matang. Yang pastinya 2012 banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku, banyak merubah pemikiran aku, cara aku, hati aku, banyak kisah sedih, kisah usaha, kisah gembira, kisah syukur yang tak terkira dan banyak kisah-kisah yang memberi pelbagai emosi untuk di rasa. 

Awal tahun 2012 di mulakan dengan kisah sedih. Kisah cubaan, dugaan yang harus aku tempuh dalam bergelar final year student. Ya Allah, tika itu hanya tuhan saja tahu rasa yang di tanggung ini. Aku tidak pernah menangis untuk hal-hal belajar sepanjang hidup aku, biar mendapat keputusan yang sangat tidak memuaskan, jarang aku gugurkan air mata untuk hal hal belajar. Tapi di ahir pengajian aku, ada saja perkara yang cuba merobek hati aku yang keras ini. Ahirnya, aku kalah, aku tumpas dengan hati sendiri. Hati yang membatu itu ahirnya bertukar menjadi tisu yang terlalu nipis, mudah sangat untuk terkoyak. Tapi aku syukur dengar rasa yang Tuhan ubah itu, sekurang-kurangnya, hati aku tak angkuh lagi tika berdoa, tika mengadap Ilahi, tika melihat alam ciptaan ini, tika merindui sesuatu yang Abadi, merindui mereka berjasa buat diri, mudah untuk merasa apa yang cuba aku pohon dari Allah. Rasa yang sampai keluar air mata. Walau pada mulanya, aku rasakan peristiwa itu sangat hitam sekali dalam tempoh hidup belajar aku, tapi sekarang baru aku sedar yang semua Allah aturkan itu adalah untuk mengubah hati aku yang dulu keras berbatu, kini jadi lembut seperti tisu. Syukur Ya Allah.

Bulan ke duanya, aku berhadapan dengan kisah mencari kerja. 2 bulan aku menganggur. Tidak berbuat apa-apa di rumah. Dua bulan di lalui dengan hati yang bimbang, hati yang resah dengan rezeki yang tidak kunjung tiba. Kerana pekerjaan yang tidak ada, kadang-kadang buat diri terasa sangat down untuk berhadapan dengan orang ramai. Dalam tempoh itu, masa aku cuba di isi sebaik mungkin. Berkerja dengan sesuatu yang hati gemari, membuat manik, membuat kad, belajar menjahit baju, belajar masak. Membuat sesuatu yang menjadi kegemaran hati, mampu buat resah gelisah aku hilang. Lupa untuk di runsingkan.


Dan kemudian, May mengambil tempat. Secara tidak di sangka-sangka, kakak menalifon. Datang KL malam nie jugak, esok jadi cikgu ganti di sekolahnya!!. Malam ini jugak? Errr. Keputusan yang harus di buat dengan segera, masa berfikir ada beberapa minit cuma. Tanpa memikir panjang, dan ibu ayah juga merestui, segera di kemas segala kain pakaian. Malam itu juga aku bertolak ke KL dan keesokkan hari melaporkan diri di sekolah yang jaraknya 5 langkah saja dari rumah kediaman kakak aku. Sungguh dekat. 3 bulan bergelar guru tidak menyulitkan aku, ada kakak, ada kawan-kawan kakak yang sudah aku kenal sebelum berkhidmat di sekolah itu lagi. Jadi, komunikasi aku jadi tidak janggal. Aku selesa. Mengajar aku juga mudah. Berhadapan dengan kanak-kanak istimewa. Tidak perlu persediaan yang rapi, ulangkaji di malam hari juga tidak ada. Menanda kertas periksa, kerja sekolah, semua itu tidak ujud untuk guru pendidikan khas. Bahgia terasa. Tapi dalam masa yang sama, hati tetap bimbang, bila 3 bulan tamat apa yang harus aku kerjakan?

3 bulan aku di kota lumpur, rindu pada ibu ayah tak perlu di ungkap. Kadang-kadang bila hati tak tertahan, mata berkaca, biar ada kakak dan anak-anak comel di sisi, tapi rasa rindu itu tak dapat di bendung. Waktu itu aku sedar, yang hati aku tak seperti dulu, aku jarang merindui mak ayah, keluarga, kampung sampai sebegini rupa. Mungkin dulu hati banyak di isi dengan kebahgiaan, keriangan dan bermacam aktiviti bersama kawan-kawan  lalu lupa untuk di kenang pada ibu ayah di kampung sana. Alahai, teruknya aku dulu. Sampai satu ketika, hati berharap sangat, supaya tidak ada rezeki yang datang pada masa akan datang. Kerna masa itu, mahu di habiskan dengan ibu ayah saja di kampung. Hurm, tidak molek berharap agar rezeki di kurangkan, tapi betul, waktu itu,  aku benar-benar harapkan. Kemudian, aku  berdoa agar Ramadhan yang akan tiba itu aku tidak berbuat apa-apa pekerjaan lagi. Mahu di gunakan sepenuhnya bersama keluarga, beribadah sebaik mungkin dalam bulan yang diberkati Allah.

1 Ramadhan, tempoh mengajar aku tamat. Lalu dengan segera membawa diri pulang ke sarang. Doa yang aku pohon Allah makbulkan. Harapan aku untuk menghabiskan masa Ramadhan bersama ibu ayah Allah berikan. Malah lebih dari yang aku pohon Allah datangkan. Beberapa hajat yang aku harapkan untuk Ramadhan itu terlaksana. Ramadhan yang aku lalui juga aku rasa bertambah baik dan banyak mengubah rutin yang selalu aku lalui pada ramadhan yang lepas-lepas. Ya Allah. Terima kasih.

Seminggu selepas berhari raya mendapat perkabaran dari seorang sahabat yang sama-sama menghadiri interview di satu kolej di Kuantan. Beliau berjaya dan sudah di panggil untuk mengajar pada minggu ke dua raya. Waktu itu, hati sangat bersedih. Nasib aku bagaimana? Sudahlah tidak ada interview lain lagi yang aku hadiri, berharap pada pekerjaan itu saja. Cuba untuk di pujuk hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Sebab harapan yang aku taruhkan sebelum itu sangat tinggi, lalu bila kenyataan yang sampai tidak seindah yang di harapkan, kadang-kadang ada rasa keluh. Keluh yang tidak baik untuk iman. Waktu itu cuba untuk berfikiran positif.

Di pertengahan Syawal, aku mendapat panggilan dari rakan yang sama, yang sudah seminggu memulakan pekerjaan di Kolej itu. Katanya, permohonan aku untuk mengajar di situ berjaya. Ya Allah. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ini tika itu. Aku sangat sangat sangat berharap agar kerjaya aku adalah pendidik, dari dulu lagi, dari tamat SPM lagi aku berusaha untuk menjadi pendidik. Tapi laluan ke arah itu Allah jauhkan dan sekarang Allah dekatkan pulak. Aku tidak kisah, kerna aku tahu perangcangan Allah adalah sebaik baik rancangan. Walau tidak sama dengan apa yang aku harapkan, tapi aku bersyukur atas apa yang Allah aturkan untuk aku. Kalau belajar aku dulu adalah bidang pendidikan, mungkin aku tidak dipertemukan dengan insan-insan yang banyak menyenangkan hati aku sekarang ini. Ada hikmah di sebaliknya kan.

Dan hikmah di sebalik tawaran kerja aku yang sedikit lambat itu, mungkin Allah mahu aku beraya sepuas-puasnya dulu bersama keluarga selama 2 minggu, dan memang aku nikmati dan gunakan masa 2 minggu bersama semua ahli keluarga dengan cukup bahagia. Kemudian, baru Allah datangkan rezeki untuk aku. Yes!! Pada mulanya aku bersedih hati, tapi bila masa berlalu, baru aku sedar yang di sebalik sedih itu adalah keindahan yang aku tak nampak. 

Memulakan hidup baru di bumi asing, jauh dari ibu ayah sangat memeritkan aku. Susah sukar memang aku perlu tempuh. Kisah wang belanja memang tidak pernah cukup. Nasib kerja aku sebelum ini adalah guru ganti dan gajinya di masukkan setelah tamat 3 bulan berkhidmat. Maka duit itu aku gunakan untuk memulakan hidup di bumi Kuantan. 2 bulan pertama berkerja di Kuantan dengan tidak bergaji. Hati bimbang, hati resah, tapi ada saja rezeki dari Tuhan yang tiba-tiba menjengah dari sumber yang aku tak sangka. Hurm. Betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang hati ini cuba sembunyikan, dan dari sifar Ar-Rahman, Ar-Rahim, di berinya rezeki yang tak pernah putus-putus. Syukur.

September, Oktober, November dan sekarang Disember. Genap 4 bulan aku bekerja sebagai pendidik di sebuah Kolej di Kuantan. Berhadapan dengan pelbagai jenis manusia, bermacam karenah, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Kadang-kadang keliru dengan diri sendiri, mahu jadi yang bagaimana, membuat hal sendiri, hidup berkelompok dengan mengikut bontot mereka semua atau aku dengan cara aku.  Selalu pesan pada diri, tidak ada satu pekerjaan pun yang mudah dan jangan bimbang yang susah itu akan berahir. Hujan ribut pun akan berhenti, inikan susah payah. Mesti ada penghujungnya.

Bila December datang, banyak kisah gembira yang mambuat hati aku senyum sentiasa. Tertanya-tanya, apa sebenarnya yang Allah sudah atur untuk aku nie. Kadang-kadang hati bimbang, takut yang tersenyum itu tidak berpanjangan, yang tersenyum itu buat hati lalai leka. Bahaya di zone zone yang selesa ini. Kita akan lebih mudah lupa, kita akan cepat alpa.

Dan di pengakhir tahun ini, di penghujung disember ini, mendapat satu perkabaran gembira yang sudah setahun aku tidak putus putus berdoa untuk hajat itu.  Berdoa bersungguh-sungguh, menaruh harap yang tinggi, merindui berkali kali. Terlalu berhajat untuk yang itu. Dengan izin Allah, ada jemputan. Semua datang dari sumber yang aku tidak sangka-sangka. Syukur yang teramat-amat untuk hal itu. 

Setahun sudah berlalu pergi. Dan esok akan bertemu 2013. Sekarang, baru aku sedar, yang Allah aturkan untuk aku sangat sangat cantik, sangat sangat indah, ada sebabnya, ada hikmahnya. Mungkin di awal permulaan aku tidak nampak, aku tidak rasa. Tapi bila tiba di penghujungnya, bila tiba di garis bahgianya, baru aku sedar yang Allah berikan susah aku di awal tahun itu untuk merubah  hati yang keras berbatu jadi lembut, jadi mudah untuk merasa sesuatu. 

Kemudian, 2 bulan yang aku lalui penuh dengan resah gelisah menanti rezeki dari Allah, rupa-rupanya waktu itu, Allah mahu memberi peluang kepada aku, berbakti pada ayah bunda di kampung, mempelajari sesuatu yang akan menjadi tanggungjawab aku suatu hati kelak, membuat sesuatu yang hati aku gemari. Kalau tidak kerana dua bulan yang bersaja-saja itu, mungkin aku tidak tahu memasak, mungkin aku masih tersasar dari landasan, mungkin keakraban aku dengan mak ayah keluarga jauh renggang, mungkin ilmu menjahit aku masih kurang. Semua yang aku lalui ada hikmah bukan.

Di penghujung, aku diberikan kisah gembira buat diri. Pengganti yang sedih di permulaan dulu. Ya Allah, sungguh cantik aturanMU. Syukur Alhamdulillah dari hamba yang jahil ini....





Sesuatu yang telah dipelajari dari tahun 2012  ;


"Sentiasa bersangka baik pada Allah",

"Berniat baik dalam sesuatu hal"

"Apa yang kita niatkan itu yang kita dapat"

 "Rancangan Allah adalah paling terbaik"

"Bergantung pada Allah sahaja dalam semua perkara"

"Berdoa bersungguh-sungguh"

"Berdoa saja tidak cukup untuk mendatangkan sesuatu hajat, perlu ada usaha, dan sentiasa ingat Allah selalu"

"Sentiasa muhasabahkan diri"

"Paksa diri buat kebaikkan, lama-lama akan jadi terbiasa lalu bertukar rutin"

"Berani membuat perubahan"

"Biarpun sikit saja amalan baik yang kita buat, lama-lama akan menjadi besar"

"Cari yang Allah pandang, bukan manusia pandang"














PdanS : Semoga kisah 2013 lebih baik dari kisah 2012 ini. InsyaAllah. Dan Yes!! Setelah sekian lama hidup tidak berazam. Macam perlukan sesuatu untuk di Azamkan. Baru lah ada matlamat hidup kan. Jom buat Azam tahun baru!!!

Pulang ke sarang?



Nak balik. Nak balik Yan kat sana nuh. Nak balik sebab nak masak je. Boleh?  Serius. Sangat sangat sangat rindu nak masak. Nak masak macam dulu. Masak lauk tengah hari, lepas tu ada mak tolong ajar masuk itu ini. Kemudian mak la yang jadi juri. Kakak tau kondem je, tapi makan nasik tambah sampai berkali kali. Macam mana tuh?

Malam-malam adik request masak tomyam la, meggi la, konon kakak dia buat kalah kedai siam sana nuh. Dengan perasaan kembang semangkuk terus masak laju-laju. Lepas tu tengok adik adik makan sampai berpeluh. Tersenyum kakak tuh. ^_^

Lagi, bila ujung minggu, ada maksu datang, ada sedara itu ini, adik di hostel pulang, lagi banyak merequest itu ini. Kek karamel, puding memuding, kek red velvet, ciss kek, macaroni ciss. Alahai.. Rindu nak buat semua semua jenis makan itu. =(

Bila petang petang pulak, napsu serakah nie ada je nak mengidam itu ini, bubur kacang la, bubur caca la, roti jala la, donut la. Macam-macam. Tapi sebab ada rumah manis rumah napsu pun terlayan. Dah ada mak chef terhebat, mestilah la menjadi kan.

Sekarang nie pantang tengok cerita masak-masak, terus terasa nak buat. Tambah tambah cerita Masak Chef Ammar kat TV alhijrah tuh, masak dari hati, masak with iman. ^_^ Alahai, suka la selera Mediterranean nie. Ala-ala selera orang arab. Ada kebab, ada roti dan daging yang sedap, ada nasik arab, ada salad yang dengan mayonis tuh, dan yang paling di sukai ada kambing!! Uwaaaaaaa.

Tapi, sini duduknya dua orang saja. Dapur pun tak ada. Kalau ada pun, nak masak? Untuk dua orang? Hurmmm.. Macam tak berbaloi saja sebab dua-dua konon macam on diet. Makan malam memang jarang ujud. Tapi.... Nak masak jugakkkkkk...












PdanS : Hurmmm. Nak balik... =( Yes, kena balik!!! Wekend nie harus balik!!!!

Saturday, December 29, 2012

Kegemaran



Di sebabkan perasaan nak upload gambar sangat sangat macam nak sangat sangat. Dan Instagram tak dapat di aktifkan untuk seminggu ini dek kerana internet mobile yang di bawah penyelenggaraan. Maka, blogspot tolong  paham perasaan aku, sila berubah jadi Instagram sekejap. Tinggggggg!! Dah! Jadi instagram dah. Haha. 












One of my kegemaran adalah mengsnap gambar. Tak kira apa sekali pun, yang mata nampak cantik, yang hati nampak berkenan, akan ku usaha menggagahkan diri mengsnap semua itu sampai hati puas. Tak perlu tunggu ada DSLR canggeh baru boleh minat ambik gambar, atau ada IPhone yang kualiti gambar mantob beb, baru boleh nak mula mengsnap gambar. No lah. Pada aku, apa jenis kamera pun boleh hasilkan gambar yang cantik berbekalkan angle yang betul, dan di ambil guna hati. Bila gambar di ambil dengan hati, insyaallah yang memandang akan sampai ke hati. Kan. Bright, blur, contra, sharp semua semua tu boleh di adjust balik bila masuk komputer, terus jadi cun. Yang penting angle yang di ambil di lihat dari hati. Kalau angle salah dah tak boleh baiki. Hihi.  Berbekalkan lensa henpon cikai yang kualiti hanya 2MB, maka gambar-gambar di atas pun di persembahkan. 












PdanS : Rajin sungguh update noo. Haha.

Peplum.



 Pelam mempelam di luar pagar, 

ambik galah tolong jolokkan, 

saya gadis tengah gila peplum, 

kalau nak belanja jangan segan segan.





Something yang aku sedang crazy about. Crazy sampai macam nak cakap. "Hai peplum, kamu sangat kacak! Kapel jom!!" Kahkah. Gila. 

Peplum. Apa itu peplum? Sila rujak baju kembang kembang di bawah, kalau kabur lagi sila tanya Incik gugel. Sekian. 

Errrrr. Tolong la ajak p makan kenduri. Boles i melaram baju baru ini. Hikhik. Nak pakai pergi kerja macam melampau pulak kan. 






Pink color. Versi pendek sikit. Tapi macam nak letgo saja sama sapa-sapa yang nak. Tak pakai pun lagi. Tapi rasa macam terover beli berhelai helai dan tatau bila nak pakai. So, better letgokan saja.





Ini peplum peach versi muslimah sikit. I loikee. 




Ini time majlis kawen kawen sepupu di Raub Pahang minggu lepas. Peplum yang di beli dengan tak sengaja di pasar malam berdekatan rumah. Terembat 2 helai. Sehelai lagi hitam merah. Tapi dek kerana hitam merah itu terlalu ketat yang melampau peplum, so semalam i pergi kedai tu balik dan mintak tukar nak ambik skirt. Nasib baik dapat. Hihi. Jangan di tanya kenapa tudung pink dan baju biru sebab suka hati aku lah kan. Hahaha.





Nie bukan peplum. Tapi blouse biasa biasa yang corak dia luar biasa. Ceywah. Luar biasa lah konon. Dah engkau tersamsul beli, haruslah di claim luar biasa. Kahkah. Sekarang nie yang aku perasan, corak corak abstrak macam gini yang orang dulu dulu dok pakai datang kembali. Old skul gitu. Ada gak aku balik kampung nanti selongkaq almari baju mak aku yang dulu dulu. Kahkah.














PdanS : Azam tahun baru yang nak masuk beberapa hari je lagi nie adalah, semoga aku tak bershoping secara menggila lagi. Cukup laa. Ini yang last ye Munawwarah. Errrrr. Bukan kah ini azam tiap tiap tahun yang tak pernah tercapai. Eh, bukan tunggu hujung tahun saja akan ada azam macam nie, tapi tiap kali habis bershoping dan menyesal pun mengambil tempat, lalu azam seperti ini pun terkeluar. Tapi tahan sejam jah. Errrr. Sekian. Haha.


Thursday, December 27, 2012

Rasa Si Isteri.




Saya jarang berblog walking. Jarang untuk bertempek di blog blog orang yang tidak saya kenali semata mata untuk menyatakan "hey, im coming", "Hai, cantik blog awak". Tidak. Dulu ya. Sekarang sudah ada kesedaran yang mana tak perlu promote blog untuk cari traffic yang tinggi, atau mencari keuntungan wang  dari Nuffnang. Tidak. Sebab utama saya menulis di sini bukan untuk menarik minat orang membaca. Tapi sebagai kata-kata dari hati saya yang nak sangat sangat bercakap hal itu, tapi tak tahu nak cakap dengan sapa, mesti orang akan bosan dengan cerita hati aku, mesti orang tak akan faham kenapa aku nak sangat cakap hal itu. Jadi aku luahkan kat sini. Blog sebagai medium untuk aku sampaikan kisah yang mana susah dan mungkin tak akan dengar dari bibir aku. Dan aku rasa, aku lebih jujur di sini, sebab kata-kata di sini semua dari hati yang aku rasa sendiri. Tak ada selindung, tak ada berlapik itu ini.

Walaupun aku jarang berblog walking, tapi ada 2, 3 blog yang memang aku selalu buka baca dan aku follow akan kisah mereka dari beberapa tahun yang lalu lagi. Kadang-kadang terasa hidup bersama mereka sebab segala detail tentang mereka aku ketahui melalui apa yang mereka tulis. Dan pagi ini menempek lagi di satu blog itu. .

Hampir setahun sudah aku mengikuti kisah wanita tabah ini. Di usia yang muda, sudah kematian suami. Di usia perkahwinan baru setahun dua, kekasih sudah di jemput Ilahi. Tapi setiap hari, berdoa agar Allah tidak hilangkan rasa cintanya buat suami sampai ajal menjemputnya nanti. Ya Allah. Setianya kamu wahai isteri.

Sayang sungguh Si Isteri kepada Suaminya. Setiap entry mesti akan di selit rasa ingat pada suami yang jauh dari alam ini. Kisah gembira bila dia bermimpi bertemu si suami. Kisah susah payah mereka di awal membina rumahtangga. Kisah anak-anak yang membesar tanpa seorang ayah di sisi tapi cuba di asuh seperti kelibat ayah ada bersama setiap hari. Kisah bagaimana saat saat si jantung hati di jemput ilahi. Dan yang paling menyentuh hati bila ada kisah rindu seorang isteri pada suami yang telah pergi. Ya Allah. Aku yang membaca pun menitikkan air mata, apatah lagi dia yang memanggung rasa. Besar ujiannya, besar dugaanya. Tapi tidak mengapalah, mungkin lagi besar pahala yang akan di raihnya.

Aku tahu, dia redha. Redha dengan pemergian itu, redha dengan kecintaan hati yang ambil Ilahi, tapi, di sebalik semua tulisan itu, aku dapat rasa, yang dia berusaha untuk cuba memujuk sang hati. Aku wanita, dan dia juga wanita. Kami sama dan hati juga akan banyak samanya. Semoga tabah itu selalu bersamanya. Semoga redha itu menjadi sahabat karibnya. Semoga cintanya kekal sampai bertemu di Syurga kelak. Amin..











PdanS : Sebab itu saya tidak mahu meletakkan apa-apa rasa untuk seseorang yang belum halal untuk saya. Sebab sekali saya merasa, rasa itu akan besungguh-sungguh sampai kuat, sampai kukuh, insyaAllah akan sampai mati. Bimbang andai hal hal seperti ini terjadi, walaupun penamatnya bukan jemputan ilahi, tapi mungkin kisah-kisah yang bukan jodoh barangkali, ia mampu buat rasa jadi kucar kacir, berterabur terburai sana sini. Seperti membazirkan rasa saja bila di letakkan pada yang tidak pasti. Lebih baik simpan untuk yang selayaknya bila masa sudah sampai nanti. Tak mengapalah, lebih baik tidak mencuba. Mencuba bilamana ia sudah mendapat Redha Ilahi. Itu lebih diberkati. Kan.

Tuesday, December 25, 2012

Passion??




Yes. Reading is my passion. Errr. Ye ke ayat di sebelah. Haha. Hurm. Actually, reading atas sebab untuk hati yang masih tercari cari. Bila membaca, minda, jiwa, hati semua di bawa bersama. Lalu larut dalam kisah yang di baca. Sangat memberi kesan pada aku yang kadang-kadang jahil kalah syaitan, yang kadang-kadang insaf sampai letih untuk di tangiskan semua dosa-dosa lalu. Sebab itu, aku rasa perlukan sesuatu untuk jiwa aku yang kosong supaya tidak terlalai sangat. Mintalah pada Allah supaya di pegang hati kita. Bila terlalai leka sikit, Allah sedarkan kita, Allah cuit hati kita. Maka, cepat cepat lah Astaqfirullahhalazim. Kan.. 

Aku sangat percaya bahwa membaca banyak mengubah hidup aku sekarang nie kalau di compare dengan dulu. Dengan izin Allah juga sebenarnya. Betul, jasad makananya pakaian cantik, makanan lazat, perhiasan. Tapi, rohani kita? Makanannya? Ilmu ilmu yang memberi ketengangan pada jiwa. Kita selalu lupa hal itu. Yang selalu di sumbat, kisah kegembiraan, keriangan, kecintaan, kebahgiaan yang mana kita fikir hati kita sudah cukup tenang bila semua itu di depan mata. Tapi tenang sampai bila? Sementara saja sayang. Dengan mengingati Allah jualah hati akan tenang sampai bila-bila. Jadi, carilah bacaan yang boleh memberikan kamu mengingati Allah sepanjang waktu. Kan. Dan apa yang kita baca juga sangat melambangkan hati kita. Kalau kisah yang selalu kita hadapkan, gosip gosip di Internet, hurm, mungkin hati kita tidak cukup bersih lagi. Dahagakan benda benda kotor begitu. Jadi, jom audit diri masing masing, apa bacaan kegemaran kita sekarang nie dan apa kaitannya dengan hati kita. Masih hitam atau sudah mula memutih? Dari situ kita tahu status kita dengan tuhan. Jauh atau dekat.

Okeh, kembali kepada kisah membaca. Dulu tak minat membaca. Sangat sangat. News Paper akan di bukak dan baca tang header saja. Yang cerita cerita selanjutnya tanya kat orang. Punya la pemalas kan. Tapi tu kisah dulu. Sekarang, macam satu hobby pulak, pergi masuk kedai buku, belek belek semua jenis buku sampai sejam dua pun tak terasa lama, borong penuh tangan dan balik simpan dalam almari senyap senyap. Bukak baca bila nak tidur je. Ubat untuk senang lelap. Boleh gitu?? Teruk sungguh laa. Haha. Tidak lah seperti itu sebenarnya. Kalau ada kelapangan, dan memang banyak kelapangan di kala hidup bersendirian nie. Jadi bagi mengisi kelapangan itu, buku la teman aku. 

Actually, terjumpa satu gambar yang sungguh ohsem di Tumblr. Jadi, otak yang kuat berangan nie terus timbul satu idea, macam cantik kalau boleh buat rak buku macam tu kat bilik aku. Tapi.. rumah sewa je kot?? errrrr... Tapi nak.. hurm.. kalaulah punya rumah sendiri, akan ku gubah sepenuh jiwa.. Tetiba teringat entry angan angan aku setahun yang lalu di sini. Haha. Yes, memang aku berkobar kobar untuk punya bilik bacaan di satu masa nanti. Masa yang mana rumah adalah milik sendiri. Maka bila rumah tak milik sendiri lagi, tak payah nak berangan lebih lebih. Sila pi Giant dan beli rak buku hat RM20 saja. Kasihan buku saya yang bertimbun itu. Terburai atas lantai saja. Ok. Dah. Mari berpoya poya mencari sebijik rak buku di bandar Kuantan.





Rak ini lah yang aku kabarkan tadi. Macam sungguh ohsem kan. Susun senget senget seperti itu. Alahaiiii. Coolnya bilik mak nyah oiiii. Nakkkk!! Tapi kat celah mana nak cari drill. Hurm. Nak seribu daya. Tak hendak seribu alasan. Salah satu alasan. Tak payah over sangat nak memperabiskan duit yang memang sedia habis di sebabkan engkau mengshoping tak ingat dunia. Dalam tempoh seminggu 12 lai baju dan 2 kain kembang kuncup dan sepasang kain pasang dan beberapa helai selendang dan sepasang kasut baru juga. Nasib baik hand beg tak sempat rembat walau sudah hampir tersamsul ke arah pembelian. Alhamdulillah. Haha. Tatau nie rekod apa. Tak pernah di buat aku. 















PdanS : Seminggu nie datang kerja dengan tidak bekerja sangatlah. Or, memang tak bekerja, melagha saja kerjanya. Haha. Student i cuti. So, kelas tak ada. Kemudian officemate semua pakat ambik cuti. Tinggal seketul dua saja datang kerja. Err. Tanduk pun laju naik. Ada jugak aku datang esok untuk thumbprint saja. Musin hujan pulak tuh kat sini. Haish.... Eh, kenapa tak apply cuti? Sayang nak habiskan cuti. Harus simpan untuk satu masa yang dah lama sangat aku tunggu dan nantikan. Semoga Allah permudahkan. Amin...

Wednesday, December 19, 2012

Quote #71







“Menyenangkan, ketika seseorang yang istimewa mengetahui hal-hal kecil tentang kita. Bukan karena kita yang memberitahu, namun karena dia memperhatikan.”






Membaca quote ini di Tumblr aku membuat hati tersenyum bila mengenangkan teman-teman sekeliling yang selalu notice akan sesuatu yang kita gemari, kita sukai dan apa apa saja kisah hidup yang telah kita lalui, mereka tahu dan mereka ingat. Comel kan insan-insan ini. 

Bila jumpa mereka-mereka yang comel ini ;

 "Eh eh, mokteh, bukan kau suke kale merah ke??"  Ok. Mereka ingat color febret aku.

"Eh, dalam blog awak cerita awak kena saman ek?" Ok. Mereka follow kisah hidup aku.

"12.12.12..bukan hari ni awak kawen ke?" Ok. Mereka ingat kisah cita-cita aku yang dulu yang mana aku pun dah lupa. Haha

"Akak dah odder air limau ais kat Muna" Ok. Mereka tahu air minum aku sepanjang masa.

"Jom makan nasik beriani kambing" Ok. Fine. Mereka tahu aku pantang dengar makanan yang berunsurkan kambing-kambing.

"Nie Husna kan??" Ok. Mereka ingat nama-nama anak buah aku

"Tengah jait manik ke?" Ok. Mereka tahu apa kegemaran aku.

Dan tiba-tiba ada sejambak bunga sampai ke teratak. Ok. Mereka tahu apa yang aku suka.





Hurm... Sebab tu sayang saya tak pernah pudar. Berkawan macam bercinta, i u i u. sayang, darling, awak, saye, kamu, yunk, lalink, dear, baby, apa yang kami tak pernah sebut? Kadang-kadang lagak nya kalah orang bercinta. Gedik semacam je. Haha. Ok. Fine, aku rindu nak hangout dengan semua kechintaan hati aku. Itu sebenarnya. Sekian. :(





.

Wednesday, December 12, 2012

My Febret.


Aku. Si Kakak yang sudah berkahwin dan Si Adik yang bujang trantangtang. 




2 orang cousin yang paling close. Sedari kecil sampai lah sekarang. Sejak setahun dua ini, keakraban menjadi jadi. Ke mana aku membawa diri pasti akan ada salah seorang mereka ini sebagai pengubat sepi. Dulu, di Batu Pahat, hidup bersama Si Kakak, aku sambung belajar, beliau pun sibuk mencelah. Lalu bergelarlah junior se-falkulti dan se-coure aku. Beza cuma satu sem sahaja.  Bila dah dekat, banyak benda yang di kongsi bersama. Tambah tambah hal keluarga kami. Ada saja yang nak di gosipkan. Entah lah, dengan beliau ini, aku boleh berskype berjam lamanya, biarlah kedua-duanya menyepi dengan hal masing-masing, tapi tetap tak nak di putuskan line skype itu, kalah mereka yang bercinta-cinta. Haha.

Sekarang, bila Tuhan tentukan yang rezeki aku di bumi Kuantan, seorang diri, dan kadang-kadang buat aku terasa sunyi. Tapi aku silap. Hari demi hari, baru aku sedar, insan-insan comel yang mampu buat hati aku tersenyum panjang sangat ramai di sekeliling. Cuma aku saja, yang kabur, sebab mata hati tetap nampak kampung nun di sana saja. Haha. Sekarang, hidup aku di ceriakan dengan Si Adik pulak. Kerjanya di Kerteh nun di sana. Setiap minggu, jika tidak berout station kemana mana, pasti akan ada kelibat beliau di teratak aku. Kerteh - Kuantan satu jam cuma. Jadi, kalau tiba-tiba mendapat calling darinya "10 menet lagi sampai rumah" tak perlu hendak di terkejut berukkan. Itu perkara biasa biasa saja. Dan kadang kadang terasa perlu di buat kunci pendua saja untuk dia. Senang aku keluar berjalan-jalan. Haha. Dengan dia, banyak kisah yang kami cerita, banyak perkara yang kami kongsi bersama. Mungkin sudah tak ada rashsia apa-apa.













PdanS : Next week, ada kenduri kendara sepupu di Sungai Koyan Pahang. So, akan bersama-sama Si Adik lagi mentravelkan diri. Dan ada Cameron jugak!! Yessss!! Yesssss!! Sekarang kisah hidup aku memang akan banyak bersama insan ini. ^_^



Bergantung harap.




Nabi Musa AS menunjukkan kepada kita contoh tertinggi dalam pergantungan kepada Allah SWT. Dia yang diarahkan oleh Allah SWT untuk membawa seluruh Bani Israel melarikan diri dari Firaun di tengah malam, telah dihalakan oleh Allah SWT ke lautan.

Pada waktu Subuh, mereka tersedar bahawa mereka telah tersesat bila berada di hadapan laut. Di belakang mereka ketika itu Firaun dan bala tenteranya. Mer
eka tersepit. Melihat keadaan ini, Bani Israel hilang kepercayaan kepada Allah dan Nabi Musa. Kalangan mereka ada yang hendak menyerah diri, ada yang memaki Musa.

“Setelah kedua-dua kumpulan itu melihat sesama mereka, berkatalah orang-orang Musa: Sesungguhnya kita akan ditawan!” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61.

Ya. Berada di hadapan laut tanpa boleh merentasinya. Di belakang pula Firaun yang siap untuk menebas kepala mereka.

Tetapi apakah reaksi Musa ketika situasi ini berlaku?

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.

Sesekali tidak! Sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk!

Inilah dia Musa AS. Telah tersepit di antara lautan dan Firaun yang mengganas. Tidak pula dia berkata: “Ya Allah, kenapalah Kau buat aku macam ini? Kau suruh aku bawa kaum aku keluar, tapi Kau halakan aku ke laut. Kenapa?”

Tidak. Dia tidak berkata begitu. Dia memilih untuk terus meyakini. Apakah balasan kepercayaannya terhadap Allah itu?

“Lalu Kami(Allah) wahyukan kepada Musa: Pukullah tongkatmu itu. Setelah dipukul, maka terbelahlah laut...” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63.

Lihat. Lihat. Lihat wahai orang-orang yang hendak berputus asa.

Apakah di hadapanmu laut dan di belakangmu Firaun yang ingin membunuhmu?

Sentiasa masih ada harapan. Allah bersama-sama kita memberikan petunjuk. Tinggal kita sahaja tidak meyakini-Nya.

Ujian adalah lumrah. Baik diuji dengan bencana, atau diuji dengan dosa yang tidak mampu ditinggalkan. Atau sekalipun diuji dengan kesenangan yang melemaskan.

Jangan berputus asa. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan. Jangan putus asa untuk terus melakukan kebaikan. Jangan putus asa untuk menjadi manusia yang baik. Jangan berputus asa untuk meninggalkan keburukan. Usaha dan usaha lagi.

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Walau terdorong ke pinggir gaung, kita tetap terus yakin kepada-Nya.

Yang terdorong hingga ke pinggir gaung itu sendiri adalah satu ujian.

Maka percayalah.

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.











Kisah ini sebagai bukti untuk kamu dan aku sentiasa percaya bahwa berpegang, berserah, berdoa, bergantung harap, bermohon, bertawakal hanya kepada ALLAH. Tidak kira sesusah mana, sepayah mana, Allah sentiasa ada untuk membantu. Janji doa kita harus bersungguh-sungguh. Bukan sekadar membaca doa tanpa ada rasa apa-apa dan langsung tidak faham apa yang bibir lafazkan. Kadang-kadang doa kita sekadar adat saja. Di sebabkan dari kecil kita di perlihatkan dengan situasi di mana selepas sembahyang, ibu dan ayah akan membaca doa, maka, bila sudah besar, amalan yang sama di praktikkan. Lagi menyedihkan bila kesedaran masih tetap tidak ada walau ilmu agama sudah banyak yang ditelaah. Berdoa  sambil mulut mungumit ayat-ayat arab yang kurang di fahami maknanya, sambil tangan di pekup  pada mulut, akal jauh memikirkan hal dunia, dan hati, hati langsung tidak ada, tidak di rasa apa yang di pohon. -NoteToSelf-

Cuba bayangkan, di satu kawasan kita adalah seorang raja. Satu hari seluruh rakyat jelata datang untuk memohon bantuan dari kita. Dalam beribu orang itu, ada yang datang merayu, menangis bersungguh-sungguh pada kita untuk mendapatkan bantuan. Dan dalam beribu itu jugak ada yang datang dengan angkuh, memohon sesuatu pada dari kita, tapi, wajah kita tidak dipandangnya, kata-kata yang dilontarkan bersahaja, seperti mahu tidak mahu saja dengan bantuan yang dipohon itu, ayat yang singkat dan begitu laju dituturkan, dan kemudian berlalu pergi begitu saja. Pada   pandangan kamu, agak-agak yang mana satu akan kita berikan bantuan? -NoteToSelf-

Dalam setahun yang telah berlalu ini, tanya pada diri, berapa kali kita berdoa bersungguh-sungguh sampai mengalir air mata? Satu? Tiga? Enam? Setiap hari? Atau langsung tak pernah?  -NoteToSelf- 

Syaitan, waktu di neraka dulu, memohon agar umurnya di panjangkan sampai ke hari kiamat untuk menyesatkan manusia, lalu Allah pun kabulkan. Inikan kita, manusia, sebaik baik makhluk yang Allah ciptakan, sebaik baik kejadian, mesti lebih lebih lagi Allah akan perkenankan. Jadi, jangan malas berdoa. ^_^

Kisah Nabi Musa di atas aku dapati dari seorang penulis buku dan blog yang bernama Hilal Asyraf. Ayatnya memang masuk dengan jiwa. Apa yang beliau sampaikan memang terkesan buat hati aku yang penuh tompok tompok hitam ini. Untung punya ilmu, untung punya talent sebegini, bijak mengatur ayat, tahu cara penyampaian yang berkesan. Bila dikombinasi semua itu, menjadi sesuatu yang menarik. Membaca tidak berasa jemu, malah terkadang menagih lagi mahu di baca di baca dan terus dibaca lagi. Hihi. Ok. Selamat berhari kamis.
















PdanS : Satu hajat besar dalam hidup aku telah Allah kabulkan. Ya Allah, tak tahu nak cakap apa. Syukur sangat sangat. Teringat akan satu Hadis itu "....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." Betul. Sangat sangat benar. Walau langkah yang di susun itu tidak sebesar mana, seakan anak kecil yang mula belajar menapak, tapi, Allah beri lebih dari yang aku doa, sesuatu yang aku tak pernah jangka-jangka dari mana ia akan tiba. Kadang-kadang, diri terasa malu. Yang  di pohon Allah beri, tapi yang Allah suruh, selalu lalai leka. =( Sekarang bila Allah sudah beri, mari membalas kembali. Harus mula menyimpan, sucikan hati, perbaiki diri, perbetulkan niat, semoga di permudahkan ke jalan itu. Amin. ^_^ [BukanHalHalJodohYe]

Write or say


Yes. Entah kenapa aku lebih prefer untuk menulis dari berkata-kata. Kalau menulis mesti banyak idea yang akan timbul. Yang mana kalau bercakap otak tidak sekreatif menulis. (aiceh, ayat kau kreatif la nie nak cakap? kahkah) Ye lah, bila menulis, otak akan betul betul fokus, minda akan membayangkan apa yang handak di sampaikan, dalam masa yang sama cuba menyusun ayat supaya yang si pembaca memahami, apa yang hendak di luahkan sampai. Tidak lah seperti percakapan aku, kadang-kadang macam keling saja ayat ayatnya. Haha. Tapi, errr, mana boleh semacam itu, anda selaku insan yang kerjayanya adalah pendidik, tidak molek berperibadi sebegitu. Harus pandai menyusun ayat. Nanti akan menimbulkan masalah student repeat yang tidak habis habis. Sem depan mengajar muka yang sama dengan subjek yang serupa. Lepas tu merungut pada student "Alahai, tak ada muka lain dah ke? Asyik muka awak je dari kelas pagi tadi". Kahkah. Serius weh. 3 subject mengadap student yang serupa. So, setiap hari akan berjumpa student yang sama. Hari ini, kelas pagi dan kelas petang adalah student yang sama. Errrrr. Sampai masuk-masuk kelas, "Eh, kelas steel ke sekarang nie?" Sambil membawa note concrete. Kahkah.  Eh, bukankah tadi nak cakap tentang some things are easier to write than say. Apasal tub tub cerita mengajar student repeat nie. Aigoooo. Hahaha. Nie lah salah satu disadvantages kalau suruh saya menulis. Sungguh suka nak tiba tiba ke sana sini. Hadoi

Kadang-kadang saya lebih prefer menulis untuk menyatakan sesuatu yang lebih serius dan benar. Sebab kalau di suruh berkata-kata saya sukar untuk menjadi insan yang paksinya adalah betul. Main-main banyak. Kehkeh. Yes, dan satu lagi, bila nak berkata-kata sesuatu yang serius mesti terasa ayat akan jadi macam skrip skrip drama yamh skema saja. So, kalau tulis tidak lah terasa sangat, engkau karang lah macam mana puitis sekali pun, bila membaca terasanya biasa biasa saja. Kan.

Dan some word are easier to say but hard to do. Kan. Menulis, berkata-kata, semua itu memang mudah. Tapi untuk melaksanakan itu, sesuatu yang sangat mencabar. Semua orang semacam itu. Oleh yang sedemikan, maka, bila berkata, bila menulis, pastikan apa yang di buat jugak adalah sama. Ahir kata "Show me, Don't tell me". Because, i believe your action, not into your word. Bules? Tiba tiba jugak. Haha. 











PdanS : Nak menulis 12.12.12. Tapi next entry yah!! 


Sunday, December 9, 2012

Saturday, December 8, 2012

Untuk KAMU dan AKU.


Assalamualaikum. Hai pagi. Hai Ahad. Hai hari cuti. Hai hati yang suka. Wow!! Cuti, harus lah hati menjadi suka kan? Haha. Weekend ini, pagi-pagi aku seperti sangat sangat cemerlang saja. Kisah-kisah gugur di medan perang sesudah subuh tidak ada. Good. Satu perubahan yang harus di istiqomahkan. Mungkin sudah terbiasa dengan pagi-pagi yang bekerja, bangun awal, lalu, bila weekend mengambil tempat, perasaan untuk bergolek golek itu kurang. Ada kereta yang menanti untuk di gilap. Ada baju yang menunggu untuk di cucikan. Dan ada blog yang bersawang untuk di bersihkankan. Kehkeh.

Tapi yang lebih mengkagumkan, selalu saja Allah kejutkan aku, sedarkan tika pagi-pagi. Even tidak di kunci jam henpon itu, selalu saja akan tersedar bila subuh hampir tiba. Ya Allah. Syukur sangat sangat rasa. 

Ok lah. Tidak ada apa-apa kisah yang menarik sangat pagi ini. Tapi mahu mengsharing sesuatu. Sesuatu yang aku dapat. I love to read and listen something yang buat otak berfikir, yang memberi banyak makna, yang memberi kesan pada hati. Ya lah, jasad saja yang selalu di sumbat dengan macam-macam makanan mahal dan enak, tapi rohani? tak kan nak di biarkan kurus kering. Kasihan sama dia kan. Memanglah, yang baik itu kadang-kadang harus di paksa, kadang-kadang tak ikhlas, tapi kalau nak tunggu ikhlas itu tiba, sampai bila? nak tunggu hati betul betul suka lama mana? Last-last mati yang datang dulu sebelum semua rasa itu tiba. Rugi. Paksalah diri, lama-lama bila dah terbiasa akan timbul suka, akan terselit rasa ikhlas sendirinya. -Notetodirisendirijuga-

So, semalam dan pagi ini, setelah membuat aktiviti bacaan dan tontonan ketika bersenang lenang di rumah, i got banyak benda untuk diri sendiri dan aku rasa sangat harus di kongsikan untuk kamu yang selalu setia membaca butir butir ayat di sini. Sekurang-kurangnya, kisah yang aku coretkan tidak lah selalu dongeng dan nonsense sahaja. Kadang-kadang harus di selit dengan ilmu yang bermanfaat. Tak begitu kan? ^_^







"Mulalah sesuatu itu dengan kebaikkan, maka di ahirnya, Allah akan membalasnya dengan kebaikkan juga"

Yes. NIAT. Apa yang kita niatkan, itu yang kita dapat. Itu janji Allah. Tidak kiralah apa-apa jua perbuatan kita. Pekerjaan kita, perubahan kita, sedekah kita, ibadah kita, perkahwinan kita. Kita mulakan dengan baik (mean mengikut jalan Allah), maka di ahirnya Allah akan memberi yang baik baik juga kepada kita. Bestkan. ^_^ Sayang rasanya bila kita berbuat sesuatu tanpa niat untuk Allah, macam pergi kerja seharian, kalau di permulaannya, di perjalan menuju ke tempat kerja kita niatkan kerana Allah, jadi, setiap tindak tanduk kita di tempat kerja akan di beri pahala seperti beribadah untuk Allah. Kalau tak ada niat, tak adalah pahala yang percuma itu. Sayangkan. ^_^ -Notetoself!!-



"Allah tak pandang sebanyak mana wang yang kita sedekahkan, tapi Allah lihat sejauhmana hati kita ikhlas"

Even yang disedekahkan itu seringgit saja, tapi kalau itu saja yang kita mampu, dan kita beri dengan  rasa nak membantu, ikhlas kerana Allah, itu yang lagi Allah pandang. Tak ada guna sedekah seratus ribu sekali pun kalau niatnya nak manusia pandang, nak manusia puji. Tapi bukan tak bagi sedekah banyak-banyak, bukan nak menghalang beribadat banyak banyak, cuma mahu cakap yang tiap perbuatan kita dinilai dengan kualiti, bukan kuantiti. Bukankah duduk berseorangan, bermuhasabah tentang diri dengan Pencipta, sampai mengalir ari mata, timbul rasa keinsafan, itu lebih baik dari bersolat sunat setiap masa tapi tak memberi apa-apa kesan kepada hati dan diri kita.



"Jangan bandingkan apa yang kita tiada dengan yang orang lain ada, sebab banding membanding ini sifat syaitan"

Yang ini pun sangat harus di take note untuk diri sendiri. Sebab selalu suka sangat membeli itu ini.  Entahlah ianya terjadi di sebabkan suka sangat membanding banding apa yang orang lain ada dan pakai atau untuk kepuasan napsu semata. Tapi apa yang boleh aku katakan, Ya Allah, mudahnya mengarang, mudahnya menulis, nak melaksanakan tuh, sangat sangat mencabar diri aku. Hahaha. Semoga Allah sentiasa membantu. Dan banding membanding bukan untuk hal hal barangan saja. Tapi untuk perkara lain jugak. Macam "Aku boikot barang Israel, kau? buat apa?". "Aku pergi dengar kuliah ustaz tiap-tiap malam. Kau? Buat apa?". Alahai. Don't lah sayang. Jangan di banding "aku orang baik, engkau budak jahat". Jangan di tanya apa kebaikkan yang mereka buat. Tapi tanya dalam diri "Semua perkara baik yang aku buat nie Allah terima ke?".




"Dan mereka yang bermujahadan demi Kami, pasti Kami bimbing mereka ke arah Kami. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang berbuat kebaikan" 
[Surah Al-Ankabut :56]

Surat cinta ini terjumpa dalam artikel yang mana ibu dan ayah mahukan pelamin untuk perkahwinan anak, akan tetapi anaknya berkeras untuk mengikut syariat islam. Hurmm. Tidak kisahlah apa-apa pun sebab dan masalah yang timbul. The main point dari Surat Cinta ini adalah, bila ada sesuatu halangan untuk kita ke jalan Allah, jangan bimbang, jangan kuatir, jangan risau, Sesungguhnya Allah sentiasa bersama untuk membimbing, untuk membantu kita. Berusaha keraslah ke arahnya. Kita nak berubah kepada yang lebih baik. Don't worry Allah ada membantu. Kita nak tolong Agama Allah, mesti Allah akan sentiasa bantu kita. Percaya dan pegang yang itu.











-Semoga apa yang aku tulis bukan untuk di baca dan di kongsi dengan kamu-kamu saja. Tapi sangat sangat UNTUK DIRI SENDIRI. Bila menulis, otak berfikir, dalam masa yang sama hati merasa, kemudian cuba untuk bermuhasabah tentang apa yang di karang. Semoga apa yang aku tulis aku amalkan, bukan pandai menyusun ayat-ayat nasihat saja. Amin amin amin.-












PdanS : Sejak akhir-akhir ini, apa saja yang aku baca, apa saja yang aku lihat, mesti akan berkait rapat dengan apa yang menjadi tanda tanya kepada hati aku. Bila buka tv, melihat tajuk yang di bincangkan, Ya Allah, bukankan kisah itu menjadi persoalan kepada hati aku sekarang ini. Bukan  sekali saja, tapi banyak kali di pertembungkan dengan kisah itu. Kemudian bila buka buku yang baru di beli, melihat tajuk kecilnya, Ya Allah, tuhan menjawab semua persoalan yang bermain di minda aku selama ini. Hurmmmm. Terus hati bertambah yakin. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI. Segenap inci hati kita. Setiap sudut. Setiap penjuru. Walau tidak pernah diluahkan padaNYA, belum sempat mengadu di sisiNYA. Tapi jawapan itu sentiasa ada, sentiasa awal mendahului langkah kita. Ya Allah, besarnya kuasaMU, jahilnya aku..  

Quote #69




Selagi masih hidup,
Yang baik ada peluang untuk menjadi jahat,
Yang jahat ada peluang untuk menjadi baik,
Maka janganlah yang baik itu merasa takbur dengan kebaikannya, 
Hingga menghina mereka yang masih berlumur dosa,
Dan janganlah yang telah melakukan banyak dosa itu kecewa,
Hingga tidak mahu lagi berusaha menjadi hamba yang baik kepadaNya.

Yang baik berusaha mengekalkan kebaikannya, Mempertingkatkannya lagi,
Yang berlumur dosa jangan berhenti berusaha mencuci diri,
Sesungguhnya harapan itu selalu ada selagi belum mati.





Dari SINI


Thursday, December 6, 2012

Quote #67












PdanS : Hari ini hanya melayan hati, melayan emosi. Tidak ada kisah dongengan. Tidak ada kata yang panjang. Cuma meng-re-blog apa yang hati rasa. Kerna rasa itu susah di gambarkan. Timkiu TUMBLR.

Quote #66

YESSSS!!!!








PdanS : Tapi aku sangat percaya, ALLAH tahu semua yang tersimpan dalam lubuk hati kita, setiap penjuru, segenap inci, sebab zat ALLAH  "MAHA MENGETAHUI". Jadi, mengadulah pada ALLAH, bukan pada manusia, bukan pada blog, bukan pada facebook. Allah saja yang mampu tolong kita. 

Quote #65













PdanS : Doa, doa, doa dan terus berdoa...

Tuesday, December 4, 2012

Langkawi?


Assalamualaikum teman. Hai. Hai yang membaca. Hai yang scroll laju laju melihat gambar saja. Hai yang tak sengaja tersamsul masuk ke sini. Hai yang dengan sengaja  mengstalk belog ini tapi tak tinggal jejak (mari perasan sat. kahkah). Hai!! Tak kesah apa tujuan kamu, semoga dalam Rahmat dan Hidayah Allah selalu.

Hidup kembali seperti sediakala setelah beberapa hari beriang gumbira bersama kechitaan hati. Alahai. Hidup hidup. Kenapa tidak selamanya kamu itu indah. Tapi kalau setiap hari hati tersenyum, hati senang, bila nak di rasa susah itu. Susah yang buat kamu lebih ingat pada Maha Pencipta, kan. Hurm. Kalau susah itu lebih buat aku sentiasa ingat, tidak lalai leka, ingin sekali mahu di pilih untuk berada dalam lingkungan itu saja. Tapi, dengan bekal iman yang tidak seberapa ini, mestilah yang buat hati tersenyum akan mendapat pilihan lagi. Tak begitu. Sudah. Mari bercerita kisah kisah hati tersenyum tempoh hari. ^_^

Okeh. Bertandang ke Langkawi setelah hampir 10 tahun tidak di jejak bumi Mahsuri itu. Even punya ibu saudara yang menetap di sana, sepupu yang paling close tinggal di situ, tapi tatau lah kepapa punya la susah sangat untuk sampai ke Pulau itu. Nasib ada majlis kawin kawin Si Jantung hati. Maka, cuti di apply beberapa hati untuk majlis besar beliau.

Jadual cuti sangat-sangat padat. Dari mula sampai ke penamat. Sampai semput jadinya. Tapi tidak mengapa, bila diri berada dalam lingkungan mereka-mereka yang tersayang, semua rasa penat lelah itu jadi hilang. ^_^

Sebenarnya malas nak membebel panjang-panjang. Nak cerita pun malas jugak. So, layankan saja gambar gambar pilihan hati ini sebagai buah tangan dari Langkawi. Nak bagi cekelat Daim, engkau jauh sangat. Kenal pun tidak. Maka, nah ambik gambar gambar ini. Feel la sendiri sendiri ye. 






Island Hopping

Satu bot boleh memuatkan 12 orang dewasa. RM160/bot 
Nie harga kawan-kawan. Kalau harga sebenar tatau. Mahal lagi kot.


Trip 

Dibawak ke Pulau Dayang Bunting (1jam lepak sana) Boleh mandi, boleh naik boat hat kayuh guna kaki tuh. Nak sampai tasik tu harus panjat tangga naik bukit turun bukit yang boleh semput sekejap. Monyet dan rakan rakan monyet sangat ramah tamah. Plastik plastik sila sumbat dalam baju.

Then di kutip oleh tukang boat yang naik tadi,  dibawak pulak ke kawasan helang banyak banyak. Bagi makan kulit ayam. Helang pun patuk mematuk permukaan air seperti di lihat dalam National Geography. Ceywahhh. (dalam 10 menet)

Then di hantar ke Pulau Beras Basah pulak. Pasir pantai putih gila gila. Boleh snorkelling  Ada sebijik sahaja kedai yang jual air. Mahal. Air mineral bodo bodo sebotol dua ringget. Tak ada toilet. Sangat sangat sangat cantik view kat situ. (1 jam di beri masa untuk duduk situ)















Timkiu camera cap ayam. Kamu sekali lagi buat aku bangga punyai diri mu. Even harga kamu jauh lebih cikai dari mamat mamat DSLR yang segak kacak gagah menggoda hati aku, tapi setiap kali aku perlukan kamu, selalu yang paling terbaik yang engkau berikan. Selalu tidak mengecewakan aku. Lef you lah!!! Errrr. Dengan camera sendiri pun nak kena bermadah cinta indah indah. Kahkah. Rosak sungguh. 

Gambar kenduri kendara tak ada sebab aku sibuk mengalahkan tuan rumah. Jadi gambar tak sempat nak di snapkan. Apa-apa pun, next time, bila kelapangan itu tiba, bila rezeki itu Allah murahkan, nak pergi lagi. Banyak lagi sebenarnya tempat nak di redah, especially naik naik payung terjun ituuuuuuuuuu. Hat ada bot tarik tarik tepi pantai. WOWWW!!! Teruja gila kot nak try!! Walaupun nampak macam, hey, dah hidup lama kah? tapi aku still nak try jugak!!!! Sudah di survey hari itu, RM60 per person. Tapi cuaca adalah hujan. Maka, hasrat terpaksa dilupakan.

Ok. Itu sahaja, kisah dongeng untuk hari ini. Selamat menyusun plan bercuti!! ^_^











PdanS : Sewaktu sedang asyik leka mendrive kereta untuk ke next destination, tiba-tiba mendapat satu surat chenta.  Cinta yang dalam terpaksa. Errrrrrr. Sungguh shit n shitty lah. Memang menspoilkan mood cuti cuti aku. Terus balik rumah Mak Njang, dan tidur, dan tidak menjoin mereka mereka ke cable car. Kenapa??? Kenapa harus tak perasan yang lesen sudah mampus 11.11.2012?? Kenapa Munawwarah?? Kenapa?? Lalu bila ada abangpoliskacaklahmacammanapunakustillakanpangkahkaukaupunya menahan kereta anda, dan tika itu baru perasan. Eh eh, lesen ku, eh eh, 11.11, eh eh,  semua itu sudah tidak bermakna lagi tika itu. Melayang RM300. Cissssss. Beli handbeg dah boleh dapat 3 biji. BTW, that mean selama nie, engkau dok syoq drive ke sana sini sekitar Kuantan, kemudian drive dari Pahang ke Kedah dengan lesen yang sudah mampus?? Aiyoyoooo. Sungguh comel lah. Lain kali sila buat lagi, Kahkah..