❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 15, 2012

Hati yang tertinggal.





Membawa diri ke tanah tumpah darah.

Hati riang bersorak gembira.

Memekik tanda suka.

Jauh dari gundah gulana.



Andai bisa dihentikan waktu buat seketika.

Agar indah itu kekal lama.

Agar bahgia itu sampai bila-bila.

Agar senyum itu mengutum sepanjang masa.



Tapi...

Hakikatnya aku cuma seorang hamba.

Yang kerjanya hanya menyembah.

Yang tugasnya adalah redha.

Langsung tak punya kuasa untuk itu semua.



















PdanS : BTW, pulang kali ini dengan bertalu talu soalan cepu cemas dari sedara mara terdekat yang perlu aku jawab. Kakak abang pun tak terkecuali. Ada saja gosip gosip liar dari mereka tentang aku? Kadang-kadang nak tegelak pun ada. Lucu. Sebab semua andaian itu salah. Ya, aku sangat berahsia orangnya. Haha. Tapi untuk menjawab soalan cepu cemas yang sering mereka ajukan itu, aku tak punya skema jawapan yang sahih untuk diberi. Yang aku boleh kata, "Nanti dah sampai masa Muna bagitau noo. Sabaqqqq" Sambil tersenyum penuh rahsia. ^_^

No comments: