❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 4, 2012

Kisah Konvo?




Assalamualaikum kepada yang sudi membaca. Semoga sentiasa dalam Rahmat dan Hidayah Tuhan selalu. Pagi ini, menulis saya di kala pagi-pagi yang tidak membuta. Pagi yang awal, yang selalunya sudah di dalam kereta, bergerak menuju ke tempat kerja. Tapi hari nie, ada beberapa hal yang menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan seperti sediakala. Walaupun semuanya tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan, tapi tetap tersenyum gembira, sebab sudah banyak kali Tuhan tunjukkan yang perancanganNYA adalah sangat sangat sangat lebih baik dari apa yang aku rancang. Serius beb!! Tersenyum aku di penghujungnya walaupun pada mulanya hati gelisah memikirkan apa yang bakal berlaku di pengakhiran itu. Syukur.

Mak ayah dah selamat berangkat pulang beberapa menet lalu. Datang dari Kedah nun jauh di sana untuk majlis konvokesyen aku. Eh, Konvo? Nak dengar cerita konvo aku tak? Hihi.

Okeh, masuk konvo kali nie sudah jadi 3 kali aku menaiki stage berjalan dengan penuh kontrol ayu sambil dalam hati ada debar, memakai jubah besar, bertopi ada tali jurai-jurai, melihat wajah Sultan, orang orang besar, orang-orang kenamaan. So, bila dah nama kali ke 3, ke excitedsan pun menjadi kurang. Semuanya ambil acuh tak acuh saja.

Bayaran untuk konvo pun aku selesaikan pada hari terahir sebab selalu manangguh manangguh hal itu. Bukan hal bayaran saja, tapi semua hal lah. Last day baru sibuk nak cari apa link yang nak mengesahkan kehadiran untuk ke konvo itu, baru nak bukak!! Lepas tu kalut nak isi  segala form form yang diperlukan itu. Pergi bank bayar duit konvo. Hadoi. Semua nie sebab tak ada perasaan sangat kot.

Hal baju konvo? pun menarik jugak lah. Esok nak konvo baru pulun memulun turun jalan tar, cari lace untuk tempek kat baju, cari diamond untuk tempek pada tudung. Balik di tengah hari pulun menjahit pulak. Nasib baik ada kakak yang sangat tidak berkira kira, memang penyelamat hidup aku lah. Jam petang petang baru siap. Baru boleh bertolak dengan aman ke Batu Pahat, itu pun sampai di kala jam 10 malam.

Konvo aku adalah pada sesi pertama dan di awal pagi pulak tuh. So di sebabkan tak nak kejadian yang sama berulang seperti konvo degree dulu, maka seawal jam 7 pagi aku dah bergerak keluar rumah. Waktu degree dulu tempat penginapan dah la jauh ada hati pulak keluar lambat. Ahirnya, tiba kat sana pun lewat sampai berlari lari yang betul betul LARI dari tempat ayah mendrop kan aku sampai ke kaunter pendaftaran. Lepas tu orang kat kaunter pulak cakap, cepat cepat, lari, kawankawan dah jalan masuk dewan. Ya, memang betul, memang dah berjalan dan lagi beberapa langkah nak masuk dalam dewan. Time tuh, aku apa lagi, berlari sambil pakai jubah dan topi menuju ke barisan. Fuhh!! Permulaan yang sangat mendebarkan dan penuh kacau bilau. Disebabkan kes ini, maka konvo master aku harus pergi  di jam yang lebih awal.

Sampai sana, berjumpa dengan semua kawan-kawan, salam salam, peluk peluk, tanya kabar, dan yang mana dah pregnant check check perut besar mana dah. Haha. Ya, habis belajar hari tuh, 5 orang rakan sekelas aku sudah selamat menjadi bini orang, dah ke limalima orang itu terus melekat, tapi sorang saja yang tiba tiba gugur. Alahai. Tak mengapa, bukan rezeki lagi kan.

Entah la kenapa perasaan teruja dan gembira tak datang datang lagi, sedari saat aku meregisterkan diri, mendengar taklimat sebelum masuk ke dewan, tak ada teruja sangat pun, cuma rasa gembira yang biasa biasa saja. Tapi, bila kaki sudah melangkah menuju ke dewan, di iringi pulak dengan alunan gamelan, terus hati jadi wahhh!!! Rasa yang aku cari dan nanti nanti dah kunjung tiba. Serius time tu baru aku terasa "Ya Allah, aku dah habis belajar, dah konvo, moment nie lah yang paling bermakna untuk setahun setangah aku di Batu Pahat ini, syukurnya". Rasa berdebar kurang, tapi rasa gembira memang jelas nampak, kalaulah hati aku nie boleh di belah tengok, mesti akan nampak yang dia lagi lagi tersenyum dari bibir dan wajah aku nie. ^_^

Disebabkan sebelum ini aku tak ambik kesah sangat sapa yang akan bagi scroll kat aku nanti time konvo, so aku pun tak pasti sama ada Sultan Johor atau Tunku Mahkota Johor yang akan bagi. Bagi aku yang mana-mana pun aku tak berkesah sangatlah. Sampai ke jam 9.30 pagi baru lah orang orang besar berarak masuk ke dewan. Waktu tu baru aku nampak, owh, TMJ ke yang akan bagi aku scroll. Ok.

Bila melihat wajah TMJ yang sedikit berjambang, sedikir berisi, muka penuh keseriusan, hurmm, agak-agak mungkin sudah tiga puluh something kot. Hujung hujung tiga puluhan. Anak? hurm. 2 orang kot. Ya, aku langsung tak tahu menahu hal kerabat Sultan Johor ini. Nama Sultan negeri itu pun tak pernah melekat dalam otak aku, inikan pulak nama anak anaknya. huhu.

Bila mana kaki sudah di jejak di atas stage, nama aku pun di panggil, terus langkah di susun dengan penuh cermat agar tidak ada kisah kisah graduan tergolek terjatuh depan sultan akan berlaku. Dan tika langkah sudah di atur, mata aku terus di fokuskan pada TMJ yang akan aku tuju itu pulak. Dari jauh, TMJ sudah tersenyum manis memandang aku. Terus hati tidak keruan jadinya, kali pertama melihat TMJ, kali pertama bersua muka dengan jarak yang sangat sangat dekat, kali pertama sedar yang owh TMJ ini muda lagi lah sebenarnya, dan kali pertama juga hati setuju mengatakan yang TMJ nie hensem jugak ye. Tapi dun worry Adam Mukhriz AKA Adam AKA Am tetat no satu di hati saya lagi. Muahaha.

Disebabkan senyuman yang dilemparkan dari jarak yang jauh lagi dan sangat manis pulak tu (Actually memang TMJ akan senyum untuk semua orang sedari dia mula berjalan lagi, tapi nak jugak perasaan macam aku sorang saja yang Tungku buat macam tuh. Kahkahkah. Okeh stop!!), maka aku yang sedang berjalan nie pun, jadi tak berapa nak keruan, sampai terpaksa berjalan senyum sambil pandang ke bawah sebab malu dah segan sangat dowhhhhh. haha. Gila gedik kan. Kahkah. Lepas tu, perkataan yang sepatutnya keluar dari bibir aku "Menjunjung kasih Tuanku". Terus bertukar jadi "Time kasih". Errrr, nak kata speecless tidak, tapi entah la. "Actionless" kott yang sesuai. Kahkah.

Turun saja dari stage, duduk duduk, ayat pertama yang terkeluar untuk kat rakan sebelah "Eh, TMJ nie umur dia berapa?" "28". Errrrr!! Pengsannn jap dengar jawapan tuh!!! Patutlah kena rasa macam tak boleh belah. Muda lagi kah? Beza 2 tahun saja kah umur Tuanku dengan saya?? haha. Sambungan jawapan pada soalan yang aku tanya pasal umur je tadi, ".....TMJ nie la yang gosip dengan Fazura tuh". Wahh!! Lagi buat aku jadi teruja nak tahu siapa TMJ nie sebenarnya. Lepas tu apa lagi, bertubi tubi soalan aku ajukan pada rakan sebelah yang sememangnya anak jati Johor tu. Tak cukup dari itu, keluar dewan sambung bergosip pulak dengan kakak ipar yang memang orang Batu Pahat. Dia lagi la teruja nak jumpa TMJ, konon macam dapat jumpa Prince William la, tapi versi Malaysia punya. Kehkeh. Aku, balik balik rumah abang, terus cari internet, google pasal TMJ, google pasal gosip gosip dia. Kahkah. sakan sungguh kalau nak tahu.

Eh, cup, ini entry konvo ataupun entry TMJ yang kacak? Hey pelis laa. Jangan mencelah lebih lebih boleh. Hahaha.

Apa-apa pun saya nak ucapkan, terima kasih kepada sultan Johor sebab tidak datang lalu menjadikan TMJ sebagai penyerah scroll saye. Hihi. Very the like lah. Lepas nie, gambar konvo paling febret yang dipelekat pada dinding rumah adalah gambar konvo dengan TMJ!!! Ceywahhh. Kahkah.

Sekian saja kisah konvo yang tak berapa nak berkisah sangat. Gambar konvo, ada beberapa keping saja. Memang kurang ambik gambar. Entah lah kenapa. Entah la, entah la, tolong la bagi jawapan yang ada jawapan. Bules tak? Hadoi...














PdanS : Kadang-kadang benci pada diri. Selalu menidakkan apa yang hati rasa. Sampai bila nak macam nie. Sekarang tolong percaya pada kata hati. Tolong yakin pada bisikan yang terdetik.

1 comment:

S.U.R.I.A. said...

cik moon gataiii..
kang kena saman ngn fazura baru tauuuu