❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 22, 2012

Terbang jangan melayang.



Hep. Hati tengak bahgia nie. Hai hai. Yuhuuuu. Hahaha.

Gila kan. Emosi memang naik turun. Kejap sedih kejap happy gila. Happy sampai tersengeh sorang sorang sambil baca komen komen yang orang tulis di page Adam Hawa. Baca saja?? Ya, dengan baca saja dah boleh buat aku tersengeh sorang sorang. Tu tak tengok lagi episod malam nie yang bakal di tonton esok hari. Kompem akan angau satu hari. Hadoiiiii. Tapi bukan dah lama ka angau?? Errrrr.

Serius, sekarang page di facebook paling febret adalah Adam Hawa. Lebih suka lepak di situ. Baca setiap komen, satu persatu. Ya, satu persatu hokey!! Tak skip skip. Semua komen orang aku baca, aku belek satu satu dan kalau suka tak segan silu untuk tekan LIKE. Haha. Memang kurang pekerjaan. Lepas tu, tidak di lupa jugak, setiap gambar atau status yang di letak oleh admin Adam Hawa tu mesti aku nak kena bagi ulasan jugak. Yang bestnya, setiap ulasan aku mesti akan ada orang LIKE dengan banyak jugak la. Bagga kott!! Kahkahkah..

Dan, sekarang adalah part-part am dan ain berbaik baik sudah bermula. Alahaiiiii. Sangat buat akan melting lagi dan lagi. Errrrrr. Tapi kan, part mana yang tak buat aku melting. Pantang ada muka Am, mesti harus tersengeh sorang sorang. Risau sungguh dengan hormon nie. Kelenjar gatai macam dirembeskan dengan melebihi had pulak. Haishhh. Tak bahaya kan untuk kesihatan. Nie kes angau saja. Tak ada la pulak sampai nak jumpa bini si Aaron tu sambil berkata "Kak, jom bemadu". Tidak tidak. Haha.

Dan satu lagi sebab kenapa harus melting bila melihat Am, dia punya skrip best. Ada saja ayat yang menggegarkan jantung aku. Uish, kalau jantung duduk kat luar kompen dah lama jatuh luruh sudah. Lepas tu Am sangat bersahaja saja dengan loya buruknya yang macam tak boleh blah itu. Tak terfikir pulak di tengah tengah keseriusan dan ke marahan ain tu, tub tub dia akan keluarkan ayat yang buat aku jadi tergalak sat. Hoi, orang tengah marah kot. Tapi dengan cara itu ia membuatkan cerita itu jadi best. Tak boleh belah jugak part lepas mereka mula-mula jumpa kat Mekah tu, jalan dua dua, tub tub Am terlanggar tiang. Kahkah. Gelak guling guling aku.

Okeh dah. Mari berhenti membawa diri melayang ke dalam kisah kisah yang hanya kisah lakonan semata. Kembali ke alam rialiti.










PdanS : Dua hari berturut turut minum jus nenas. Hari ini perut bagai dicakar, di robek robek. Errrrrr. Tajam la air itu. Tidak sesuai untuk anda Munawwarah!!!

No comments: