❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 9, 2012

10.11.12



CUTI

Tarikh yang macam cantik itu telah jatuh pada hari Sabtu, di mana aku sedang bercuti dari hal hal kerja. Jadi bila bercuti cuti, dan jadual hidup adalah berada di bumi Kuantan, mesti diri seakan tidak tahu untuk berbuat apa. Nasib baik kazen di Kerteh sana nuh yang sangat rajin turun ke Kuantan. Ada jugak peneman aku bila ditinggalkan seorang diri dikala housemate pulang ke Kemaman. Kalaulah KL tu belakang rumah aku je, kan bagus. Hurm. Tapi lagi bagus kalau Yan tu depan rumah aku. Errrrrr. Berbicara sesuatu yang sangat tidak akan terjadi. Dah.

Cuti. Dikala menulis ini, kazen masih lena di ulit mimpi. Entah pukul berapa beliau beradu semalam. Biasalah anak muda yang kaki drama . Bermaraton cerita itu ini sampai ke awal pagi. Lepas tu, akan bangun di kala orang makan tengah hari. Huhu. Kehidupan student yang sungguh heaven. Rindu masa lalu. Masa malam yang bermula pada jam 12 tengahmalam. Pagi yang start pada jam tengah hari. Lunch pulak di kala jam petang petang. Sungguh tidak senonoh bukan. Haishh. Haha

Jadual untuk hari nie, mungkin ada East Coast Mall, ada Istanbul Kami Akan Datang, ada kedai baju, ada Mcd, ada Teluk Cempedak, ada... ada.. ada.. banyak lagi yang akan di adakan. ^_^




NOTHING SPECIAL

Apa yang special untuk tarikh nie? Entah tak ada. Yang aku tahu, setahun yang lalu, pada tarikh ini, anak buah aku yang last telah selamat di lahirkan. Dan hari nie selamat berumur setahun. Selamat Hari Jadi anak kecil.

Itu untuk dia. Untuk aku? Apa yang special ya? Hurm. Tak ada. Tak perlu lah nak di special special kan dengan tarikh. Setiap hari aku special. Setiap hari aku hargai hari hari itu. Ceh. Hargai konon. Hahaha. Selalu nak berayat macam diri sangat bagus. Tapi pada hakikatnya, tidak seperti yang di tulis dan tidak sama dengan apa yang kamu baca. Kalau dibaca dan berbau macam harum harum saja, hakikatnya tidak sama. Tapi kalau yang di hidu seperti masam masam, hapak, hancing, yes!! Definitely itu aku!!




BERMALAS-MALASAN

Bila cuti kunjung tiba, dan diri berada di bumi yang jauh dari mak ayah, keluarga, mesti kehidupan akan jadi malas yang teramat amat. Sedari bagun lagi, bergolek golek saja di atas katil hampir sejam. Membelek handphone sendiri sambil buntu kalau bangun awal pun, apa yang harus dikerjakan? Bukannya ada pinggang mangkuk yang penuh singki yang harus di bereskan. Mengemas rumah? Err, ruang tamu hanya ujud sebijik tivi dan sekeping karpet. Nak kemas celah mana? Basuh baju? Alah, setakat pakaian aku je, 15 menet dah boleh settle di sental dengan tangan gagah perkasa ini. Masak untuk breakfast? Errr. Di dapur hanya ujud heater, 3 bijik cawan, 2 keping pinggan, beberapa bilah sudu garfu, dan sebuah sinki. Itu saja. Bagaimana mahu masak memasak? Tapi kalau cukup kelengkapan pun, setakat nak makan sorang diri, baik aku bancuh kopi cicah biskut patsegi je, lebih berbaloikan. Haha.

Bila bercakap hal hal ini, teringat jadual hidup kalau di kampung, di rumah nun di sana. Lain. Semuanya berbeda. Tidak ada kisah kisah terpengsan sesudah subuh. Jadual hidup, cantik, teratur, tersusuh bagai anak dara yang paling di gemari di dunia. Cehh. Selalu nak over over tau. Kahkah. Tapi, serius, kat rumah ada saja benda yang nak dikerjakan. Kalau tak ada pun, menyembang dan berborak dengan ahli keluarga pun sudah di kira satu pekerjaan. Alahai. Don't like la bila terlajak untuk berbicara hal kampung kampung ini. Nanti emosi akan terumbang ambing. Dah. Mari menutup ayat. Bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan. Tata. ^_^













PdanS : Tak sabar nak tunggu 3 minggu yang akan datang. Ada badan selim bak Scha, ada kulit gebus bak Nora Danish. Kahkah. Baru start makan sebijik supplement pagi nie, dah berangan segala bagai. Teruk la engkau nie. Haha.

No comments: