❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 7, 2012

Berdetup kencang.



Assalamualaikum. Syukur untuk hari ini. Masih di pinjamkan nyawa, masih di pinjamkan jasad, masih bergantung kepada banyak nikmat yang tuhan berikan. Syukur syukur syukur untuk semua itu.

Hari ini baik baik saja. Bekerja dengan tekun. Masa yang berbaki lagi sehari, iaitu esok. Minggu depan akan bercuti selama seminggu, dan bila kembali kerja pada hari isnin, akan ada audit mengaudit. Jadi persiapan untuk semua itu cuma ada 2 hari saja lagi. Iaitu hari ini dan esok. Jadi sebab itu kerja secara pulun memulun saja hari ini. Tanda itu ini. Menjadi kewajiban untuk meja bersepah dengan bermacam bentuk barang.

Bercakap hal kerja memang tak akan sudah sudah. Walau sem sudah di penghujung, ada saja yang harus di marking. Dan bila sem baru muncul tiba, preparation untuk masuk mengajar pun memenuhi masa masa senggang aku. Hurm. Kerja owh kerja. Jadi suri rumah pun harus kerja mengerja jugak. Basuh pinggan, angkat jemuran, jaga anak, ajar anak, masak untuk suami. Kan. Apa-apa status kita, kerja still tak dapat nak di hindarkan dari hidup. Melainkan engkau mati. Eh, mati nanti akan di kerjakan oleh mungkar nangkir pulak. Hurm. Semoga tidak lah seperti itu. Semoga kita dihindari dari azab kubur kan.

Sekarang hati aku selalu berdebar. Kadang-kadang risau something bad akan berlaku. Ya, insting aku agak kuat untuk sesuatu yang buruk. Hati akan jadi tidak sedap. Berdetup dengan lebih kencang seperti genderang mahu perang. Aiceh. Berdewa19 la pulak. Ya, tapi itulah yang hati selalu rasa. Hurmm. Semoga tidak ada apa-apa yang buruk kan. 

Oh, Adam Hawa sekarang sangat buat aku bukan saja melting lagi, tapi dah bertukar kepada proses kondensasi dah. Melting itu menjadi perkara biasa biasa. Tak larat nak cair cair. Mari tukar jadi kepulan asap asap, wap wap, yang harum pulak. Haha. Selalu nak kena hyperbola kan. Kahkah. Mungkin, ini salah satu punca hati aku semakin kuat berdebar dan terus berdebar dari hari ke hari. Alahai, even dah tahu jalan cerita, tiap kali tengok sorotan dia, mesti jantung nak kena derdetup kencang. Hey, penerbit dia pakai bomoh siam ka apa nak suruh orang suka sampai angau angau begini. Ke, pengarah dia ada letak dadah. Addict semacam ja nie. Haishh.  Semalam punya episod lagi lah. Aku tengok sambil menjerit jerit dengan rakan sekerja, siap tampar-tampar bahu tangan peha dia lagi, tanda teruja yang teramat sangat. Haha. Gila sungguh. Tak, cerita tu yang gila. Aku belum gila lagi, masih waras. Kahkah. BTW, kenapa ek, bila kita suka, gembira, teruja yang dasyat, mesti nak kena tampar tampar orang sebelah, mesti nak kena cubit cubit isi isi mereka. Keaktifan menjadi jadi. Bertukar hyperactive barangkali. Aku laa. Orang lain, entah, mungkin boleh control lagi kot. Hahaha.











PdanS : Lapar. Tapi ego tak nak makan. Eh, dengan makanan pun harus ego kah? Haha. Teruk la macam nie. Semua benda nak di egoiskan. Dah. Jom pergi kedai cari kedai. Beli apa yang patut.

No comments: