❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 31, 2012

Notice 4.




Perasaan tak, dalam hidup nie, kadang-kadang kita di datangin dengan benda yang sama, berulang kali. Sekali dua mungkin kita tak sedar, tapi bila sudah kali ke 3, 4, 5 kali, mesti ada sesuatu yang ternotice kan.

Macam hidup aku, selalu saja dikurniakan dengan sahabat yang sangat sangat sangat menyenangkan hati aku. Selalu saja mendapat roomate yang tidak bermasalah. Dari diploma, degree sampaila ke master, semua yang di jodohkan baik baik belaka. Langsung tak ada masalah. Bersyukur sangat dengan aturan Tuhan untuk yang itu.

Dan, hari nie aku ternotice lagi dalam satu hal. Sedari aku kecil sampai ke saat ini, nombor 4 memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Mula-mula ic aku 5440. Kemudian angka giliran diploma aku AA04010, angka giliran degree aku AB07140, bila sambung master angka giliran GB100040. Dan hari nie angka pengenalan diri untuk kekasih hati yang baru 8444. Hurmm. Menarik kan. Semuanya dengan tidak sengaja adalah berkisarkan angka 4 saja. Mesti ada!!

Lepas nie apa pulak? Adakah aku akan berkahwin pada bulan 4? Atau akan menikah pada haribulan 4? Atau tahunnya adalah 2014? Tapi janganlah jadi ke 4 sudah. Tidak sanggup aku. Hahaha. Bukan tidak sanggup, tapi tidak mahu menjadi yang ke4. Mahu menjadi yang pertama, tidak kisahlah kalau yang dihalalkan itu jumlahnya 4, tetap mahu menjadi yang pertama. Eh, cup, tidak kisah? Biar betul? Wah!! Nak kagum nie. Hahaha. Tidak kisah? Berkisah jugak lah. Eh tak tak, sangat berkisah, tapi insyaAllah kalau yang ke 2, 3, dan 4 itu mengikut pilihan hati saya dan bukan dia, mungkin jadi tidak berkisah kot. ^_^









PdanS : Sekarang senyum jadi selalu. Hati riang berlagu. Menanti harinya sabtu. Ada konvo hadiah penat belajar yang dulu. ^_^

No comments: