❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 2, 2012

Subuh





Hari ini berpagi secara awal. Terlalu awal dari biasa. Sedari jam 4.30 mata sudah celek melihat dunia. Dunia peach aku. Berkurung dalam lingkungan itu saja.

Awal bukan bangun aku? Ya, semalam tidur secara dasyat sekali, sedari jam enam petang mata sudah berlali lali kerana membaca novel adam hawa untuk kali ke berapa puluh pun tidak di ketahui. Semua itu angkara bosan dan tidak tahu apa yang harus dikerjakan setelah pulang dari kerja. Tidur dan bangun seketika untuk magrib lalu terkoma lagi sampai ke jam 4.30 menet pagi.

Hari ini tentetif hidup aku tidak boleh macam semalam. Lepas kerja harus ada aktiviti jalan jalan. Sampai malam baru kita pulang. Kalau tak, bisa buat diri jadi bosan. Lalu tidur pun mengambil tempat.

Selalu subuh aku tidak pernah ternanti nanti melainkan di kala Ramadhan yang lalu, tapi pagi ini lain. Terdengar sayup sayup kalam Allah yang di bacakan mungkin dari surau hujung sana. Kalau di rumah, tika tika itu Ayah sudah bersiap sedia untuk ke masjid. Mak pulak kadang kadang ikut serta bermasa ayah. Aku? Masih enak di buai mimpi lagi. Cuma di hari Jumaat saja, diri menjadi beriman sedikit. Ya lah, sedari jam 5 setengah lagi, mak akan terpekit pekit mengejutkan semua penghuni rumah. Terasa jahil pulak untuk menolak ajakkan emak ke masjid untuk solat sajadah. Kadang-kadang perginya dalam keadaan terpaksa. Kadang-kadang perginya kerna tak mahu di leteri oleh mak ayah. Dan kadang-kadang memang perasaan berkobar kobar mahu mencari redha dari Allah. Hurm. Hatiii.. hatiii.. Memang engkau selalu berbolak balik bukan. Hari nie insaf, esok kembali jahil. Susahkan nak mengistiqomahkan sesuatu yang baik.

Okeh, mau tidur lima sepuluh menet sebelum bersiap siap untuk ke office. NITE!!! ^_^









PdanS : Kerja hari ini adalah menjaga exam? Errrrr... Busan.. Jom baca Adam dan Hawa lagi !!!!

No comments: