❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 12, 2012

Rezeki Allah



Sayang apa kabar dengan mu, disini ku merindui kamu, sayang dengarlah permintaan ku, jaga hati mu untuk ku. Errrrr. Errrr. Apa nie, apa sayang menyayang nie. Haha. Dah, tak payah berlirik lirik lagu sangatlah. Mencelah sekadar yang patut. Tapi lagu ini macam boleh di senaraikan dalam list lagu lagu berhantu aku je. Macam biasa, berhantu mean, duduk saja-saja, mulut dalam tidak sedar terkumit kumit mengalunkan lagu itu. Errr? Apa kes? Bukan duduk saja saja sahaja yang akan jadi sebegitu, tapi bila basuh pinggan, kemas katil, potong sayur. Kenapa hati sibuk jugak nak kena lalalala lagu itu? Haish. Berhantu sungguh. Tapi, tidak boleh di lawan dengan lagu Muara Hati, emosi yang tenang tetiba akan bergelora, mencari di mana Adamnya. Errrrr.. Duhai episod 46, cepat cepatlah come to mama!!!

Hari ini bernama hari cuti perayaan orang india. Bila raya raya, kerja akan menjadi cuti, even aku tidaklah merayakan sangat perayaan itu, tapi sebagai penduduk Malaysia yang selalu didedahkan dengan semangat satu Malaysia lah konon, maka, menjadi keharusan untuk aku mengapply cuti sebayak 3 hari jugak! Mak oi, cuti kalah mereka yang berhari raya. Seminggu aku akan penuh dengan kisah bunga bungan cinta kerna hati dibawa terbang ke Kedah nun di sana. Gila kalau tak berbunga, berbuah kan.

Sebenarnya, di waktu waktu ini, tangan tidak seharusnya menaip di sini, otak tak ligat mengarang ayat untuk cerita hari ini. Tidak, tidak ada kisah untuk beberapa hari ini. Sepatutnya lah. Tapi dek kerana perasaan ini seperti meronta mahu diterjemahkan kepada butir butir ayat sanskrit jugak, maka, kamu pun di hidangkan dengan entry yang tak seberapa ini. Entry sekadar melepas batuk di tangga. Sungguh tak ada jalan cerita. Marilah menaip apa yang hati nak kata. Boleh? Haha

Kesibukkan dengan kerja part time pun bermula. 2 bijik Guessbook untuk kawan yang akan melangsungkan perkahwinannya weekend ini masih tidak nampak batang hidung. Progress yang sangat lembap. Tak sampai 10% pun lagi. Bisakah di siapkan sebelum 17 menjelma nie. Hadoi.

Then, di meriahkan lagi dengan 3 assignment pelanggan tetap yang harus di submit kepadanya sebelum 16 November ini. Errrr. Sempat ke tak nie. Duduk rumah haruslah nak berkepit dengan penghuni dalam rumah saja. Mana dan nak stress buat kerja kerja seperti ini.

Hurmmmm.. Boleh. InsyaAllah akan siap jugak pada penghujungnya.

Hati selalu kagum dengan rezeki rezeki yang Allah datangkan dalam masa-masa sempit aku. Dulu, 10 bulan yang lalu, tika diri baru tamat belajar, hati sangat sangat risau dengan rezeki yang akan Allah turunkan. Hati tertanya-tanya, ada ke rezeki untuk aku nie? Selalu saja bimbang dan kebimbangan itu buat diri semakin tertekan. Tika itu, penyerahan pada Tuhan mungkin kurang. Sebab itu selalu saja bimbang.

Tapi sekarang, pekerjaan sudah kunjung tiba. Bila di lihat 10 bulan kebelakang, Ya Allah, cantiknya aturan Allah untuk hidup aku. Walaupun sepanjang berada dalam tempoh masa itu hati selalu gundah gulana, selalu saja risau, bimbang, memikirkan macam macam hal tentang masa depan aku. Tapi ahirnya, bila aku sudah di zone yang selesa, baru aku sedar, nampak, semua yang aku rasa susah, sempit itu, sebenarnya sangat sangat berharga buat aku.

Dan dalam tempoh masa itu, rezeki aku sedikitpun Allah tak kurangkan. Ada saja pekerjaan sampingan yang kunjung tiba. Dari hal menjahit maniknya, hal assignmentnya, hal mengambil gambarnya, hal kad kad quilling aku. Banyak. Selalu saja ada untuk aku.

Dulu, di awal awal mencari pekerjaan, aku sedih. Duduk saja di rumah. Tidak berbuat apa apa selama 2 bulan. Tapi sekarang baru aku faham kenapa Allah aturkan sebegitu. Kalau tak ada 2 bulan yang bersaja saja di rumah, mungkin aku masih tidak tahu menjahit baju. Mungkin ilmu masak memasak aku masih cetek. Mungkin keakraban aku dengan keluarga tidak sekuat yang aku rasa sekarang. Dan mungkin, kesedaran aku untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih belum bermula. Ya Allah, banyak hikmah yang Allah sembunyikan pada waktu itu. Bila sudah berlalu masa masa yang aku rasa perit itu, baru lah Allah perlihatkan keindahan di sebaliknya.  Syukur sebab Allah bukankan mata hati aku untuk nampak semua itu. Sekarang aku percaya, keyakinan aku kuat, penyerahan aku, pergantungan aku, hanya untuk ALLAH saja. Semoga hati aku tak lalai leka lagi. Dan semoga aku dan kamu sentiasa berada dalam Rahmat, Hidayah, dan Keredaan Allah selalu. Amin..














PdanS :  Berserah saja tanpa usaha sangat tidak boleh. Sangat tidak menjadi. Penyerahan harus diiringi dengan usaha. Hatta untuk kes yang sekecil dan seremeh seperti makan sekalipun perlukan usaha. Bila di timpa ujian lapar, kita tak boleh berserah saja pada Allah supaya akan datang rasa kenyang. Jadi, untuk mendatang kan rasa itu, kita perlu bekerja sedikit, berusaha mencari makanan, memasukkan ke dalam mulut, mengunyahhnya dan menelan ke dalam perut. Dan selepas beberapa ketika, barulah rasa kenyang itu akan muncul tiba. Sama dengan kehidupan ini, kita inginkan kebahgiaan, kesenangan, kita inginkan keredaan Allah, Rahmat Allah, Hidayah Allah, kita inginkan jodoh yang baik. Semua itu perlu ada usaha. Ia tak datang bergolek dengan mudah kepada kita. Kan...


No comments: