❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2012

Ujian dan Di uji lagi?




Teman, walau seberat mana pun masalah yang menimpa. Walau sebesar mana pun ujian yang datang. Walau setajam mana pun duri yang menusuk hati. Senyum dan teruslah menguntum senyuman. Sebab.. sebab.. sebab.. bukan semua orang mampu senyum. Orang hat kena strok mulut herot herot tak boleh senyum tau. Orang yang kena kenser mulut pun tak boleh senyum jugak. Jadi kita yang sangat sempurna nie jom senyum!! ^_^

(Tiba-tiba ada ayat motibasi lah konon. Tiba-tiba?)


Kisah ujian malam ini adalah : 

Beberapa minggu yang lalu internet di office telah mengblock web "DailyMotion" yang mana ia adalah sumber kepada semua episod Adam Hawa yang tak mampu saya tonton di astro dek kerana rumah sewa tak ada tibi. Celah mana nak pasang Astro kan kalau tivi pun tak ujud. Tapi tak mengapa Nyah oi, Mak tak kisah sebab Mak ada berokband canggeh yang mampu menghidangkan breakfast mak pagi pagi. Semua masalah tu tak memberi kesan apa-apa pada Mak. Small matter lah. Ceywahh!!

Malam nie, tiba-tiba di kabarkan satu lagi kisah yang sangat tak cool, di mana Astro pulak buat hal, pergi delete semua video drama adam hawa yang ada kat internet. Konon  nak basmi habis habisan laa semua web yang menciplak hasil kerja mereka. Errrrrr!!! Terkedu mak baca beritu tu nyah oii!!!! Awat kena gelabah sangat nie Astro. Drama je pun. Hat cerita filem yang bersepah kat panggung yang baru 2 hari ditayang, dah siap masuk youtube, mereka mereka tak gelabah macam engkau pun. Haiyaaaa!! Please be cool laaaa..

Uwaaaa. Berita ini sangat memberi kesan kepada malam saya. Dan pagi pagi saya jugak. Sudah tidak boleh breakfast Adam Hawa teptiap pagi. Konfem kena gastrik lepas nie. Uwaaaaaaa.














PdaS : BTW, inikah ujian yang menimpa itu? Wah besarnya!!!! Kahkah.

No comments: