❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 25, 2012

Senyum.



Assalamualaikum kamu yang membaca. Selamat pagi. Selamat berhari Isnin. Selamat memulakan minggu minggu mengerahkan tenaga yang ada, minggu mandi seawal jam enam setengah pagi, minggu yang bangun pagi pagi temenung tengok almari lebih sepuluh menet sebab kusut memikirkan nak pakai baju apa, rasa macam tak ada baju sangat, padahal yang penuh almari tu menatang apakah? Haishhh, Biasalah, manusiaaa... Eh, tak payah nak salahkan manusia. Itu engkau seorang saja ya Munawwarah. Orang lain redha saja dengan baju yang mereka ada.

Bercakap soal baju baju nie. Haha. Mari gelak dulu. Well, seperti biasa, aku seorang yang SANGAT BERKIRA-KIRA lah konon. Ada word konon ya di situ. Maka, bila berjalan-jalan window shopping, nampak saja baju cantik cantik, selalu tolak tepi, cuba memotivasikan diri sendiri, even harga yang below RM20 pun terpaksa pujuk hati untuk say NO!!! Tapi semua drama drama ini hanya di awal permualaan bershopping saja. Bila dah letih menolak semua yang di hidang depan mata, maka... di penghujungnyaaa.. Kahkahkah...

YES!!! i ada 2 jubah baru!! Nyum nyum.  ^_^ Yang pastinya jubah itu sangatlah kembang bak payung payung di pasat malam. Ewah. Haha. Alasan-alasan seperti "Alaaaa, tapi baju dia kembang sangat cantik la, susah nak jumpa macam nie, kain dia pulak cotton, sedap pakai, berat, bila jalan dia jatuh, tangan dia pulak ada butang butang cantik, kalau kat online nie, seratus lebih nie, mana boleh dapat harga murah macam ni". Inilah antara skrip skrip yang di lontarkan pada sepupu yang menjadi peneman aku berjalan jalan. Perlu ke berskrip skrip bagai dengan dia? Kalau engkau beli pun sangat tak memberi effect pada wang ringgit dia, tapi nak jugak meyakinkan dia yang aku harus beli dengan tujuan, bila dia pun setuju, maka aku memang wajib  kena beli. Tapi kalau dia tak setuju sekali pun engkau akan beli jugak kan? Kahkah.





Baju kuning ini, agak sedikit kecil. Tapi, beli jubah ini dengan percuma baju hitam yang di luar itu. So, ia mengcover segala bentuk yang kelihatan. Dan baju hitam tu ala-ala macam cardigan yang tidak berlengan la. Tapi bukan cardigan. What everlah apa-apa pun nama dia. Janji aku suka! Hoho.






Ahirnya aku sudah punya sebuah baju yang berwarna royal blue. Lepas nie nak cari kain pasang color ini, nak buat baju kurung hat tempek lace, tabur manik manik, kain dia buat kembang kembang, cehhh, glemer bagai nak menikah pulak. Kahkah. Selalu nak membazir merapu kan engkau nie. Lepas tu bila dah buat glemer sangat segan nak pakai. Errrrrr.

Dah. Stop berdreaming baju cantik, baju gojes. Mari menitipkan sesuatu yang menyenangkan hati.

Hati sekarang senang sangat. Selalu saja ada benda benda yang buat aku tersenyum. Mungkin tidak sekacau beberapa bulan yang lalu, yang mana asyik teringat kampung halaman saja. Seperti tidak redha dengan apa yang Allah tentukan untuk aku. Hurmm. Tidak baek untuk kesihatan iman lah kamu. Jangan. 

Tapi sekarang, perlahan-perlahan, hati terpujuk, hati tersedar dari semua kacau bilau itu. Bila kita sudah redha dengan apa yang Tuhan tetapkan untuk kita, pasti hikmah dia kita akan terima kan.

Minggu ini, hidup di serikan dengan sepupu dari Kerteh nun di sana. Berjalan-jalan sekitar Kuantan, menonton Breaking Down bersarungkan baju office sampai ke larut malam. Berkongsi bermacam-macam hal. Bergelak ketawa, menggila bersama. Sangat buat hati aku tersenyum. 

Bila hari ahad kunjung tiba, ada pulak saudara serahim, sedarah, sedaging, datang membuat lawatan ke bumi Kuantan ini. Berjalan ke sana sini, mengisi tangki tangki perut supaya lebih boroi dari biasa, berceloteh dengan anak anak kecil aku.. Haishhhh.. Gila kalau hati tak senyum kan. ^_^

Dan hari ini pulak, hari isnin, sudah boleh mengitung hari hari untuk bertemu rabu. Bila hari Rabu, ada kisah gembira, menaiki kereta pulang ke teratak daku nun jauh kedah sana. Kemudian, Bercuti ke Langkawi, eh, tidak bercuti sangat lah. Ke sana dengan satu sebab, berkenduri kawen kawen, my febret kazen akan di menikahkan ujung minggu ini. Maka, kelibat aku harus ada di sana. Mengisi bunga telur, memasang langsir pelamin, menggam bunga mangga. Hihi. I loikeeeee!!! 

Ok. Itu saja. Serius macam malas update blog sekarang ini. Banyak kisah mahu di kongsi. Tapi kemalas yang melebihi. Apakan daya diri, berserah mengikut kata hati. 













PdanS : Hati berdebar lagi. Kenapa? Hurmmmm. Risau. Mungkin Tuhan nak suruh ingat selalu kat DIA. Kan aku selalu lalai alpa. Hurmmm.

No comments: