❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 16, 2012

Mahal Kitak.



"Saya sentiasa yakin bahawa cinta yang sebenar itu mahal.

Kerana definisi cinta saya adalah: Jika benar cinta, maka mestilah hendak membawa ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu sama sekali bukan cinta.

Justeru, untuk saya cinta tidak murah dan bukan mudah untuk mendapatkannya. Perlu melalui ujian, dugaan, dan sebagainya. Kesabaran pasti akan teruji. Usaha yang keras pasti akan terjadi. Dan hanya manusia-manusia yang mahal sahaja akan mendapat cinta yang mahal sebegini.

Maka apabila kita terlalu mudah ‘tergoda’, juga terlalu mudah ‘memberi’, maka di manakah sebenarnya harga diri?

Kerana itu jangan lemas dalam lautan cinta, jangan rasa bangga bila kena ‘mengorat’, jangan rasa sudah tercapailah matlamat hidup saat dilamar seseorang atau ada perempuan menawarkan diri kepada kita.

Itu bukan ending hidup kita.

Mahalkan diri dengan persediaan, sikap berhati-hati, berpandukan ketaatan kepada Allah.

Biar susah sebentar, asalkan nanti senangnya berpanjangan.

Sama-samalah kita bermuhasabah."



Untuk artikel penuh klik SINI.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ini bukan tulisan saya. Ini hanya di copy paste dari insan yang bernama Hilal Asyraf. Suka tiap butir penulisannya. Semua itu mengena dengan jiwa dan apa yang sedang saya rasa sekarang. Kata-kata dalam setiap entry yang ditulis di blognya LangitIlahi sangat buat saya berfikir, merenung kembali hidup saya ini, memuhasabah kembali apa yang terjadi di sekeliling. Yes, defenitlly suka semua yang dikarang beliau!!  









PdanS : Cuti sudah dibuat dan di luluskan untuk seminggu sebelum tibanya Aidiladha. Tapi... tadi, tub tub mendapat memo yang cuti untuk minggu depan isnin dan selalu dibekukan. Alasan : Sebab study week dan suruh buat preparation untuk audit. Hurmmm. Saya yang mudah untuk redha, tidak berkata apa-apa. Kita merancang, Allah pun merancang, dan sebaik -baik perancangan adalah perancangan Allah.

No comments: