❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 7, 2012

Sendiri?



Bila sendiri, terasa jauh dari sekeliling, lalu bosan datang menemani, ditanya kepada diri, kenapa harus begini. Keseorang buat diri buntu lagi.

Tapi sebenarnya, dalam tidak sedar, itulah peluang yang Tuhan beri, untuk muhasabahkan diri.

Tuhan berikan kesempatan ini, jauh dari mereka yang mengganggu diri, agar engkau bisa pelajari dan dalami, yang kabur dengan terperinci.

Ingat lagi doa yang dipohoni? Agar diri sentiasa mencintai, agar hidayah sentiasa dilimpahi,  agar hati tidak berbolak balik lagi, dan inilah jalan kepada yang diingini.

Semoga engkau tidak buta dalam menilai setiap yang ditetapi. Semua ini jawapan kepada doa yang tak henti-henti.

Syukurlah dengan apa yang terjadi. Rebutlah peluang dan jangan merungut lagi.














.

No comments: