❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 1, 2012

Selamat dalam RahmatNya

Alhamdulillah... Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah berikan untuk aku, bukan saja untuk hari ini, tapi hari sebelum sebelumnya dan hari yang terkemudiannya...

Sekarang sudah selamat sampai ke Kuantan dengan baik baik saja. Walau dipertembungkan dengan 2 accident di Lebuhraya Karak, tapi syukur pada Allah, sentiasa melindungi aku dengan rahmatNya. Terus jarum pecut hanya mampu bergerak sampai ke angka 110 saja. Takut punya cerita. Ya lah, salah satu accident tu masih segar bugar depan mata. Pemandu masih dalam kereta. Nasib di selekoh itu aku perlahankan saja kereta yang di pandu, jadi sempat menekan brek, kalau tak, mesti dah bertembung dengan saga putih itu.

Kemudian, sekarang di rumah baru. Rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja, so lebih mudah untuk pulang tidur di tengah harinya. Hihi. Haipp. Jangan selalu selalu begitu. Nanti sudah menjadi tabiat. Susah pulak mahu diperbetulnya.

Rumah yang baru ini di duduki dengan seorang rakan sekerja. Tapi beliau masih belum masuk lagi, yang ada hanya saya beralone alone saja sampai 2, 3 minggu kedepan. Hurm. Seorang diri lagi. Alahaiiii.

Rumah masih kosong. Tak ada apa-apa kecuali beg baju, toto dan bantal saya. Tidur pun di tengah ruang tamu rumah. Ya lah, bilik pun masih tidak bertikar getah, masih tak berkipas, tak beralmari, tak berkatil tilam. Jadi, semua barang barang tersadai di ruang tengah saja. Nasib baik bilik saja yang tidak bertile, kalau tak jenuh mencari tempat mana yang bisa di hampar tidur. Nasib juga ruang tengah ini ada kipas siling untuk mendinginkan tidur malam aku.

Biasalah, hidup baru nak bermula. Tak boleh nak ada semua. Diri bukannya orang berada. Biasa biasa saja. Satu demi satu nanti kita kumpul perlahan-lahan ya. Gaji pun belum ada. Nak beli itu ini semua kena berkira kira. Hatta benda penting sekali pun. Mesti kena pujuk hati supaya sabar yaaa. Nanti sudah punya uwang kita beli ya.

Okeh, penat mendrive dan mengemas rumah belum pun hilang sepenuhnya. Sekarang mahu memberi reward pada diri atas kerajian untuk hari ini. Jom masuk tidur. Esok kena mula bekerja setelah bercuti 3 hari yang indah. Nite kamu sekalian ^_^













PdanS : Sudah 1 Oktober 2012? Hurm. Cepatnya masa berlalu. Lagi 3 bulan akan menjelma pulak 2013 dan aku.. aku... aku... humr, tak mengapalah, sambung dalam hati saja lah ayat ayat itu. Semoga cita cita dah hajat aku tercapai. Amin.

No comments: