❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 29, 2012

So Many Things..







Yes. Entah kenapa aku tak suka menjadi Si Pencerita di luar sana. Aku lebih selesa menjadi pendengar kepada Si Pencerita. Memberi respon kepada apa yang dicerita mereka. Itu lebih buat aku selesa. Bila bersama dengan mereka yang kurang berbicara, mesti perbualan seperti akan sedikit kekok sebab aku sedaya upaya untuk menjadi Si Pencerita yang mana aku memang tidak berapa prefer. Tapi, kalau mood aku sangat excellent tip top punya, sila diam dan layan percakapan aku. Haha. 

Di sini, medan aku, tempat aku, kawasan jajahan aku, jadi aku bebas untuk menulis. Cerita aku lebih banyak di sini. Biar tidak mendapat respon siapa siapa, aku rasa terluah bila menaip apa yang hati rasa. Tak perlu mengkontrol apa-apa, tak terikat dengan hati siapa siapa, karang saja sesedap rasa. Ye lah, dah nama pun blog. Tak kan aku nak menjadi Si Pendengar lagi.  Pelik pulak.











PdanS : Audit di tunda. Ya, sangat menarik. Setelah cuti raya aku di bekukan dengan alasan audit akan berlangsung minggu lepas raya. Then, sekarang di tunda pulak ke minggu selepas deepavali. Lepas nie, cuti deepavali dan  maal hijrah yang aku nak pohon selama seminggu bakal di bekukan lagi?? Wah, indahnya hidup!!!

No comments: