❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2012

Superstorm Sandy?





Bila melihat gambar gambar disaster yang menimpa US semalam, buat akal berfikir sejenak. Semua filem-filem disaster yang mereka bikin, 2012, The Day After Tomorrow, memang benar benar terjadi menimpa mereka. Sama! Sebijik! Dan lebih dasyat dari itu.  

Tapi selalunya kisah-kisah yang mereka arahkan sudah tentu pada ahirnya, mereka adalah hero, mereka golongan hebat, menyelamat di sana sini, menyelesaikan masalah yang di hadapi dengan cara yang tak terjangkal dek akal fikiran sendiri. Tapi, rialitinya? Bila sudah terjadi? Ada yang dapat menyelamatkan diri? Kemana hero lari?

Cerita yang dibikin, merekalah authornya, merekalah yang menyusun jalan ceritanya. Tapi cerita di alam dunia ini, Allah lah yang karang, Allah yang menentukannya. Mereka dan kita semua tak ada kuasa nak mengubahnya. Tapi kita ada alat yang bisa buat Allah terima kata hati kita. Berdoalah selalu semoga kita sentiasa dalam lindunganNYA.















PdanS :  Hurm. November datang dan membawa kabar yang  2012 berbaki lagi 2 bulan. Dan kemudian bila 2013 tiba, usia pun bertambah kepada setahun yang lebih matang. Ya, semoga diri matang seiring usia yang disandang. Semoga hidup lebih berkualiti bersama jumlah umur yang dipegang.

No comments: