❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 6, 2012

Random-random boleh?





Hai, nama saya Munawwarah dalam bahasa arab. Dalam bahasa melayu "Bercahaya". So boleh la kalau nak panggil saya Cahaya, aicey. Haha. Jangan, pelis jangan. Sungguh tak cool. Panggil Munawwarah lagi sedap kot. Aummm, nyum nyum. ^_^  Macam gambar kat atas. Bercahaya bukan? Eh, tapi saya tak lah sesegak seperti sejelita dan seayu gambar ini. Biasa-biasa saja. Alah, namapun gambar perempuan. Mesti touch up mau kau kau punya sebelum di uploadkan. Tapi rialitinya, perhhh!! Jerawat penuh muka sampai 3 hari 2 malam pun tak habis-habis lagi kalau nak kira. Dasyat bukan. Tapi takpalah, Tuhan bagi jerawat je pun, bukan bagi kenser hidung ke, bisul kat pipi ke, kenser mata ke, lagi dasyat kan. Jadi marilah menjadi hamba yang bersyukur bukan saja untuk kebaikkan yang tuhan bagi, tapi ujian yang diberikan juga. ^_^

Sebenarnya saya seperti hilang arah tuju sebentar. Sebab itu secara tiba tiba termenulis di sini. Jadi, menulis dengan tiba tiba nie akan membuatkan anda sebenarnya sedang dalam perjalan pulang ke rumah, tapi tiba tiba tersinggah kedai kain, lepastu termasuk mall, lagi teruk terbeli mesin jait di kedai Singer Menawan Keluarga Bahagia. Kemudian pergi mencuci kerta. Errrr, cerita apakah ini. Ya, banyak lencongan yang akan di buat. Jadi sila pakai sit belt dan mengucap panjang-panjang.

Hari ini badan sangat letih, otak sangat lelah. Badan letih kerna bekerja keras dan sangat sangat keras seperti menjadi pengawas peperiksaan yang bermuka keras dan kemudian pulang ke rumah lalu mengecat diding yang keras. Dari subuh sampai ke Magrib berkerja keras. Malam pulak bersambung dengan membuat kerja sekolah orang. Buat-buat sampai otak jadi lelah. Lalu diri jadi fedap. Fedap? ye ke ejaan fedap seperti ini. What ever. Diri jadi fedap sebab cari cari info tak jumpa. Yang jumpa adalah butang Update Entry. Kahkah. Padan muka. Sebab itu tiba tiba berada di sini. ^_^

Dinding keras sudah berwarna cantik. Cantik sampai buat aku 28 kali dok ulang masuk bilik  itu semata-mata mahu menikmati kecantikkan bilik yang kosong tidak bertikar getah tapi busuk baunya. Walaupun sebelum sebelum ini pintu bilik itu tertutup rapat, langsung tak ada hati nak buka, tapi sekarang? Kehkeh. Macam comel-comel je, lima menet skali, mesti nak kena jenguk tengok sambil berangan, nanti katil kat sini, almari tepi sebelah sini, dressing table letak tepi almari. Langsir bunga bunga vintage sikit dan bla bla bla. Suka sungguh berangankan? Hadoi..

Sebenarnya aku bukan spesis yang gemar mengecat. Itu pekerjaan paling tak di sukai. Kalau berbuat pun mesti tak sampai separuh, lepas tu akan paksa adik atau kakak yang menyambungnya. Tapi kalau balik rumah selalu dapat tender itu. Yes!! Setiap kali balik rumah. Aku pun tak pahan dengan Puan Bunda, apa 2 bulan sekali memang kena tukar warna diding rumah kah? Errr..

Esok harinya Ahad. Hari untuk bercuti -cuti lagi. Mungkin tidak kemana kerna aku berperasaan mahu menghabiskan sisa sisa cat yang tersimpan itu. Sayang pulak kalau dibiarkan, mesti akan dibuang saja nanti. So, pagi esok bangun awal untuk mengecat bilik air pulak. Wah!! Saya kah itu??  Memang menantu pilhan lah!! Muahaha.

Kerja kalau nak disenarikan memang banyak. Stress jadi kalau nak di list kan satu satu. So, kita buat relax relax sudah. Relax relax macam baca buku adam dan Hawa untuk kali ke berapa puluh kali sambil dengar sound track dia, dan membayangkan muka Aaron sedang melakokan scene scene yang di baca. Aduss. Aku benci la dengan ke obsesan aku yang satu ini. Macam sungguh melampau. Kerja lain dah tak boleh di beri laluan. Ya, skali aku TERmengadap novel tu, mampu buat kerja lain yang lebih penting jadi, eh, sat sat, sikit je lagi nak baca. Sikit je lagi yang sampai, tengok tengok jam, haa?? Dah pukul 12?? Esok kerja!! Okeh jom tidor. So, tiada apa apa hasil pada malam itu untuk di banggakan buat diri sendiri. Hampeh sungguh.

Tapi serius, aku suka dengan lakonan Aaron, expresi yang dia berikan sama dengan apa yang novel tu tulis. Sebab itu, aku lepas tengok drama, aku akan ulang baca part part yang aku tonton tadi, dan kemudian, yes!! Sama-sama! Lepas tu dok syoq sendiri. Errr.. Yang paling buat aku tersenyum tersengeh sorang sorang adalah he's such romantic guys. Owh, tang ini harus di bangga bukan pada Aaron, tapi pada penulis novel itu, scene-scene romentik yang tak di sangka sangka dalam apa jua keadaan pun. Tapi ada kah lelaki yang seperti itu? Oh noo. Tidak ujud. Insan insan seperti itu hanya boleh di dapati dalam novel saja. Jadi, pergi masuk novel kalau nak jumpa dengan Adam Mukhriz. Tak payah nak berfeeling kat blog nie. Dah!!

Bercakap tentang cerita ini juga, satu benda yang buat hati lebih kuat untuk dipegang, "Kunfayakun". Tiap apa yang berlaku itu di atas Kekuasaan Allah, Allah lah yang Maha Mendengar, Allah lah yang Maha Memakbulkan. Tiada apa juga yang dapat menghalang sesuatu ketentuan Allah. Jadi, kerja kita hanya berdoa dan menyembahNYA saja. Tak payah nak pening memikirkan bagaimana perjalan kita untuk masa kedepan. Semua sudah dirangcang Allah dengan perancangan yang paling cantik dan indah kerna Allah itu Maha Adil. Jadi, jangan mempersoalan tiap ujian yang menimpa, tiap impian yang tidak didatangkan, tiap harapan yang tidak disempurnakan, sebab kesusahan yang kita rasa itu adalah lebih baik di sisi Allah sedangkan kita tidak mengetahuinya.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



Satu hari kelak, seperti yang di janji Tuhan, bila tiba masa dan menjadi jemputanNYA. InsyaAllah, kaki akan dijejak pada Jabal Rahmah ini. 




















PdanS : 3 minggu akan bertapa di sini, di Kuantan nie. Hurm. Tak mengapalah lepas itu kita cuti seminggu untuk raya haji !! Yeay!! Then week after that, mari berkonvo pulak. Alhamdulillah. Tamat jugak susah payah setahun setengah itu. ^_^

No comments: